Pelbagaikan Guna Tanah Felda Demi Hidup Peneroka


Ali Imran Mohd Noordin, Bernama 
   
Kelapa sawit dan getah menjadi tanaman utama di 317 tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sejak penubuhannya 61 tahun lepas.

Namun, harga dua komoditi itu yang ditanam di kawasan berkeluasan 490, 000 hektar di seluruh negara sentiasa tidak menentu menyebabkan timbulnya pelbagai cabaran bagi kerajaan, Felda dan peneroka.

Selain harga pasaran yang kini rendah, kempen antiminyak sawit yang giat dilakukan di negara-negara barat turut memberi kesan kepada kebolehpasaran produk itu.

Akibatnya, seramai 112, 635 peneroka dan keluarga mereka dihimpit kebimbangan dan kesukaran meneruskan kehidupan dengan selesa walaupun setiap peneroka menerima pinjaman Bayaran Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil sebanyak RM1,500 sebulan daripada Felda.
Dalam usaha mengatasi kemelut yang menyelubungi Felda, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali membentangkan Kertas Putih ‘Ke Arah Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda)’ di Parlimen pada 10 April lepas.

Bagi membuktikan komitmen dan tekad kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memulihkan Felda dan membawanya ke tahap lebih baik, kerajaan sedia menyuntik dana sebanyak RM6.23 bilion untuk lembaga itu yang akan disalurkan dalam bentuk geran, pinjaman dan jaminan kerajaan secara berperingkat.

Kerajaan juga bersetuju menghapuskan kadar faedah pinjaman Bayaran Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil peneroka menerusi suntikan dana berjumlah RM2 bilion.

Pendapatan alternatif

Pengerusi Biro Pertanian dan Asas Tani Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF) Kebangsaan Muhamad Asri Haris berkata pendapatan peneroka paling teruk terjejas ketika proses penanaman semula.

Pada masa itu, semua pokok perlu ditebang kerana sudah mencapai usia tua dan penanaman semula pula mengambil masa kira-kira empat tahun sebelum peneroka boleh mula menuai hasil.

“Bagi peneroka yang tidak mempunyai sumber pendapatan alternatif, mereka terpaksa bergantung kepada Bayaran Sara Hidup, yang merupakan pinjaman pihak Felda kepada peneroka.

“Sebab itulah peneroka digalakkan menceburi bidang pertanian dan ternakan agar mereka tidak lagi perlu meminjam (daripada Felda),” katanya.

Menurutnya beberapa tanah rancangan mula menjalankan aktiviti tanaman dan ternakan alternatif di bawah kelolaan KAF termasuk menanam nanas MD2, buah tin, menternak lembu daging dan arnab.

Di Felda Lenga dekat Muar di Johor, seramai 120 peneroka bersama-sama mengusahakan tanah seluas 162 hektar (400 ekar) untuk penanaman nanas bagi pasaran tempatan dan eksport ke Timur Tengah. Setiap ekar tanah ditanam dengan 14,500 pokok nanas.
Sementara itu, seramai 50 peneroka dari Felda Behrang, Felda Soeharto, Felda Sungai Tengi, Felda Laka Selatan di Perak dan Felda Aping Barat di Johor kini mengusahakan ternakan arnab.

Bagi penternakan lembu pula, seramai 10 peneroka dari Felda Semencu (Johor), Felda Lok Heng (Johor), Felda Chemomoi (Pahang) dan Felda Ciku 1 (Kelantan) menternak kira-kira 300 ekor lembu di kawasan seluas 158 hektar.

Muhamad Asri juga menyambut baik gerak kerja untuk menjana pendapatan baru melalui diversifikasi tanaman serta mengenal pasti program tanaman gantian dan ternakan yang mampu memberi hasil tuaian dalam tempoh singkat seperti yang dinyatakan dalam dokumen Kertas Putih Felda.

“Ini mampu dilaksanakan...langkah ini diambil demi memberi kebaikan kepada peneroka agar tidak bergantung sumber pendapatan dengan Felda semata-mata,” katanya.

Tanaman kontan, ternakan

Dekan Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia Profesor Dr Abdul Shukor Juraimi pula berpendapat kawasan Felda sememangnya berpotensi besar untuk dibangunkan dengan aktiviti tanaman dan ternakan sampingan.

Beliau berkata aktiviti tanaman atau ternakan sampingan boleh disesuaikan mengikut lokasi dan usia sesebuah ladang.

“Ladang yang berusia lebih daripada 5 tahun sesuai digunakan untuk aktiviti ternakan lembu dan kambing kerana pohon sawit sudah besar dan pelepah antara pokok yang mudah bercantum memberi suasana redup pada permukaan tanah,” jelasnya.

Menurutnya hasil ternakan itu juga mudah dipasarkan khususnya semasa musim korban Aidlil Adha.

Bagi ladang yang baru ditanam semula, Abdul Shukor berkata tembikai, pisang dan betik adalah antara tanaman yang sesuai diusahakan.

“Tanaman boleh dibahagikan kepada dua kategori. Pertama adalah tanaman biasa dan kedua, ia adalah tanaman bernilai tinggi seperti vanila, nanas MD2 dan rock melon,”katanya.

Sokongan Felda

Abdul Shukor berkata Felda perlu memainkan dua peranan penting iaitu menyusun strategi cara guna tanah peneroka bagi tujuan tanaman dan ternakan selain membantu memasarkan produk keluaran peneroka.

Felda juga boleh menjadikan tanaman lain yang berpotensi besar sebagai antara sumber utama selain kelapa sawit dan getah.

“Pokok kelapa boleh dijadikan pilihan jika ditanam di kawasan yang sesuai,” katanya

Beliau turut menawarkan kepakaran tenaga penyelidik dan pakar dari UPM untuk memberi khidmat nasihat kepada Felda dalam menjayakan hasrat ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) Salahuddin Ayub baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk melaksanakan projek tanaman kontan dalam usaha memulihkan masalah kewangan Felda bernilai RM1 bilion dalam tempoh lima tahun.

MoA akan menggunakan kepakaran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dan Fama (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) bagi menjayakan tanaman kontan itu yang melibatkan beberapa buah-buahan dan sayur-sayuran.-Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/pelbagaikan-guna-tanah-felda-demi-hidup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pinjaman Sara Hidup Dan Hasil Peneroka Kekal Rm1 500

Pinjaman Sara Hidup Dan Hasil Peneroka Kekal Rm1 500

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 227 hits
Azzman Abdul Jamal BAYARAN Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil RM1 500 akan diteruskan kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam persidangan Parlimen baru baru ini selepas ...
Informasi Peneroka Felda Rampas Ladang Ini Cadangan Tuan Ibrahim

Informasi Peneroka Felda Rampas Ladang Ini Cadangan Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 287 hits
Peneroka Felda rampas ladang tidak tepatKL Ahli Parlimen Kubang Kerian Dato Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan sistem pemberian tapak rumah kepada generasi kedua dan ketiga Felda Menurutnya cadangan itu bagi...
Tok Mat Penipu Skandal Tanah Gatco Dakwa Peneroka

Tok Mat Penipu Skandal Tanah Gatco Dakwa Peneroka

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 442 hits
B Nantha Kumar PRK RANTAU Jawatankuasa Bertindak Badan Peneroka Gatco hari ini mengecam bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan sebagai penipu dalam skandal tanah Gatco Mereka turut menyaran pengundi DUN Rantau supaya mengundi Moh...
Felda Najib Guna Rm2 7 Bilion Raih Sokongan Politik Azmin

Felda Najib Guna Rm2 7 Bilion Raih Sokongan Politik Azmin

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 386 hits
Felda Najib guna RM2 7 bilion raih sokongan politik AzminPosted By on April 11 2019Pembentangan kertas putih ke arah kelestarian Felda mendedahkan kepincangan pengurusan pentadbiran lama termasuk pembabitkan bekas Perdana Menteri Najib Raza...
Menjandakan Isteri Demi Nikahi Janda Lain Pu Abu Mengaku Serabut Di Tanah Suci

Menjandakan Isteri Demi Nikahi Janda Lain Pu Abu Mengaku Serabut Di Tanah Suci

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 900 hits
Hari ini kecoh di laman media sosial apabila penceramah bebas Pencetus Ummah Abu didakwa menceraikan isterinya untuk berkahwin dengan seorang janda anak satu Kisah yang didedahkan bekas isterinya Ain Afini itu mengundang perhatian ramai net...
Pelan Pemulihan Felda Perlukan Sokongan Padu Dari Peneroka

Pelan Pemulihan Felda Perlukan Sokongan Padu Dari Peneroka

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 232 hits
KUALA LUMPUR Peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan digesa untuk bersama sama menjayakan misi mengembalikan kegemilangan agensi itu dengan melaksanakan program mengikut fungsi asalnya seperti ketika ditubuhkan dahulu Timbalan Menteri H...
Felda Kekalkan Kadar Elaun Sara Hidup Bukti Keprihatinan Ph

Felda Kekalkan Kadar Elaun Sara Hidup Bukti Keprihatinan Ph

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 253 hits
KUANTAN Keputusan kerajaan mengekalkan elaun sara hidup Felda kepada peneroka pada kadar RM1 500 sebulan selepas mengambil kira keadaan ekonomi semasa bukti keprihatinan kerajaan PH terhadap nasib golongan itu Ketua Penerangan Persatuan Ana...
Ubah Gaya Hidup Atau Guna Produk Untuk Cepat Kurus

Ubah Gaya Hidup Atau Guna Produk Untuk Cepat Kurus

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 564 hits
Cara Cepat Kurangkan Berat Badan Tanpa ProdukAlhamdulillah kini semakin ramai yang sedar dengan kepentingan mendapatkan berat badan ideal Tujuan utama untuk mendapatkannya sudah tentu untuk kesihatan tubuh badan bukan Sebenarnya apa yang pe...
Demi Rakyat Raja Tidak Boleh Berkuasa Mutlak Pm

Demi Rakyat Raja Tidak Boleh Berkuasa Mutlak Pm

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 334 hits
KUALA LUMPUR 12 April Belum reda lagi kehangatan pertikaian mengenai siapa yang berkuasa melantik Menteri Besar Johor yang baharu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi memberi penjelasan tentang sebab raja tidak boleh diberika...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025