Pelakon Amai Kamarudin Terkilan Dengan Sikap Segelintir Krew


Bercakap dengan media baru-baru ini, pelakon Amai Kamarudin yang lebih dikenali sebagai pelakon, penyanyi dan model iklan komersial telah berjaya menerbitkan filem pertama yang dibiayai oleh FINAS melalui DANA FAME seperti yang diumumkan dalam laman web Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).  Filem pertama terbitan bersama isteri beliau, Elani Aidid penulis skrip di bawah syarikat Millionaire Films Production (M) Sdn Bhd. 
Filem yang berinspirasikan dari kisah benar ini dibiaya FINAS melalui Dana FAME iaitu khusus untuk Pengarah pertama kali filem yang sebelum ini individu tersebut hanya berpeluang untuk mengarah drama dan telefilem.
"Alhamdulillah bila diberikan peluang untuk menerbitkan filem, kami telah berusaha sehabis baik walau menggunakan sumber kami sendiri. Ini kerana kami yakin dengan kekuatan skrip filem ini sendiri yang terlebih dahulu dibiaya oleh Dana Mikro Pengkarya FINAS. Kami menghadapi kekangan terutama dari segi bajet dan lokasi kerana filem ini berdasarkan sejarah dan memakan kos yang tinggi kerana kita perlu mengekalkan jalan cerita pada tahun 1910-1930 kerana kita tidak mahu menjejaskan kualiti jika kita tukar lokasi di Selangor atau tukar latar sejarah pada tahun sekarang"
"Seawal dari projek ini bermula sejak 2019, kami telah pergi merata untuk mencari pembiaya dari sumber luar termasuklah dari pembiaya filem yang terlaris di Malaysia tetapi masing-masing yang pada awalnya berminat jadi tidak yakin apabila kami memaklumkan nama pengarah filem ini. Masing-masing tidak kenal pengarah tersebut dan telah mencadangkan untuk mengambil pengarah lain tetapi kerana terikat dengan perjanjian dari awal, kami mengekalkan pengarah tersebut namun kami mencari sumber lain bagi menyiapkan pengambaran filem termasuklah wang sendiri. "
"Kita semua sedia maklum berapa jumlah dana yang diterima oleh semua syarikat kerana telah dikemaskini di laman web agensi kerajaan semasa pengumuman dibuat. Jadi tidak timbul isu jumlah dana yang diterima oleh syarikat masing-masing dirahsiakan kerana telah jelas dan telus di laman web malah di semua media sosial.  "Malah ketika kami menyunting pelakon, krew malah pengarah sendiri kita telah memaklumkan yang kita hanya ada dana setakat ini saja iaitu RM500,000.00 dan tambahan dana dari sumber kami sendiri iaitu RM200,000.00 kerana tiada funder lain yang berminat untuk melabur atas beberapa faktor salah satu faktor utama adalah Pengarah baru dan tiada nama.
"Jadi tuduhan yang mengatakan sebarang MOU penyumberan dana luar kepada filem tidak didedahkan ini kerana memang tiada sumber dana luar kecuali sumber kami sendiri! Sepatutnya bersyukurlah kerana kami berkemampuan mengeluarkan dana sendiri dan menyiapkan filem ini dan bukan meminta-minta bajet sehingga RM1.5juta seolah-olah pengarah terkemuka."


