Pelupusan Aset Khazanah Langkah Strategik Biasa Dr Barjoyai



Pelupusan aset badan pelaburan negara Khazanah Nasional Berhad merupakan langkah strategik yang dilaksanakan sejak sekian lama bagi memastikan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLC) itu terus berdaya maju.
Penganalisis Ekonomi, Profesor Dr Barjoyai Bardai berkata perlupusan itu sesuai dengan tujuan asal Khazanah ditubuhkan iaitu membeli saham khas diperuntukkan untuk Bumiputera yang tidak dilanggan di bursa saham.
Cuma, katanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini Khazanah telah lari daripada matlamat penubuhan dengan menyertai perniagaan yang sepatutnya diceburi oleh sektor swasta.
“Khazanah masuk sebagai wakil bumiputera membeli pegangan (saham). Itu asalnya. Kemudian hari ini, Khazanah berganjak daripada objektif asal dan menggunakan banyak keupayaan kewangan untuk membeli pelaburan yang tidak ada kaitan dengan pengapungan syarikat (di bursa saham).
“Oleh itu perlupusan saham merupakan strategi yang diluluskan Lembaga Pengarah untuk memastikan Khazanah terus berdaya maju. Jadi kalau dia nak jual sekarang maknanya itu keputusan Lembaga Pengarah,” katanya dipetik Suara Keadilan.
Baru-baru ini tular isu kononnya kerajaan Pakatan Harapan mengkhianati negara kerana membenarkan Khazanah menjual aset yang dikumpulkan pada era pentadbiran Najib Razak. Hal itu dijawab kemas oleh PM Tun Mahathir bahawa penjualan aset dilakukan untuk membayar hutang yang ditinggalkan rejim Najib.
Namun begitu, Dr Barjoyai berpandangan, penjualan aset pada ketika ekonomi kurang baik dilihat tidak begitu wajar berikutan kedudukan nilai pasaran saham dan hartanah yang merosot.
“Misalnya, hari ini pasaran saham dan pasaran hartanah berada di tahap terendah. Jadi mungkin kalau Khazanah tidak memerlukan wang serta merta aset ini disimpan dulu, tunggu pasaran meningkat dan selepas kegawatan ekonomi baru jual,” katanya.
Bagaimanapun menyentuh langkah pelaburan lain, Prof Barjoyai berpandangan, misalnya penjualan pegangan 16 peratus saham IHH Healthcare Berhad (IHH) yang bernilai RM8.42 bilion kepada Mitsui & Co Ltd pada November 2018 adalah strategi yang wajar.
Katanya, dengan pelupusan itu, secara psikologinya Khazanah mencatatkan keuntungan dengan menjual saham pada kadar lebih tinggi berbanding nilai yang dicatat sekarang.
“Penjualan IHH merupakan satu langkah strategik sebab ia dijual kepada syarikat Mitsui pada kadar ratio yang sangat tinggi hampir 90 kali keuntungan semasa. 90 kali ‘earning percent’ adalah kadar gandaan yang tertinggi pernah kita lihat di pasaran Bursa Malaysia kita.
“Sekarang ini kadarnya menurun sedikit dari kadar yang kita jual hari itu. Sekarang jadi 85-84 ganda. Maknanya kita telah untung secara psikologi kerana menjual pada harga yang lebih mahal,” jelasnya.
Tambahnya, Khazanah tetap mendapat faedah menerusi dividen keuntungan berikutan masih memegang 26 peratus pegangan saham dalam syarikat hospitaliti dan kesihatan terbesar di Asia berkenaan.
“Pegangan dalam itu sangat penting. Hari ini Khazanah masih memegang 26 peratus selain Mitsui memegang saham terbesar. Namun kita masih mendapat faedah. Kalau IHH mendapat untung besar, Khazanah akan dapat dividen yang besar juga,” katanya lagi. – RF8 Media


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/25134

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjualan Aset Khazanah Kurangkan Hutang Jana Pulangan Lebih Besar

Penjualan Aset Khazanah Kurangkan Hutang Jana Pulangan Lebih Besar

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 370 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Ph Akan Ditolak Jika Mahathir Terus Jual Aset Khazanah

Ph Akan Ditolak Jika Mahathir Terus Jual Aset Khazanah

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 500 hits
1 Khazanah ertinya harta atau aset Khazanah Nasional ertinya aset negara Sebagai ahli parlimen saya minta Kerajaan Persekutuan mencari jalan lain untuk membayar hutang negara sekarang Jangan cari jalan mudah dengan menjual harta Khazanah Na...
Khalid Jual Aset Khazanah Macam Jual Kain Baju Kita

Khalid Jual Aset Khazanah Macam Jual Kain Baju Kita

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 314 hits
Apabila kerajaan sudah mula menjual asetnya untuk membayar hutang ia akan memberi gambaran bahawa negara dalam keadaan terdesak maka harga yang ditawarkan pembeli dibimbangi akan jatuh kata bekas Menteri Besar Selangor Abdul Khalid IbrahimK...
Kenapa Khazanah Jual Aset Negara

Kenapa Khazanah Jual Aset Negara

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 469 hits
FB GANG UTARA FAN CLUB Soalan Kenapa Khazanah jual banyak aset negara dah takde duit ke Jawapan Dulu pun jual jugak sekarang jual lagi banyak sebab dapat mandat susun semula prioriti dalam Khazanah dan juga nak susun strategi Pelaburan Soal...
Ph Jual Aset Strategik Th Rm2 6 Bilion Jawab Dengan Fakta Bukan Salahkan Pemuda Dr Najmil

Ph Jual Aset Strategik Th Rm2 6 Bilion Jawab Dengan Fakta Bukan Salahkan Pemuda Dr Najmil

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 773 hits
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa yang bertanggungjawab dalam urusan hal ehwal Lembaga Tabung Haji seharusnya melakukan penjelasan berkenaan penjualan aset strategik institusi tersebut berserta fakta bukann...
Hasil Jual Aset Khazanah Bukan Untuk Bayar Hutang Kerajaan Kata Azmin

Hasil Jual Aset Khazanah Bukan Untuk Bayar Hutang Kerajaan Kata Azmin

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 403 hits
Hasil jual aset Khazanah bukan untuk bayar hutang kerajaan kata Azmin Dikemas kini 26 minit yang lalu Diterbitkan pada 10 Oc
Khazanah Jual Dan Labur Aset Untuk Pelaburan Baru

Khazanah Jual Dan Labur Aset Untuk Pelaburan Baru

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 743 hits
KUALA LUMPUR Transaksi yang sedang dilakukan oleh Khazanah Nasional Bhd adalah satu urus niaga biasa yang membabitkan penjualan pelaburan dan kemudian melabur semula modal untuk pelaburan baharu kata Pengarah Urusannya Datuk Shahril Ridza R...
Pengin Paham Langkah Langkah Penting Ahli Jualan Ini Ringkasannya

Pengin Paham Langkah Langkah Penting Ahli Jualan Ini Ringkasannya

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 266 hits
Topik kita sekarang yaitu Reseller merupakan pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Kalau Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan mau memiliki pendapatan tambahan maka ...
Milenial Yang Tak Ingin Tua Sebelum Kaya Berikut Langkah Antisipasi Harus Diambil

Milenial Yang Tak Ingin Tua Sebelum Kaya Berikut Langkah Antisipasi Harus Diambil

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 280 hits
Ekonom sekaligus Akademisi dari Universitas Indonesia Fithra Faisal Hastiadi mendorong milenial untuk tidak hanya konsumtif tapi juga lebih giat berinvestasi Investasi menurutnya bisa dimulai dengan nominal yang tidak harus besar Bahkan set...
Pak Cik Shell Tunjuk Demo Isi Minyak Guna Mykad Tebus Subsidi Ron95

Makluman Penambahan Waktu Operasi Kaunter Lesen Memandu Dan Pelbagai Pada 27 September 2025 26 Oktober 2025

Itu Bukan Anak Saya Eira Syazira Nafi Anak Pembuli Tular Tempoh Hari

Mamat Sepah Umum Pencen Dunia Komedi Banyak Kemenangan Dah Perolehi Masa Untuk Bidang Perniagaan

Makluman Sistem Subsidi Bersasar Petrol Ron95 Bermula Secara Berperingkat Mulai 27 September 2025

Govt Hints At Good News For Crucial Semiconductor Sector In 2026 Budget

Cara Dapatkan Minyak Ron95 Bersubsidi Rm1 99 Melalui Program Budi95

Sah Jatuh Talak 3 Siti Jamumall Amp Aiman Tak Boleh Rujuk Semula


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Persediaan Menghadapi Exam Psra Bersama Ustaz Azhari Sulaiman Di Flyhigh Education Centre

Drama Rumah Tanpa Luka Lakonan Shukri Yahaya Dan Erysha Emyra

Cara Jual Emas Harga Tinggi Dapat Duit Tunai

Malaysia Sarong Music Run Bersempena Hari Malaysia 2025 Meriah Dengan 15 000 Penyertaan

Legoland School Challenge 2025 Kreativiti Pelajar Malaysia Cipta Sejarah

003 Percutian Di Kota Kinabalu Sabah Terukir Pesona Kenangan Yang Membahagiakan