Pemain Hoki Perlu Beraksi Di Luar Malaysia Sukri


Kapten pasukan hoki lelaki kebangsaan, Sukri Mutalib, percaya sekiranya lebih ramai pemain beraksi dalam liga luar negara, terutama di Eropah, ia mampu meningkatkan prestasi pasukan Malaysia.
Sukri sendiri, yang pernah beraksi bersama pasukan Southern Hotshots dalam Liga Australia, berkata apabila pemain Malaysia beraksi dalam kejohanan kompetitif bersama-sama pemain terkemuka dunia, ia dapat merapatkan jurang di antara pemain negara dan Eropah.
Pemain berusia 33 tahun itu turut percaya bahawa pengalaman sedemikian dapat mengubah persepsi atau rasa kurang keyakinan diri pemain apabila bertemu pasukan lawan yang dibarisi oleh pemain yang bertubuh besar kerana sudah biasa berlatih dengan pemain Eropah.
“Kalau dilihat pemain bola sepak seperti Lionel Messi (Argentina) di Barcelona juga bertubuh kecil tetapi boleh bermain dengan pemain yang bertubuh besar kerana dia dah berlatih dengan orang Eropah sejak kecil. Begitu juga dengan pemain seperti David Silva dan Xavi (Sepanyol), mereka dah membesar dalam situasi itu.
“Jika pemain negara berada dalam persekitaran itu juga, mungkin dapat menyerap corak permainan daripada Eropah yang begitu fizikal serta dapat mengubah mentaliti pemain dan cepat matang dalam permainan,” katanya selepas menghadiri perbincangan hampir sejam dalam sesi penilaian empat tahun (2016-2019) skuad kebangsaan di Kuala Lumpur hari ini.
Ditanya apa yang menjadi halangan pemain negara untuk beraksi di liga luar negara, Sukri, yang membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan pada 2003, berkata kewajipan menghadiri latihan pusat bagi tempoh yang lama memaksa pemain berkenaan melupakan tawaran daripada pasukan luar negara selain komitmen menamatkan pengajian masing-masing.
“Setahu saya, kebanyakan pemain yang keluar, merupakan pemain bukan daripada pasukan kebangsaan yang mendapat peluang bermain di Itali, Scotland, Australia dan negara lain,” katanya.
Sesi penilaian itu bertujuan untuk bedah siasat punca kegagalan pasukan lelaki dan wanita kebangsaan layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Ia bagi memastikan kesilapan sama tidak berulang untuk tempoh empat tahun akan datang yang meliputi kelayakan dan kejohanan Piala Dunia 2022 (wanita) dan 2023 (lelaki) serta kelayakan Olimpik 2024.
Sesi itu dianggotai oleh 16 ahli panel, termasuk pengurusan tertinggi Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) diketuai presiden, Datuk Seri Subahan Kamal, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, bekas pemain, wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan media.
Seramai 10 pemain pasukan lelaki dan lima pemain pasukan wanita menjalani sesi perbincangan tertutup secara individu itu bersama ahli panel hari ini manakala sesi pertemuan dengan pihak jurulatih dijangka diadakan pada waktu lain.
Sementara itu, kapten pasukan wanita, Siti Noor Amarina Ruhani, yang menjadi individu pertama hadir ke perbincangan dua hala itu berkata sesi itu lebih menjurus kepada cara-cara memantapkan pasukan pada masa akan datang. 
“Saya sebagai pemain dapat peluang untuk bercakap dan beri pendapat mengenai kekurangan pasukan, apa yang perlu dipertingkatkan oleh KHM dan MSN, pendedahan yang pasukan perlu dapat, peningkatan secara individu serta pasukan. Ia perbincangan yang sangat bagus. 
“Ini pertama kali saya mendapat peluang untuk sesi begini, hampir semua perkara saya dah luahkan untuk meningkatkan prestasi pasukan bagi empat tahun akan datang,” katanya. 
Ditanya jika dia akan terus menabur bakti buat skuad kebangsaan, pemain berusia 32 tahun itu berkata dia belum memutuskan perkara itu dan ia bergantung kepada perancangan barisan kejurulatihan baru yang bakal dibentuk nanti.  
— BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ligakampung.com/blog/pemain-hoki-perlu-beraksi-di-luar-malaysia-sukri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Perpindahan Pemain Malaysia 2020

Senarai Perpindahan Pemain Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 586 hits
Berikut senarai perpindahan pemain pemain baharu pasukan dalam Liga Malaysia menjelang musim baharu 2020 Tempoh Pendaftaran Pemain Pertama akan dibuka secara rasmi pada 16 Januari 2020 sehingga 15 Mac 2020 Liga Malaysia akan bermula pada 28...
Baru 3 Tahun Anak Genius Malaysia Ini Sangat Luar Biasa Individu Termuda Dunia Masuk Ke Mensa

Baru 3 Tahun Anak Genius Malaysia Ini Sangat Luar Biasa Individu Termuda Dunia Masuk Ke Mensa

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 690 hits
Memasuki usia dua tahun Haryz atau nama penuhnya Muhammad Haryz Nadzim sudah boleh membaca buku ceritanya sendiri sebelum tidur Sekarang si cilik pintar yang berusia tiga tahun ini menjadi individu paling muda yang terbaharu diterima masuk ...
Bekas Pemain Hoki Tht Meninggal Dunia

Bekas Pemain Hoki Tht Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 401 hits
Bekas pemain hoki Terengganu Hockey Team Syamiru Aiman Bidin meninggal dunia kira kira pukul 11 48 pagi tadi di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini akibat kanser di kepala Timbalan Persatuan Hoki Terengganu Mohd Fikri Harun berkata pemerg...
China Guna Wechat Pengaruhi Pilihan Raya Luar Termasuk Malaysia

China Guna Wechat Pengaruhi Pilihan Raya Luar Termasuk Malaysia

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 379 hits
Pengaruh media memang tidak boleh dipandang remeh Walaupun manfaatnya dalam perkongsian berita dan maklumat memang tidak boleh disangkal ia juga menjadi platform penyebaran berita palsu untuk mempengaruhi pandangan rakyat Kebimbangan terhad...
Senarai Pemain Skuad Terengganu Fc 2020 Liga Super Malaysia

Senarai Pemain Skuad Terengganu Fc 2020 Liga Super Malaysia

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 602 hits
Senarai Pemain Skuad Terengganu FC 2020 Liga Super Malaysia Perlawanan liga super 2020 bakal membukai tirai tidak lama lagi Setiap pasukan mempersiapkan barisan pemain yang mantap untuk terus bersaing merebut kejuaraan Berikut dikongsikan S...
Gaji Pemain Liga Malaysia Susut 50 Sejak Dua Tahun Lalu

Gaji Pemain Liga Malaysia Susut 50 Sejak Dua Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 256 hits
Lebih kurang dua bulan sahaja lagi sepak mula Liga Malaysia 2020 akan mengambil tempat tanda bermulanya saingan musim baharu Namun kini terdapat beberapa pemain ternama dikatakan masih belum mempunyai pasukan menjelang saingan musim baharu ...
Perang As Iran Jika Berlaku Gugat Ekonomi Malaysia

Perang As Iran Jika Berlaku Gugat Ekonomi Malaysia

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 341 hits
Ekonomi Malaysia akan menghadapi cabaran getir sekiranya keadaan di Timur Tengah memburuk Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata sekiranya berlaku perang antara Amerika Syarikat dan Iran maka kesannya akan merebak dan menggugat pertumbuhan e...
Samsung Malaysia Mengacah Kehadiran Siri Galaxy A Baru

Samsung Malaysia Mengacah Kehadiran Siri Galaxy A Baru

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 426 hits
Samsung sebelum ini telah pun memperkenalkan dua telefon pintar baru dibawah siri Galaxy A iaitu Galaxy A51 dan juga Galaxy A71 Kini Samsung Malaysia telah mula mengacah kehadiran siri baru Galaxy A ini tidak lama lagi Kedua dua peranti ini...
Konsep Khazanah Masakan Malaysia Menu Buka Puasa Di Best Western I City Bersama Aladdin

Konsep Khazanah Masakan Malaysia Menu Buka Puasa Di Best Western I City Bersama Aladdin

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 810 hits
Salam uolls Tinggal lagi 70 hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan mulia bulan Ramadhan untuk tahun 2019 Dan tidak kurang hebatnya ada yang dah pun mulakan menempah baju raya mahupun membuat persiapan lebih awal Begitu ...
This Royal Enfield Continental Gt Caf Racer Is A Sand Cast Masterpiece

Lirik Lagu Akhiruzzaman Arora

Sentuhan Sulung Gattuso Beri Itali Kemenangan Besar

Bapa Mangsa Lemas Pinjam Rm752 Sebelum Tragedi Bilik Mayat Hpd Sunyi Tanpa Waris

Beli Luggage Online Murah Di Traveller Universal

Hiburan Marissa Dania Ambil Tindakan Undang Undang Bila Dah Sampai Masa Tiada Siapa Akan Tolong Awak

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nellisa Tiba Di London Dan Sunday Roast

Best Water Park At Selangor Splashmania Gamuda Cove

Netizen Persoal Kenapa Nedim Nazri Masih Belum Padam Foto Free Hair Nora Danish Dia Dah Berhijab Kan

Pakar Patologi Inkues Zara Buat Repot Polis Kerana Diancam Warganet

Ucapan Muhyiddin Diganggu Suasana Himpunan Bersatu Bertukar Kecoh

Peserta Acara Kayuhan Maut Kemalangan Dengan Kereta Di Langkawi