Peluang Terbaik Mahathir Ku Li Satukan Kembali Orang Melayu


Oleh Zulkiflee Bakar
Dr.Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah boleh memainkan peranan bagi memperkukuhkan perpaduan orang Melayu yang diterokai oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“KALAU saya lebih baik cakap pasal perpaduan Melayu.” Itulah reaksi yang penulis terima daripada seorang pemerhati politik selepas beliau membaca kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li, semalam.
Dr. Mahathir yang sedang berkira-kira untuk menubuhkan parti baru jika keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Ogos depan tidak memihak kepada pasukan beliau berhubung isu pembatalan keahlian mereka dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Tengku Razaleigh pula dalam wawancara dengan Utusan Malaysia menyentuh mengenai kemarahan dan kekecewaan akar umbi UMNO terhadap tindakan beberapa bekas pemimpin mereka yang melompat ke dalam Bersatu selepas kekalahan teruk UMNO dalam PRU-14 masih belum reda.
Beliau juga menyentuh soal pentingnya keikhlasan dalam soal kerjasama antara UMNO dan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) serta Perikatan Nasional (PN) yang disertai oleh Bersatu.
Dr. Mahathir berusia 95 tahun manakala Tengku Razaleigh genap 83 tahun pada April lalu. Walaupun berada dalam platform politik berbeza kedua pemimpin ini berupaya untuk menyatukan orang Melayu dan mengembalikan kuasa politik kaum tersebut.
Dr. Mahathir tidak seharusnya meneruskan langkah yang terus boleh memecah-belahkan orang Melayu dengan menubuhkan sebuah lagi parti baharu.
Cukuplah sebelum ini beliau dianggap menjadi punca orang Melayu berpecah apabila berantakan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1997 sehingga terwujudnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 1998.
Malah bekas Perdana Menteri itu juga dianggap bertanggungjawab terlahirnya Parti Melayu Semangat (S46) pada tahun 1988 selepas pertarungan merebut jawatan Presiden UMNO pada tahun 1987 dengan Tengku Razaleigh. Dan seterusnya dilihat bertindak melemahkan kuasa politik Melayu apabila menubuhkan Bersatu.
Oleh itu sampai bilakah Dr. Mahathir mahu melihat orang Melayu berpecah belah kerana percaturan politik yang beliau lakukan. Orang Melayu sudah tenang apabila dua parti terbesar Melayu iaitu UMNO dan Pas bergabung dalam Muafakat Nasional (MN).
Baca juga… UMNO jangan pula turut berjangkit ratib ‘Najib, Najib, Najib’
Kini mereka bertambah bersyukur apabila satu lagi parti Melayu turut bekerjasama dengan kedua-dua parti berkenaan dalam Perikatan Nasional (PN).
Seharusnya kerjasama ini sama ada dalam MN atau PN diperkukuhkan oleh semua pemimpin tidak kira dari parti mana sekalipun, bukannya dipecahkan dengan prasangka apatah lagi kebencian mahupun dendam politik.
Inilah adalah peluang terbaik untuk Dr.Mahathir menyatukan orang Melayu dan ia lebih terbuka kepada Tengku Razaleigh yang berada dalam UMNO.
Sebagai salah seorang tokoh dihormati, Tengku Razaleigh boleh menjadi ‘orang tengah’ atau perantaraan terbaik bagi memastikan ketiga-tiga parti Melayu tersebut kukuh dan tidak membuat kenyataan yang dilihat hanya akan mengelirukan dan mewujudkan prasangka ahli-ahli di peringkat akar umbi.
Penulis percaya Tengku Razaleigh sudah pasti tidak bermaksud sedemikian kerana beliau hanya memaparkan perasaan ahli akar umbi tetapi dalam politik pelbagai tafsiran boleh dibuat apabila sesuatu kenyataan itu keluar dari mulut seorang tokoh yang dihormati seperti beliau.
Kedudukan beliau sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO boleh menjadi platform untuk Tengku Razaleigh memastikan MN diperkukuhkan manakala PN diperkuatkan. Ia bukanlah untuk survival politik sesiapa tetapi demi mengembalikan kuasa politik orang Melayu.
Penulis percaya, Tengku Razaleigh ikhlas mahu melihat orang Melayu bersatu, jika pada tahun 1996 beliau sanggup membubarkan S46 demi perpaduan Melayu, sudah pasti sekarang beliau juga bersedia untuk berkorban dan berjuang bagi tujuan yang sama.
Sebagai seorang pemimpin Melayu, Dr. Mahathir juga bertanggungjawab untuk mengembalikan perpaduan orang Melayu dan bukannya terus melakukan tindakan yang akan memecah-belahkan kaum tersebut dan mempertahankan DAP.
Apa lagi yang Dr. Mahathir mahu perjuangkan dengan terus berada dalam blok pembangkang? Apakah semata-mata mahu menjadikan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri bagi mengelakkan Anwar menduduki jawatan tersebut?
Terimalah hakikat bahawa ia adalah perjuangan yang sia-sia. Dr. Mahathir tidak ada apa-apa kekuatan, hanya disokong oleh lima lagi bekas Ahli Parlimen Bersatu, kehadiran beliau diibaratkan, ‘ada pun tak untung, tak ada pun tak rugi’. Lebih baik, beliau mengakhiri politiknya dengan memastikan orang Melayu kembali bersatu.
Sekarang peluang sudah terbuka kerana tiga parti Melayu sudah bekerjasama dan ia hanya perlu diperkukuhkan sahaja. Janganlah terlalu membenci seseorang sehingga sanggup membiarkan orang Melayu berpecah belah sehingga akhir hayat.
Walaupun dilihat sudah terlewat tetapi ia bukanlah bermakna pintu sudah tertutup untuk Dr. Mahathir kembali merebut peluang terbaik atau mungkin yang terakhir untuk menyatukan orang Melayu.
Sebagai seorang yang sentiasa membaca tafsir al-Quran bekas Perdana Menteri itu pasti memahami firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud:
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kami (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
Kesimpulannya, Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh boleh memainkan peranan bagi memperkukuhkan perpaduan orang Melayu yang diterokai oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sebagai sahabat lama, Tengku Razaleigh mungkin boleh memujuk Dr. Mahathir untuk menyokong perjuangan suci ketiga-tiga pemimpin tersebut demi perpaduan orang Melayu.
Misi ini mungkin nampak mustahil tetapi dalam politik segala-galanya berkemungkinan, apatah lagi Tengku Razaleigh cukup mengenali bekas Perdana Menteri itu berbanding orang lain. Edisi9
The post Peluang terbaik Mahathir, Ku Li satukan kembali orang Melayu appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/26/peluang-terbaik-mahathir-ku-li-satukan-kembali-orang-melayu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cina Bantah Jawi Takut Melayu Kembali Zaman Kegemilangan

Cina Bantah Jawi Takut Melayu Kembali Zaman Kegemilangan

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 370 hits
Tulisan Jawi adalah jati diri bangsa Melayu yang mesti dipertahan BANGI Pihak anti Jawi didakwa hanya menggunakan tulisan khazanah kebangsaan itu bagi melariskan produk makanan mereka namun menolak ketika ada usaha menghidupkannya Naib Pres...
Tiba Masa Satukan Melayu Bukan Berpecah Tubuh Parti Baharu

Tiba Masa Satukan Melayu Bukan Berpecah Tubuh Parti Baharu

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 324 hits
Oleh Siti Hafidah Abd GhaffarJika pemimpin berterusan main politik orang Melayu takkan majuBANGI 28 Zulkaedah 1441H Isnin Penganalisis politik memberi amaran terlalu banyak parti politik Melayu bukan sahaja menyebabkan perpecahan bahkan cen...
Covid 19 Kes Positif Kembali Ke Dua Angka Kkm Gesa Rakyat Terus Patuh Sop

Covid 19 Kes Positif Kembali Ke Dua Angka Kkm Gesa Rakyat Terus Patuh Sop

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 370 hits
Walaupun tiada sidang media harian berkenaan perkembangan Covid 19 di televisyen pada hari ini pihak Kementerian Kesihatan Malaysia masih memuat naik laporan berhubung pendemik tersebut di media sosial Setakat hari ini jumlah kes sembuh dan...
Semua Rakyat Malaysia Anda Jangan Leka Covid Menyerang Kembali Jika Tidak Berhati Hati

Semua Rakyat Malaysia Anda Jangan Leka Covid Menyerang Kembali Jika Tidak Berhati Hati

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 264 hits
Dari Dr Noor Hisham Semoga kita ambil maklum tentang keadaan semasa COVID 19 24 Julai 2020 Daripada 21 kes baharu yang dilaporkan hari ini 5 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan 3 warganegara Ma...
Enam Tentera Thai Kembali Dari As Positif Covid 19

Enam Tentera Thai Kembali Dari As Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 285 hits
BANGKOK 24 JULAI Thailand mencatat 10 kes baharu Covid 19 termasuk enam anggota tenteranya yang pulang dari menjalani latihan ketenteraan di Hawaii Amerika Syarikat dalam tempoh 24 jam lepas Hari ini merupakan hari ke 60 tanpa jangkitan tem...
Hukum Minta Kembali Hadiah Pertunangan

Hukum Minta Kembali Hadiah Pertunangan

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 291 hits
SOALAN nbsp Ohmedia dapat rasakan ada antara kita yang pernah bertunang tapi putus di tengah jalan Jadi adakah boleh kedua dua pihak minta semula hadiah pertunangan yang telah diberikan JAWAPAN nbsp Jika berlaku putus tunang dan masa bertun...
Covid 19 Aktif Kembali

Covid 19 Aktif Kembali

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 336 hits
DIMANA SILAPNYAKUAT KUASA PERATURAN AKAN DILAKUKAN LEBIH SERIUS
Muhyiddin Layak Ketuai Mn Adakah Mat Hassan Tidak Mahu Lagi Najib Kembali

Muhyiddin Layak Ketuai Mn Adakah Mat Hassan Tidak Mahu Lagi Najib Kembali

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 322 hits
Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan berkata UMNO boleh mengubah semula keputusan pemecatan Muhyiddin Yassin jika beliau berhasrat menyertai semula parti itu Tambahnya jika Perdana Menteri berbuat demikian ia akan memudahkan banyak perkara ...
Umno Akan Bergolak Jika Muhyiddin Kembali

Umno Akan Bergolak Jika Muhyiddin Kembali

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 257 hits
Nicholas Chung PETALING JAYA Seorang penganalisis politik meramalkan Muhyiddin Yassin akan menghadapi kesulitan dalam politik jika beliau kembali ke pangkuan Umno yang memecatnya 4 tahun lalu Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia m...
Up To 13 Pay Rise Enhanced Benefits For Staff Of 2 Sarawak Banks

Axa Xl Lantik Jon Tellekamp Sebagai Pegawai Utama Penilaian Risiko

Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Forex Trading Basic Training Program Edukasi Gratis Tpfx Pontianak Untuk Gen Z

Malaysia Extends Visa Exemption For Indian Nationals Until 2026

Top Investment Platforms In The Philippines 2025

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


The Latest Ai News We Announced In December

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Sarapan Dengan Anak Bujangku

One Avenue Band Kisah Baru Kita Chord

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi

Keto Diet Manfaat Keburukan Cara Diet Yang Betul