Khairy Hargai Zahid Beri Ruang Pada Pm Tentukan Tarikh Pru 15
Khairy menyuarakan penghargaan kepada Zahid kerana menyerahkan tarikh untuk menentukan pilihan raya umum kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, yang merupakan naib presiden parti itu.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berpandangan PRU ke-15 wajar ditangguhkan dahulu bagi memberi ruang kesihatan awam negara dalam keadaan stabil.
Bekas ketua pemuda Umno itu berkata demikian di kala timbul gesaan daripada sebahagian pihak dalam Umno agar ia disegerakan.
Antara yang berpandangan sedemikian adalah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Mohamad Hasan.
“Sebagai menteri kesihatan, wajar kita tunggu dulu, sehingga keadaan kesihatan awam stabil dan saya lihat semangat presiden parti, betul tadi.
“Walaupun dia kata dari segi akar umbi Umno mengkehendaki pilihan raya awal, tapi dia kata akhirnya serah pada perdana menteri.
“Perdana menteri akan mengambil kira pandangan bukan saja dari soal pemulihan pemulihan negara, perjanjian pembangkang untuk reformasi institusi, tetapi juga saya percaya dia akan mendengar pandangan Kementerian Kesihatan berkenaan kesihatan awam kita.
“Kita akan masuk fasa peralihan endemik, tapi lebih baik kita tangguh dahulu perkara yang merumitkan ini. PRU adalah perkara yang boleh kita tangguhkan dahulu sehingga keadaan kesihatan awam lebih stabil.
“Kita terima kasihlah kepada perdana menteri kerana memahamkan, kepada presiden kerana memahami, dan kerana serah perkara itu kepada perdana menteri. Bagi saya itulah sikap yang betul,” katanya ketika sidang media dalam Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.
Khairy pernah menyuarakan pandangan sama, juga atas sebab yang sama, sebelum ini.
Disoal bila anggaran masa yang diperlukan untuk tahap kesihatan awam negara mencapai kestabilan, Khairy memberi anggaran masa beberapa bulan.
Katanya dia mahu melihat dahulu kesan pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April ini, selain daripada kelonggaran prosedur operasi standard yang telah dijalankan seperti kelonggaran solat tarawih pada bulan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Lebih-lebih lagi, katanya, negara-negara Eropah yang telah mencatatkan penurunan kes telah menunjukkan peningkatan baru-baru ini.
“Jangkaan kita pembukaan ini akan dibuat dengan selamat dan tak akan ada tekanan kepada sistem kesihatan awam kita, tapi apa yang kita tak tahu adalah dari segi varian-varian baru yang mungkin muncul
“Jadi saya nak tengok lepas 1 April ni, apabila kita ada lebih banyak lagi kelonggaran, solat tarawih, hari raya dan sebagainya, sama ada melonjak naik atau tidak.
“Kes tak apa, tapi melonjak naik ke tidak (dari segi) kemasukan hospital, unit rawatan rapi (ICU). Jadi saya nak tengok dalam beberapa bulan lagi sama ada keadaan itu stabil atau tidak, katanya lagi.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Tengku Zafrul letak jawatan jika pengeluaran ‘one-off’ KWSP dibenarkan
PM mahu KWSP pastikan pengeluaran khas RM10,000 dipermudahkan
Pengeluaran KWSP, UMNO berjaya! Ikrar akan terus juarai isu rakyat
Farhash sindir ‘Raja Formula’ selepas Rafizi umum tanding timbalan presiden
Dua wanita jual ‘karipap malam’ dirumah dicekup polis
Menjelang PRU-15, BN-UMNO dilihat langkah kanan berdepan lawan
Penyanyi Sensasi Baby Shima Dituduh Jual Arak Bukan Jamu [VIDEO]
‘Sanggup Berpanas Demi Rezeki’ – Bidadari Cantik Jual Pau Viral Rupanya Penyanyi Bienda [VIDEO]
Kecelaruan dalam PAS melibatkan kepimpinan tertinggi
Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara
Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS
Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]
Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil
The post Khairy hargai Zahid beri ruang pada PM tentukan tarikh PRU-15 appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/03/18/khairy-hargai-zahid-beri-ruang-pada-pm-tentukan-tarikh-pru-15/