Pelancaran Kolaborasi Esklusif Habib Duo Ikonik Terkenal Malaysia


Hi Korang,
Pengeluar barangan kemas tempatan, Habib untuk julung kalinya meraikan kempen Merdeka yang disambut setiap tahun dengan satu kelainan pada kali ini. Majlis pelancaran kolaborasi antara Habib dan Les’ Copaque telah telah diadakan di IOI City Mall dan dihadiri oleh wakil kedua pihak. Kolaborasi ini dilancarkan oleh Dato Sri’ Meer Habib selaku Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib dan Tuan Haji Burhanuddin Md Radzi, Pengarah Urusan Produksi Les’ Copaque Sdn Bhd bersama-sama maskot Upin Ipin di ruang legar. 
Haji Burhanuddin Md Radzi (Managing Director Les' Copaque Production) and Dato’ Sri Meer Habib (Executive Chairman Habib Group)
Perasmian syiling emas Upin dan Ipin ini seberat 0.2gram dan dijual pada harga RM118 adalah kemuncak kepada pameran merdeka yang berlangsung dari 27 Ogos sehingga 6 September. Majlis juga turut dimeriahkan dengan tarian goyang Upin Ipin yang dipersembahkan oleh kakitangan Habib dan maskot Upin dan Ipin bersama-sama selebriti dan deejay radio tempatan. 
HABIB memilih kerjasama ini kerana animasi terkenal ini merupakan hasil karya anak tempatan dan bertepatan dengan tema kempen Habib pada tahun ini iaitu #SokongLokal. Animasi Upin dan Ipin tidak hanya ditonton oleh kanak-kanak malahan setiap peringkat usia. Penghasilan syiling emas ini bukan hanya menarik perhatian pembeli namun dapat mendidik generasi muda agar mula berjinak dalam melabur serta memupuk tabiat bijak berbelanja. 
Dato’ Sri Meer Habib (Executive Chairman Habib Group),Haji Burhanuddin Md Radzi (Managing Director Les' Copaque Production)
Syiling emas edisi terhad ini juga merupakan sebahagian daripada kempen #SokongLokal yang dianjurkan di mana ia bertujuaan untuk membantu merangsang perniagaan tempatan di saat keadaan ekonomi yang mencabar ini. 
Melalui kempen ini, pengguna digalakkan untuk menyokong produk dan servis tempatan kerana mereka merupakan tulang belakang kepada ekonomi negara dan secara tidak langsung dapat membantu perkembangan ekonomi negara. Tambahan pula, tiada yang lebih bermakna untuk menyahut seruan #SokongLokal di Bulan Kemerdekaan memandangkan Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 63 pada 31 Ogos ini. 
Seperti stok dan bon, emas juga merupakan satu bentuk pelaburan yang menjamin kerana harganya sentiasa meningkat. Malahan, harga bagi logam berharga ini dilihat meningkat sehingga 30 peratus tahun ini berikutan pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Secara tuntasnya, tiada bentuk pelaburan lain yang lebih menguntungkan seperti pelaburan emas. 
Selain daripada menjadi penghias koleksi terhad syiling emas, kembar seiras ini berkongsi jalan cerita yang hampir sama dengan Habib di mana Upin dan Ipin membesar secara sederhana di sebuah rumah di Kampung Durian Runtuh. Manakala kisah Habib bermula di sebuah rumah Jawi 
Peranakan di Pulau Pinang yang sekarang ini sudah berusia lebih 100 tahun namun berjaya mencipta kejayaan yang membanggakan. 
Animasi Upin dan Ipin telah berjaya melebarkan sayap ke segenap rumpun di seluruh pelosok Malaysia, Indonesia, Brunei dan juga Singapura. Malahan video muzik animasi ini juga telah mendapat jumlah tontonan sehingga 31 juta (semasa siaran media ini dikeluarkan) di saluran Youtube Produksi Les’ Copaque. 


Pencapaian ini cukup membanggakan tambahan pula ianya merupakan hasil anak tempatan dan Habib juga tidak kurang hebatnya. Habib pada masa yang sama telah berjaya dalam meraih pelbagai anugerah di peringkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa. Ditubuhkan pada tahun 1958, Habib kini telah berdiri megah menjadi antara pengeluar barangan kemas utama di Malaysia dengan menerima permintaan daripada Timur Tengah, Amerika Syarikat, Eropah dan seluruh benua Asia termasuklah Brunai, Indonesia, Singapura dan Hong Kong. 
Jangan terlepas peluang untuk berkunjung ke Pameran Merdeka Habib untuk mendapatkan syiling emas 24K edisi terhad dari Koleksi Merdeka dan juga Upin & Ipin sepanjang pameran ini berlangsung sehingga 6 September 2020. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2020/08/pelancaran-kolaborasi-esklusif-habib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mcdonald S Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik Mekdi Ke Seluruh Negara

Mcdonald S Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik Mekdi Ke Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 1055 hits
McDonald s Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik MEKDI Ke Seluruh NegaraMcDonald s Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik MEKDI Ke Seluruh Negara Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Masih ingat tak papan tanda Mekdi dekat McDonald s Bukit Bintang tah...
Asus Rog Zephyrus Duo 15 Kini Dijual Di Malaysia Dengan Harga Rm19 999

Asus Rog Zephyrus Duo 15 Kini Dijual Di Malaysia Dengan Harga Rm19 999

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 258 hits
Asus Malaysia telah melancarkan beberapa laptop gaming mereka yang dikuasakan oleh Intel termasuklah model yang dinantikan ROG Zephyrus Duo Ini adalah model baharu untuk siri keluarga laptop gaming nipis Zephyrus dan ianya juga adalah salah...
Beecomb Virtual Food Beverage Expo Pertama Di Malaysia Melalui Aplikasi

Beecomb Virtual Food Beverage Expo Pertama Di Malaysia Melalui Aplikasi

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 383 hits
Beecomb Virtual Food Beverage Expo Pertama Di Malaysia Melalui Aplikasi Assalamualaikum semua Zaman sekarang ni dah semakin canggih kan Semua aktiviti boleh dilakukan secara online sahaja Nak shopping boleh nak order makanan boleh malah seg...
10 Produk Probiotik Pilihan Malaysia

10 Produk Probiotik Pilihan Malaysia

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 927 hits
Jom cerita tentang probiotik dalam usus kita probiotik adalah bakteria baik yang biasa terdapat dalam keluarga Lactobacillus dan Bifidobacterium yang hidup di usus kita untuk memberi manfaat kesihatan apabila dimakan dengan secukupnya Probi...
Teruja Nak Merasai Expo Jam 3d Virtual Pertama Di Malaysia

Teruja Nak Merasai Expo Jam 3d Virtual Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 356 hits
Teruja Nak Merasai Expo Jam 3D Virtual Pertama di Malaysia Salam Hi guyssss Lama tak tanya khabar u olss Hehe Maaf semua pembaca yang menunggu artikel terbaru dari uzu Hihi sejak dua tiga menjak ni ada rasa malas nak update blog Hahaha Seri...
Huawei Memperkenalkan Dua Tablet Baru Untuk Pasaran Malaysia Boleh Didapati Serendah Rm499

Huawei Memperkenalkan Dua Tablet Baru Untuk Pasaran Malaysia Boleh Didapati Serendah Rm499

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 444 hits
Huawei hari ini telah memperkenalkan dua tablet baru untuk pasaran Malaysia iaitu Huawei MatePad dan juga Huawei MatePad T10 Huawei MatePad membawakan spesifikasi sedikit tinggi dimana ia menyertakan skrin 10 4 inci dilengkapi cip Kirin 810...
Top 5 Bubble Milk Tea Outlets In Malaysia

Top 5 Bubble Milk Tea Outlets In Malaysia

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 367 hits
Top 5 Bubble Milk Tea Outlets in Malaysia Bubble Tea apa tu Sedap sangat ke Jawapannya memang sedap Sebab itu tak mustahil kenapa Bubble Milk Tea ini semakin hari semakin popular baik di sekitar area Kuala Lumpur mahupun di dalam The post a...
Malaysia Tidak Akan Tunduk Tuntutan Terhadap Sabah Muhyiddin Yassin

Malaysia Tidak Akan Tunduk Tuntutan Terhadap Sabah Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 335 hits
Malaysia tidak akan tunduk terhadap mana mana tuntutan terhadap negeri Sabah kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Beliau berkata Malaysia tegas menyatakan tiada kompromi terhadap apa sahaja isu melibatkan kedaulatan negeri itu dan ...
Cimb Liga Super Malaysia 2020 28 Ogos 2020

Cimb Liga Super Malaysia 2020 28 Ogos 2020

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 463 hits
Keputusan perlawanan ke lima bola sepak CIMB Liga Super Malaysia pada Jumaat 28 Ogos 2020 untuk enam pasukan iaitu Felda United bertemu UiTM Pahang bertemu JDT serta Perak bertemu Melaka United Semua perlawanan bermula pada jam 9 00 malam K...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa

Myhelp Kkm Sistem Aduan Buli Warga Kerja Kkm