Pelukan Terakhir Jadi Kenangan Kisah Suami Isteri Ini Undang Sebak Netizen

KUALA LUMPUR – Kadangkala, kasih sayang tidak memerlukan kata-kata panjang. Cukup dengan satu pelukan, ia mampu menjadi kenangan yang terpahat seumur hidup. Namun siapa sangka, pelukan yang lahir daripada gerakan hati itu juga boleh menjadi perpisahan terakhir antara dua insan yang saling mencintai.
Satu perkongsian menyentuh hati yang dimuat naik oleh pengguna media sosial @isyraff._ kini tular dan mengundang rasa hiba dalam kalangan warganet.
Menerusi perkongsian bertarikh 31 Disember 2025, individu tersebut berkongsi detik terakhir antara ibu dan bapanya yang menjadi kenangan paling bermakna sebelum pemergian insan tersayang.
Menurut cerita itu, si ayah sempat memuji isterinya dengan kata-kata ringkas namun penuh makna, “comel sangat awak hari ni.”
Si ibu pada awalnya berasa segan untuk memeluk suaminya kerana berada di luar rumah, namun seolah-olah digerakkan oleh Allah, dia akhirnya memeluk si ayah.
Pelukan itu rupa-rupanya menjadi pelukan terakhir buat mereka berdua.
Tidak sampai dua jam selepas itu, si ayah menghembuskan nafas terakhir.
“And that was the last hug from mak untuk ayah.
Dua jam lepas tu ayah hembuskan nafas terakhir,” tulisnya.
Dalam luahan penuh emosi itu, dia turut menulis ucapan buat arwah bapanya, Allahyarham Jamil Khair bin Ahmad Rashidi, sambil menyatakan rasa kasih yang mendalam dan harapan untuk bertemu kembali di syurga.
Netizen Turut Sebak, Ramai Kongsi Rasa Kehilangan
Ruangan komen dibanjiri ucapan takziah dan luahan emosi daripada netizen yang turut tersentuh dengan kisah tersebut.
Antara komen yang ditinggalkan:
“Looks like he lived a life full of love. Al-Fatihah

”
“This is very sad, no one is ever ready for this.”
Ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri kehilangan ayah, malah ada yang mengakui menjadi lebih kerap memeriksa keadaan ibu bapa selepas menonton video berkenaan.
Tidak kurang juga netizen yang bertanya punca pemergian arwah memandangkan beliau kelihatan sihat, namun sehingga kini tiada jawapan diberikan oleh pemilik video.
Rata-rata warganet mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, selain berharap kasih sayang seindah itu terus mengiringi keluarga yang ditinggalkan.
Al-Fatihah buat Allahyarham.
Semoga keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini. – The Malaysian Update
The post Pelukan Terakhir Jadi Kenangan, Kisah Suami Isteri Ini Undang Sebak Netizen appeared first on The Malaysian Update.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.malaysianupdate.my/2026/01/01/pelukan-terakhir-jadi-kenangan-kisah-suami-isteri-ini-undang-sebak-netizen/