KENYATAAN MEDIA DARI PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA 




 
"Tiada isu penyelewangan dana yang timbul kerana dana yang kami terima sebelum memulakan projek hanyalah 20% dari jumlah Dana kerana penerimaan dana daripada agensi kerajaan adalah mengikut perbatuan dan proses kerja. Malah kami menambah dana sendiri sehingga tamat pengambaran kerana kos filem ini melebihi RM500,000.00 tetapi dana yang kami terima sehingga setakat hari ini (setelah sebulan Wrap) adalah RM200,000.00 saja. Tetapi itu tidak mengapa kerana kami faham tanggungjawab yang harus dilunaskan untuk menyiapkan sesebuah filem. Cuma kami terkilan dengan cakap-cakap orang yang tidak berdasarkan bukti  walhal setakat hari ini kami hanya menerima Milestone 1 dan Milestone 2 sahaja yang berjumlah RM200,000.00. Jangan cakap nak berlaku penyelewangan..nak siapkan filem pun tak cukup kalau dapat Rm200,000.00 saja.""Tambah ralat apabila banyak perkara telah ditokok tambah sehingga menjadi fitnah salah satunya adalah tuduhan tidak membayar krew walhal sehingga hari ini krew telah dibayar sehingga 70% dan baki mengikut tarikh perjanjian dalam kontrak masing-masing. Malah ada beberapa krew yang telah dibayar habis, namun perkara ini tidak dimaklumkan pada masyarakat."
"Sebelum memulakan projek kami telah membuat majlis menandatangani kontrak di mana bayaran pertama dibuat. Setelah itu pengarah ada menghubungi rakan penerbit saya dan memaklumkan yang kami kena shoot juga pada bulan Januari tersebut walaupun persediaan dari segi lokasi dan lain-lain belum lengkap kerana pengarah ini baru saja menolak tawaran drama bersama Produksi terkenal yang menjalani pengambaran di Langkawi. Beliau memaklumkan kepada kami jika tidak shoot bulan ini dia memang akan susah kerana tiada pendapatan. Beliau memaksa untuk kami shoot juga bulan Januari itu kerana beliau telah tolak job produksi drama lain. Oleh itu pihak kami tidak berlengah bagi memenuhi permintaan pengarah ini untuk shoot juga bulan tersebut dan segerakan persiapan."
"Walaupun berdekatan hari pengambaran, kami menghadapi masalah SPP kerana kesulitan mendapatkan permit kerja pelakon asing. Namun kami berusaha dan mohon lagi sehingga lulus SPP. Akhirnya SPP lulus selepas kami menukar pelakon utama namun kelulusan SPP ini agak lambat dan menjejaskan pengeluaran Dana Milestone 2. Namun kami tetap meneruskan pengambaran menggunakan modal kami sendiri.   
"Sebelum bertolak ke Fraser Hill pada 27 Januari 2024 kami telah bermesyuarat bersama semua HOD iaitu Penata Rias, Penata Busana, Pengarah Fotografi, Pengarah Seni, Pengarah Filem, Penolong Pengarah dan Penolong Pengurus Produksi (ketika itu) bagi  menerangkan masalah yang kami hadapi dan kami telah menawarkan untuk wrap pada hari pertama shooting serta menyusun semula jadual pengambaran pada tarikh yang lain tapi semua tidak setuju dan mahu teruskan pengambaran.
"Pengambaran filem diteruskan seperti dirancang malah kami memasukkan pembayaran kedua dan ketiga sepanjang pengambaran filem berlangsung menggunakan dana kami sendiri tanpa menunggu Milestone 2 yang hanya masuk 5 hari sebelum wrap termasuklah kepada Pengarah tersebut. Malah sehingga selepas wrap, ada krew-krew yang telah dibayar sehingga habis. Jadi kami hairan kenapa sebuah fitnah boleh berleluasa sehingga begini teruk dan memalukan kami sedangkan pada mesyuarat 27 Januari 2024 semua bersetuju untuk meneruskan pengambaran filem."
"Malah untuk pengarah kita telah selesaikan sehingga 40% bayaran dan baki bayaran hanya akan diselesaikan mengikut tarikh perjanjian di dalam kontrak iaitu 15 Mac 2024 dan pengarah juga telah menandatangani kontrak bersama suntingan filem. Pengarah haruslah bertanggungjawab dengan suntingan filem barulah baki bayaran akan dibuat namun sehingga hari ini pengarah tidak ambil tahu tentang suntingan. Malah penerbit serta penulis pula yang kena turun padang membantu penyunting kami menyiapkan video offline dan online. Bagaimana kami nak release payment pengarah tersebut jika kerja belum selesai?"
"Pengarah juga demand gaji yang tinggi setanding dengan pengarah terkenal Syamsul Yusof sedangkan ini filem pertama dengan modal yang sederhana bagaimana kami nak bayar semahal itu? Malah sebelum menandatangani kontrak kami pernah bertemu dengan orang lama iaitu David Teo dan Datuk Yusof Haslam untuk meminta nasihat gaji yang setimpal untuk seseorang pengarah filem pertama kali dan menunjukkan gaji yang kami hendak bayar kepada pengarah ini, dan kedua-duanya bersetuju dengan nilai gaji kami letakkan setanding dengan pengarah ini."
"Pengarah ini sedari awal telah timbul banyak isu yang menyebabkan kami sangsi dengan kemampuannya. Isu pertama selalu datang lewat ketika mesyuarat, tidak hadir semasa majlis menandatangani kontrak, meminta diberikan shares filem ini jika mahu dikenalkan pada funder dan banyak lagi. Pengarah juga selalu tidak berbincang dengan kami selaku penerbit dan meminta pelbagai permintaan yang di luar kemampuan kami salah satunya adalah green screen cgi di saat-saat akhir pengambaran. Sedangkan kami sudah berulang kali beritahu beliau yang dana kami kecil sahaja dan sepatutnya kita buat filem mengikut bajet dan bukan ikut kehendak pengarah sesuka hati."
"Bukan saja tidak berpuas hati dengan kami beliau mengajak pula beberapa krew lain untuk mengadu kepada FINAS tentang kami tanpa bukti yang kukuh. Malah krew yang beliau ajak pula telah melanggar kontrak kami iaitu mengambil job drama yang berjalan serentak dengan pengambaran filem kami sehingga krew tersebut tiada di set. Seorang krew lagi pula tidak menyediakan tempahan mekap special effects yang telah kami buat dari sebelum pengambaran, malah kami telah membuat bayaran penuh tetapi sehingga tamat pengambaran kami tidak langsung terima mekap special effects yang telah kami tempah daripada beliau. Mana hak dan keadilan kepada kami pula sebagai penerbit?"
KREW YANG MENINGGAL DUNIA SELEPAS TAMAT PENGAMBARAN

