Pelbagai Drama Baru Untuk Tahun 2020 Netflix Jadi Rumah Kepada Kandungan Korea Terbaik


Kandungan Korea mempunyai pengikut yang ramai di seluruh dunia dan Netflix menggunakan kesempatan dan peluang ini untuk menjadi ‘rumah’ kepada kandungan daripada negara ini dan menghasilkan naskhah yang terbaik untuk semua peminat. Begitulah perkongsian Minyoung Kim iaitu Timbalan Presiden kepada Kandungan Korea di laman penstriman popular Netflix menerusi sebuah temu bual eksklusif bersamanya.
Kandungan Korea membawa emosi yang mendalam, tak kiralah genre romantik atau pun keluarga. Malahan nilai yang diterapkan di dalam plotnya senang difahami oleh peminat Malaysia. Dengan populariti yang dimiliki oleh K-Pop, K-Beauty dan K-Style, ianya juga secara tak langsung telah menarik peminat untuk turut memberi peluang kepada K-Drama.
Naskhah yang dinantikan untuk tahun 2020 Rugal (28 Mac)
Kang Gibeom (Choi Jinhyuk) ialah seorang detektif yang mempunyai masa depan yang cerah di unit jenayah keganasan dan tidak dijangka bahawa kini, dia adalah suspek utama dalam kes pembunuhan isterinya. Lebih mengejutkan apabila matanya telah dicederakan dengan pisau cukur oleh kumpulan pengganas ARGOS selepas dia menyaksikan pembunuhan itu dengan mata kepalanya sendiri. Hiba dengan keadaan hidupnya yang berubah dalam sekelip mata, pengarah kepada Rugal iaitu sebuah organisasi khas yang ditubuhkan untuk menghapuskan ARGOS telah datang dan mengambilnya sebagai ahli.
Choi Geuncheol (Park Sungwoong) juga memberikan Gibeom sepasang mata buatan selepas dia menyertai Rugal. Selepas selesai sahaja pembedahan itu, lelaki itu memulakan hidupnya sebagai senjata manusia dengan matanya yang mempunyai kuasa luar biasa. Dia berjanji akan membalas dendam terhadap ARGOS kerana merosakkan hidupnya.

Time To Hunt (10 April)
Dalam sebuah bandar dystopian yang lenggang, Junseok yang baru sahaja dilepaskan daripada penjara sudah mula merencana langkah kehidupannya selepas itu. Nekad untuk memulakan hidup baru bersama rakan-rakannya iaitu Jangho, Kihoon dan Sangsoo tetapi semuanya menjadi huru-hara apabila mereka semua dikejar oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Bolehkan empat sekawan ini terlepas daripada bahaya?

Extracurricular (29 April)
Drama ini membawa kisah sekumpulan pelajar sekolah menengah yang memilih jalan jenayah untuk mendapatkan duit sehingga mengancam ramai orang kerana pilihan mereka itu. Oh Jisoo (Kim Donghee) telah melakukan kesalahan yang sangat teruk hanya kerana mahu membuat duit bagi menampung pelajarannya secara sendiri.
Seo Minhee (Jung Dabin) seorang pembuli juga turut terlibat dengan jenayah Jisoo, begitu juga dengan rakan sekolah lelaki itu iaitu Bae Gyuri (Park Joohyun). Keputusan yang salah ini membawa mereka semua kepada kancah kesan yang tidak membolehkan mereka untuk berpatah balik. Hanya kehidupan jenayah dan penuh keganasan yang menanti mereka.

The King: Eternal Monarch (April 2020)
Sebuah drama romantik fantasi yang membawa genre itu ke dimensi yang lain. Ia mengisahkan hubungan di antara dua dunia selari yang sangatlah berbeza hakikatnya. Raja Lee Gon (Lee Minho) mencari cara untuk menutup pintu gerbang di antara dua dimensi ini manakala pegawai polis iaitu Jung Taeeul (Kim Goeun) hanya mahu menyelamatkan orang lain dan melindungi nyawa orang yang disayanginya.

It’s Okay Not To Be Okay (Jun 2020)
Kisah romantik luar biasa antara dua individu yang cuba untuk merawat luka emosi dan psikologi masing-masing. Moon Gangtae (Kim Sohyun) merupakan seorang penjaga yang bekerja di wad psikiatrik dan tidak percaya dengan cinta. Lelaki ini dengan diamnya membawa beban hidup dan memberikan sepenuh perhatian untuk menjaga abangnya yang kurang upaya. Go Moonyoung (Seo Yeji) ialah seorang penulis buku kanak-kanak yang langsung tiada pengetahuan mengenai cinta. Sangat popular dalam kalangan rakan sebayanya tapi seorang yang antisosial dan tidak peduli mengenai hal orang lain.

Netflix teruja dengan nama dan percubaan baru Daripada kesemua naskhah yang bakal diterbitkan ini, Minyoung Kim nyata teruja dengan penghasilan drama remaja sekolah iaitu “Extracurricular”. Lebih mengagumkan kerana ianya telah ditulis oleh seorang penulis skrip baru dan bakal menggegarkan dunia drama Korea dengan idea hebatnya menerusi naskhah ini. Bahkan wanita ini sendiri serta Netflix meluahkan rasa tidak sabar untuk berkongsi cerita ini dan melihat reaksi penonton terhadapnya.
Filem “Time To Hunt” juga merupakan buah tangan Netflix asal dalam bahasa Korea pertama selepas kali terakhir melakukannya menerusi filem popular iaitu “Okja”. Cerita empat sekawan yang melalui kesusahan bersama ini sudah pasti akan menarik perhatian ramai penonton yang sukakan drama aksi dan misteri.
Kandungan Korea akan terus popular Minyoung Kim juga berharap agar fenomena K-Drama dan K-Filem ini akan terus berkembang pada masa akan datang kerana Netflix baru sahaja memulakan langkah mereka bagi mempelosori lagi genre ini. Selain itu mereka turut berjanji akan menyediakan naskhah yang unik dan sesuai dengan permintaan penonton. Bukan itu sahaja, Netflix turut berharap dengan inisiatif yang diambil ini akan membawa penonton yang tidak pernah menonton sebarang kandungan Korea supaya mula merasai pengalamannya menerusi naskhah yang digarap oleh mereka. Dengan ini, ia akan menambah lagi peminat dan mengembangkan lagi kandungan Korea di laman penstriman mereka.

Salah satu lagi yang menarik mengenai kandungan Korea di Netflix ialah mereka tidak mengehadkan sesuatu naskhah kepada format yang sama. Bagi yang sudah biasa dengan drama Korea, sudah pasti tahu bahawa jumlah episod standard ialah 16. Tetapi menerusi Netflix, mereka menghasilkan sesuatu naskhah mengikut keperluan jalan ceritanya sendiri. Tak kisahlah dalam bentuk filem atau pun drama, dan sama ada 6 episod mahupun 12 episod.
Bagi semua yang meminati kandungan Korea yang berbagai, jangan lupa untuk langgani Netflix bagi menjadi orang pertama yang melihat naskhah hebat daripada mereka!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kimchidaily.my/pelbagai-drama-baru-untuk-tahun-2020-netflix-jadi-rumah-kepada-kandungan-korea-terbaik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Hp Android Dengan Harga Di Bawah Rp 1 5 Juta Terbaik Di Tahun 2020

5 Hp Android Dengan Harga Di Bawah Rp 1 5 Juta Terbaik Di Tahun 2020

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 260 hits
Banyak HP Android yang bisa dikatakan memiliki harga yang terjangkau Berikut merdeka rangkum 5 HP android terbaik dengan harga di bawah Rp 1 5 juta
Tahun Baru Cina 2020

Tahun Baru Cina 2020

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 527 hits
Godek godek laptop alahai jumpa pula gambar di bawah Alamak Belum publish lagi nih Jadi kita publish sebagai kenang kenangan Pasti akan rindu suasana ini jika sudah tidak bekerja di situ lagi Hamper pemberian supplier Ruang tamu office Tahu...
Kabinet Malaysia Tahun 2020 Barisan Yang Sangat Mantap

Kabinet Malaysia Tahun 2020 Barisan Yang Sangat Mantap

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 1262 hits
Kabinet Malaysia Tahun 2020 Barisan Yang Sangat Mantap Umum yang sudah ketahui TSMY telah pun mengumumkan barisan kabinet baru yang akan teraju Malaysia bersama beliau Kelainan yang ada disini adalah hanya 4 Menteri Kanan yang utama akan te...
Sop Baru Pkp Bermula 1 April 2020

Sop Baru Pkp Bermula 1 April 2020

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 1021 hits
SOP Baru PKP Bermula 1 April 2020 Bagi menjamin Perintah Kawalan Pergerakan dapat memutuskan rantaian penularan wabak Covid 19 kerajaan mengambil langkah untuk menambah baik beberapa SOP untuk PKP SOP Baru PKP Bermula 1 April 2020 Operasi s...
Biarlah Dalam Rumah Sentiasa Bising Dengar Suara Isteri Anak Baru Suami Lebih Bahagia

Biarlah Dalam Rumah Sentiasa Bising Dengar Suara Isteri Anak Baru Suami Lebih Bahagia

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 430 hits
Rumah tangga yang hilang seri Zaman sekarang adalah zaman di mana suami dan isteri lebih banyak buat hal sendiri berbanding berkomunikasi sesama sendiri memahami isi hati bergurau senda bantu membantu tolong menolong bercerita dan sebagainy...
Nak Cari Ketenangan Penagih Dadah Mengaku 2 Tahun Tinggal Dalam Kelambu Belakang Rumah

Nak Cari Ketenangan Penagih Dadah Mengaku 2 Tahun Tinggal Dalam Kelambu Belakang Rumah

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 360 hits
BESUT 9 Mac Seorang penagih dadah sanggup tinggal di dalam kelambu beralaskan tikar di belakang rumahnya dengan alasan untuk mencari ketenangan semasa menghisap dadah sejak dua tahun lalu Menurut Ketua Pegawai AADK Besut Puan Noor Hafizza B...
Apa Aktiviti Terbaik Berkurung Di Rumah

Apa Aktiviti Terbaik Berkurung Di Rumah

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 1380 hits
Antara aktiviti lain yang sesuai adalah keintiman hubungan suami isteri kerana ia baik untuk Kesihatan Majoriti akan lakukanHasilnya disember atau januari sekali lagi hospital wad bersalin Akan berpusu
Yuk Kenalan Dengan 3 Kontributor Terbaik Februari 2020 Profesi Nggak Menghalangi Mereka Untuk Konsisten Menulis

Yuk Kenalan Dengan 3 Kontributor Terbaik Februari 2020 Profesi Nggak Menghalangi Mereka Untuk Konsisten Menulis

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 257 hits
Memiliki pekerjaan yang berbeda dengan hobi menulis mereka nggak serta merta membuat tiga orang ini kehilangan semangatnya dalam menulis
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

Selangor To Study Banning Vape Sales Says Mb

Pa Yang Multitasking


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trading For Living Jalan Hidup Setelah Satu Dekade Blogging

10 Arahan Penting Sebelum Kamu Memutuskan Buy Atau Sell

Ist Page Of Google

Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu