Kantin Asam Pedas Menawarkan Asam Pedas The Best In Town Hanya Di Ampang
Sebagai pengemar Asam Pedas mama memang tak kesah jauh mana mama sanggup pergi tau. Asalkan dapat makan hahaha gigih sangat mama ni. Sebelum ni kalau nak makan asam pedas mesti pergi dekat Melaka. Dek kerana covid ni nak pi Melaka pun rasa jauh. hahaha. Sebenarnya mama baru dapat tahu ada asam pedas sedap dekat area Ampang. Ishhh kenapa la mama baru tau pasal Kantin Asam Pedas ni. Lambat sungguh mama ni kan.
Pada minggu lepas, mama berpeluang makan-makan dengan geng blogger di Kantin Asam Pedas yang berdekatan dengan Ampang. Oh ya kedai ni agak ke dalam skit tapi kedai Kantin Asam Pedas ni sangat popular sebenarnya. Memandangkan special menu dekat sini iaitu asam pedas so macam-macam jenis lah ada dari asam pedas ikan, pari, ikan duri, ikan merah, ikan parang, segala mala ikan, ayam, daging tetel dan yang palingggggg menarik adalah asam pedas telur mayong yang ramai peminatnya
Untuk pengetahuan korang semua, kedai Kantin Asam Pedas ini dibuka untuk waktu makan tengahari dari jam 11 pagi hingga 4 petang sahaja. Kiranya waktu the best makan di sini adalah waktu makan tengahari. Oh ya memang meriah yer kalau waktu lunch ni memang penuh tau. Sesiapa yang craving nak makan tu diminta buat tempahan booking dahulu sebelum datang. Takut korang walk in tibeh boleh dapat tengok jer. kan rugik!
Menurut owner Kantin Asam Pedas iaitu Kak Lin, dia telah mengusahakan Kantin Asam Pedas ini hampir 20 tahun dan kesemua menu asam pedas ini adalah resepi turun temurun dari keluarganya. Yang lagi menarik asam pedas di sini dimasak apabila pelanggan baru minta jadi rasa ikan serta kuah asam pedas tu panas dan fresh yer. Tak macam setengah kedai yang mama makan semuanya dia orang panaskan balik sampai rasa kuahnya rasa masin.
Bukan itu sahaja, Kak Lin juga mendapatkan bekalan ikan-ikan segar di Kuala Selangor dan beliau sendiri akan turun ke sana untuk memilih ikan yang segar bagi mengekalkan kualiti asam pedasnya. Itu pasal la Kantin Asam Pedas sememangnya ramai peminat sampaikan pelanggan dari jauh sanggup datang untuk menjamu asam pedas di sini.
Menu asam pedas yang mendapat sambutan dari orang ramai adalah Asam Pedas Kepala Ikan, asam pedas ikan jenahak, asam pedas ikan pari, asam pedas ikan sembilang, asam pedas ayam dan juga asam pedas daging tetel. Oh ya kalau korang datang makan kat sini korang wajibbbbbb cuba makan asam pedas telur mayong atau orang panggil asam pedas boba. Telur mayong ni bukan senang nak dapat tau dan harga dia sangat mahal serta sedap makan dengan asam pedas ni. Kalau tak percaya korang wajib cuba tau. Harga semangkuk RM40 jer siap boleh makan untuk 2 orang lagi tau
Kalau dah makan nasi dengan asam pedas tu korang cuba gabungkan dengan ayam goreng yang ranggup ni. Fuhhh terangkat beb!! Macam mana mama nak explain yer tapi gabungan pedas dari asam pedas bersama dengan ayam goreng masin yang ranggup ni memang rasa meletup yer dalam mulut. Siap makan dengan nasi tu boleh bertambah-tambah la orang kata. Ehh teringat pulak sambil taip entri ni sambil telan air liur. Hahhh parah!
Antara yang menarik makanan di Kantin Asam Pedas ni terdapat set Asam Pedas dimana korang boleh pilih samada set mana yang korang nak makan. Setiap set Asam Pedas ini terhidang dengan nasi, ulam-ulaman, telur masin, ikan masin, sambal belacan dan juga air sirap. Ehh kicap pun ada juga tau. orang kata takder kicap tak sedap la yer dak.
Satu lagi menu menarik yang menjadi ramai peminat di Kantin Asam Pedas ini adalah cekodok pisang, lempeng kelapa dan pengat pisang. Yang best adalah cekodok pisang diaaaa. fuhhh bukan korang makan yang cekodok sejuk yer ni yang mana baru order baru buat tau. hahhh fresh gitu barulah nafsu nak makan membuak-buak. Tapi kelainan cekodok pisang ni ada inti kelapa ok. Nak rasa kena lah datang kat Kantin Asam Pedas baru tau sedapnya cekodok pisang ni
Di Kantin Asam Pedas ini boleh muat seramai 50 orang tapi semenjak covid ni kita kena la patuh SOP yer hanya separuh daripada tu saja yang boleh dapat menjamu selera. Jangan risau pelanggan yang datang makan dekat sini dia orang hanya makan untuk lunch jer memang cepat. Tak payah risau pasal ni korang nak cepat korang call jer buat booking apa susah.
Ada satu ruangan yang orang kata evergreen betul terus rasa macam ala-ala di kampung yer. Memang mengimbau suasana kampung tapi di tengah kota raya agituuuu. Mama sendiri pun teringat dekat kampung halaman ok. Satu perasaan yang menggamit rasa nak balik kampung. hahaha. dapat rasa feel di Kantin Asam Pedas dan sambil makan asam pedas pun boleh la. Ehhh psssttt dekat sini memang port orang ambik gambar yer. Korang boleh berselfie, berOOTD lepas makan sampai lebam diknonn
Nampak geng-geng blogger kalo bab posing memang tak nak kalah. Sanggup masing-masing bawa kain batik kau. Dah semuanya jadi gadis melayu bandar. Hahahah. Seriously dekat Kantin Asam Pedas ni mengamit memori dan boleh cipta memori menarik bersama kawan-kawan dan keluarga sambil makan asam pedas yang sedap, lazat dan the best in town
Korang terliur tengok entri mama kali ni? Yer mama pun penat telan air liur sebab teringat betapa sedapnya asam pedas yang rasa pedasnya kaw, masamnya cukup, kuah pekat dan serba serbi perfect lah. Lepas ni mama dah tak perlu pergi makan asam pedas jauh-jauh lagi sampai Melaka nu hahhh.. Datang ke Kantin Asam Pedas dekat Ampang ni pun dah cukup perfect gitu. Oh ya no wonder la tagline Kantin Asam Pedas ni "Lauk Asam Pedas dimasak penuh kasih sayang, alah macam makan dekat rumah" hahhhh nak tahu sedap ker tak sila-sila datang ke Kantin Asam Pedas
KANTIN ASAM PEDASE-G-14 Residensi BestariJalan Ukay PerdanaTaman Ukay PerdanaHulu Klang56000 Ampang, Selangor.
Telefon : 012-666 5552 | 03-4101 9876
Waktu operasi : 11 pagi - 4 petang [Isnin Tutup]
Facebook : Kantin Asam PedasInstagram : @kantinasampedas
Maps : goo.gl/maps/MjNkZbMZaJw
Love,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mamajue.com/2020/12/kantin-asam-pedas-menawarkan-asam-pedas.html