Pelik Bahasa Inggeris


 
Rasanya ramai sudah tengok di Facebook atau menerima menerusi aplikasi WhatsApp video yang disiar rancangan televisyen AS, Saturday Night Live mengenai ‘kepelikan’ bahasa Inggeris. Kata kawan saya, “English makes no sense“. Beliau bergurau. Saturday Night Live atau SNL terkenal dengan komedi atau parody.
Video yang saya katakan ini mengisahkan beberapa orang kelasi yang sedang mendengar hujah sang kapten. Kononnya mereka berada di atas bot di Sungai Delaware pada tahun 1776. Si kapten ialah ‘George Washington’ dan dia menjenakakan istilah bahasa Inggeris yang akan digunakan apabila berjaya menewaskan tentera Inggeris kelak.
Video agak panjang tetapi melucukan. Sedutan yang saya terima merujuk binatang dan makanan. Si kapten beritahu anak-anak buahnya ada dua nama untuk binatang. Satu semasa ia hidup satu lagi bila ia menjadi makanan, lantas “cows will be beef, pigs will be pork“. Bertanya seorang kelasi, “and chicken sir?” Si kapten menjawab, “that one stays, chickens are chicken“.
“Kita buat makanan kita sendiri dan namakannya apa yang kita mahu. Like the hamburger,” kata si kapten lagi. “Made of ham, sir?” tanya si kelasi. “Nah. If it only were that simple. A hamburger is made of beef“.
Saya mula kenal hamburger pada 1966. Mungkin 1968. Sebuah international restaurant terkemuka perkenalkannya di Malaysia pada 1963, kalau tak silap saya. Dalam menunya ada ‘hamburger‘ dan ia daging lembu. Susulan pembukaan restoran itu, tumbuh banyak burger stall yang dikendalikan brader-brader Melayu berambut panjang sesuai zaman hippies.
Semuanya menyajikan hamburger walaupun kandunganya beef. Waktu itu belum ditonjolkan istilah ‘beef burger‘. Tidak lama kemudian brader burger stall improvised hidangan dengan mengemukakan ‘egg banjo‘. Banjo setahu saya alat muzik seperti gitar, biasanya dimainkan untuk lagu country and western. Mengapa banjo dikaitkan dengan burger di Malaysia tidak pula saya tahu.
Restoran terkemuka yang dikatakan tadi turut menyajikan apa yang dikenali sebagai ‘hot dog‘ dan ‘root beer‘. Terperanjat juga orang orang tua waktu itu tetapi hot dog seperti kita tahu bukanlah daging anjing dan root beer bukanlah beer yang diketahui umum. Mengapa makanan dan minuman itu diberi nama begitu waullahualam. Pelik bahasa Inggeris rupanya.
Kata Wikipedia, “a hot dog is a dish consisting of a grilled, steamed or boiled sausage served in the slit of a partially sliced bun“. Dan sausage pula kata Wikipedia “is a type of meat product made from ground meat – often pork , beef or poultry“. Lazimnya hot dog di Malaysia ialah daging lembu, dan ayam. Melainkan di premis bukan halal.
Berkata seorang kawan lama saya di Facebook, “Sila Google apa itu ham? Akan keluar hanya satu imej. Perlu debat lagi ke?” Hairan juga mengapa kawan lama saya itu membuat posting sedemikian secara tak semena-mena. Beliau pun tak kata mengapa beliau buat apa yang beliau buat. Saya syak ada kena mengena dengan kekecohan pasal ham dan keju tempoh hari. Tak tahulah. Mungkin saya salah.
Apa pun betullah kata kawan saya itu. Google beritahu kita “ham is salted or smoked meat from the upper part of a pig’s leg“. Tetapi kita juga tahu ada ham ayam dan ham lembu. Ada juga ham ayam belanda. Turkey ham. Istilah ‘ham‘ digunakan bukan sahaja untuk babi. Pelik bahasa Inggeris ni. Google juga beritahu kita ‘bacon‘ juga asalnya babi tetapi ada beef bacon, ada chicken bacon. Istilah ‘bacon‘ dikekalkan.
Berbalik video SNL yang disebut tadi. Watak Washington juga ditanya kelasi mengenai hot dog. Jawapannya menarik to say the least. Jika berminat video ini ada di saluran YouTube dengan judul ‘Washington’s Dream 2’.
Binatang juga sering digunakan dalam peribahasa atau kiasan Inggeris tetapi maksudnya kadang kala berbeza dengan pemahaman dalam bahasa Melayu. ‘Black sheep‘ jika diterjemah secara literal jadi ‘kambing hitam‘ walaupun ‘sheep‘ dalam bahasa Melayu ialah ‘kambing biri-biri’.
Pun begitu makna ‘black sheep of the family‘ umpamanya bermakna anak atau anggota keluarga yang ‘tak boleh pakai’ yang memalukan keluarga. Dalam bahasa Melayu, ‘kambing hitam’ ialah seseorang yang mengambil tanggungjawab atau dituduh bertanggungjawab atas sesuatu perkara yang tidak bagus. Jenayah yang mungkin dia tidak lakukan.
Istilah ‘tuhan’ juga kerap digunakan. ‘House of God‘ merujuk kepada gereja. Rumah Allah merujuk kepada masjid. Sama. Tak ada masalah. Namun apabila berkata dalam bahasa Inggeris, “he is doing God’s work“, membawa erti orang itu membuat kerja ke arah kebaikan atau menjalankan tuntutan agama, lazimnya ajaran Kristian. Dalam pengertian bahasa Melayu ia merujuk seorang manusia biasa yang dikatakan membuat ‘kerja tuhan’ atau ‘berlagak seperti tuhan’ — sesuatu yang tidak boleh diterima kerana manusia tidak boleh jadi tuhan.
Saya bolehlah sedikit sebanyak bertutur dan faham bahasa Inggeris tetapi hakikatnya ia bukan bahasa ibunda — not my mother tongue. Lalu berpesan saya pada diri sendiri, perhati dan teliti kepelikan bahasa Inggeris sebelum bising-bising. Jangan sampai saya sebenarnya yang pelik. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/01/pelik-bahasa-inggeris.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
225 Confesssion In Bahasa Malaysia

225 Confesssion In Bahasa Malaysia

papar berkaitan - pada 26/1/2025 - jumlah : 202 hits
Norsanina blogspot comPengenalanKelahiran AlGhazali Abo H mid Muhammed Ibn Muhammad AlGhazali dilahirkan di kota Tus Khurasan pada tahun 1058 Masihi setahun selepas kematian penyair dan pemikir bebas terkenal Abu l Al Beliau adalah anak kep...
Senarai Peribahasa Bahasa Arab Beserta Maksud

Senarai Peribahasa Bahasa Arab Beserta Maksud

papar berkaitan - pada 16/1/2025 - jumlah : 244 hits
Selain Bahasa Melayu yang mempunyai peribahasa Bahasa Arab juga mempunyai peribahasa Bahasa Arab yang sering digunakan Peribahasa di dalam Bahasa Arab mempunyai pelbagai bentuk seperti memberikan nasihat dalam menuntut ilmu nasihat dalam ke...
40 Ucapan Tahun Baru Cina Popular Dalam Bahasa Mandarin Beserta Maksudnya

40 Ucapan Tahun Baru Cina Popular Dalam Bahasa Mandarin Beserta Maksudnya

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 466 hits
Untuk memeriahkan Tahun Baru Cina 2025 Anda boleh menggunakan ucapan Mandarin untuk saudara mara Terdapat banyak pilihan pertuturan yang boleh digunakan dari yang paling popular sehinggalah yang sesuai untuk orang tertentu seperti keluarga ...
Cafe Gaya Inggeris Tim S Tea House Taman Melawati

Cafe Gaya Inggeris Tim S Tea House Taman Melawati

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 177 hits
nbsp Tahun 2024 yang lepas kak ana cadangkan sambut hari lahir dengan makan makan sekeluarga di mana mana cafe sahaja untuk meraikan Bermula dengan bithday Adik Ika pada bulan September kak ana booking untuk hi tea buffet di Vivatel Hotel d...
Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga

papar berkaitan - pada 26/1/2025 - jumlah : 279 hits
Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga Lama tak buat siri belajar bahasa kan Ada juga Sha buat belajar Bahasa Thailand dan Bahasa Kelantan Please check it out Ibu makBapa bapakIbu bapa mak bapakSaya cek digunakan ganti diri apabila berc...
Pendedahan Oleh Sdr Adrian Lim Chee Ann Diterjemahkan Dalam Bahasa Melayu Hari Ini Admin Mca Johor Mohon Maaf

Pendedahan Oleh Sdr Adrian Lim Chee Ann Diterjemahkan Dalam Bahasa Melayu Hari Ini Admin Mca Johor Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 128 hits
Baca sendiri benih benih kebencian terhadap orang Melayu Islam yang disemai oleh MCA sempena sambutan Israk Mikraj Seperti biasa MCA ini licik membuat posting dalam bahasa Cina agar orang Melayu Islam tidak faham Tulisan MCA nampaknya bertu...
5 Tradisi Pelik Percintaan Dengan Gadis Jerman No 3 Paling Mengejutkan

5 Tradisi Pelik Percintaan Dengan Gadis Jerman No 3 Paling Mengejutkan

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 1247 hits
Jerman adalah negara yang terkenal dengan budaya yang unik dan kaya dengan tradisi Namun dalam dunia percintaan terdapat beberapa adat dan kebiasaan yang mungkin dianggap pelik oleh orang luar Berikut adalah lima tradisi percintaan yang uni...
Pelik Wan Fayhsal Tak Sebut Hadi Sebagai Calon Pm

Pelik Wan Fayhsal Tak Sebut Hadi Sebagai Calon Pm

papar berkaitan - pada 15/1/2025 - jumlah : 106 hits
Malaysiakini nbsp Kenapa pemimpin Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tidak melihat Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebagai salah calon perdana menteri daripada Perikatan Nasional Perkara itu dibangkitkan oleh wakil rakyat DAP Lim Lip E...
Cara Memahami Bahasa Cinta Pasangan

Cara Memahami Bahasa Cinta Pasangan

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 117 hits
Dalam sesebuah hubungan memahami bahasa cinta pasangan adalah kunci untuk membina hubungan yang lebih erat dan harmoni Konsep bahasa cinta ini diperkenalkan oleh Dr Gary Chapman dalam bukunya The 5 Love Languages yang menyatakan bahawa seti...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

Pembangkang Saran Beras Kartel Diperkenal Dalam Kadar Zakat

Proses Bedah Siasat Pegawai Kastam Masih Berlangsung

Video Zarina Anjoulie Dedah Cerita Sebenar Buat Pembedahan Hidung Di Vietnam Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Tolonglah Jangan Normalisasikan Benda Ini Mona Allen Nasihat Suami Isteri Jangan Terlalu Kongsi Hal Rumah Tangga

Memang Semua Orang Mahu Selamatkan Perkahwinan Namun Saya Linda Hashim Nekad Mahu Bercerai