"Bercakap dengan media tentang krew filem kami iaitu arwahyarham Shazeli binti Rosly yang meninggal dunia pada 24 Febuari 2024 yang lalu. Ia berlaku di luar bidang kuasa kami. Arwah semput dan demam mulai hari kedua di Fraser iaitu 30 Januari 2024. Kami telah merujuk beliau ke klinik dan beliau terus dikejarkan ke Hospital Selayang pada 2 Februari 2024. Pada 4 Februari 2024 ketika kami hendak melawat arwah, kami telah dihalang oleh doktor untuk melawat atas alasan arwah mengidap suatu penyakit P&C yang hanya keluarga arwah saja sedia maklum. Malah kami hanya dibenarkan melawat ketika arwah nazak pada 18 Februari 2024 dan saya telah bercakap dengan ayah arwah sendiri dan beliau memaklumkan yang Arwah mengidap penyakit kencing manis kronik sebelum dari bekerja dengan kami. Pemergian arwah adalah di luar bidang kuasa kami. Jika pengarah hendak menyalahkan penerbit kerana bekerja lebih masa, saya rasa soal itu lebih sesuai ditanyakan pada beliau yang menambah babak-babak di saat akhir tanpa perbincangan dan latihan yang memakan masa sehingga ke pagi. Ada hari yang kami tamat pengambaran awal dan juga hari diberikan cuti tetapi tidak dimaklumkan pada masyarakat. Apa pun kami amat berdukacita dengan kehilangan arwah dan tidak patut kematian arwah menjadi alat untuk sesetengah pihak menuding jari ke arah kami. "Kami cuba menyelesaikan perkara ini secara dalaman tetapi fitnah ini melampau sehingga menjejaskan nama baik dan reputasi kami sebagai penerbit filem. Daripada membiarkan fitnah ini terus menjadi barah lebih baik kami tampil dan menjelaskan situasi sebenar. Akhirnya kami telah ke pihak berwajib dan satu mesyuarat perbincangan bersama Finas akan diadakan buat masa terdekat ini bagi menjawab segala tuduhan yang tidak berasas yang dibuat ke atas kami dan kami telah menyediakan semua bukti-bukti yang kukuh bagi membersihkan nama kami.""Sejujurnya kami terkilan dengan apa yang berlaku, namun ini tidak mematahkan semangat kami untuk terus berkarya dan menerbitkan filem. Kami percaya ini adalah usaha segelintir pihak yang tidak berpuas hati kerana produksi baru seperti kami mendapat Dana pembiayaan tetapi mereka gagal mendapatkannya. Jadi usaha-usaha ini dibuat untuk menunjukkan kelemahan kami sebagai penerbit sedangkan kami telah mengatasinya dengan baik. Kami berharap hentikanlah fitnah ini kerana industri ini kecil saja. Pusing-pusing akan jumpa semula. Saya sendiri telah 16 tahun berkecimpung dalam bidang ini dari pelakon, prop, handy semua jawatan telah saya rasai sebelum duduk di kerusi penerbit. "Niat kami dari awal hanyalah untuk menawarkan peluang pendapatan dan membantu pekerja industri yang susah telah memakan diri semula. Perkara ini akan menjadi pengajaran untuk kami bangkit dan berhati-hati dalam memilih krew. Kami berharap dengan kenyataan kami ini masyarakat berpeluang untuk menilai siapa yang benar dan siapa yang salah. Kami tidak berniat nak memalukan sesiapa tetapi tindakan segelintir krew ini sudah melampau."


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mediaviralnet.blogspot.com/2024/03/pelakon-amai-kamarudin-terkilan-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Sikap Pbnu Soal Muhammadiyah Usul Sidang Isbat Ditiadakan Tidak Bisa Tiba Tiba

Video Sikap Pbnu Soal Muhammadiyah Usul Sidang Isbat Ditiadakan Tidak Bisa Tiba Tiba

papar berkaitan - pada 10/3/2024 - jumlah : 102 hits
Pimpinan Pusat atau PP Muhammadiyah mengusulkan peniadaan sidang isbat penentuan awal Ramadan
Pernah Kencing Amp Calit Najis Di Muka Anak Penyanyi Dedah Sikap Sebenar Suami

Pernah Kencing Amp Calit Najis Di Muka Anak Penyanyi Dedah Sikap Sebenar Suami

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 151 hits
Tular di media sosial Korea apabila penyanyi Han Areum mendedahkan perbuatan keji bekas suaminya Kim Young Gul di platform media sosial beberapa hari yang lalu Bekas kumpulan muzik T Ara itu mendakwa bekas suaminya itu juga seorang tahi jud...
Kegagalan Dasar Ekonomi Baru Adalah Kerana Sikap Orang Melayu

Kegagalan Dasar Ekonomi Baru Adalah Kerana Sikap Orang Melayu

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 213 hits
Kegagalan Dasar Ekonomi Baru adalah kerana sikap orang Melayu ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be uUGY1LstQ74 src in org https www youtube com embed uUGY1LstQ74 wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https...
Kes Vln Hakim Terkilan Peguam Zahid Minta Tangguh

Kes Vln Hakim Terkilan Peguam Zahid Minta Tangguh

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 101 hits
freemalaysiatoday com18 Mar 2024 11 36 AMHakim Hadhariah Syed Ismail berkata beliau tidak mahu berkata apa apa lagi selepas pihak pendakwaan tidak membantah penangguhan itu Pada 23 Sept 2022 Zahid Hamidi dibebaskan daripada semua 40 pertudu...
Sisi Gelap Bandar Mewah Pasukan Produksi Umum Barisan Penuh Pelakon Gangnam B Side

Sisi Gelap Bandar Mewah Pasukan Produksi Umum Barisan Penuh Pelakon Gangnam B Side

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 117 hits
Disney telah mengumumkan barisan pelakon utama serta tarikh tayangan bagi drama terbaru mereka iaitu Gangnam B Side ARTIKEL BERKAITAN Drama yang bertemakan jenayah ini menceritakan tentang satu pasukan yang terdiri daripada polis broker mis...
Untuk Bersaing Meski Dah Popular Lee Dongwook Akui Cemburu Dengan 4 Pelakon Ini

Untuk Bersaing Meski Dah Popular Lee Dongwook Akui Cemburu Dengan 4 Pelakon Ini

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 131 hits
Kalau cakap tentang pelakon hebat di Korea nama Lee Dong wook pastinya tidak akan terkecuali ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini Lee Dong wook telah muncul dalam saluran YouTube Na PD dan ada menjawab pelbagai soalan Khususnya ada soalan yang d...
Netizen Teka Identiti Pelakon Lelaki Popular Minta Foto Bog L Kekasih Sebelum Putus Hubungan

Netizen Teka Identiti Pelakon Lelaki Popular Minta Foto Bog L Kekasih Sebelum Putus Hubungan

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 234 hits
Hangat mengenai isu seorang pelakon lelaki popular Korea melayan buruk bekas kekasihnya diperkatakan oleh netizen kini ARTIKEL BERKAITAN Dilaporkan sebelum ini bahawa seorang bekas kekasih yang marah telah mendedahkan perangai sebenar pelak...
Kalau Rasa Perlukan Mama Balik Lah Banyak Larikan Diri Abby Abadi Menangis Kongsi Sikap Marissa Dania

Kalau Rasa Perlukan Mama Balik Lah Banyak Larikan Diri Abby Abadi Menangis Kongsi Sikap Marissa Dania

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 172 hits
Sedia maklum gosip mengenai anak pelakon Abby Abadi iaitu Marissa Dania berkahwin di Songkhla Thailand bersama jejaka bernama Aslam telah membuatkan namanya menjadi 8216 panas 8217 di platform media sosial Banyak larikan diri Terbaru melalu...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator