Kisah Viral Pujuk Pak Ishak Pindah Sejak 12 Tahun Lalu Lznk


Ustaz Ebit Lew ketika menziarahi Ishak yang tinggal di sebuah rumah usang di Lorong Gedebang, Jalan Langgar, Alor Setar, semalam. - Foto Facebook Ebit Lew
ALOR SETAR: Usaha memujuk keluarga pesakit strok, Ishak Darus, 77, yang tinggal di Lorong Gedebang, Jalan Langgar di sini, untuk berpindah sudah dilakukan sejak 12 tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Syeikh Zakaria Othman, berkata berdasarkan rekod keluarga daif itu turut menerima pelbagai bantuan LZNK sejak 2007.


Syeikh Zakaria berkata, antara jenis bantuan diterima keluarga Ishak termasuklah kewangan bulanan, makanan fakir miskin, awal persekolahan, Aidilfitri dan Jaya Diri.

“Berdasarkan siasatan kami, Pak Ishak dan isteri yang tidak bekerja mempunyai tiga anak lelaki dan tujuh anak perempuan yang berumur antara 17 hingga 33 tahun."Ada antara anak Pak Ishak ini sudah berkahwin dan mempunyai anak. Lapan daripada 10 anaknya tinggal bersamanya di rumah berkenaan bersama 10 cucu menjadikan keseluruhan isi rumah seramai 20 orang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Zakaria berkata, isu dan kisah Ishak ini amat dekat di hati warga LZNK yang menganggap dia sebagai seorang ayah yang disayangi.


Katanya, Ishak juga ditawarkan rumah KEDA di Pokok Sena dan Program Perumahan Rakyat (PPR) sebelum ini, namun tetap ditolak keluarganya atas pelbagai alasan.

“Rundingan dan tawaran juga sudah dibuat oleh tuan tanah tempat tapak rumah itu dibina sehingga akhirnya satu salinan penghakiman dari Mahkamah Majistret dikeluarkan pada 5 Februari 2020 yang mengarahkan Pak Ishak sekeluarga berpindah, tetap menemui gagal.“Kerana itu saya amat menghargai usaha Ustaz Ebit Lew dan pasukannya di atas kemahiran mereka yang berjaya memujuk keluarga Pak Ishak keluar daripada kediaman berkenaan semalam.“Sesungguhnya niat murni ini amat disanjung dalam membantu pihak LZNK menyantuni lebih 15,773 orang asnaf yang ada di negeri Kedah (sehingga 21 April 2020) termasuk Pak Ishak dan masa depan anak-anak dan cucu-cucunya yang masih tidak mengerti apa-apa,” katanya.
Zakaria berkata pihaknya sentiasa terbuka untuk menerima sebarang maklumat yang membina demi menyampaikan amanah pembayar zakat untuk manfaat golongan yang memerlukan di Kedah.

Semalam, tular di media sosial apabila pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew menziarahi Ishak yang menghidap angin ahmar bersama keluarganya tinggal di rumah usang kerana tidak mampu menyewa di tempat lain.

Mereka didakwa tinggal berhimpit dengan lantai beralaskan tikar getah, dinding kayu reput dimakan anai-anai, malah sebahagian bumbung zink berlubang.-BH



Setelah saya menangis. Air mata rasa bahagia sangat...Setelah berbelas tahun mereka hidup begini. Tinggal di tempat begini. Saya pusing tanya dekat 4 rumah walau hujan basah.. Akhirnya Allah izinkan saya dapat rumah sewa rm800 sebulan. Besar rumah selesa. InsyaAllah saya akan bayarkan sampai bila-bila selagi mampu. Cuma tadi repair elektrik dan air sampai dekat isya. Saya call ambulans swasta bawa pakcik tadi ke hospital untuk dapatkan rawatan.

Masa masuk rumah adik-adik ni berlari cop bilik. Yeye pindah rumah. Yeye pindah rumah. Betul ke ustaz pindah rumah. Besarnya rumah ni ustaz. Selesanya. Betul ke ustaz nak bayar? Yer adik. Allah gerakkan semua ni.

Masa dalam kereta adik ni kata ustaz. Dia menangis. Nak qada solat semua. Sedih pula rasanya. Makin hiba bila diaorang ulang. Ustaz jangan lupakan kita orang tau.

Esok saya dah upah orang elektrik dan orang paip repair air. Tengok wirering. Lepas tu nak cari perabot baru dan tilam. Serta nak beli baju-baju dan selipar. Adik ni ada tiada selipar pun. Berebut makan kfc. Semua suka kentang putar. Kena beli set satu-satu lain kali.

Pakcik yang stroke tadi sebelum naik ambulans pesan pada saya. Setelah saya nasihatkannya bahawa anak ini esok bakal jadi pemimpin. Ustaz kalau boleh tolong hantar anak saya belajar yer.

Ya Allah. Hati ini sedih sayu. Saya cuma datang untuk membantu. Tak sanggup nak tinggal manusia tidur ditepi sampah. Maaf saya benar-benar terkejut sangat. Saya menangis dari tadi. Malam ni baru saya boleh senyum. Maafkan saya jika ada sesiapa hadir tadi saya tak senyum. Saya sayang semua. Kita semua sebuah keluarga. Janganlah salahkan sesiapa.

-Ustaz Ebit Lew

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2020/04/kisah-viral-pujuk-pak-ishak-pindah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Pak Guru Avan Mengajar Dari Rumah Ke Rumah Karena Siswa Tak Punya Ponsel

Kisah Pak Guru Avan Mengajar Dari Rumah Ke Rumah Karena Siswa Tak Punya Ponsel

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 488 hits
Pak guru Avan Nama lengkapnyanya Avan Fathurrahman Ia adalah guru di Kabupaten Sumenep Madura Jawa Timur Tepatnya guru di SD Negeri Batuputih Laok 3 Sumenep Madura Jawa Timur Dalam dua hari terakhir kisah Pak guru Avan viral di media sosial...
Kisah Viral Gadis Kecil Rela Keliling Kampung Jajakan Donat Demi Makan Keluarga

Kisah Viral Gadis Kecil Rela Keliling Kampung Jajakan Donat Demi Makan Keluarga

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 405 hits
Sebuah video yang menampilkan bocah perempuan berjualan donat tengah viral di media sosial Video itu viral setelah diunggah ke Instagram oleh akun arum medsos pada 14 Apri 2020 Dalam video itu terlihat bocah itu mengenakan jas hujan plastik...
Rumah Lama Pak Ishak Akan Dirobohkan Esok

Rumah Lama Pak Ishak Akan Dirobohkan Esok

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 1005 hits
Rumah lama keluarga pesakit strok Ishak Darus atau Pak Ishak 77 di Lorong Gedebang Jalan Langgar Alor Setar akan dirobohkan esok selepas mendapat rumah sewa baharu yang lebih selesa Perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif L...
Kisah Serangan Hendap Komunis Di Mong Gajah Kedah Pada Tahun 1974

Kisah Serangan Hendap Komunis Di Mong Gajah Kedah Pada Tahun 1974

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 514 hits
Jumaat 10 April 1974 masih terbayang di ingatan Zainal Abiddin Abdullah wajah wajah sahabat seperjuangan yang gugur terkorban bergelimpangan di laluan lori balak Mong Gajah Kedah kawasan pertempuran yang mengubah perjalanan hidupnya sepanja...
Mula Masuk Islam Sejak Umur 12 Tahun Ini Biodata Lengkap Pendakwah Bebas Ustaz Ebit Lew

Mula Masuk Islam Sejak Umur 12 Tahun Ini Biodata Lengkap Pendakwah Bebas Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 1580 hits
Beliau cukup terkenal dengan keperibadiannya yang suka membantu orang Ustaz Ebit Lew bukanlah satu nama yang asing malah cukup dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam Digelar sebagai pendakwah bebas Ustaz Ebit ...
Akhirnya Terjawab Bella Aliff Sudah Rujuk Sejak Julai Tahun Lalu

Akhirnya Terjawab Bella Aliff Sudah Rujuk Sejak Julai Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 487 hits
Akhirnya terjawablah sudah tanda tanya kita semua yang mengikuti perkembangan pelakon Bella Astillah apabila telah mengesahkan yang dirinya telah rujuk semula dengan bekas suaminya Aliff Aziz sejak Julai tahun lalu lagi Bella dan Aliff yang...
Orang Ramai Terharu Baca Kisah Sekumpulan Polis Peronda Datang Membantu Pak Cik Berkerusi Roda Pulang Ke Rumah

Orang Ramai Terharu Baca Kisah Sekumpulan Polis Peronda Datang Membantu Pak Cik Berkerusi Roda Pulang Ke Rumah

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 597 hits
Dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia kini semakin hari kita semakin didedahkan dengan kisah kisah yang mengharukan dari pelbagai pelosok negeri Dari kisah bantuan kepada gelandangan kisah bantuan orang ramai untuk orang...
Kisah Pembawa Jenazah Bernama Ghana Pallbearers Yang Viral Nyentrik Dan Kocak Abis

Kisah Pembawa Jenazah Bernama Ghana Pallbearers Yang Viral Nyentrik Dan Kocak Abis

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 676 hits
Mereka membawa peti jenazah sambil menari nari Aksinya viral selama pandemi Corona ini
Kisah Inspirasi Wanita Berusia 68 Tahun Melahirkan Bayi Kembar

Kisah Inspirasi Wanita Berusia 68 Tahun Melahirkan Bayi Kembar

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 576 hits
Kisah inspirasi kali ini berlaku di Nigeria seorang wanita yang berusia 68 tahun yang digelar sebagai nenek telah berjaya melahirkan bayi kembar berpasang setelah menjalani 3 prosedur IVF Sebelum anda baca kisah inspirasi ini tentu anda nak...
Meet The Aprilia Rsv4 X Gp A 90 000 Motogp Race Replica

The Trauma Code Heroes On Call Kdrama

Resepi Air Lai Chi Kang Buah Luo Han Guo Kering Manis Semula Jadi Menyegarkan

Saintis Jepun Temui Cara Tumbuhkan Semula Gigi Patah

Pemandu Audi Rempuh Dua Motosikal Urb Polis Positif Alkohol

Wanita Ditahan Ugut Khianat Guna Api

Jangan Timbulkan Fitnah

Tiket Percuma Di Aquaria Klcc Sempena Hari Jadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Vitamin Saraf B Complex Plus With Folic Asid

Pencipta Kandungan Terima Kiriman Kepala Babi

Panduan Mudah Faham Cara Guna Google Drive Di Komputer Telefon

Puji Sedap Lelaki Algeria Terus Jadi Ketagih Lepas Cuba Teh Tarik

Speedy Tigers Akhiri Kempen Piala Asia 2025 Di Tempat Ketiga

I M Muhyiddin S No 1 Supporter Hamzah Declares Amid Poison Pen Letter Claims