Pelajar Upm Hilang Sejak 13 Januari 2023 Lalu


 

Pelajar UPM hilang Sejak 13 Januari 2023 Lalu. Polis sedang mendapatkan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pelajar universiti berusia 22 tahun yang dilaporkan hilang dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata pelajar terbabit yang dikenali sebagai Mohd Irfan Hakimi Azhar menetap di sebuah bilik asrama di Blok Delima, Kolej Canselor, UPM, Serdang.
Beliau berkata bapa Mohd Irfan membuat laporan polis pada Isnin, dan telah menghubungi pelajar itu pada pukul 9 pagi tadi, namun tiada maklum balas.
“Pada hari sama, bapa saudara mangsa yang tinggal berhampiran UPM sempat menghubungi rakan sebilik Mohd Irfan yang hanya dikenali sebagai Oh dan mendapat tahu Mohd Irfan kali terakhir dilihat ketika hendak menunaikan solat Jumaat dengan menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 dengan nombor pendaftaran RAC 5095,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata Mohd Irfan masih belum pulang atau ke asrama di UPM, Serdang, dan ahli keluarganya gagal menghubunginya.
Mohd Irfan berketinggian 171cm, berat 65kg dan nombor telefonnya 013-683 1710. Dia berkulit cerah dengan rambut lebat, lurus dan memakai cermin mata, tanpa kesan atau tatu di badan, katanya.
Beliau berkata sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan Mohd Irfan boleh menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Kipli Rajak di talian 019-617 7188 atau mana-mana balai polis. – Bernama


https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2023/01/FB_IMG_1674088148521.jpg

MAKLUMAN KES ORANG HILANG (OH) SATU LELAKI MELAYU PELAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
PADA 13 JANUARI 2023 JAM LEBIH KURANG 9.00 PAGI SEMASA PENGADU (AYAH MANGSA) BERADA DI RUMAH, PENGADU TELAH MENGHUBUNGI ANAK KANDUNGNYA BERNAMA MOHD IRFAN HAKIMI BIN AZHAR UNTUK BERTANYAKAN KHABAR TENTANG KEHIDUPAN SEHARIAN DI UPM, TIADA SEBARANG JAWAPAN. PADA 16 JANUARI 2023 JAM LEBIH KURANG 2.00 PETANG, PENGADU TELAH MENGHUBUNGI ADIKNYA YANG TINGGAL BERDEKATAN UPM SERDANG UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT TENTANG ANAKNYA DAN SETELAH SAMPAI DI UPM SERDANG, ADIK PENGADU TELAH MENGHUBUNGI RAKAN SEBILIK MOHD IRFAN HAKIMI (OH) BAHAWA KALI TERAKHIR MOHD IRFAN HAKIMI DILIHAT SEMASA PERGI KE SOLAT JUMAAT MENAIKI SEBUAH M/SIKAL NOMBOR PENDAFTARAN RAC 5095 JENIS YAMAHA 135LC.
SEHINGGA KINI, MOHD IRFAN HAKIMI MASIH BELUM PULANG KE RUMAH ATAU BALIK KE BILIK PENGINAPAN DI UPM SERDANG SERTA MASIH GAGAL DIHUBUNGI OLEH AHLI KELUARGA. HASIL SIASATAN OLEH PIHAK POLIS MENDAPATI OH MERUPAKAN PELAJAR SEMESTER PERTAMA DI KOLEJ CANCELOR UPM SERDANG DALAM JURUSAN PENGAJIAN PENGGUNA BERMULA PADA BULAN SEPTEMBER 2022.
BERIKUT ADALAH BUTIR-BUTIR DIRI ORANG HILANG :
NAMA: MOHD IRFAN HAKIMI BIN AZHAR
NOMBOR KAD PENGENALAN
UMR: 22 TAHUN
ALAMAT: BILIK ASRAMA, BLOK DELIMA, KOLEJ CANSELOR, UPM SERDANG
PEKERJAAN: PELAJAR
NOMBOR TELEFON: 013-6831710
TINGGI LEBIH KURANG 171 CM
BERAT BADAN: 65 KG
WARNA KULIT : CERAH
BERBADAN KURUS
RAMBUT TEBAL DAN LURUS
PENAMPILAN MEMAKAI CERMIN MATA DAN TIADA TANDA PARUT/TATOO PADA
ANGGOTA BADAN.
GAMBAR ORANG HILANG ADALAH SEPERTI DI LAMPIRAN.
PIHAK POLIS IPD SERDANG MEMOHON KERJASAMA DARI ORANG RAMAI YANG MEMPUNYAI SEBARANG MAKLUMAT UNTUK MENGHUBUNGI MANA- MANA BALAI POLIS YANG BERDEKATAN ATAU MENGHUBUNGI TERUS PEGAWAI PENYIASAT SARJAN KIPLI BIN RAJAK DI TALIAN 019-6177188 BAGI MEMBANTU SIASATAN KES ORANG HILANG.
Baca juga:
Polis Menahan Seorang Lelaki Tempatan Yang Mengamuk Video Tular Kejadian Kejar Mengejar Antara Polis Dan Penjenayah Whatsapp Tidak Lagi Menyokong 47 Jenis Smartphone Ini Mulai Januari 2023 10,545 kes orang hilang sejak 2017 KUALA LUMPUR: Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sebanyak 10,545 kes hilang sejak 2017 hingga 1 September lalu, termasuk remaja dan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata jumlah itu meliputi 6,074 kes hilang melibatkan orang berumur 18 tahun ke atas dari 2017 hingga 31 Ogos.
Ia berkata kes kehilangan kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah berjumlah 4,471 orang dari 2017 hingga 1 September.
“Daripada jumlah itu, seramai 4,871 orang berumur 18 tahun ke atas ditemui semula, manakala baki 1,203 lagi masih hilang.
“Bagi kes kehilangan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, seramai 4,399 orang telah dikesan dan baki 72 lagi masih hilang,” katanya hari ini semasa sesi respons lisan di Dewan Negara.
Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri Datuk Koh Nai Kwong mengenai jumlah kes kehilangan orang dan kanak-kanak yang dilaporkan di Malaysia dalam tempoh lima tahun lalu, termasuk jumlah yang telah ditemui dan yang belum. masih belum ditemui.
Mengulas lanjut, Ismail berkata, antara langkah kerajaan bagi menangani masalah itu ialah mewujudkan portal kanak-kanak hilang yang memaparkan maklumat itu menerusi https://knk2hilang.rmp.gov.my yang boleh diakses oleh orang ramai.
Beliau berkata portal itu membolehkan masyarakat bekerjasama untuk mengesan kanak-kanak hilang dengan lebih cepat dan cekap dengan menyalurkan maklumat terkini melalui Internet.
Selain itu, katanya, PDRM turut menjalin kerjasama dengan 40 agensi lain menerusi NUR Alert iaitu sistem amaran awal kes kehilangan kanak-kanak.
Beliau berkata ia bagi membantu agensi penguatkuasaan undang-undang menjalankan siasatan dan membawa kepada penahanan pantas berkaitan kes yang sedang dihadapi.
“PDRM dan Facebook Malaysia yang merupakan ahli kumpulan kerja NUR Alert turut bekerjasama dengan menyiarkan pengumuman menerusi laman Facebook bagi mengesan kanak-kanak hilang dengan lebih cepat.
“PDRM turut bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam menganjurkan program kesedaran bagi mengelak kes ini berulang.
“Kempen Kesedaran Kanak-Kanak (CAC) bertujuan menyedarkan masyarakat bahawa kanak-kanak terdedah untuk menjadi mangsa dan adalah penting untuk memastikan keselamatan mereka,” katanya.
Ismail berkata, PDRM juga sering melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan perumahan, kedai, sekolah dan lain-lain.
Beliau berkata kementerian meminta kerjasama orang ramai untuk memaklumkan kepada polis jika mereka mempunyai maklumat terkini mengenai orang hilang.
“Peranan ibu bapa juga penting dalam memperkasakan institusi kekeluargaan termasuk memantau aktiviti anak-anak,” katanya.
“Minta Kerjasama daripada semua pihak” Bagi sesiapa yang mempunyai info tentang Pelajar UPM hilang Sejak 13 Januari 2023 Lalu boleh lah menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Kipli Rajak di talian 019-617 7188 atau mana-mana balai polis. Semoga tabah menghadapi ujian ini diucapkan kepada ahli keluarga mangsa. Ujian ini adalah amat berat untuk diharungi oleh ahli keluarga. Kita yang tengok ni pun rasa sedih apatah lagi dengan keluarga mangsa, ibarat kata pepatah, “berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Sama-sama kita mendoakan semoga Mohd Irfan ditemui secepat mungkin. Amin!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/01/pelajar-upm-hilang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar Upm Hilang Selepas Pergi Solat Jumaat Bila P0lis Siasat Jumpa Motor Di Tbs Rupanya Ini Lokasi Yang Dia Pergi

Pelajar Upm Hilang Selepas Pergi Solat Jumaat Bila P0lis Siasat Jumpa Motor Di Tbs Rupanya Ini Lokasi Yang Dia Pergi

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 340 hits
Seorang pelajar Universiti Putra Malaysia dilaporkan hilang selepas pergi solat Jumaat dengan menunggang motosikal
Pelajar Upm Hilang Selepas Keluar Solat Jumaat

Pelajar Upm Hilang Selepas Keluar Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 127 hits
Pelajar Universiti Putra Malaysia Mohd Irfan Hakimi Azhar 22 dilaporkan hilang selepas keluar untuk solat Jumaat dengan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC KUALA LUMPUR Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pelajar U...
Pengecualian Bayaran Tol Pada 20 Dan 21 Januari 2023

Pengecualian Bayaran Tol Pada 20 Dan 21 Januari 2023

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 183 hits
20 Januari 2023 Pengecualian bayaran tol pada 20 dan 21 Januari 2023 ini dibuat selepas perbincangan di antara syarikat konsesi lebuh raya dengan Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan Ianya diberikan kepada semua pengguna lebu...
Jambatan Sungai Pulai Dibuka Untuk Lalu Lintas Pada 19 Januari 2023

Jambatan Sungai Pulai Dibuka Untuk Lalu Lintas Pada 19 Januari 2023

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 342 hits
Jambatan Sungai Pulai Dibuka Untuk Lalu Lintas Pada 19 Januari 2023 Jambatan Sungai Pulai yang menghubungkan Johor Bahru Pontian bakal dirasmikan dan dibuka untuk lalu The post appeared first on
Filem Duan Nago Bogho Di Pawagam 19 Januari 2023

Filem Duan Nago Bogho Di Pawagam 19 Januari 2023

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 201 hits
Filem Duan Nago Bogho sebuah filem Sabri Yunus mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 19 Januari 2023 Duan Nago Bogho filem aksi yang menggabungkan dengan elemen seni budaya Malaysia iaitu Mak Yong dengan nilai komersial serta meng...
Bayaran Fasa 1 Str Mulai 17 Januari 2023

Bayaran Fasa 1 Str Mulai 17 Januari 2023

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 235 hits
Menurut kenyataan media 16 Januari 2023 dari Perdana Menteri Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 Bernilai RM1 67 Bilion akan dikreditkan kepada penerima bantuan yang layak secara berperingkat mulai hari Selasa 17 Januari 2023 Apakah Sumbangan Tun...
Whatsapp Tidak Lagi Menyokong 47 Jenis Smartphone Ini Mulai Januari 2023

Whatsapp Tidak Lagi Menyokong 47 Jenis Smartphone Ini Mulai Januari 2023

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 160 hits
Whatsapp Tidak Lagi Menyokong 47 Jenis Smartphone Ini Mulai Januari 2023 Tidak dinafikan bahawa pada zaman kini Whatsapp adalah merupakan satu aplikasi chatting yang amat penting Boleh diibaratkan bahawa kalau kalau tak ada whatsapp pada za...
Hukum Sertai Acara Makan Besar Perayaan Cina Yee Sang Januari 2023

Hukum Sertai Acara Makan Besar Perayaan Cina Yee Sang Januari 2023

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 369 hits
Hukum Sertai Acara Makan Besar Perayaan Cina Yee Sang Januari 2023 Untuk masyarakat Tionghua Yee Sang ini adalah merupakan satu hidangan yang wajib ada serta disediakan ketika makan besar setiap kali meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersam...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa