Pelan Simpanan Jangka Masa Panjang Madani Etiqa




Miliki emas Public Gold bernilai RM 100 dengan menyertai plan pendidikan Madani atau 0.5 Gram emas Public Gold apabila bersetuju membayar bagi tempoh setahun (bagi tahun pertama).
 
Jangan Lepaskan Peluang Ini. Tawaran berakhir 31 Disember 2022.
 
 
MADANI
 
Pengenalan
 
Setiap ibu bapa ingin memastikan anak-anak mereka mempunyai permulaan yang terbaik dalam kehidupan dan kerjaya masa hadapan mereka. Tiada yang lebih baik daripada mengutamakan pendidikan mereka sebagai permulaan.
 
Walau bagaimanapun, kos pendidikan kini semakin mahal dan meningkat dengan cepat di seluruh dunia. Etiqa Madani merupakan pelan pendidikan takaful yang melindungi dan meringankan beban kos pendidikan.
 
Sumber: Madani 
 
 
Ciri-Ciri Utama
 
Siapa Layak Menyertai?
Warganegara Malaysia
Warganegara Asing
 
Nota:
Terbuka kepada warganegara Brunei dan Singapura yang menetap di Malaysia (memiliki alamat rumah yang sah di Malaysia).
 
Umur Kelayakan
 
Akaun Persendirian
11 tahun sehingga 15 tahun
 
Nota:
Bergantung pada persetujuan ibubapa atau penjaga sah
 
Akaun Perkongsian (Join Account)
 
Pemilik Sijil (Peserta)
Anak
14 hari sehingga 15 tahun
 
Pembayar:
Ibubapa (Suami @ Isteri)
17 tahun dan ke atas
 
Tempoh Matang
15 tahun, 21 tahun atau 25 tahun
 
Nota:
Maksimum umur kemasukan dalam polisi ini adalah berumur 5 tahun bagi tempoh matang sehingga berumur 15 tahun. Maksimum umur kemasukan dalam polisi ini adalah berumur 10 tahun bagi tempoh matang sehingga berumur 21 tahun. Maksimum umur kemasukan dalam polisi ini adalah berumur 15 tahun bagi tempoh matang sehingga berumur 25 tahun.
 
Jumlah Yang Dilindungi
(Kenaikan Setiap RM 1,000.00)
 
Minimum: RM 15,000.00
Maksimum:  Tiada had (Bergantung pada polisi ‘Underwriting’)
 
Kaedah Pembayaran
Bulanan. Suku Tahun, Setengah Tahun atau Tahunan
 
.
Manfaat Utama
 
Manfaat Kematian
 

Sekiranya berlakunya kematian terhadap pemegang sijil sebelum tarikh matang polisi. Jumlah Pampasan atau Jumlah Caruman berserta dengan Lebihan Pelaburan akan dibayar terus kepada waris sekaligus.
 

Contoh:
Ayah: Malik bin Abu (Pembayar)
Anak: Aisyah bin Kamaruddin (Pemegang Polisi)
Tarikh Matang: 15 tahun (umur anak)
Jumlah Perlindungan: RM 15,000
Bulanan: RM 100
 
Aisyah meninggal pada tahun ketiga (36 bulan) polisi aktif. Malik sebagai pembayar dan waris akan memperolehi RM 16,000 sebagai pampasan.
Kaedah 1: (Jumlah Perlindungan + Lebihan Pelaburan)Pekara

Pulangan (RM)

Jumlah Perlindungan

15,000.00

Lebihan Pelaburan

  1,000.00

JUMLAH

16,000.00

*Anggaran sahaja 

Kaedah 2: (Jumlah Caruman + Lebihan Pelaburan) Pekara

Pulangan (RM)

Jumlah Caruman

    3,600.00

Lebihan Pelaburan

    1,000.00

JUMLAH

    4,600.00

*Anggaran sahaja

Nota:
Jumlah pampasan yang diterima berdasarkan jumlah tertinggi antara dua kaedah perkiraan seperti yang ditunjuk di atas. Kiraan yang ditunjuk adalah sebagai contoh sahaja untuk memudahkan kefahaman.
 

Kematian Akibat Bunuh Diri
 
Status

Kurang 1 Tahun

Selepas 1 Tahun

Tidak

Gila

Pemulangan keseluruhan Jumlah Caruman yang telah dibuat

Kaedah 1 @ Kaedah 2 yang mana lebih tinggi

Gila

Kaedah 1 @ Kaedah 2 yang mana lebih tinggi

Kaedah 1 @ Kaedah 2 yang mana lebih tinggi


Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh Dan Kekal (HUMK)
 

Sekiranya berlakunya kecacatan kekal terhadap pemegang sijil sebelum tarikh matang polisi. Jumlah Pampasan atau Jumlah Caruman (yang mana lebih tinggi) berserta dengan Lebihan Pelaburan akan dibayar terus kepada waris sekaligus.
 
Contoh:
Ayah: Malik bin Abu (Pembayar)
Anak: Aisyah bin Kamaruddin (Pemegang Polisi)
Tarikh Matang: 15 tahun (umur anak)
Jumlah Perlindungan: RM 15,000
Bulanan: RM 100
 
Aisyah meninggal pada tahun ketiga (36 bulan) polisi aktif. Malik sebagai pembayar dan waris akan memperolehi RM 15,000 sebagai pampasan.
 
Kaedah 1: (Jumlah Perlindungan + Lebihan Pelaburan) Pekara

Pulangan (RM)

Jumlah Perlindungan

15,000.00

Lebihan Pelaburan

  1,000.00

JUMLAH

16,000.00

*Anggaran sahaja
 

Kaedah 2: (Jumlah Caruman + Manfaat Tunai Pendidikan + Manfaat Perayaan + Lebihan Pelaburan) Pekara

Pulangan (RM)

Jumlah Caruman

    3,600.00

Lebihan Pelaburan

    1,000.00

JUMLAH

    4,600.00

*Anggaran sahaja

Nota:
1. Jumlah pampasan yang diterima berdasarkan jumlah tertinggi antara dua kaedah perkiraan seperti yang ditunjuk di atas. Kiraan yang ditunjuk adalah sebagai contoh sahaja (tidak tepat) untuk memudahkan kefahaman.
2. Manfaat Tunai Pendidikan & Manfaat Tunai Perayaan hanya dibayar bersekali sekiranya masih belum menerima sewaktu hidup.
3. Had maksimum pembayaran bagi HUMK adalah sebanyak RM 2 juta sahaja untuk semua polisi.
4. Tertakluk pada polisi ‘Juvenile Lien’.
 

Manfaat Tunai Pendidikan (Education Cash Benefit)
 

Pemegang polisi akan menerima Manfaat Tunai Pendidikanpada dua tahun terakhir sebelum polisi matang. Jumlah yang diperolehi adalah sebanyak 10 peratus dari Jumlah Perlindungan terkini.
 
Tarikh Matang

(Usia Peserta)

Pembayaran Pada

Penghujung Tahun Sijil

Jumlah Peratusan Yang Diterima

Berdasarkan Jumlah Perlindungan

15 tahun

12 & 13

10 %

21 tahun

19 & 20

10 %

25 tahun

23 & 24

10 %

 

Nota:
1. Jumlah yang diperolehi bagi Manfaat Tunai Pendidikan adalah bergantung kepada Jumlah Perlindungan yang terkini (sekiranya berlakunya peningkatan atau pengurangan pada jumlah perlindungan sedia ada).
2. Manfaat ini hanya dibayar sekiranya polisi masih lagi aktif. Manfaat ini akan terbatal sekiranya pemegang polisi meninggal dunia atau cacat kekal (HUMK).
 

