Pelan Perlindungan Pelaburan Jangka Masa Panjang Mahabbah Takafulink Etiqa



Sumber: http://www.1etiqa2u.com/2018/10/mahabbah-takafulink.html


Tawaran Istimewa Khas Untuk Anda:
 

Miliki 0.5 gram emas Public Gold dengan menyertai plan perlindungan Mahabbah Takafulink atau 1 gram emas Public Gold apabila bersetuju membayar bagi tempoh setahun (bagi tahun pertama).
 

Jangan Lepaskan Peluang Ini. Tawaran berakhir 31 Disember 2022.
 

MAHABBAH TAKAFULINK
 

Pengenalan
 

Etiqa Mahabbah Takafulink adalah pelan takaful berkaitan pelaburan yang membantu anda memastikan impian mereka yang tersayang dapat diteruskan walaupun setelah ketiadaan anda.


Ciri-Ciri Utama
 

Siapa Layak Menyertai?
Warganegara Malaysia
Bukan Warganegara Malaysia*
 

Nota:
Tertakluk kepada syarat dan peraturan khas untuk bukan warganegara Malaysia. Warganegara dari USA dan Kanada tidak layak menyertai pelan ini.
 

Umur Kelayakan
Akaun Persendirian
17 Tahun sehingga 100 Tahun
Akaun Perkongsian (Join Account)
Pemilik Sijil (Peserta)
17 Tahun sehingga 70 tahun
Pembayar
17 Tahun ke atas
 

Tempoh Matang
70 tahun, 80 tahun, 90 tahun & 100 tahun (Minimum 20 tahun)
 

Jumlah Yang Dilindungi
Minimum: RM 500,000.00
 

Nota:
Pengecualian ujian kesihatan bagi perlindungan sehingga RM 2,000,000 mengikut umur semasa menyertai polisi ini.







 
Umur (Tahun) Perlindungan (RM) 17 sehingga 51 2,000,000 51 sehingga 60 1,500,000 61 sehingga 70 500,000  
Jumlah Caruman:
Serendah RM 200 sebulan atau RM 2,400 setahun (Tidak Termasuk Enrich)
 

Kaedah Pembayaran
Bulanan. Suku Tahun, Setengah Tahun atau Tahunan
 

Tempoh Pembayaran
Tempoh Terhad*: 5, 10, 15 & 20 tahun
Tempoh Penuh: Sehingga berumur 70, 80, 90, atau 100 tahun
 

Nota:
Tempoh terhad bermaksud membayar selama 5 tahun bagi perlindungan minimum sehingga 20 tahun atau berumur 100 tahun (maksimum).
 

Manfaat Utama
 

Manfaat Pelaburan
 

Setiap caruman yang dibuat akan ditukarkan ke dalam unit untuk dilaburkan. Harga bagi setiap unit berbeza bergantung kepada harga semasa. Pemegang polisi boleh memilih untuk melabur dari 3 dana pelaburan yang ada bergantung pada tahap risiko yang diingini.
 

Berikut adalah Dana Pelaburan yang ada:
 

1. Dana Pendapatan Prima Takaful
Tahap Risiko: 2 (Risiko Rendah 1-5 Risiko Tinggi)
Pecahan Pelaburan: Ekuiti (56%), Deposit Tetap (5%) & Sekuriti Pendapatan Tetap (39%)
Caj Pengurusan: 1.0% (NAV)
 

Dana ini sesuai bagi pelabur yang ingin mendapatkan pulangan yang baik dengan risiko yang rendah.
 

2. Dana Syariah Seimbang
Tahap Risiko: 3 (Risiko Rendah 1-5 Risiko Tinggi)
Pecahan Pelaburan: Deposit Tetap (18%) & Sekuriti Pendapatan Tetap (82%)
Caj Pengurusan: 1.2% (NAV)
 

Dana ini sesuai bagi pelabur yang ingin mendapatkan pulangan yang lebih dengan risiko yang seimbang.
 

3. Dana Ekuiti Prima Takaful
Tahap Risiko: 5 (Risiko Rendah 1-5 Risiko Tinggi)
Pecahan Pelaburan: Ekuiti (95%) & Deposit Tetap (5%)
Caj Pengurusan: 1.5% (NAV)
 

Dana ini sesuai bagi pelabur yang ingin mendapatkan pulangan yang lebih baik dengan mengambil risiko yang tinggi.
 

Nota:
1. Minimum pelaburan yang dibenarkan adalah 10% dari jumlah keseluruhan dana. Dengan penambahan 1%.
2. Jumlah maksimum pelaburan yang dibenarkan adalah sehingga 100% dari jumlah keseluruhan dana.
3. Jumlah minimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM 500 bagi setiap pertukaran dana.
4. Pertukaran dana adalah percuma dan tanpa had.
5. Tertakluk kepada terma dan syarat semasa.
6. NAV merujuk kepada nilai unit keseluruhan dalam tempoh setahun.
 

Enricher
 

Enricher adalah penambahan caruman secara wajib yang ditetapkan oleh BNM bagi memastikan kestabilan pada dana yang dilanggani terutama apabila berlaku penurungan secara mendadak dalam prestasi sesebuah pelaburan.
 

Dana ini hanya akan digunakan bila perlu sahaja bagi menampung sebarang kekurangan unit bagi menampung kenaikan caruman.
 

Nisbah antara caruman asas dengan Enricher bergantung kepada umur, jumlah perlindungan dan terma sijil.
 

 

Manfaat Takaful
 

Kematian Semulajadi
Sekiranya berlaku kematian terhadap pemegang sijil atas faktor semulajadi. Jumlah Perlindungan (Pampasan) setelah ditolak dengan sebarang pengeluaran dalam tempoh 12 bulan terakhir atau Jumlah Simpanan (Unit Yang Ada) dengan tambahan sebanyak RM 5,000. Yang mana lebih tinggi akan diserah kepada waris.
 

Contoh:
Nama: Aizat
Jumlah Perlindungan: RM 500,000.00
Jumlah Unit: RM 30,000 (Ketika meninggal)
Waris: Zulkifli
 

Aizat meninggal dunia pada tahun kelima polisi berjalan. Zulkifli sebagai waris akan memperolehi:  
Pekara Pulangan (RM) Jumlah Pemberian Tunai 500,000.00 Manfaat Gantirugi 5,000.00 Pengeluaran Tunai 10,000.00 JUMLAH 495,000.00 *Ilustrasi adalah berdasarkan anggaran sahaja
 

Kematian Akibat Kemalangan
Sekiranya berlaku kematian terhadap pemegang sijil sama atas faktor kemalangan. 200% dari Jumlah Perlindungan (Pampasan) yang diberi setelah ditolak dengan sebarang pengeluaran dalam tempoh 12 bulan terakhir atau Jumlah Simpanan (Unit Yang Ada) dengan tambahan sebanyak RM 5,000. Yang mana lebih tinggi akan diserah kepada waris.
 

Contoh:
Nama: Aizat
Jumlah Perlindungan: RM 500,000.00
Jumlah Unit: RM 30,000 (Ketika meninggal)
Waris: Zulkifli
 

Aizat meninggal dunia pada tahun kelima polisi berjalan. Zulkifli sebagai waris akan memperolehi:
 
Pekara

Pulangan (RM)

Jumlah Pemberian Tunai

1,000,000.00

Manfaat Gantirugi

5,000.00

Pengeluaran Tunai

15,000.00

JUMLAH

990,000.00

*Ilustrasi adalah berdasarkan anggaran sahaja
 

Nota:
1. Waris hanya mendapat pampasan dari salah satu dari kaedah yang diberikan. Bergantung jumlah pampasan yang mana satu lebih tinggi.
2. Had pampasan sehingga RM 10,000,000 untuk setiap individu (merujuk kepada semua polisi yang ada dengan semua pengendali takaful yang ada.
3. Pampasan kematian akibat kemalangan hanya diberi sehingga pemegang polisi berumur 69 tahun.
 

Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh Dan Kekal (HUMK)
Sekiranya berlaku kecacatan kekal (HUMK) terhadap pemegang sijil mengikut tarikh pengesahan dari doktor yang merawat. Jumlah Perlindungan (Pampasan) yang diberi setelah ditolak dengan sebarang pengeluaran dalam tempoh 12 bulan terakhir atau Jumlah Simpanan (Unit Yang Ada) dengan tambahan sebanyak RM 5,000. Yang mana lebih tinggi akan diserah kepada pemegang sijil.
 

Bayaran tambahan sebanyak 5% dari jumlah perlindungan asal diberi setiap tahun bagi tempoh lima tahun. Sekiranya pemegang sijil meninggal dunia dalam temoh lima tahun selepas disahkan lumpuh secara kekal. Baki jumlah yang belum diterima akan diserahkan secara waris keseluruhannya.
 

Contoh:
Nama: Ali
Jumlah Perlindungan: RM 500,000.00
Jumlah Unit: RM 30,000 (Ketika disahkan cacat kekal)
Waris: Abu
 

Ali disahkan cacat kekal dalam tempoh 5 tahun dari polisi aktif. Ali memperolehi pampasan sebanyak:  
Pekara Pulangan (RM) Jumlah Pemberian Tunai 500,000.00 Manfaat Gantirugi 5,000.00 Pengeluaran Tunai 15,000.00 JUMLAH 490,000.00 *Ilustrasi adalah berdasarkan anggaran sahaja  
Nota:
1. Had pampasan sehingga RM 6,000,000 untuk setiap individu (merujuk kepada semua polisi yang ada dengan semua pengendali takaful yang ada.
2. Sekiranya jumlah pampasan melebihi RM 6,000,000.00. Baki pampasan hanya diberi selepas pemegang polisi meninggal dunia.
 

 

Manfaat Penjagaan Hilang Upaya Menyeluruh Dan Kekal (HUMK)
 

Pemegang polisi juga layak menerima pampasan sebanyak 5 peratus dari jumlah perlindungan setiap tahun (bermula dari tahun pampasan diterima) sehingga tahun kelima sekiranya masih hidup pada tahun pertama selepas pampasan diterima.
 

Contoh:
Nama: Aizat
Jumlah Perlindungan: RM 500,000.00
Jumlah Manfaat Penjagaan: RM 125,000.00 (25%)
 

Aizat telah disahkan mengalami kecacatan kekal pada tahun pertama sijil berkuatkuasa. Aizat menerima pampasan berjumlah RM 500,000.00 beserta RM 125,000.00 sebagai manfaat Penjagaan kecacatan kekal yang dibayar sekali setahun sehingga tempoh 5 tahun.
 

Ringkasan Pembahagian Manfaat Penjagaan yang diterima oleh Aizat dalam tempoh lima tahun.
 
Tahun Peratusan (%) Jumlah Pampasan (RM) Pertama 100% + 5% 525,000 Kedua 5% 25,000 Ketiga 5% 25,000 Empat 5% 25,000 Lima 5% 25,000

 

Sekiranya pencarum meninggal dunia sebelum menerima keseluruhan pampasan bagi manfaat penjagaan. Baki jumlah yang belum diterima akan diserahkan secara keseluruhan kepada waris yang berdaftar.
 

 

Khiarat Kematian
Waris akan menerima Khiarat Kematian berjumlah RM 5,000.00 sekiranya pencarum meninggal dunia (sakit atau kemalangan) atau cacat kekal ketika sijil masih aktif.
 

 

Manfaat Matang
Sekiranya pemegang sijil masih hidup sehingga tarikh polisi. Jumlah unit yang ada dijual dan dipulangan kepada pemegang sijil dalam bentuk tunai.
 

Perlindungan Fleksibel (Rider)
 

Pemegang sijil boleh membuat bayaran tambahan (bayaran hangus) ke atas simpanan bulanan bagi mendapatkan perlindungan dengan pilihan Rider.
 


1. Pengecualian Pembayaran Bagi Penyakit Kritikal (Takaful Waiver Of Contribution For Critical Illness)
 

Sekiranya pemegang sijil disahkan menghidap salah satu dari 39 penyakit kritikal. pembayaran caruman bagi perlindungan asas akan dikecualikan sehingga polisi berakhir (matang). Perlindungan ini berkuatkuasa sehingga pemegang sijil berumur 80 tahun.
 

Rider ini tidak boleh diambil bersekali dengan rider yang lain.
 
2. Pengecualian Pembayaran Oleh Pembayar Bagi Kes Kematian, Cacat Kekal & Penyakit Kritikal (Takaful Payor Waiver Of Contribution: Spouse)
 

Sekiranya pembayar disahkan menghidap salah satu dari 39 penyakit kritikal, meninggal atau cacat kekal. Pemegang sijil akan terus menikmati perlindungan sedia ada sehingga polisi tamat (matang). Perlindungan ini berkuatkuasa sehingga pemegang sijil berumur 100 tahun.
 

Rider ini hanya boleh diambil sekiranya pemegang polisi adalah pasangan kepada pembayar. Rider ini tidak boleh diambil bersekali dengan rider yang lain.


3. Penyakit Kritikal (Critical Illness Cover-i)
 

Sekiranya pemegang sijil disahkan menghidap salah satu dari 39 penyakit kritikal. Pampasan minimum sebanyak RM 10,000 sehingga maksimum RM 5,000,000 di bayar kepada pemegang sijil. Perlindungan ini berkuatkuasa sehingga pemegang sijil berumur 80 tahun.
 

