8 Aneka Resepi Asam Pedas Yang Sedap Merecik Rasa


Kali ini mari kita meneroka pelbagai resepi asam pedas yang sedap merecik rasa yang menjadi identiti orang negeri Melaka. Betul ke? Begitulah di sebut orang tapi yang aku tahu di negeru-negeri kawasan selatan sangat pupular lauk asam pedas ini. Kiranya ia adalah antara lauk yang amat di gemari di sana. Tak ada lauk asam pedas ini tak sah lah kehidupan... gittew!


8 Aneka Resepi Asam Pedas Yang Sedap Merecik Rasa

Aku mengenali lauk asam pedas setelah aku berhijrah ke Lembah Klang melanjutkan pelajaran dan seterusnya bekerja. Zaman kecil aku tak ada lauk asam pedas di negeri kelahiran aku iaitu negeru Perak. Apatah lagi aku seterusnya berkahwin dengan orang kawasan selatan iaitu orang Negeri Sembilan. 


Lauk ini adalah lauk kegemaran en. suami selain lauk yang sinonim iaitu masak lemak cili api. Negeri Sembilan dan Melaka berjiran, jadi percikan masakan tu adalah hampir sama. Puas jugalah aku belajar memasaknya, baru mendapat rentak masaka itu. Sekarang aku bolehlah di katakan pandai memasaknya tapi taklah sempurna sangat. 




Oleh itu jomlah kita belajar masakan ini agar rasanya lebih padu dan merecik  rasa. Ada bermacam-macam cara masakan asam pedas ini rupanya. Dan juga di pelbagaikan rencahnya. Kita yang buat dia, buat sajalah namun tak lari dari tajuk masakannya, kan!.. hahaha!


8 Aneka Resepi Asam Pedas Yang Sedap Merecik Rasa - 1 -  Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-bahan resepi asam pedas ikan pari:Ikan pari - anggaran 3 - 5 potong20 tangkai cili kering2 biji bawang besar3 ulas bawang putih1 batang seraiLengkuas - besar ibu jari7 biji bendi1 biji tomato5 tangkai daun kesum1/2 cawan air asam jawa3 cawan air1 senduk kecil minyak masakGaramGulaSerbuk perasa
Cara membuat asam pedas ikan pari: Ikan pari di bersihkan. Kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih bersama. Lengkuas di ketuk sedikit dan serai di titik hujungnya.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang di kisar sehingga pecah minyak dan wangi. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendidih. Masukan serai dan lengkuas.
Seterusnya masukkan ikan pari, daun kesum dan bendi biarkan sehingga mendidih. Masukan garam serbuk perasa, dan sedikit gula.
Masukkan tomato yang di belah empat. Perlahankan api dapur, biarkan sehingga pecah minyak dan sayur lembut. Siappp!
Kredit : Sue ninie
- 2 - Resepi Asam Pedas Ikan Mayong

Bahan-bahan resepi asam pedas ikan mayong: Ikan mayong Cili kering -   rebus sampai betul-betul  lembut Bawang besar Bawang putih Halia  Kunyit hidup,- kalau tak ada guna kunyit serbuk Belacan ( Semua bahan kat atas ini ikut agak-agak banyak  mana kuantiti nak masak tau ) Kisarkan semua hingga betul-betul  hancur
Serai -  titik Bawang besar sebiji - hiris Daun kesum Air asam Sayur pilihan - bendi, terung, tomato ikut suka nak letak apa
Cara masak asam pedas ikan mayong: Panaskan minyak, biar lebih sikit. Masukkan serai dan bawng  besar hiris. Bila dah  naik bau dam  perang, masukkan bahan kisar,
Biarkan di tumis sampai betul-betul garing. Tumis sampai cantik pecah minyak. Bila dah cantik garing masukkan air asam jawa. Kemudian masikkan daun kesum dan tambahkan lagi air agak-agak ikut kepekatan yang di kehendaki.
Tambah kan garam, perisa dan sedikit gula secukup rasa. Biarkan mendidih, Kalau guna terung masukkan dulu terung sebab terung lambat sikit empuk. Bila terung dah empuk sikit, baru masukkan ikan.
Kalau ada kepala ikan yg besar,  masuk kepala dulu. Biar kepala masak, baru masuk isi. Kalau tak  nanti  isi akan hancur. Bendi dan tomato masukkan akhir sekali iaitu 5 minit sebelum tutup api dapur. Siap untuk di hidangkan. 
Kredit  : Nor Haidah Md Said
- 3 -  Resepi Asam Pedas Sotong

Bahan-bahan resepi asam pedas sotong:
Bahan A Sotong dalam 5 ekor (sederhana besar). Setiap seekor dipotong empat. Terung telunjuk
Bahan B Segenggam cili kering (direbus dan dikisar halus) Bawang merah 3 bijiBawang putih 4 ulas Halia 2 inci Serai 2 batang diketuk Sedikit halba & biji sawi Minyak untuk menumis Air asam jawa ( segenggam asam jawa)
Cara membuat asam pedas sotong: Mesin bersama Bahan B . Panaskan minyak masak dalam anggaran 1 senduk (anggaran).Tumiskan bahan B yg telah dimesin. Masukkan serai.
Tambahkan serbuk kunyit 1 sudu kecil. Masukkan halba & biji sawi. Tumis hingga naik bau. Bila sudah masak dan naik minyak masukkan air asam jawa, tambah garam ikut secukup rasa.
 Masukkan terung  dan sotong dari bahan A. Masak sampai menggelegak. Siapp!
Kredit ; Chefstoveheart
- 4 - Resepi Asam Pedas Ayam

Bahan-bahan resepi asam pedas ayam:Ayam setengah ekorKentangCili keringBelacan sikitBawang besarBawang putihHaliaKunyit hidup(Kisar)1 sudu kecil halba 1 sudu lada hitam (tumbuk) Serai dititik Air asam jawa daun limau purut
Cara membuat asam pedas ayam: Tumis halba dan bahan-bahan kisar. Masukkan lada hitam. Bila cili dah  garing masukkan ayam untuk mengecutkannya. Masuk kan kentang.
Lepas tu masukkan air asam. Didihkan lagi. Masuk daun limau dan perasakan garam. Kalau nak masuk bendi boleh masuk masa ni. Tutup api dapur. Siap untuk di hidangkan. 
Kredit resepi bonda
- 5 - Resepi Asam Pedas Daging Tetel

Bahan-bahan resepi asam pedas daging tetel: 1kg daging tetel 15@20 tangkai cili kering* Bwg merah kecik 4 biji * Bwg putih 5 ulas* Halia 1 inci* Lengkuas 1 inci * Kunyit hidup 1 inci * Belacan 1 inci * 1 sudu kecil lada hitam * 1 sudu kecil jintan manis* 1 sudu kecil jintan putih* 1 mangkuk air asam jawa Gula melaka(sy guna sikit jer, x suka manis sgt) Garam secukupnya Daun limau purut (buang tulang tengah) 3 btg serai ketuk
Cara membuat asam pedas daging tetel: Rendam dlm air panas cili kering, jintan & lada hitam. Kisar bahan2 bertanda * sehingga halus.  Panaskan minyak tumis bahan2 yang di kisar tadi sampai garing.
Masukkan daging tetel, Masak sampai keluar air daging tadi. Masukkan air asam jawa, serai yang diketuk dan  daun limau purut.
Perasakan dengan  garam dan gula melaka.. Masak smp daging empuk.  Boleh juga  kalau nak rebus daging tetel dulu, Air rebusan jangan dibuang boleh masukkan dlalam kuah. 
Selamat Mencuba

Kredit : Zaimah Zakaria
- 6 - Resepi Asam pedas Ayam Pencen

Bahan-bahan resepi asam pedas ayam pencen: 1 ekor ayam pencen/ayam tua di potong-potong.
Bahan kisar:  10 tangkai cili kering (ikut kepedasan sendiri) 1 biji bawang besar 6 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci halia 11/2 inci lengkuas 11/2 sudu mkn rempah kari (ikan)
Bahan lain: 4 helai daun limau purut garam n asam keping secukup rasa minyak utk menumis
Cara membuat asam pedas ayam pencen: Tumiskan bahan kisar sampai pecah minyak dan naik aromanya. Gaul-gaulkan. Masukkan ayam. Masukkan air(air biar lebih sikit sbb ayam pencen/tua ni liat/keras).
Masak sampai ayam empuk. Masukkan daun limau purut. Masukkan garam dan asam keping.
Kredit Aneka Harian Resepi
- 7 - Resepi Asam Pedas Ikan Kembung

Bahan-bahan resepi asam pedas ikan kembung: 3-5 ekor ikan kembung ( disiang dan dibersihkan) 10-20 cili kering ( dikisar) 1 labu bawang besar ( dikisar) 3 ulas bawang putih (dikisar) 1 inci halia ( dikisar) 1/2 inci kunyit (dikisar) sedikit belacan ( OPTION) 2 biji tomato (di kisar) sedikit daun kesum 4-8 biji bendi Air asam jawa/asam gelugur/air limau nipis secukupnya garam, gula & perasa

Cara memasak  asam pedas ikan kembung: Tumis bahan kisar dan belacan ( jika suka) kecuali buah tomato hingga naik minyak. Masukkan buah tomato kisar, air asam jawa dan air secukupnya. Apabila kuah mengelegak masukkan ikan kembung dan bendi.
Apabila ikan masak sesuaikan rasa dan last masukkan daun kesum. Biarkan mendidih dan angkat. Siapp! Selamat mencuba. 
Kredit resepi dapur kak chah
- 8 - Resepi Asam Pedas Johor

Bahan-bahan resepi asam pedas Johor: 2 biji bawang merah besar (kisar) 4 ulas bawang putih (kisar) 1 1/2 inci halia (kisar) 1 inci kunyit hidup (kisar) 1 senduk penuh Cili kering (kisar) Sedikit belacan (ikut rasa masing-masing) -  tak letak pun tak apa, ,masukkan dalam bahan kisar. 1 sudu kecil Lada hitam (kisar) 1/2 cawan air asam jawa pekat Daun kesum 1-2 kuntum bunga kantan 1 cawan air biasa Garam secukupnya **ikan apa-apa  jea pon boleh
Cara memasak  asam pedas Johor:  Panaskan minyak masukkan bahan kisar tadi, tumis sampai naik bau. Masukkan cili kering kisar, Tumis sampai pecah minyak. 
Bila bahan tumisan tadi pecah minyak masukkan air asam jawa. Tunggu sampai mendidih. Masukkan bunga kantan/dan daun kesum.
Masak sampai naik bau. Akhir  sekali  baru msukkan kan yang telah di potong-potong dan garam secukup rasa. Tutup api dan siapp!
Tips nak dapatkan sam pedas yang sedap cara asam pedas Johor  Asam pedas ni nak sedap halia kena letak lebih, minyak lebih sikit utk menumis (lebihan minyak perlu dibuang), Menumis kena betul-betul sampai pecah minyak. kena cukup rasa pedas dan asamnya. Kalau tak ada daun kesum dan bunga kantan gantikan dgn serai. Masa tengah menumis cili tu masukkan terus bunga kantan dan daun kesum untuk  dapatkan rasa asam pedas yang sebenar dengan haruman daun ndan bunga tersebut. Pastikan cili melebihi sukatan bawang utk mengelakkan kuah menjadi pahit. Nisbah 1:3
Kredit: HomemadeByRoselyza
Inilah 8 resepi hasil pencarian aku di Facebook. Ada rupnya resepi lain daripada yang menggunakan ikan. nanti aku nak cuba membuatnya. memang nampak sedap semua resepi ini. Sudah pastinya sedap merecuk rasa yang meletup sedap kepada penngemarnya.... huhu!
Nak lihat pelbagai resepi di blog ini, klik SINI
p/s: Waktu kecil dulu ada jiran, anaknya kahwin dengan orang Melaka. Aku terdengarlah perbualan jiran dengan mak. Katanya, 'masakan gulai orang Melaka merah menyala warnanya. takut nak makan,  Takut  sakit urat perur pedas menyengat:' Tak pun..  hahah!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.huhahuhajerr.com/2020/11/8-aneka-resepi-asam-pedas-yang-sedap-merecik-rasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Maggi Goreng Pedas Sedap Simple Je Janji Sedap

Resepi Maggi Goreng Pedas Sedap Simple Je Janji Sedap

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 1882 hits
Sebut sahaja Maggi semua kecut air liur Tapi hari ni Ainul nak kongsikan resepi bukan maggi biasa tu tapi mee yang berbentuk maggi je dah lama tak makan maggi jenama maggi tu dan ank elak anak anak makan jadi Ainul beli mee berbentuk maggi ...
Resepi Kerabu Bayam Brazil Sedap Mudah Dan Berkhasiat

Resepi Kerabu Bayam Brazil Sedap Mudah Dan Berkhasiat

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 742 hits
Assalamualaikum hai semua dan salam sejahtera Diharapkan semua pembaca sihat dan sentiasa happy ye Ok kali ni saya nak kongsikan resepi kerabu bayam Brazil Sedap ke Nak tahu kenalah cuba sendiri Opss sebelum tu bagi yang belum tahu kenapa d...
Resepi Loh See Fun Cepat Dimasak Dan Sedap

Resepi Loh See Fun Cepat Dimasak Dan Sedap

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 430 hits
Resepi Loh See Fun Cepat Dimasak Dan Sedap Mungkin ramai yang tidak tahu atau mungkin ramai yang tahu tapi saya tidak tahu yang mereka tahu Jangan keliru ya sebab pepagi ni bila teruja dapat memasak makanan yang biasanya kita beli dan makan...
Resepi Kek Batik Nestum Paling Sedap Mudah Dan Tanpa Telur

Resepi Kek Batik Nestum Paling Sedap Mudah Dan Tanpa Telur

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 936 hits
Resepi Kek Batik Nestum Paling Sedap Mudah Dan Tanpa Telur Salam semua resepi kek batik di antara resepi yang mudah nak buat sebenarnya Kalau dulu guna bahan untuk buat kek batik hanya asas saja seperti biskut marie serbuk koko susu pekat T...
Resepi Daging Palembang Sedap Dan Mudah Di Sediakan

Resepi Daging Palembang Sedap Dan Mudah Di Sediakan

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 455 hits
Resepi Daging Palembang Sedap dan Mudah di Sediakan Bila dah buntu nak sediakan juadah apa untuk hari hari jadi kita cari resepi yang tak pernah dibuat lagi Kebetulan ada sedikit daging yang tinggal di peti ais Umi pun tak tahu dah nak buat...
Resepi Soto Ayam Sedap Dengan Kuah Bening

Resepi Soto Ayam Sedap Dengan Kuah Bening

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 339 hits
Soto Ayam agak sama dengan sup ayam tapi ada beberapa kelainan terhadap bahan bahan apa pun hidangan sangat popular di nusantara Resepi juga telah banyak di tokok tambah mengikut citarasa tempatan tapi dalam artikel ini saya kongsikan resep...
Resepi Popis Yang Sedap Sampai Kena Buat Banyak Banyak

Resepi Popis Yang Sedap Sampai Kena Buat Banyak Banyak

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 577 hits
RESEPI POPIS YANG SEDAP SAMPAI KENA BUAT BANYAK BANYAK Kenapa kena buat banyak banyak Sebab kalau buat sikit tak cukup Lepas tu berebut Haha gitu la kalau episod pisang je mesti sampai berebut Popis atau pun Popia Pisang ni saya buat untuk ...
Resepi Nasi Goreng Cili Padi Ikan Tumbuk Buat Sarapan Pun Sedap

Resepi Nasi Goreng Cili Padi Ikan Tumbuk Buat Sarapan Pun Sedap

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 553 hits
Resepi Nasi Goreng cili Padi Ikan Tumbuk Buat Sarapan Pun SedapPening fikir nak sarapan apa pagi ni Jangan tunggu lagi jom makan nasi goreng
Resepi Sos Gula Melaka Sedap Untuk Kek Pandan Gula Melaka Cendol Dan Kuih Muih

Resepi Sos Gula Melaka Sedap Untuk Kek Pandan Gula Melaka Cendol Dan Kuih Muih

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 972 hits
Kek Pandan Gula Melaka memang sedap Ramai customer saya yang order kek ni dan sukakan rasa pandan bergabung dengan rasa gula melaka dan kelapa Resepi hit ramai tanya cara buat sos gula melaka yang sedap dan pekat Ramai kata sos mereka tak b...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids