Aneka Resipi Lauk Pauk Kuih Manisan Boleh Masak Guna Pucuk Ubi Kayu


Ubi kayu atau nama botaninya Manihot Esculenta Crantz merupakan tumbuhan tropika dan subtropika daripada keluarga Euphorbiaceae yang tinggi karbohidrat. Malah daunnya juga boleh dimakan dan dijadikan sayur. Kulit ubi kayu mempunyai asid hidroklorik dan potasium sianida atau sodium sianida (hydrocyanic). Oleh itu, ubi kayu perlu dibuang kulit sebelum dimasak dan tidak boleh dimakan secara mentah.
Sebut sahaja ubi kayu, pasti ramai mempunyai kenangan tidak boleh dilupakan terutamanya bagi mereka yang sempat merasai keperitan hidup di zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu dahulu. Di waktu itu, ubi kayu adalah makanan yang popular dan dijadikan sebagai pengganti nasi. Kini, setelah 61 tahun mencapai kemerdekaan, ubi kayu bukanlah lagi makanan utama. Namun, terdapat pelbagai menu enak dan sedap yang boleh dihasilkan menggunakan bahan ini. Bermula dari hidangan lauk pauk hinggalah kepada manisan. Semuanya membuka selera.
Istimewa sempena bulan kemerdekaan, RASA kongsikan 11 resipi paling popular yang sedap dan mudah yang anda boleh hasilkan menggunakan pucuk dan ubi kayu. Selamat mencuba.
1. UBI KAYU TUMIS BILIS
BAHAN-BAHAN:
300gm ubi kayu | potong dadu kecil dan rebus empuk1/2 cawan ikan bilis3 tangkai cili kering | potong kecil1 biji cili merah | hiris1 labu bawang besar | mayang halus4 ulas bawang putih | hiris halus1 sudu teh serbuk cili2 tangkai daun kariGaram dan gula secukup rasa2 sudu makan minyak masakCARA MEMASAK:
Di dalam kuali panaskan minyak masak.Goreng ikan bilis hingga garing dan toskan.Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili kering hingga wangi.Masukkan serbuk cili dan daun kari lalu tumis beberapa minit lagi.Masukkan ubi rebus dan ikan bilis goreng. Gaul sebati.Tambah garam dan gula secukup rasa.Sedia dihidangkan.INFO CHEF: Selain rebus, ubi boleh juga digoreng dahulu sebelum ditumis dengan bilis.
2. RENDANG PELBAGAI UBI
BAHAN-BAHAN:
1 batang ubi kayu2 biji ubi keledek sederhana besar2 biji ubi kentang1 biji ubi keladi sederhana besar1 liter santan pekat10-15 tangkai cili kering8 ulas bawang merah5 ulas bawang putih3cm halia3cm lengkuas2 batang serai1 sudu teh serbuk kunyit1 sudu teh jintan manisGaram, lada sulah dan gula perang secukup rasaCARA MEMASAK:
Kesemua ubi dikupas dan potong dadu sederhana. Rebus hingga separuh empuk. Angkat, tos dan ketepikan.Cili merah, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai dikisar halus.Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau dan cili benar-benar masak.Masukkan campuran ubi, serbuk kunyit, serbuk jintan manis dan santan. Didihkan hingga semua bahan sebati.Tambah garam dan gula perang secukupnya.Angkat dan sedia dinikmati.3. PECAL PUCUK UBI MAK TON
BAHAN-BAHAN:
300gm pucuk ubi |dibuang tangkaiBAHAN KUAH KACANG:
150gm kacang tanah | goreng tanpa minyak3 sudu makan gula perang atau pasir1 biji cili merah | dihiris5 biji cili padi2 ulas bawang putih | dihiris2 biji bawang merah | dihiris1cm halia | dihirisSedikit belacanSedikit air asam jawaGaram secukup rasaAir panas secukupnyaSedikit minyak masakCARA MEMASAK:
Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.Masak air di dalam periuk dan celur pucuk ubi hingga lembut. Kemudian angkat, tos dan ketepikan.Panaskan sedikit minyak, goreng bawang merah, putih, halia, cili merah dan cili padi hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.Goreng pula belacan, angkat dan ketepikan.Kacang yang telah digoreng tadi buangkan kulitnya, kemudian tumbuk hingga hancur, ketepikan.Selepas kacang, tumbuk pula bahan goreng tadi hingga sebati. Tambahkan sedikit air asam dan garam secukupnya.Masukkan bahan ini dalam bekas berisi kacang tumbuk tadi bersama gula perang atau putih. Gaul rata hingga sebati.Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat. Jika kurang garam atau gula boleh tambah.Akhir sekali tuangkan kuah kacang atas pucuk ubi, gaul rata dan sedia dihidangkan.4. GULAI LEMAK DAGING SALAI BERSAMA PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN:
500gm daging yang telah disalai | hiris nipis1 cekak pucuk ubi | ambil pucuk dan daun muda1 liter santan1 keping asam jawa2 batang serai | titikGaram dan gula secukup rasaBAHAN KISAR:
15 biji cili padi4cm kunyit hidupCARA MEMASAK:
Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar dan kacau rata.Renehkan di atas dapur dengan api sederhana.Setelah mendidih masukkan hirisan daging, serai dan terus kacau.Selepas lima minit, masukkan pula pucuk ubi bersama asam gelugor.Apabila daging empuk dan pucuk ubi lembut, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Tutup api, gulai daging salai sedia dihidangkan.5. RENDANG PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN:
2 ikat pucuk ubi | dibersihkan1/2 kg santan pekat3 keping asam gelugur5 batang serai | dititikGaram dan gula secukup rasaBAHAN KISAR HALUS:
100gm ikan bilis2cm kunyit hidup10 ulas bawang merah10 biji cili apiCARA MEMASAK:
Panaskan kuali dan masukkan bahan-bahan kisar halus, santan, serai, asam keping, garam dan gula secukupnya.Masak sehingga santan agak kering dan mengeluarkan minyak barulah dimasukkan pucuk ubi kayu tadi.Kacau sehingga kering dan pucuk ubi menjadi gelap dan garing.Angkat rendang dan siap untuk disajikan.6. TALAM UBI KAYU
BAHAN A: LAPISAN BAWAH:
800gm ubi kayu | parut dulu baru timbang300ml air150ml santan pekat250gm gulaPewarna kuningBAHAN B: LAPISAN ATAS:
800ml air320ml santan pekat100gm tepung beras80gm tepung ubi80gm tepung gandum2 sudu teh garam halusCARA MEMASAK:
Satukan semua bahan A lalu kacau sebati.Tuang ke dalam periuk lalu didihkan atas api yang sederhana. Kacau hingga pekat.Sediakan loyang yang dialas dengan plastik.Tuang adunan A tadi ke dalam loyang dan ratakan.Kukus selama 40 minit.Dalam mangkuk lain, satukan semua bahan B lalu kacau sebati.Tuang ke dalam periuk lalu didihkan atas api dengan api sederhana. Kacau hingga naik wap.Tuang adunan B ke dalam loyang berisi adunan A yang telah dikukus tadi. Kukus kuih talam selama 30 minit lagi.Sejukkan dan potong mengikut cita rasa dan sedia dihidangkan.7. BELEBAT UBI SAGU
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 kg ubi kayu | diparut dan diperah airnya200gm gula merah16 sudu makan gula750ml santan100gm kelapa putih yang dicampur dengan sedikit garam3 sudu makan sagu mata ikan | dicuci bersihDaun pisang secukupnya | dilayurCARA MEMASAK:
Masak gula merah dan gula pasir sehingga larut. Tapiskan.Masukkan air gula ke dalam bekas berisi parutan ubi. Campurkan santan dan sagu. Gaul sebati.Sudukan sedikit adunan ubi kayu ke atas daun pisang. Kemudian letakkan inti kelapa diikuti sedikit lagi adunan ubi kayu. Bungkus dengan kemas dan ulang langkah sehinggaadunan habis.Panaskan periuk kukusan dan kukus kuih selama 30 minit atau sehingga masak.Enak dinikmati panas.8. PENGAT UBI-UBIAN
BAHAN-BAHAN:
1/2 biji keladi | bersihkan dan potong dadu1 biji ubi keledek | potong dadu1 batang ubi kayu | potong dadu1 cawan labu | dadu1/2 cawan sagu | rendam dan toskan2 cawan santan pekat200gm gulaSecubit garamSehelai daun pandan | simpulCARA MEMASAK:
Keladi, ubi keledek, ubi kayu dan labu direbus empuk dan toskan.Satukan santan, gula, sagu dan daun pandan di dalam periuk.Didihkan hingga semua bahan larut dan sebati.Masukkan ubi-ubian rebus dan didihkan beberapa minit lagi.Tambah secubit garam.Pengat sedia dihidangkan.9. PENGAT UBI KAYU BERSAGU
BAHAN-BAHAN:
300gm ubi kayu1 liter air200gm santan pekat1 ketul gula Melaka2 sudu makan gula pasir atau secukupnya100gm sagu mata ikan1 helai daun pandan1/2 sudu teh garamCARA MEMASAK:
Masukkan air di dalam periuk, rebus ubi kayu bersama daun pandan hingga empuk.Setelah itu, masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam dan santan. Kacau sebati dan masak sehingga kuah agak memekat.Angkat dan sedia untuk dihidang.10. LEPAT UBI
BAHAN-BAHAN:
1 kg ubi kayu | diparut135 ml santan pekat230 gm air gula Melaka1 sudu makan gula pasirSecubit garam1 helai daun pandan | disimpulDaun pisang | dilayur atas api kecilCARA MEMASAK:
Satukan semua bahan dan gaul rata.Sediakan daun pisang secukupnya.Daun pisang dicuci bersih dan lap kering.Kemudian bungkus atas daun pisang yang telah dipotong kecil.Letak dua sudu makan, ratakan kemudian lipat kiri dan kanan.Buat sampai habis, kemudian susun dalam pengukus secara berselang seli.Kukus lepat antara 30 – 45 minit.Setelah masak angkat dan sejukkan sebelum dihidangkan.11. BINGKA UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
1kg ubi kayu | parut dulu baru timbang2 cawan air1 cawan santan pekat3/4 cawan gula kastor1/2 sudu teh garam halusSedikit mentegaCARA MEMASAK:
Ubi yang telah diparut dicampur dengan air lalu tapis. Biarkan ubi di dalam tapisan selama 20 minit.Buang air dari tapisan ubi tadi perlahan-lahan tetapi ambil lapisan sagu yang liat lalu tuang ke dalam mangkuk.Satukan ubi yang telah ditapis tadi bersama gula, garam dan pewarna makanan ke dalam mangkuk berisi sagu ubi tadi lalu kacau rata.Sapu loyang pembakar dengan mentega. Tuang adunan ubi tadi ke dalam loyang dan ratakan.Boleh juga tambah sedikit mentega dibahagian atas adunan ubi.Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 45 minit atau hingga bingka masak.Sejukkan dan potong.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2020/08/aneka-resipi-lauk-pauk-kuih-manisan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Bengkang Ubi Kayu Tanpa Perah Senang Ya Amat

Resipi Bengkang Ubi Kayu Tanpa Perah Senang Ya Amat

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 401 hits
Bagi anda yang suka makan kuih Bengkang Ubi Kayu resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni boleh dicuba Biasanya jika buat kuih ini parutan ubi kayunya akan diperah Tapi dengan resipi ni anda tak perlu perah pun Hasilnya sangat sedap Jom cuba Pa...
Kuih Peneram Ibu Mertuaku Resipi Mudah Hanya Guna 3 Bahan

Kuih Peneram Ibu Mertuaku Resipi Mudah Hanya Guna 3 Bahan

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 372 hits
Kuih Peneram memang antara kuih tradisi yang jadi kegemaran ramai Ada yang suka makan garing garing ada yang suka makan Kuih Peneram yang lembut Bagi anda yang nak cuba buat sendiri kuih ni saudari Nor Hayani Ismail ada kongsikan resipi dar...
Resipi Ayam Masak Mamak Paling Senang Nak Cuba Satu Famili Boleh Layan

Resipi Ayam Masak Mamak Paling Senang Nak Cuba Satu Famili Boleh Layan

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 361 hits
Tercari cari menu yang simple tetapi sedap untuk anak anak dan suami Ayam Masak Mamak yang dikongsikan oleh ini pastinya buat anak dan suami makan tak berhenti Sekali cuba pasti teringat ingat Rupanya cara hendak membuatnya cukuplah mudah M...
Resipi Lepat Pisang Klasik Kuih Warisan Tok Nenek Dulu Dulu

Resipi Lepat Pisang Klasik Kuih Warisan Tok Nenek Dulu Dulu

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 1362 hits
Sedapnya kalau dapat makan Lepat Pisang panas panas Lemak manis cukup rasa Menerusi hantaran di grup masakan di laman sosial saudari Shai Anne Ahemed kongsikan resipi Lepat Pisang terbaik yang boleh dicuba Kuih tradisional ni mudah je nak b...
Tak Perlu Pelitup Murid Sekolah Boleh Guna Pelindung Muka Saja

Tak Perlu Pelitup Murid Sekolah Boleh Guna Pelindung Muka Saja

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 378 hits
Astro Awani Kelonggaran itu diberikan kerana kerajaan memikirkan kos pembelian pelitup muka pakai buang yang agak membebankan Bernama KUALA LUMPUR Kanak kanak berusia 12 tahun ke bawah dibenarkan memakai pelindung muka tanpa pelitup muka ke...
Resipi Daging Masak Black Pepper Confirm Sedap

Resipi Daging Masak Black Pepper Confirm Sedap

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 828 hits
Sedapnya kalau dapat makan Daging Black Pepper dengan nasi panas panas Satu lauk tu sahaja dah cukup untuk memuaskan rasa Menerusi hantaran di grup masakan di laman sosial saudari CT Nazura kongsikan resipi Daging Masak Black Pepper terbaik...
Kes Guna Telefon Semasa Memandu Perlu Diselesaikan Di Mahkamah Dikategorikan Sebagai Saman Tidak Boleh Dikompaun

Kes Guna Telefon Semasa Memandu Perlu Diselesaikan Di Mahkamah Dikategorikan Sebagai Saman Tidak Boleh Dikompaun

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 2027 hits
Pada hari ini boleh dikatakan masih terdapat pemandu kenderaan yang menggunakan telefon semasa memandu Perkara ini sangat membahayakn ramai pengguna dan antara penyumbang berlakunya kemalangan jalan raya Dalam usaha untuk mengurangkan bahay...
8 Resep Bumbu Sate Yang Bisa Jadi Menu Lauk Harian Skill Masak Meningkat Nggak Perlu Jajan

8 Resep Bumbu Sate Yang Bisa Jadi Menu Lauk Harian Skill Masak Meningkat Nggak Perlu Jajan

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 284 hits
Mulai dari bumbu sate ayam Madura sate Padang hingga sate taichan sederhana lengkap di sini
Anda Guna Candy Detergent Di Rumah Hati Hati Ia Boleh Sebabkan Keracunan Teruk

Anda Guna Candy Detergent Di Rumah Hati Hati Ia Boleh Sebabkan Keracunan Teruk

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 372 hits
Jika anda selalu shopping online pasti pernah terlihat detergent candy atau laundry beads yang berwarna warni dan sangat menarik di mata Ia sebenarnya adalah sabun pencuci baju tetapi dibuat dalam bentuk kapsul Sekali pandang macam gula gul...
Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian