Bersatu Pulai Mahu Tindakan Diambil Terhadap Osman


JOHOR BAHRU – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pulai mahu tindakan dikenakan terhadap bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang menyokong calon Bebas berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Perak baru-baru ini.
Ketua Bahagian Bersatu Pulai, Ya’cob Atan berkata, pihaknya akan mengemuka aduan kepada lembaga disiplin parti.
“Tindakan Osman menentang calon yang disokong Bersatu boleh menyebabkan keahliannya dalam parti terhenti mengikut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Bersatu sekiranya dakwaan ke atas Osman ini betul.
“Kami akan membuat laporan rasmi kepada lembaga disiplin minggu depan setelah mesyuarat bahagian pada 3 September ini untuk membincangkan masalah ini dan langkah selanjutnya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Semarak Kemerdekaan di Pejabat Bersatu Pulai, Bandar Baru Uda di sini hari ini.
Semasa PRK DUN Slim baru-baru ini, Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas menyampaikan ucapan di sebuah restoran dan menyatakan bahawa Bersatu sudah beralih arah daripada hala tuju penubuhan awalnya.
Video Osman berucap dengan durasi 1 minit 15 saat itu menjadi tular dalam media sosial ketika berkempen membantu calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.
Semalam, Ketua Bersatu Johor, Mazlan Bujang menyerahkan perkara itu kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuat keputusan.
Ya’cob yang juga Ketua Penerangan Bersatu Johor mengingatkan Osman bahawa tanpa parti, beliau tidak akan menjadi wakil rakyat dalam Parlimen Pulai.
“Ini kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas berada di bawah Parlimen Pulai, kami di peringkat bahagian turut menerima tempiasnya akibat perbuatan beliau,” katanya.
Ya’cob berkata, tindakan Osman akan menyebabkannya berkongsi nasib yang sama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan lima Ahli Parlimen Bersatu lain yang dihentikan keahliannya kerana duduk di tempat pembangkang dalam Dewan Rakyat.
Ketika diminta mengulas mengenai kesan terhadap kedudukan kerajaan negeri jika keahlian Osman terhenti, Ya’cob menjelaskan perkara itu tidak menjejaskan majoriti mudah yang diperoleh Perikatan Nasional (PN) di negeri ini.
Kerajaan PN Johor ketika ini mempunyai majoriti tipis iaitu 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Pakatan Harapan (PH) mempunyai 27 kerusi DUN.
PN menerusi UMNO mempunyai 14 kerusi, Bersatu (11), MIC (2), PAS (satu) dan Bebas (1) sementara PH pula melalui DAP (14), Amanah (9) dan PKR (4). – JT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://johortimes.my/2020/08/bersatu-pulai-mahu-tindakan-diambil-terhadap-osman/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menyusahkan Orang Ramai Mahu Tindakan Tegas Diambil Terhadap Pelaku Punca Ketiadaan Air

Menyusahkan Orang Ramai Mahu Tindakan Tegas Diambil Terhadap Pelaku Punca Ketiadaan Air

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 313 hits
281 total views 281 views today KUALA LUMPUR 5 Sept Letih lesu dan menyusahkan Itu antara keluhan masyarakat yang mahu tindakan tegas diambil terhadap pelaku yang menyebabkan mereka terpaksa meluangkan masa pada hari minggu beratur menadah ...
Osman Sapian Gugur Sebagai Ahli Bersatu

Osman Sapian Gugur Sebagai Ahli Bersatu

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 205 hits
Keahlian bekas menteri besar Johor Osman Sapian lucut serta merta secara automatik susulan tindakannya yang didakwa membantu kempen calon Bebas pada pilihan raya kecil DUN Slim baru baru ini Justeru kata pengerusi lembaga displin Megat Najm...
Bersatu Has No Soul Claims Pulai Umno Man

Bersatu Has No Soul Claims Pulai Umno Man

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 152 hits
Pulai Umno Youth information chief Md Shaqib Shahrilnizam has mounted an extraordinary attack on Perikatan Nasional coalition partner Bersatu saying that in moving to accept non Malays the party has lost its soul and that its admission into...
Nothing Unusual Osman Plays Down Attending Bersatu Blackout Events

Nothing Unusual Osman Plays Down Attending Bersatu Blackout Events

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 163 hits
Former Johor menteri besar Osman Sapian has recently played down his presence at the Slim by election campaign for Pejuang endorsed candidate Amir Khusyairi Mohamad Tanusi where he was also caught on video calling for support for the syaria...
Bersatu Pecat Osman Sapian Kerajaan Pn Johor Boleh Tumbang

Bersatu Pecat Osman Sapian Kerajaan Pn Johor Boleh Tumbang

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 267 hits
Pemecatan serta merta keahlian Bersatu ke atas bekas menteri besar Osman Sapian boleh menyebabkan kerajaan PN Johor goyah sekiranya beliau mengisytihar sokongan kepada Pakatan Harapan Tengah hari tadi pengerusi lembaga displin Bersatu Megat...
Osman Sapian Bersatu Being Bullied By Umno In Perikatan Party Leaders Not Speaking Up

Osman Sapian Bersatu Being Bullied By Umno In Perikatan Party Leaders Not Speaking Up

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 294 hits
Considering how we are within the same force If we are siblings they must surely first defend their own brothers and sisters But the total opposite is happening Datuk Osman Sapian has reportedly expressed his dissatisfaction towards the dyn...
Johor Ex Mb Osman Sapian Kicked Out Of Bersatu State Chapter Says Still Pending Confirmation

Johor Ex Mb Osman Sapian Kicked Out Of Bersatu State Chapter Says Still Pending Confirmation

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 213 hits
Embattled former Johor mentri besar Datuk Osman Sapian is said to be without a party after he was stripped off his Parti Pribumi Bersatu Malaysia membership today His party membership status was automatically stripped by Bersatu s disciplin...
As Defection Talk Swirls Ex Johor Mb And Bersatu Strongman Osman Sapian Rejects Doubts About His Party Loyalty

As Defection Talk Swirls Ex Johor Mb And Bersatu Strongman Osman Sapian Rejects Doubts About His Party Loyalty

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 234 hits
Osman explained that he was in Slim River Perak on Monday to meet old friends and that his visit had nothing to do with politics Picture by Mukhriz HazimJOHOR BARU Aug 26 Former Johor mentri besar Datuk Osman Sapian has rejected questions a...
Kemalangan Maut Akibat Pemandu Mabuk Bilakah Tindakan Tegas Akan Diambil

Kemalangan Maut Akibat Pemandu Mabuk Bilakah Tindakan Tegas Akan Diambil

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 316 hits
Sesungguhnya dari Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali Saya baru sahaja pulang dari menziarahi rakan di Kelas Pengajian Al Quran dan Tajwid saya di Kg Mambau Beliau diuji Allah dengan ujian kehilangan anak sulungnya di keheningan...
8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Nostalgia Bedak Sejuk



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Orang Bukan Melayu Tak Boleh Terima Perikatan Nasional