Pemahaman Terhadap Hadis Perlu Sahih Dr Rozaimi Ramle


 
Saya melihat terdapat satu video yang menyebutkan hadis bunuh kepada mereka yang memecahkan kesatuan orang Islam. Saya bimbang hadis ini disalahfahami oleh sebahagian netizen tambahan pula ia dipotong dan disebarkan. Maka saya menulis artikel ini untuk memberikan pemahaman yang betul terhadap hadis ini. Berikut komentar saya:


1.      Lafaz hadis tersebut ialah:


«مَنْ أَتَاكُمْ وَأَمْرُكُمْ جَمِيعٌ عَلَى رَجُلٍ وَاحِدٍ، يُرِيدُ أَنْ يَشُقَّ عَصَاكُمْ، أَوْ يُفَرِّقَ جَمَاعَتَكُمْ، فَاقْتُلُوهُ»


Maksudnya: “Sesiapa yang datang kepada kamu dan urusan kamu bersepakat pada seorang lelaki dan dia ingin memecahkan tongkat kamu (tonggak) atau memecahbelahkan Jemaah kamu maka bunuhlah dia”. (HR Muslim, no. hadis: 1852)


Hadis ini sahih riwayat Imam Muslim.


2.      Walaupun hadis ini sahih, pemahaman terhadap hadis ini juga perlu sahih. Dalil sahih tidak menjamin pemahaman yang sahih. Untuk memahami hadis sahih ini dengan pemahaman yang sahih kita perlu merujuk kalam ulama yang menghimpunkan hadis-hadis lain yang berkaitan dengan hadis ini. Setelah meneliti hadis-hadis yang berkaitan maka kesimpulan bagi maksud sahih bagi hadis ini ialah kebenaran untuk memerangi mereka yang menentang pemimpin tertinggi negara dengan kekerasan. Berikut kalam ulama yang menghuraikan maksud hadis ini:


i.                 Al-Qurtubi berkata:


وقوله: فمن أراد أن يفرق أمر هذه الأمة وهي جميع؛ أي: مجتمعة على إمام واحد


Maksudnya: Kata-katanya: “Sesiapa yang ingin memecahkan urusan umat ini sedangkan bersatu padu” bermaksud urusan itu bersatu pada satu imam (pemimpin tertinggi negara). (al-Qurtubi, al-Mufhim, jil. 4, hal. 62)


ii.                Al-Ityubi berkata:


وقوله: ("مَنْ أَتَاكُمْ، وَأَمْرُكُمْ جَمِيعٌ عَلَى رَجُلٍ وَاحِدٍ)؛ أي: مجتمع على مبايعة رجل للخلافة.


Maksudnya: Kata-katanya (Nabi): “Sesiapa yang datang kepadamu sedangkan urusanmu bersatu padu pada seorang lelaki” bermaksud urusan itu bersatu pada melantik seorang imam untuk khilafah (pemimpin tertinggi negara)”. (al-Bahr al-Muhit al-Thajjaj, jil. 32, hal. 201)


iii.               Ibn Malak memberikan makna yang lebih jelas bagi hadis ini dengan berkata bahawa kebenaran membunuh ini hanya kepada mereka yang memerangi pemimpin tertinggi negara dengan kekerasan. Dia berkata:


من قصد أن يعزل إمامكم الذي اتفقتم على إمامته، وأراد أن يأخذ الإمامة.


Maksudnya: “Sesiapa yang ingin meruntuhkan pemimpin tertinggi (negara) kamu yang kamu bersepakat terhadap kepimpinannya dan dia mahu mengambil alih kepimpinan negara”. (Ibn Malak, Syarh al-Masabih, jil. 4, hal. 252)


3.      Dengan nukilan di atas jelas pada kita bahawa hadis ini Nabi sallallah alaih wasallam tujukan kepada mereka yang mahu melakukan pertumpahan darah dengan menyingkirkan pemimpin tertinggi negara melalui jalan kekerasan. Hadis ini tidak terpakai bagi mereka yang keluar dari parti politik tertentu apatah lagi NGO tertentu. Hadis ini juga tidak terpakai bagi parti politik yang masuk pilihanraya untuk mendapatkan kuasa pemerintahan.


4.      Moga dengan penjelasan ini, netizen tidak bertindak membunuh mereka yang berpecah dan keluar dari parti politik mereka. Hadis ini tidak berkait dengan mereka yang keluar parti. Cukuplah sekadar bergambar dan tunjuk penumbuk untuk menyatakan bantahan. Itu memadai. Jangan lakukan keganasan membunuh kerana negara kita ada undang-undang. Moga kita semua memahami hadis dengan disiplin yang betul.


Dr Rozaimi Ramle






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/pemahaman-terhadap-hadis-perlu-sahih-dr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendirian Ulama Terhadap Normalisasi Uae Dan Israel

Pendirian Ulama Terhadap Normalisasi Uae Dan Israel

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 340 hits
Pada hari Isnin 31 Ogos 2020 yang lalu saya bersempatan mengikuti Muktamar Khas Kesatuan Ulama Sedunia yang diadakan secara atas talian melalui applikasi ZOOM bertujuan untuk membincangkan isu terkini berkaitan Palestin iaitu normalisasi hu...
Aduan Terhadap Kelajuan Internet Dan Liputan Meningkat Sehingga 70 Ketika Tempoh Pkp

Aduan Terhadap Kelajuan Internet Dan Liputan Meningkat Sehingga 70 Ketika Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 370 hits
Penularan Covid 19 telah membuatkan Malaysia mengimplementasi Perintah Kawalan Pergerakan sejak daripada 18 Mac yang lepas Hal ini turut membuatkan ramai yang mula bekerja dari rumah selain pelajar yang mengikuti pengajian secara atas talia...
Di Sebalik Serangan Terhadap Menteri Pas

Di Sebalik Serangan Terhadap Menteri Pas

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 237 hits
Oleh Nooreni Abu Bakar DUNGUN Di sebalik serangan bertali arus pembangkang terhadap menteri dan timbalan menteri daripada Parti Islam Se Malaysia adalah perancangan musuh Islam untuk memadamkan cahaya Allah Yang Dipertua PAS Dungun Ustaz Wa...
Kesian Dekat Warga Emas Amp Yang Duduk Flat Netizen Mahu Hukuman Berat Terhadap Pemilik Kilang Punca Masalah Air

Kesian Dekat Warga Emas Amp Yang Duduk Flat Netizen Mahu Hukuman Berat Terhadap Pemilik Kilang Punca Masalah Air

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 389 hits
Kes gangguan bekalan air di beberapa wilayah di Kuala Lumpur dan Selangor telah mencetuskan kemarahan penduduk Menerusi tinjauan Gempak di media sosial rata rata netizen mengambil pendekatan berbeza untuk mendapatkan air Ada diantaranya men...
Bersatu Pulai Mahu Tindakan Diambil Terhadap Osman

Bersatu Pulai Mahu Tindakan Diambil Terhadap Osman

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 287 hits
JOHOR BAHRU Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Pulai mahu tindakan dikenakan terhadap bekas Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian yang menyokong calon Bebas berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim Perak baru baru...
Menyusahkan Orang Ramai Mahu Tindakan Tegas Diambil Terhadap Pelaku Punca Ketiadaan Air

Menyusahkan Orang Ramai Mahu Tindakan Tegas Diambil Terhadap Pelaku Punca Ketiadaan Air

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 379 hits
281 total views 281 views today KUALA LUMPUR 5 Sept Letih lesu dan menyusahkan Itu antara keluhan masyarakat yang mahu tindakan tegas diambil terhadap pelaku yang menyebabkan mereka terpaksa meluangkan masa pada hari minggu beratur menadah ...
Minyak Sawit Di Sebalik Saman Terhadap Eu Rakyat Malaysia Perlu Lebih Peka

Minyak Sawit Di Sebalik Saman Terhadap Eu Rakyat Malaysia Perlu Lebih Peka

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 372 hits
Dua bulan yang lalu Menteri di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah mengeluarkan kenyataan bahawa KPPK telah membuat satu ketetapan dan telahpun mengumumkan bahawa kerajaan akan memfailkan tindakan undang undang terhadap Ke...
Senator Kemuka Usul Kenakan Tindakan Terhadap Timbalan Menteri Komunikasi

Senator Kemuka Usul Kenakan Tindakan Terhadap Timbalan Menteri Komunikasi

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 359 hits
Satu usul rasmi dikemukakan di Dewan Negara bagi menggesa supaya Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin disiasat dan dikenakan tindakan kerana memberi jawapan palsu berhubung masalah internet yang dihadapi ole...
Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Not All Flag Mistakes Are Equal

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Simpan Santan Segar

The Unwanted Penyesalan Chord

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi

8 Makanan Untuk Sakit Sendi Nutrisi Harian Untuk Sendi Lebih Sihat

The Comet A Blistering Rotary Norton From The United Kingdom

Isteri Curang Berakhir Maut Di Tangan Suami