Contoh:
Jumlah Perlindungan: RM 20,000
Tempah Matang: 21 tahun
Manfaat Tunai Pendidikan: Dibayar pada usia 19 tahun dan 20 tahun sebanyak 10% dari Jumlah Perlindungan yang diambil
 

Pengiraan:
Pemegang Polisi ketika berusia 19 tahun (hari lahir seterusnya):
RM 20,000 x 10% = RM 2,000
 

Pemegang Polisi ketika berusia 20 tahun (hari lahir seterusnya):
RM 20,000 x 10% = RM 2,000

 

Jumlah Keseluruhan: RM 4,000
 

Manfaat Tunai Meraikan (Education Celebration Benefit)
 

Pemegang polisi akan menerima Manfaat Tunai Meraikan sebanyak RM 500 selepas menamatkan pembelajaran di peringkat rendah atau seangkatan dengannya. Dengan syarat polisi perlu aktif melebihi 2 tahun dan caruman telah dibayar sepenuhnya (tiada tunggakan).
 

Pemegang polisi perlulah membuat tuntutan dengan mengemukakan dokumen seperti siji tamat sekolah sebagai bukti. Manfaat Tunai Meraikan akan dibayar selepas polisi matang sekiranya tuntutan tidak dibuat sepanjang tempoh aktif polisi.
 

Manfaat Kematangan
 

Sekiranya pemegang sijil masih hidup sehingga tarikh matang plan simpanan. 130 % dari Jumlah Perlindungan serta Jumlah Pelaburan (PIF) akan diserahkan pada pemegang polisi. Jumlah Perlindungan yang diterima adalah terkini (sekiranya berlakukan kenaikan atau pengurangan perlindungan sepanjang tempoh aktif).
 

Contoh:
Jumlah Perlindungan: RM 15,000
Tempah Matang: 21 tahun
Jumlah Perlaburan: RM 21,676 (Anggaran)
 

Jumlah Keseluruhan: RM 19,500 (130%) + RM 21,676 = RM 41,176
 

Nota:
1. Jumlah yang diperolehi hanyalah sebagai anggaran sahaja. Bergantung pada prestasi tabung pelaburan.
2. Jumlah yang diperolehi ini tidak termasuk Manfaat Tunai Meraikan (RM 500) serta Manfaat Tunai Pendidikan (20% dari Jumlah Perlindungan).
 

Manfaat Pengeluar Separa
 

Pengeluaran sebahagian dari simpanan hanya boleh dilakukan berdasarkan syarat seperti berikut:
 

1. Minimum pengeluaran sebanyak RM 50
2. Baki simpanan minimum RM 50
3. Maksimum pengeluaran sebanyak 80% dari jumlah simpanan terkini
4. Pengeluaran dibenarkan dibuat sekali dalam tempoh setahun
5. Pengeluaran perlukan berdasarkan keperluan pemegang polisi sahaja
 

 

Perlindungan Fleksibel
 
Manfaat Rider
 
Pemegang sijil boleh membuat bayaran tambahan (bayaran hangus) ke atas simpanan bulanan bagi mendapatkan perlindungan dengan pilihan Rider.
 
Berikut adalah pilihan Rider yang ada:
 
1. Rider Kad Perubatan (Takaful Medical Plus)
 
Entri Berkaitan:
Takaful Medical Plus (Kad Perubatan)
 
2. Rider Penyakit Kritikal (39 Penyakit Kritikal)
 
Entri Berkaitan:
Senarai Penyakit Kritikal Yang Dilindungi Oleh Etiqa
 
3. Rider Manfaat Tunai Hospital
4. Rider Tambah Nilai Tetap
5. Rider Pengecualian Sumbangan bagi Penyakit Kritikal
6. Rider Pengecualian Sumbangan bagi Kematian & Cacat Kekal
 
Entri Berkaitan:
Takaful Rider @ Etiqa
 
 
Sebarang pertanyaan lanjut atau untuk set temujanji untuk berjumpa, boleh hubungi saya melalui maklumat seperti di bawah. Saya sentiasa bersedia membantu anda.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mdfaiez84.com/2022/04/pelan-simpanan-jangka-masa-panjang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Empat Strategi Jangka Panjang Goto Pasca Ipo

Empat Strategi Jangka Panjang Goto Pasca Ipo

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 141 hits
PT GoTo Gojek Tokopedia Tbk hari ini resmi menjadi perusahaan tercatat yang sahamnya diperdagangkan di Papan Utama Bursa Efek Indonesia dengan kode saham GOTO CEO Grup GoTo Andre Soelistyo mengatakan ada empat langkah strategis GoTo untuk m...
Masa Kerajaan Ph Dulu Nak Ajar Rakyat Malaysia Ikut Amerika Yang Dah Maju 100 Tahun Tentang Demokrasi Mana Nak Jalan

Masa Kerajaan Ph Dulu Nak Ajar Rakyat Malaysia Ikut Amerika Yang Dah Maju 100 Tahun Tentang Demokrasi Mana Nak Jalan

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 265 hits
SOP PRN Johor untungkan parti kerajaan kata BERSIH March 30 2022 PRN Johor pada 12 Mac lalu menyaksikan BN memenangi 40 daripada 56 kerusi manakala Pakatan Harapan berjaya menawan 11 kerusi PN serta PKR dan MUDA masing masing satu kerusi PE...
Minuman Jambu Air Ni Memang Betul Betul Segarkan Tekak Minum Pula Masa Cuaca Panas

Minuman Jambu Air Ni Memang Betul Betul Segarkan Tekak Minum Pula Masa Cuaca Panas

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 214 hits
Minuman jambu air ini memang sedap diminum ketika cuaca panas Terasa nyaman sahaja ditekak Bukan sahja rangup bila dimakan begitu sahaja buah jambu air juga memang sangat melegakan bila dijadikan minuman Jom kita cuba resipi minuman daripad...
Bersatu Mahu Jatuhkan Ismail Sabri Dalam Masa Terdekat

Bersatu Mahu Jatuhkan Ismail Sabri Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 170 hits
Apakah tindakan menarik sokongan akan berlaku dalam waktu terdekat SHAHBUDIN HUSINSetelah kalah dalam dua PRN iaitu Melaka dan Johor Mahiaddin Md Yasin nampaknya mula menyesal melepaskan jawatan Perdana Menteri yang sempat dipegangnya selam...
Tnb Nasihat Guna Suhu Aircond 24 26 Darjah Celsius Masa Cuaca Panas Ini Sebabnya

Tnb Nasihat Guna Suhu Aircond 24 26 Darjah Celsius Masa Cuaca Panas Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 155 hits
March 29 2022 Walaupun sudah ada beberapa tempat di landa hujan lebat pada sebelah tempat masih ada juga kawasan kawasan lain yang mengalami panas kering Cuaca panas tersebut membuatkan orang ramai terpaksa mencari tempat yang dingin dan me...
Jangan Buang Masa Dengan Rundingan Jika Nak Kuatkan Pembangkang

Jangan Buang Masa Dengan Rundingan Jika Nak Kuatkan Pembangkang

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 145 hits
NS RamliUsaha menguatkan gabungan pembangkang tidak akan berhasil menerusi rundingan yang tidak berkesudahan kata Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir Akmal sebaliknya berkata pembangkang boleh kembali kuat dengan membawa isu isu yang dekat dengan ...
Masa Berpisah Dulu Saya Laku Keras Orang Kaya Dubai Ajak Kahwin Abby

Masa Berpisah Dulu Saya Laku Keras Orang Kaya Dubai Ajak Kahwin Abby

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 185 hits
Baru baru ini pelakon Abby Abadi memuat naik satu entri menyambut ulang tahun kelahiran anak sulungnya Mohamed Danish Hakim kini berusia 19 tahun Turut menjadi perhatian menerusi entri itu Abby turut mengimbau semula memori sewaktu bergelar...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa

Bila Wanita Hilang Malu

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan