Minyak Sawit Di Sebalik Saman Terhadap Eu Rakyat Malaysia Perlu Lebih Peka


Dua bulan yang lalu, Menteri di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) telah mengeluarkan kenyataan bahawa KPPK telah membuat satu ketetapan dan telahpun mengumumkan bahawa kerajaan akan memfailkan tindakan undang-undang terhadap Kesatuan Eropah (EU) melalui Mekanisme Penyelasaian Pertikaian (DSM) di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Dato’ Dr Khairudin Aman Razali menjelaskan bahawa tindakan undang-undang ini dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara (AGC) perlu dilaksanakan berdasarkan kepada asas dan justifikasi serta selaras dengan prinsip amalan perdagangan yang telah digariskan oleh WTO

Tindakan memfailkan tindakan undang-undang ini adalah merupakan langkah akhir yang terpaksa di ambil setelah pelbagai langkah telah diusahakan oleh kerajaan Malaysia bagi membendung tindakan negatif EU yang sebenarnya memburukkan sawit Malaysia di mata dunia

Menurut beliau, polisi yang dilaksanakan EU dalam Delegation Regulation di bawah European Union Renewable Energy Directive II (EU RED II) ini telah mewujudkan sekatan yang tidak sewajarnya ke atas usaha kemampanan dan kelestarian yang telah dan sedang dilaksanakan Malaysia. Malah ia juga menyekat amalan perdagangan bebas yang akhirnya menyebabkan lebih 3 juta rakyat Malaysia yang terlibat dalam rantaian industri sawit negara menerima impak yang negatif termasuk lebih setengah juta pekebun kecil sawit

Untuk rekod, pada tahun 2017 Parlimen Eropah meluluskan resolusi untuk mengurangkan sebelum mengharamkan semua biofuel yang dihasilkan menggunakan asas sawit yang mana ianya menjejaskan pengeluar utama iaitu Malaysia dan Indonesia. Alasan Eropah, mereka mengambil tindakan itu kerana kononnya penanaman sawit adalah tidak lestari dan memusnahkan hutan

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menegaskan bahawa sekatan yang dilakukan oleh EU akan mencetuskan perang perdagangan bersama negara-negara pengeluar. Tun Dr Mahathir menganggap bahawa alasan kelestarian hutan hanyalah satu usaha untuk membolehkan EU menggunakannya sebagai alasan untuk menyalahkan negara Asia Pasifik walaupun rantau itu sendiri menggunakan pengeluaran daging yang banyak membabitkan penebangan hutan

Adalah tidak benar Malaysia tidak berusaha untuk menjelaskan kepada dunia situasi sebenar terhadap isu yang sengaja ditujukan kepada negara ini. Ia telah diperakui sendiri oleh Duta Perancis ke Malaysia, Frederic Laplanche yang melihat bahawa kerajaan Malaysia bertindak positif terhadap isu alam sekitar dan sedang berusaha untuk mendapatkan kembali kepercayaan pengguna Eropah terhadap sawit. Beliau mengakui bahawa imej minyak sawit terjejas dengan isu penebangan dan kemusnahan hutan sejak sekian lama tetapi keadaan telah berubah dari masa ke masa dengan kempen demi kempen yang diadakan

Peguam dari Fratini Vergano, Paolo R Vergano yang berpangkalan di Eropah menggesa industri minyak sawit untuk mempertimbang membawa dakwaan 'bebas minyak sawit' atau 'tiada minyak sawit' dalam produk makanan ke mahkamah atau pihak berkuasa pentadbiran terpilih negara anggota EU yang tidak sah di bawah undang-undang EU di bawah pelbagai sudut tafsiran serta instrumen perundangan

Dalam pembentangan bertajuk 'Pasaran EU bagi Minyak Sawit -- Cabaran dan Peluang' di Seminar Internet Minyak Sawit (Pointers) anjuran Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Bursa Malaysia pada bulan Jun yang lalu, Paolo R Vergano berkata Suruhanjaya Eropah menyampaikan komunikasi mengenai strategi 'daripada bahan mentah kepada juadah' (F2F) untuk sistem makanan yang baik, sihat dan mesra alam sekitar. Beliau menegaskan bahawa di bawah strategi F2F itu, suruhanjaya itu berkata ia akan menyokong 'penguatkuasaan undang-undang mengenai maklumat yang mengelirukan

Vergano berkata dakwaan alam sekitar sering dilihat menjadi generalisasi mengelirukan yang tidak berasas kerana bukan semua minyak sawit adalah tidak mampan alam sekitar malah beliau berkata bahawa apa yang berlaku adalah sebaliknya. Menurut beliau, Kawasan hutan di Malaysia berjumlah hampir 53 peratus daripada keluasan tanah. Di EU, walaupun wujud usaha penghutanan semula, kawasan hutan adalah kira-kira 39.5 peratus daripada keluasan tanah pada 2018. Beliau mengakui Malaysia turut melakukan usaha penting untuk memastikan kemampanan industrinya, termasuk pensijilan wajib kepada peladang sawit dan pengeluar minyak sawit di bawah piawaian Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO)

Oleh kerana itu, adalah menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia untuk turut sama dengan usaha kerajaan untuk mengangkat martabat minyak sawit yang menjadi sumber ekonomi negara. Bukan sekadar menjadi pengguna minyak sawit, rakyat Malaysia perlu bersama dalam kempen-kempen yang diusahakan oleh pihak kerajaan

Agensi kerajaan yang sangat penting ketika ini dalam mempromosi sawit adalah MPOC yang diterajui pengurusannya oleh Datuk Dr Kalyana Sundram selaku Ketua Pegawai Eksekutif MPOC
 Misi MPOC yang diwujudkan oleh kerajaan berperanan untuk mempromosikan pengembangan pasaran minyak sawit Malaysia dan produknya dengan meningkatkan imej minyak sawit dan mewujudkan penerimaan minyak sawit yang lebih baik melalui kesedaran mengenai pelbagai kelebihan teknologi dan ekonomi (kelebihan tekno-ekonomi) dan kelestarian alam sekitar

Pada awal tahun lalu, kerajaan telah melancarkan kempen Sayangi Sawitku untuk memerangi kempen anti-sawit yang dilancarkan Kesatuan Eropah terhadap komoditi negara kita yang mana objektif kempen ini ialah menyemai rasa bangga rakyat terhadap industri sawit negara dan meningkatkan kesedaran serta mendidik rakyat mengenai kebaikan dan khasiat minyak sawit

Kempen bagi memerangi kempen anti kelapa sawit EU diteruskan dengan kempen Sawit Anugerah Tuhan di bawah kepimpinan Dato’ Dr Khairuddin dengan mengambil pendekatan bahawa sawit itu ialah anugerah Tuhan dan bahan makanan terbaik untuk dunia

Justeru saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk seiring dengan kempen mempromosi kebaikan sawit Malaysia

Jika bukan kita, siapa lagi, Jika bukan sekarang, bila lagi

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil Ahli Lembaga Pemegang AmanahMajlis Minyak Sawit Malaysia6 September 2020
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10225302451733980&id=1403240197

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/minyak-sawit-di-sebalik-saman-terhadap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Sekat Rakyat Dari Negara Catat Lebih 150 000 Kes Covid 19

Malaysia Sekat Rakyat Dari Negara Catat Lebih 150 000 Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 44 hits
Kerajaan tidak membenarkan rakyat dari negara yang mencatatkan kes positif COVID 19 melebihi 150 000 untuk masuk ke Malaysia bermula Isnin ini kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata antara negara dalam sena
Facebook Malaysia Rakyat Lebih Selesa Berbelanja Secara Atas Talian

Facebook Malaysia Rakyat Lebih Selesa Berbelanja Secara Atas Talian

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 110 hits
Pengguna dilihat semakin maju dalam penggunaan teknologi digital Susulan itu pembelian secara atas talian mencatatkan peningkatan mendadak lebih cepat daripada jangkaan Tahun lepas Bain Company meramalkan bahawa bilangan pengguna digital di...
Di Sebalik Serangan Terhadap Menteri Pas

Di Sebalik Serangan Terhadap Menteri Pas

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 50 hits
Oleh Nooreni Abu Bakar DUNGUN Di sebalik serangan bertali arus pembangkang terhadap menteri dan timbalan menteri daripada Parti Islam Se Malaysia adalah perancangan musuh Islam untuk memadamkan cahaya Allah Yang Dipertua PAS Dungun Ustaz Wa...
Malaysia Consistent In Rejecting Claims Over Sabah Dewan Rakyat Told

Malaysia Consistent In Rejecting Claims Over Sabah Dewan Rakyat Told

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 69 hits
Kamarudin Jaaffar says the issue is raised by politicians from the Philippines especially when the elections are around the corner KOTA KINABALU Malaysia s stand has always been consistent that it will not entertain or recognise any form of...
Mantan Menteri Dan Timbalan Menteri Akui Ph Sengaja Menyiksa Rakyat Malaysia Dalam 2 Tahun Pertama Pemerintahan Mereka

Mantan Menteri Dan Timbalan Menteri Akui Ph Sengaja Menyiksa Rakyat Malaysia Dalam 2 Tahun Pertama Pemerintahan Mereka

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 124 hits
Dalam satu program online baru baru ini mantan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Syed Saddiq aka Mat Tisu dengan tidak sengaja telah membongkarkan perancangan politik awal Pakatan Harapan Mat Tisu dedahkan Kerajaan Pakatan Harapan sememang...
Video Merdeka Keluaran Digi Ini Bakal Buat Anda Bangga Jadi Rakyat Malaysia

Video Merdeka Keluaran Digi Ini Bakal Buat Anda Bangga Jadi Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 137 hits
Tahun 2020 sememangnya memberikan putaran 360 darjah kepada dunia Apa yang terjadi tahun ini merupakan kejadian yang tidak disangka sangka akan berlaku dan ianya memberikan impak yang besar kepada rakyat Malaysia Ada yang kehilangan kerja a...
Abah Pak Long Pak Ngah Gigih Berperang Demi Sejahtera Rakyat Malaysia

Abah Pak Long Pak Ngah Gigih Berperang Demi Sejahtera Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 70 hits
Perutusan khas oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru baru ini memperlihatkan bahawa rakyat Malaysia sekali lagi perlu akur bahawa perlaksanaan PKPP akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020 Ini jelas menunjukkan setiap lapisan...
Saya Yakin Rakyat Malaysia Cekal Jalani Cabaran Ini Ucapan Merdeka Dg Hisham

Saya Yakin Rakyat Malaysia Cekal Jalani Cabaran Ini Ucapan Merdeka Dg Hisham

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 74 hits
Menjelang hari kemerdekaan yang bakal disambut esok ucapan ucapan daripada orang kenaman negara telah mulai bertebaran di media sosial Walaupun pada tahun ini negara terpaksa merayakan hari bersejarah ini dalam keadaan yang penuh berhati ha...
Aqilah Sudah Sedar

Ya Allah Wanita Ini Diguna Guna Anunya Dikasih Paku Dan Disayat Senjata Tajam

Dakwa Dapat Sokongan Majoriti Yang Kukuh Tapi Persoalannya Siapa Geng Muhyiddin Yang Bersama Anwar

Betul Ke 19 Orang Umno Yang Bersetuju Anwar Menjadi Pm Najib Belum Bersuara Dalam Isu Ini Kenapa

Penduduk Meratapi Penutupan Perkhidmatan Bas

Apa Kata Tun

Tiga Pemimpin Pas Yang Dilebelkan Sebagai Geng Publika Oleh Orang Kanan Najib

Lirik Lagu Semesta Syuhada



Info Dan Sinopsis Drama Ryan Aralyn Slot Akasia

Kenapa Patung Beruang Digelar Teddy Bear

Info Dan Sinopsis Drama Sekali Ku Jatuh Cinta TV1

Kenapa Kerajaan Singapura Menghalang Wanita Muslim Bertudung

Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kebocoran Dokumen Sulit FinCEN


Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Sertai Grabfood

Sajak Kita Ni Dah Tua

Sambal Tumis Baby Sotong

Menulis Untuk Seo Cara Membuat Artikel Blog Peringkat 1 Google

8 Punca Lingkaran Gelap Bawah Mata Dan Cara Menutup Lingkaran Tersebut

Kerajaan Pn Sukar Lulus Undang Undang Muhyiddin Patut Letak Jawatan