Pelik Saya Tak Ditangkap Lebih Awal Pembunuh Bersiri Korea Selatan Diberkas Selepas 3 Dekad
Percaya atau tidak selepas 30 tahun pembunuh bersiri ini berjaya ditangkap oleh pihak polis.
ARTIKEL BERKAITAN
Dari Romantik Ke Thriller, Ini 7 Naskhah Korea Digarap Daripada Kisah Sebenar
Seorang lelaki Korea Selatan mengaku bersalah bahawa dia membunuh 14 wanita dan seorang kanak-kanak perempuan tiga dekad lalu dalam salah satu kes pembunuhan bersiri paling terkenal di negara itu.
Latar Belakang
Lee Chun-jae, dikenali sebagai The Hwaseong Strangler dan The Korean Zodiac Killer, ialah pembunuh bersiri Korea Selatan yang disabitkan kesalahan membunuh adik iparnya pada 1994. Pada 2019, dia mengaku melakukan lima belas pembunuhan lain, termasuk sepuluh dalam Hwaseong antara tahun 1986 dan 1991. Dia juga mengaku telah melakukan lebih 30 jenayah rogol dan cubaan merogol.
Lee Chun-jae dilahirkan pada 31 Januari 1963 di Hwaseong, tempat dia tinggal selama 30 tahun. Pada satu ketika, kakaknya lemas dan dia sangat terkesan dengan kematian itu. Dia mendakwa telah diserang secara seksual oleh seorang wanita lebih tua darinya di mana kejadian ini telah membawa kepada sifat seksual pembunuhannya. Walau bagaimanapun, tiada bukti untuk mengesahkan ini benar-benar berlaku.
Kronologi
Oleh kerana trauma, Lee Chun-jae memutuskan untuk merogol dan membunuh wanita. Mangsanya berumur 14-71, diikat mulut, dirogol, dan kemudian dicekik dengan pakaian mereka sendiri. Kes itu menjadi sangat terkenal di Korea Selatan kerana menjadi rentetan pembunuhan pertama yang poluar kerana modus operandi yang sama.
Misteri pembunuhan ini akhirnya terungkai apabila pada 13 Januari 1994, dia menjemput adik iparnya ke rumah dan memberi dadah sehingga adik ipar dia tidak sedarkan diri. Dia kemudiannya merogol dan membunuh adik ipar yang tidak bersalah. Untuk mengaburi mata semua pihak bahawa dia adalah pembunuh, dia sembunyikan mayat dan menawarkan diri kepada bapa mertuanya untuk membantu mencari mangsa. Dua hari selepas itu, polis menemui mayat mangsa di garaj kedai perkakasan. Kepala mangsa dilitupi beg plastik dan seluar jeans di atasnya, tangan diikat dengan seluar dalam yang koyak, dan selebihnya ditutup dengan pelbagai barang seperti stokin dan tali beg.
Lee telah ditangkap pada 18 Januari setelah menimbulkan syak wasangka bahawa dia membunuh adik iparnya kerana kerap bertanya, “berapa tahun akan dihukum di penjara kerana jenayah merogol dan membunuh?” Namun dia menafikan sebarang penglibatan dalam kematian adik iparnya. Walau bagaimanapun dia telah disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mati pada Mei kerana polis menemui bukti yang sangat kukuh.
Pada 18 September 2019, polis mengumumkan bahawa Lee telah dikenal pasti sebagai suspek dalam pembunuhan bersiri Hwaseong. DNA daripada seluar dalam salah seorang mangsa sepadan dengannya, dan bukti seterusnya mengaitkan dia dengan empat daripada sepuluh pembunuhan itu. Pada mulanya dia nafi bertanggungjawab, tetapi pada 2 Oktober pihak berkuasa mendedahkan bahawa dia akhirnya mengaku telah membunuh lima belas wanita. Tiga daripada lima pembunuhan yang disebut olehnya berlaku di Hwaseong dan dua lagi di Cheongju. Di samping itu, Lee mengaku melakukan lebih 30 perbuatan rogol dan cubaan merogol. Pada 15 November, pihak berkuasa mengumumkan bahawa mereka telah menentukan Lee bertanggungjawab atas pembunuhan Hwaseong.
Pada 2 Julai 2020, disahkan bahawa Lee telah melakukan kesemua kes pembunuhan wanita yang tidak dapat diselesaikan. Ia juga ditentukan bahawa motif pembunuhan adalah untuk melegakan keinginan seksualnya. Kes pembunuhan selama 33 tahun itu akhirnya ditutup setelah penangkapan Lee Chun-jae.
Kambing Hitam
Seorang lelaki berusia 22 tahun bernama Yoon Sang-yeo telah dipenjara kerana dituduh membunuh Park Sang-hee iaitu mangsa rogol dan bunuh oleh Lee Chun-jae. Dia terpaksa menjalani hukuman penjara selama 19 tahun sebelum dibebaskan dengan parol pada 2009. Selepas Lee Chun-jae mengaku membunuhnya, Yoon Sang-yeo memfailkan perbicaraan semula pada 13 November 2019. Akhirnya “kambing hitam” itu berjaya mendapat pampasan sebanyak RM 8,992,743.30.
Mangsa pembunuhan dan jenayah dilakukan
Tahun 1986:
8 Februari: Wanita yang tidak dinamakan (dirogol sahaja)
20 Mac: Wanita tanpa nama (dirogol sahaja)
3 April: Wanita tanpa nama (dirogol sahaja)
25 April: Wanita tanpa nama (dirogol sahaja)
8 Mei: Wanita tanpa nama (dirogol sahaja)
14 Mei: Wanita tanpa nama (dirogol sahaja)
Julai: Wanita yang tidak dinamakan (dirogol sahaja)
15 September: Lee Wan-im, 71 (mayatnya ditemui empat hari kemudian)
20 Oktober: Park Hyun-sook, 25 (mayatnya ditemui tiga hari kemudian)
12 Disember: Kwon Jung-bon, 25 (mayatnya ditemui pada 23 April 1987)
14 Disember: Lee Kye-sook, 23 (mayatnya ditemui tujuh hari kemudian)
Tahun 1987:
10 Januari: Hong Jin-young, 19 (mayatnya ditemui keesokan harinya)
2 Mei: Park Eun-joo, 29 (mayatnya ditemui tujuh hari kemudian)
24 Disember 1987: Kim Mi-soon, 18 (mayatnya ditemui pada 4 Januari 1988)
Tahun 1988:
7 September: Ahn Gi-soon, 54 (mayatnya ditemui pada hari berikutnya)
16 September: Park Sang-hee, 14
Tahun 1989:
7 Julai: Kim Hyun-jung, 8 (mayatnya tidak pernah ditemui)
26 September: Rompakan tanpa mangsa
15 November 1990: Kim Mi-jung, 14 (mayatnya ditemui pada keesokan harinya)
Tahun 1991:
26 Januari: Park Soon-ja, 17 (mayatnya ditemui pada hari berikutnya)
7 Mac: Kim Jin-a, 27 tahun
13 Januari 1994: adik ipar Lee, 19 (mayatnya ditemui dua hari kemudian)
Korang boleh layan filem ‘Memories of Murder’ yang diinspirasikan daripada kes jenayah ini.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/pelik-saya-tak-ditangkap-lebih-awal-pembunuh-bersiri-korea-selatan-diberkas-selepas-3-dekad/