Pelbagai Bantuan Diberi Keluarga Pak Ishak Tak Pernah Dipinggirkan
USAHA memujuk keluarga pesakit strok, Ishak Darus, 77, yang tinggal di Lorong Gedebang, Jalan Langgar di Alor Setar untuk berpindah ke lokasi lebih sesuai sudah dilakukan sejak 12 tahun lalu
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Syeikh Zakaria Othman berkata, berdasarkan rekod keluarga daif itu turut menerima pelbagai bantuan daripada pihaknya sejak 2007
Katanya, ia termasuk bantuan kewangan bulanan, bantuan makanan fakir miskin, bantuan awal persekolahan, bantuan Aidilfitri dan bantuan Jaya Diri
“Berdasarkan siasatan kami, Pak Ishak dan isteri yang tidak bekerja mempunyai tiga anak lelaki dan tujuh anak perempuan berusia 17 hingga 33 tahun
“Ada antara anak Pak Ishak sudah berkahwin dan mempunyai anak. Lapan daripada 10 anaknya tinggal bersama di rumah berkenaan bersama 10 cucu menjadikan keseluruhan isi rumah seramai 20 orang,” katanya dalam kenyataan, hari ini
Zakaria berkata, isu dan kisah keluarga Pak Ishak amat dekat di hati warga LZNK yang menganggap dia sebagai seorang bapa yang disayangi
Katanya, lelaki itu pernah ditawarkan rumah KEDA di Pokok Sena dan Program Perumahan Rakyat (PPR) sebelum ini, namun keluarganya menolak atas pelbagai alasan
“Rundingan dan tawaran juga sudah dibuat oleh tuan tanah tempat tapak rumah itu dibina sehingga akhirnya satu salinan penghakiman dari Mahkamah Majistret dikeluarkan pada 5 Februari lalu yang mengarahkan Pak Ishak sekeluarga berpindah, tetap menemui titik gagal
“Kerana itu saya amat menghargai usaha Ustaz Ebit Lew dan pasukannya di atas kemahiran mereka yang berjaya memujuk keluarga Pak Ishak keluar daripada kediaman berkenaan semalam
“Sesungguhnya niat murni ini amat disanjung dalam membantu LZNK menyantuni lebih 15,773 asnaf di Kedah (sehingga 21 April 2020) termasuk Pak Ishak dan masa depan anak-anak dan cucu-cucunya yang masih tidak mengerti apa-apa,” katanya
Katanya, pihaknya sentiasa terbuka untuk menerima sebarang maklumat yang membina demi menyampaikan amanah pembayar zakat untuk manfaat golongan yang memerlukan di Kedah
Semalam, tular di media sosial apabila Ustaz Ebit Lew menziarahi Ishak yang tinggal bersama keluarganya di rumah usang kerana tidak mampu menyewa di tempat lain
Mereka didakwa tinggal berhimpit dengan lantai beralaskan tikar getah, dinding kayu reput dimakan anai-anai, malah sebahagian bumbung zink berlubang
Sumber: Harian Metro
from Sehinggit Media https://ift.tt/3cAaHTz
via Merah Hati Cintaku
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/04/pelbagai-bantuan-diberi-keluarga-pak.html