Siapa Sangka 7 Artis Ini Pernah Menjadi Atlet Sebelum Menceburi Industri Hiburan Korea
Adakah korang tahu bahawa segelintir wajah ikonik yang kita lihat di skrin televisyen telah mencipta nama dalam bidang lain? Khususnya, sebilangan daripada mereka telah merentasi dunia sukan. Malah ada yang memenangi pertandingan sukan sebelum mereka mula meraih anugerah lakonan.
ARTIKEL BERKAITAN
Ini Antara 8 Bintang Korea Pernah Menggemparkan Dunia Hiburan Dek Terpalit Kes Jenayah
Bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian dan lakonan, ini antara 7 pelakon Korea yang pernah menjadi atlet.
Leo (VIXX)
Idola K-Pop ini sangat terkenal dengan kemahiran bermain bola sepak. Leo pernah menjadi pemain bola sepak untuk pasukan junior kebangsaan Korea Selatan selama tiga tahun, 2004 sehingga 2007.
Park Bo-gum
Sejak usia muda lagi Park Bo-gum sudah dilatih untuk menyertai sukan renang. Dia merupakan ahli pasukan renang di sekolah menengah dan telah memenangi banyak anugerah termasuklah memecahkan rekod sekolah. Walau bagaimanapun, Park Bo-gum terpaksa melepaskan gelaran sebagai atlet selepas menandatangani kontrak dengan agensi hiburan.
Song Joong-ki
Song Joong-ki pernah menjadi atlet luncur ais. Dari sekolah rendah hingga sekolah menengah, dia mewakili kampung halamannya Daejeon sebagai peluncur ais trek pendek selama enam tahun. Malangnya, dia tidak dapat meneruskan kerjaya itu kerana kecederaan serius pada lutut.
Bang Sung-hoon
Pelakon utama drama “Love ft. Marriage & Divorce” Sung Hoon adalah juara renang di universitinya dan pakar dalam renang gaya rama-rama. Dia berenang selama 14 tahun tetapi terpaksa berhenti kerana kecederaan tulang belakang. Sung-hoon kemudiannya menyertai latihan ketenteraan tetapi kecederaan yang sama menyebabkan dia pulang lebih awal. Oleh kerana tidak mahu mensia-siakan bakat yang ada pada dirinya, Sung Hoon sempat menjadi jurulatih sukan renang.
Lee Si-young
Lee Si-young mempunyai kebolehan untuk menarik perhatian dan membuatkan penonton mahukan lebih setiap kali melihatnya beraksi di kaca televisyen. Korang mungkin ingat dia sebagai Seo Yi-kyeong yang tidak kenal erti takut dari “Sweet Home” dan sama seperti wataknya, dia juga berpengalaman dalam sukan tinju.
Ahn Bo-hyun
Juga bekas peninju, Ahn Bo-hyun mencuba sukan itu di sekolah menengah sebelum akhirnya menjadi pro dan menjadi atlet negara. Malah pernah memenangi pingat emas di peringkat kebangsaan semasa mewakili Busan. Malangnya kerana kecederaan yang berulang dan rasa tidak puas hati oleh ibu bapa, dia mengalihkan sepenuh tumpuannya pada bidang lakonan sahaja.
Yoon Hyun-min
Yoon Hyun-min ialah bekas pemain besbol Korea Selatan yang menukar kerjaya menjadi seorang pelakon. Selepas menamatkan pengajian dari sekolah menengah Cheongwon, Yoon adalah pemain besbol untuk Hanwha Eagles pada tahun 2005 dan Doosan Bears pada tahun 2006.
Wah! Serba boleh ye.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/siapa-sangka-7-artis-ini-pernah-menjadi-atlet-sebelum-menceburi-industri-hiburan-korea/