Pelbagai Menu Asam Pedas Di Kantin Asam Pedas Dengan Suasana Klasik
hai assalammualaikum Pelbagai Menu Asam Pedas Di Kantin Asam Pedas Dengan Suasana Klasik - Bila kawan ajak makan kedai asam pedas, " Nad, esok jom pergi makan asam pedas ".
" Dekat mana? "" Dekat Ukay Perdana "" Pukul berapa? "" Pukul 3 petang "" Ok Onzzz ".
Pelbagai Menu Asam Pedas Di Kantin Asam Pedas Dengan Suasana KlasikLama tak makan asam pedas. Nak cari yang betul-betul rasa asam pedas tu susah, sampaila kawan ajak restoran Kantin Asam Pedas dekat Ukay Perdana ni. Waze je Kantin Asam Pedas Ukay Perdana nanti dia bawak ke kawasan flat. Korang masuk ikut pintu guard tu, cakap nak pergi Kantin Asam Pedas, nanti guard situ buka kan palang
Sampai je kedai, masuk je dalam, wow!!, terpegun tengok dekorasi kedai tu. Terus rasa macam dekat kampung, dekat rumah nenek, klasik sangat. Memang mengimbau kenangan. Barang-barang dalam tu pun barang antik, barang lama yang sangat cantik dengan dinding kayu. Betul-betul kau akan rasa macam dekat rumah kampung.
Kedai siap ada aircond lagi..hehehe. Selalunya kedai asam pedas ni terbuka, hah yang ni tertutup.
Pertama kali nad datang sini, rupanya bukan satu jenis menu asam pedas je, ada pelbagai menu asam pedas ada. Asam pedas ikan pari, tu dah biasa kan, asam pedas ikan merah, hah, lagi, asam pedas ayam, rasa lain sikit ye. Paling unik, asam pedas telur mayong...aummm..sedapp ooo.
Kasi close up sikit gambar, biar korang terliur..hehee.
Harga Set untuk Ikan pari, ikan merah jenahak / ikan tenggiri / ikan duri / ikan parang / ikan sembilang dan ikan kembung dalam RM14 hingga RM25
Harga untuk set asam pedas ayam RM15.
Bagusnya, Kak Lin pemilik restoran Kantin Asam Pedas kata dia tak masak sekali ayam dan ikan dalam satu kuali, dia masak asing, sebab tu rasanya lain.
Pertama kali nad makan telur mayong. Dapat rasa masak asam pedas ni. Sedap juga. Telur mayong rupa macam boba ye..hehee.
Menu yang limited, special punya, Telur mayong ( RM30-50 ) dan kepala ikan merah jenahak duri ( RM 35-50 )
Ada ayam goreng dan ikan goreng yang rangup you alls. Harga untuk ikan bawal goreng set (RM15/25) dan ayam goreng set (RM 15)
Daging tetel RM13. Daging lembut je, cukup rasa. Memang sedap
Menu semua dihidangkan set dengan nasi, ulam-ulaman, telur masin, sambal belacan ikan masin, dan juga air sirap. Air dan ulaman boleh refill. Best kan
Dekat sini pun ada cekodok pisang dengan lempeng kelapa. Sedap betul makan cekodok pisang.
Tengokla kitaorang dah macam dekat kampung,kunjung rumah orang, makan ramai-ramai..hehee.
Harga untuk set takde mahal uii, murah je kan. Boleh la bawak keluarga, kawan-kawan datang sini makan ramai-ramai.
Restoran Kantin Asam Pedas
E-G-14 Residensi Bistari,
Taman Ukay Bistari,
68000 Ampang
Restoran ni buka pada hari Selasa sampai Ahad dari pukul 11.00pagi hingga 4.30petang sahaja. Hari Isnin tutup. Kalau tak nak makan di sini pun tak per jugak, boleh order untuk bawak balik jugak tau. Telefon je nanti Kak Lin pemilik krestoran ni akan siapkan. Kak Lin ni baik sangat, suka layan pelanggan dia. Sebab tu restoran dia ramai yang datang. Makanan asam pedas pun semuanya sedap.
Untuk tempahan boleh dibuat di sini : 03-41019876 / 012-6665552
Untuk lebih lanjut boleh layariFacebook : Kantin Asam Pedas
Instagram : https://www.instagram.com/kantinasampedas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2020/12/pelbagai-menu-asam-pedas-di-kantin-asam.html