Peluang Terbaik Zahid Jadi Pm Jika Pru 15 Diadakan Segera


agendaily.com18/3/2021
Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2021 bermula 16 Mac 2022.
Tumpuan akan terarah kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang akan menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 dan pelbagai spekulasi sudah hangat diperkatakan terutamanya berhubung isu pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Berbekalkan dua kemenangan bergaya dalam dua Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, sudah pastinya Presiden UMNO itu tampak lebih berkeyakinan dan kembali mendapat sokongan padu daripada akar umbi.

Daripada ucapan perasmian sayap UMNO yang disampaikan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan, semakin jelas naratif yang bakal dibawa oleh Zahid pada ucapan dasar nanti dan ia bukan lagi rahsia umum PRU-15 bakal diadakan dalam masa terdekat.

Sama seperti senario yang berlaku PAU tahun lalu yang menyaksikan UMNO membuat ketetapan untuk menamatkan hubungan dengan Bersatu sehingga akhirnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang, dijangkakan episod sama juga bakal berulang dengan Zahid bakal meneruskan agenda utamanya untuk mengadakan PRU secepat mungkin.

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) semalam kelihatan kurang ceria, malah tidak mengulas panjang berhubung perbincangan dalam mesyuarat tersebut.

Sikap tersebut berbeza sama sekali dan luar kebiasaan kerana Ismail Sabri dianggap sebagai seorang yang peramah dan ceria dikalangan para wartawan.

Pergerakan bahasa badan Naib Presiden UMNO itu juga dilihat kurang bersemangat dan seakan menyembunyikan sesuatu yang pahit untuk diluahkan selepas menghadiri mesyuarat MT malam tadi.

Namun, realitinya Presiden UMNO lebih berkuasa daripada seorang PM walaupun Ismail Sabri merupakan pemimpin nombor satu negara.

Hala tuju dan pendirian parti masih lagi dikuasai oleh seorang individu iaitu Presiden parti, ia lumrah dalam mana-mana parti politik dalam negara yang perlu diterima.

Lebih jelas lagi, perwakilan sayap UMNO yang terdiri daripada Wanita, Pemuda dan Puteri secara keseluruhan menyambut secara terbuka ucapan disampaikan Mohamad supaya PRU-15 diadakan dengan segera.

Hampir majoriti pembahas sayap UMNO bersetuju sekiranya PRU-15 diadakan dengan segera, ia pastinya akan memeningkan Ismail Sabri melihat senario yang berlaku.

Jadi, tidak hairanlah apabila Ismail Sabri hampir seharian menghabiskan masanya untuk meninjau dan memantau sepanjang perjalanan persidangan sayap UMNO semalam, ia disusuli dengan beberapa program kecil yang dianjurkan bersama para perwakilan di PWTC.

Malah, bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang berada dalam satu kem dengan Zahid juga turut berada di PWTC semasa persidangan sayap berlangsung dan seakan cuba memperlihatkan popularitinya yang lebih popular berbanding Ismail Sabri.

Menurut laporan, Najib disambut dengan laungan ‘Bossku’ apabila memasuki dewan persidangan, slogan yang sinonim dengan bekas PM sejak menjadi Kluster Mahkamah.

Bagaimanapun, Ismail Sabri juga turut mendapat sambutan hangat daripada perwakilan persidangan sayap semasa melawat dewan, namun terdapat juga insiden yang kurang manis berlaku seperti tular video Ketua Puteri, Datuk Zahida Zarik Khan tidak bangun memberi penghormatan kepada PM.

Senario PAU 2021 kali ini agak janggal kerana jika sebelum ini UMNO banyak membincangkan masalah dan isu melibatkan kepentingan rakyat, tetapi nampaknya yang lebih menghairahkan pemimpin mereka kini adalah untuk melihat PRU-15 diadakan dengan segera.

PAU 2021 kali ini merupakan satu-satunya peluang dimiliki Zahid untuk menjadi PM dan sekiranya ia tidak diadakan dengan segera berkemungkinan nasib sama menimpa Najib yang sudah dijatuhi hukuman bersabit kes rasuah dana SRC International Sdn Bhd juga bakal dihadapinya sama.

Hanya PRU-15 dan kemenangan yang dominan seperti di Melaka dan Johor bakal membebaskan Zahid dan Najib daripada pertuduhan yang dihadapi mereka di mahkamah, tidak ada jalan keluar lain.

Mengambilkira momentum dan prestasi hebat UMNO dalam dua Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini, Zahid tidak boleh menunggu lama PRU-15 diadakan kerana kes mahkamahnya juga sedang berjalan ketika ini.

Apa yang Zahid boleh lakukan sekarang adalah dengan mencari jalan untuk meneruskan tekanan kepada Ismail Sabri agar membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU-15 dengan segera, sekali lagi suara akar umbi parti itu akan jadikan modal untuk memastikan hasrat tersebut menjadi kenyataan.

Jadi, apakah yang berlaku selepas ucapan perasmian Zahid semasa PAU 2021 nanti? Adakah Zahid berjaya dalam misinya sekali lagi seperti yang berlaku pada PAU tahun lepas? Sama-sama kita nantikan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/03/peluang-terbaik-zahid-jadi-pm-jika-pru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Bayangkan Tiada Pru Sebelum 31 Julai

Zahid Bayangkan Tiada Pru Sebelum 31 Julai

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 182 hits
MalaysiakiniSelepas hebat mendesak supaya pilihan raya umum diadakansegera Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kini memberi bayangan bahawa parti itu tidak terlalu tergesa gesa Zahid dan timbalannya Mohamad Hasan membayangkan Umno perlu menung...
Pau 2021 Kini Umno Bermusuh Dengan Semua Parti Mahu Pru 15 Segera

Pau 2021 Kini Umno Bermusuh Dengan Semua Parti Mahu Pru 15 Segera

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 209 hits
agendaily com20 3 2022Perhimpunan Agung UMNO 2021 Perhimpunan Agung UMNO 2021 melabuhkan tirainya hari ini dengan mengisytiharkan semua parti lawan adalah musuh mereka lebih malang lagi PAS yang dahulunya dianggap sahabat kini pun dianggap ...
Gagal Letakkan Hasni Sebagai Mb Tanda Kegagalan Umno Lupakan Dulu Nak Desak Pru Segera

Gagal Letakkan Hasni Sebagai Mb Tanda Kegagalan Umno Lupakan Dulu Nak Desak Pru Segera

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 151 hits
Apa pun situasinya perkembangan mutakhir yang memperlihatkan Hasni Mohamad besar kemungkinan tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar Johor adalah suatu kegagalan buat UMNO Di sebalik Hasni diletakkan sebagai poster boy BN yang mana ia m...
Khairy Hargai Zahid Beri Ruang Pada Pm Tentukan Tarikh Pru 15

Khairy Hargai Zahid Beri Ruang Pada Pm Tentukan Tarikh Pru 15

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 169 hits
Khairy menyuarakan penghargaan kepada Zahid kerana menyerahkan tarikh untuk menentukan pilihan raya umum kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang merupakan naib presiden parti itu Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berpandangan PRU ...
Jangan Biarkan Mimpi Ngeri Anda Berulang Kluster Mahkamah Mahu Mou Batal Pru Segera

Jangan Biarkan Mimpi Ngeri Anda Berulang Kluster Mahkamah Mahu Mou Batal Pru Segera

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 164 hits
Kluster mahkamah mahu MoU batal PRU segera Posted By on March 22 2022Ketidakpastian sama ada akan diteruskan pembentangan Rang Undang undang Anti Lompat Parti pada persidangan Dewan Rakyat sesi Mac akan diselesaikan melalui mesyuarat Jawata...
Pru 15 Perlu Diadakan Sebelum Pemilihan Umno

Pru 15 Perlu Diadakan Sebelum Pemilihan Umno

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 143 hits
SHAH ALAM Pilihan Raya Umum ke 15 perlu diadakan sebelum berlangsungnya pemilihan parti kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan Beliau berkata pemilihan parti perlu diadakan selewat lewatnya hujung tahun 2022 be...
Zahid Beri Bayangan Calon Pru 15 70 Adalah Muka Baharu

Zahid Beri Bayangan Calon Pru 15 70 Adalah Muka Baharu

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 160 hits
KUALA LUMPUR Sebanyak 70 peratus muka baharu calon UMNO dan Barisan Nasional bakal dinamakan sempena Pilihan Raya Umum tidak lama lagi Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tiga sayap Pemuda Wanita serta Puteri UMNO tidak perlu ...
Pau 2021 Perwakilan Mahu Barisan Nasional Masuk Pru 15 Secara Solo

Pau 2021 Perwakilan Mahu Barisan Nasional Masuk Pru 15 Secara Solo

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 130 hits
KUALA LUMPUR UMNO dan Barisan Nasional tidak boleh lagi bergantung kepada parti lain termasuk Pas di atas landasan Muafakat Nasional demi menumpang sokongan dalam mana mana pilihan raya bagi membentuk kerajaan Bercakap kepada Utusan Malaysi...
Mesyuarat Mt Umno Tiada Bincang Usul Pru 15

Mesyuarat Mt Umno Tiada Bincang Usul Pru 15

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 146 hits
AHMAD Zahid Hamidi mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn Kuala Lumpur KUALA LUMPUR Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO berlangsung malam ini hanya memfokuskan isu berkaitan Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang berlangsu...
Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor

Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Mca Should Reflect On Where Its Two Seats Are Akmal Shoots Back

Chegubard Mohon Maaf Di Mahkamah Kerana Memfitnah Anak Syarikat Mbi

Pas Open To Reunion With Umno If Latter S Leadership Changes

Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


66 Top 16 By Danial Puntaek66 Run 28 25

Tadabbur Surah Al Fatihah

Kelebihan Fb Page Untuk Bisnes

Kecemerlangan Anak Anak

Pas Youth Told To Stop Misleading Statements On Harith Iskander

Motorcyclist Dies After Crashing Into Pothole In Kota Kinabalu