10% jumlah pampasan atau maksimum RM 25,000 akan diberi sekiranya pemegang sijil disahkan menghidap penyakit kritikal The First Incident Of Angioplasty atau penyakit lain yang melibatkan penyakit melibatkan saluran jantung (other invasive treatments coronary artery disease).
 

 

Sebarang pertanyaan lanjut atau untuk set temujanji untuk berjumpa, boleh hubungi saya melalui maklumat seperti di bawah. Saya sentiasa bersedia membantu anda.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mdfaiez84.com/2021/12/pelan-perlindungan-pelaburan-jangka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beli Emas 916 Bajet Tak Rugi Untuk Jangka Masa Panjang

Beli Emas 916 Bajet Tak Rugi Untuk Jangka Masa Panjang

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 200 hits
Beli Emas 916 Bajet Dan Murah Tak Rugi Untuk Jangka Masa Panjang Emas bajet tu macam mana ye Emas bajet ni emas murah murah yang berat bawah 10 gram dan mampu milik Contohnya jika kita nak menyimpan RM1 000 sebulan belilah emas 916 di bawah...
I Citra Generasi Muda Bakal Berdepan Kesan Jangka Panjang

I Citra Generasi Muda Bakal Berdepan Kesan Jangka Panjang

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 175 hits
Kerajaan patut ada perancangan penjanaan persaraan kepada rakyat BANGI Generasi muda bakal berdepan kesan jangka panjang daripada segi ekonomi dan sosial sekiranya pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dibenarkan sekali lagi Pe...
Emas Mempunyai Prospek Yang Baik Dalam Jangka Panjang

Emas Mempunyai Prospek Yang Baik Dalam Jangka Panjang

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 262 hits
Emas tiba tiba hilang selepas memulakan 2022 dengan positif Walau bagaimanapun pakar menganggap kejatuhan semasa jangka pendek menjangkakan logam kuning meningkat dalam jangka panjang Tahun semasa telah membawa emas meningkat menggalakkan p...
Umno Mula Nak Berlakon Soh Mail Bagi Bantuan I Citra Lakonan Ini Akan Berulang Dari Masa Ke Semasa Sebab Nak Jadi Juara

Umno Mula Nak Berlakon Soh Mail Bagi Bantuan I Citra Lakonan Ini Akan Berulang Dari Masa Ke Semasa Sebab Nak Jadi Juara

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 569 hits
i Citra RM10 000 Dengar rintihan rakyat bukan Tengku Zafrul Pemuda Umno beritahu PM December 27 2021 Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki menggesa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mendengar rintihan rakyat berhubung pengeluaran Kumpulan...
Special Task Thomas Buang Masa Dan Wang Rakyat

Special Task Thomas Buang Masa Dan Wang Rakyat

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 289 hits
Apakah task force ini sangat mendekati untuk membantu rakyat atau sekadar melayan satu nafsu dan keperluan politik Sekadar alasan untuk menuding salah kepada pihak lain kononnya kerajaan hari ini lebih bersih Buang MASA tenaga wang rakyat y...
Masa Bergerak Terlalu Pantas

Masa Bergerak Terlalu Pantas

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 200 hits
Untuk renungan kita bersama Kenapa rumah saya adik beradik x datang pun Saya je kena ziarah mereka Dan mereka lalu rumah saya tetapi x singgah Mari saya bagi tau Allah SWT perintahkan kita menziarahi untuk eratkan silaturrahim Jika kita bua...
Dpr Ingatkan Pemerintah Hati Hati Dalam Menjaga Kondusivitas Ekonomi Di Masa Covid 19

Dpr Ingatkan Pemerintah Hati Hati Dalam Menjaga Kondusivitas Ekonomi Di Masa Covid 19

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 235 hits
Agus menuturkan selama pandemi Covid 19 neraca transaksi berjalan tetap positif dengan nilai tukar Rupiah terhadap dolar AS juga yang relatif stabil
Diet Militari 3 Hari Boleh Turunkan 5 Kilo Berat Badan Dalam Masa Seminggu Mama Boleh Cuba

Diet Militari 3 Hari Boleh Turunkan 5 Kilo Berat Badan Dalam Masa Seminggu Mama Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 246 hits
Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan dengan diet sihat maka diet militari 3 hari mungkin boleh dijadikan sebagai panduan untuk tujuan itu Namun mendengarkan namanya yang agak lasak itu ramai yang takut untuk mencuba kerana khuatir te...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok