Baik Najib Muhyiddin Atau Anwar Tak Boleh Kukuhkan Kedaulatan Kita Kata Dr M

PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad berkata baik Perdana Menteri  Muhyiddin Yassin, pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim atau bekas perdana  menteri Najib Razak, tidak boleh mengukuhkan kedaulatan Malaysia.
Dalam temu bual Youtube dengan pelajar, Farid Aziz, Mahathir ditanya  siapakah individu yang dipercayainya dapat mengukuhkan kedaulatan negara  antara 3 pemimpin terkemuka itu.
“Tiada satu pun,” katanya dalam sesi pertanyaan cepat tanya-cepat-jawab.
Beliau juga ditanya tentang gabungan kerajaan yang paling kuat dan  adil antara Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan dan Perikatan  Nasional.
     Untuk itu, beliau menjawab: “BN pada waktu awal.”
Ketika diminta untuk menggambarkan sifat baik Anwar, Mahathir  berkata, beliau bercita-cita tinggi, selain menambah bahawa bekas  timbalannya itu memilih untuk bergabung dengan Umno kerana tahu beliau  tidak boleh menjadi perdana menteri jika menyertai PAS.
“Saya terima dia, saya naikkan pangkat dia sehingga dia jadi timbalan  perdana menteri. Apabila saya letak jawatan, dialah akan ganti saya.
“Tetapi sebelum itu, berlaku peristiwa-peristiwa yang menyebabkan dia  dihadapkan ke mahkamah dan itu menghalang kemungkinan dia jadi perdana  menteri,” katanya.
   Mahathir juga menggambarkan Najib sebagai pemimpin yang berbakat dan berkebolehan.
Namun, katanya, cara bekas perdana menteri itu mendapatkan populariti  dalam kalangan rakyat dengan memberikan wang percuma adalah “idea yang  tidak sesuai” bagi seorang pemimpin.
Dalam pada itu, Mahathir meminta belia supaya lebih terlibat dan peka  dengan perkembangan negara, selain mengingatkan bahawa perbuatan  mengabaikan perkara boleh dianggap sebagai melepaskan tanggungjawab.
“Itu menunjukkan perasaan yang tidak bertanggungjawab kerana apa yang  berlaku dalam negara akan mempunyai kesan ke atas mereka kemudian.  Sebab itu mereka harus mengambil berat terhadap apa yang berlaku di  sekeliling mereka.
“Jika tidak, mereka akan dikuasai oleh orang yang mempunyai agenda tertentu yang mungkin tak baik bagi negara.”
#Sumber : FMT    
MR : Semua orang tak betul... standardlah tu   
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/08/baik-najib-muhyiddin-atau-anwar-tak.html