Pemain Juara Piala Malaysia 1995 Tuntut Ganjaran


PETALING JAYA, 11 Nov — Setelah 25 tahun menanti, skuad Selangor musim 1995 hari ini bersuara menuntut hak berupa lot tanah yang dijanjikan sebagai ganjaran selepas berjaya menamatkan kemarau sembilan tahun tanpa kejuaraan apabila merangkul Piala Malaysia pada musim itu.
Bekas ketua pasukan Selangor Ismail Ibrahim mendakwa ganjaran itu dijanjikan secara lisan oleh Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, dan diamanahkan kepada pengurus pasukan Datuk Md Aini Taib untuk menguruskannya.
Beliau berkata seramai 31 individu terdiri daripada pemain dan pegawai pasukan dijanjikan sebidang tanah dan pengumuman itu dibuat pada malam sambutan kejayaan Selangor menjuarai Piala Malaysia pada 15 Nov 1995.
“Kami difahamkan pengumuman itu dibuat hasil Mesyuarat Bulanan Exco Kerajaan Negeri Selangor pada pagi hari tersebut.
“Kami selaku pemain adalah pihak yang menerima ganjaran manakala Datuk Md Aini individu yang diamanahkan untuk mengurus anugerah itu bagi pihak kami tetapi anugerah itu masih belum kami terima sehingga kini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Turut hadir bekas penolong jurulatih Datuk K. Rajagobal, bekas pemain Asmawi Bakiri dan isteri kepada bekas pemain Allahyarham Anuar Abu Bakar, Siti Mariam Sathawee.
Asmawi pula meminta pihak bertanggungjawab tampil dan memberi penjelasan mengenai status ganjaran itu sekali gus menyelesaikan perkara tersebut.
“Kami berharap agar tuntutan ini dipertimbangkan dengan mengambil kira usaha gigih, keringat dan pengorbanan kami sepanjang pembabitan mengharumkan bola sepak Selangor,” katanya.
Siti Mariam pula mengaku terkilan apabila mengenangkan Allahyarham Anuar yang sering menyebut mengenai ganjaran itu sehingga ke akhir hayatnya dan menyifatkan anugerah tersebut amat bermakna kepada keseluruhan pasukan.
Selangor muncul juara Piala Malaysia buat kali ke-28 musim itu selepas menewaskan Pahang 1-0 di Stadium Shah Alam dan berjaya mempertahankan gelaran itu pada dua musim berikutnya.
— BERNAMA
Kami pun sukar nak mengulas isu ini. Sudah 25 tahun dan ia bukan satu tugas mudah untuk diselesaikan oleh pengurusan yang baharu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ligakampung.com/blog/pemain-juara-piala-malaysia-1995-tuntut-ganjaran/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Faktor Utama Mengapa Saingan Piala Malaysia Musim Ini Wajar Diteruskan

Faktor Utama Mengapa Saingan Piala Malaysia Musim Ini Wajar Diteruskan

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 330 hits
Semalam Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi telah mengeluarkan kenyataan bahawa kejohanan TM Piala Malaysia 2020 akan ditangguhkan ke satu tarikh lain Perkara ini nyata mendapat tentangan dari pelbagai pih...
Mkn Umum Aksi Tm Piala Malaysia 2020 Terpaksa Ditangguhkan

Mkn Umum Aksi Tm Piala Malaysia 2020 Terpaksa Ditangguhkan

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 447 hits
Majlis Keselamatan Negara menerusi Menteri Kanan Dato Sri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan bahawa aksi suku akhir TM Piala Malaysia 2020 yang dijadualkan berlangsung pada hujung minggu ini terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh baharu
Mkn Tolak Rayuan Teruskan Piala Malaysia

Mkn Tolak Rayuan Teruskan Piala Malaysia

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 341 hits
Majlis Keselamatan Negara menolak rayuan Liga Bolasepak Malaysia untuk membenarkan saingan Piala Malaysia diteruskan sekali gus mengundang teka teki mengenai penganjuran kejohanan bola sepak tertua negara itu Kerajaan pada Sabtu lalu mengum...
Mfl Piala Malaysia Dibatalkan Mkn Tolak Rayuan

Mfl Piala Malaysia Dibatalkan Mkn Tolak Rayuan

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 814 hits
KUALA LUMPUR 12 NOV Liga Bola Sepak Malaysia memutuskan untuk membatalkan baki perlawanan Piala Malaysia pada musim ini selepas Majlis Keselamatan Negara menolak rayuan dikemukakan pentadbir Liga Malaysia itu semalam Keputusan berkenaan dic...
The Masked Singer Malaysia 2020 Aina Abdul Juara Pertama

The Masked Singer Malaysia 2020 Aina Abdul Juara Pertama

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 884 hits
THE MASKED SINGER MALAYSIA 2020 AINA ABDUL JUARA PERTAMASELEPAS lapan minggu membuat persembahan di sebalik kostum Bunga Raya Aina akhirnya dinobatkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia musim pertama Pada konsert akhir program tersebu...
Beberapa Jurulatih Menyifatkan Pembatalan Piala Malaysia Kejutkan Warga Bola Sepak

Beberapa Jurulatih Menyifatkan Pembatalan Piala Malaysia Kejutkan Warga Bola Sepak

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 333 hits
KUALA LUMPUR Beberapa jurulatih pasukan Liga Malaysia menyifatkan keputusan Liga Bola Sepak Malaysia membatalkan saingan Piala Malaysia pada musim ini sebagai perkara mengejutkan seluruh warga bola sepak di negara ini Ketua jurulatih Kuala ...
Kerajaan Tangguh Saingan Piala Malaysia 2020

Kerajaan Tangguh Saingan Piala Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 353 hits
SHAH ALAM 9 NOV Kerajaan memutuskan saingan bola sepak Piala Malaysia 2020 ditangguhkan seketika berikutan pandemik Covid 19 Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sukan itu tetap berisiko walaupun diadakan tanpa penonton kera...
Piala Malaysia Tangguh Kerajaan Harap Peminat Bersabar

Piala Malaysia Tangguh Kerajaan Harap Peminat Bersabar

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 324 hits
PETALING JAYA Piala Malaysia ditangguhkan ke tarikh yang akan diumumkan kemudian selepas kerajaan mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berharap peminat bola sepak bersabar dengan penangguhan ini ...
Terlepas Aksi Piala Malaysia Kurniawan Redha Keputusan Mkn

Terlepas Aksi Piala Malaysia Kurniawan Redha Keputusan Mkn

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 318 hits
Ketua jurulatih Sabah Kurniawan Dwi Yulianto menerima dengan hati terbuka keputusan daripada Majlis Keselamatan Negara yang tidak meluluskan permohonan laluan khas pasukan untuk menghadapi perlawanan CIMB Liga Super menentang UiTM FC di Sta...
Family Staycation Indonesia Menikmati Pemandangan Indah Di Kawah Putih Tempat Cantik Untuk Ootd

Truck Vs Car What Makes Big Rig Accidents More Legally Complex

Tahniah Dan Terima Kasih

7 Easy Ways To Top Up Your Touch N Go Card In Malaysia

Harimau Merah Intrik Dalaman

Elderly Support Building A Caring Future Today

Selepas Rafizi Nik Nazmi Pula Umum Letak Jawatan Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam

Housemate Pocong Fiksyen Atau Benar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


1 Bilion Dah Guna Meta Ai Tapi Ramai Tak Sedar Pun Mereka Sedang Guna

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Berasas Atau Tidak Sprm Tetap Bertegas Mahu Lucut Harta Daim Azam Baki

Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar