Pelajar Senior Dakwa Bangun Awal Kerana Mahu Cuci Pakaian Saksi


Pelajar Senior Dakwa Bangun Awal Kerana Mahu Cuci Pakaian – Saksi
KOTA KINABALU, 12 Sept (Bernama) — Pengawal keselamatan yang bertugas pada malam insiden membabitkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner bahawa pelajar senior yang memaklumkan kepadanya mengenai penemuan mangsa, mendakwa dia bangun awal kerana mahu mencuci pakaian.
Linah Mansoding @ Jaliha, 65, berkata pelajar senior berkenaan merupakan individu pertama yang menemukan pelajar Tingkatan Satu itu dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 16 Julai lepas.
Ibu kepada empat anak itu berkata demikian ketika disoal peguam Joan Goh, yang mewakili seorang remaja didakwa membuli si mati, pada hari ketujuh inkues kematian remaja berkenaan.
Goh: Apabila pelajar senior itu lari cari puan, masa itu, puan tahu dia di mana? Maksud saya, pada kali pertama pelajar itu nampak arwah.
Linah: Kira-kira pukul 3 pagi…dia cakap dengar macam benda jatuh, dia mahu cuci kain…dia bangun awal sebab panjang giliran, dia mahu cuci kain tapi dia dengar macam ada benda jatuh, dia tengok, terus dia panggil saya.
Sementara itu, ketika disoal peguam Nurul Rafiqah Afdul Mutolip, yang mewakili bapa Zara Qairina, Linah berkata, kebiasaannya pelajar asrama mencuci pakaian sekitar pukul 10 malam, iaitu selepas sesi ‘prep’ (kelas malam), sama ada bersama rakan atau secara sendiri.
Nurul Rafiqah: Sepanjang pengalaman puan, adakah biasa pelajar berjalan di pekarangan asrama sekitar pukul 2 pagi?
Linah: Tidak, kalau pukul 2 pagi jarang, tidur sudah.
Nurul Rafiqah: Pernahkah pelajar-pelajar mencuci pakaian pada pukul 2 pagi? Linah: Tidak pernah.
Nurul Rafiqah: Sebelum ini, puan ada pernah nampak pelajar senior itu mencuci pakaian sekitar pukul 2 pagi?
Linah: Tidak pernah.
Prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bersambung Rabu depan.
Zara Qairina meninggal dunia pada 17 Julai di Hospital Queen Elizabeth.
Pelajar itu dimasukkan ke hospital berkenaan sehari sebelum, setelah ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi.
Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan pihak polis, manakala sebelum itu pada 8 Ogos AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.
Sumber: BERNAMA 
The post Pelajar Senior Dakwa Bangun Awal Kerana Mahu Cuci Pakaian – Saksi appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/12/pelajar-senior-dakwa-bangun-awal-kerana-mahu-cuci-pakaian-saksi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inkues Zara Ketua Warden Didakwa Arah Pelajar Alih Mayat Zara Qairina Cuci Kesan Darah

Inkues Zara Ketua Warden Didakwa Arah Pelajar Alih Mayat Zara Qairina Cuci Kesan Darah

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 1914 hits
Astro Awani nbsp nbsp Dua pelajar Tingkatan Empat didakwa diarahkan oleh ketua warden untuk membersihkan kesan darah selepas mayat pelajar perempuan Zara Qairina Mahathir dibawa keluar oleh ambulans sekitar jam 4 pagi pada 16 Julai lalu Pen...
Seorang Pelajar Pindah Sekolah Selepas Insiden Zara Saksi

Seorang Pelajar Pindah Sekolah Selepas Insiden Zara Saksi

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 1784 hits
Seorang Pelajar Pindah Sekolah Selepas Insiden Zara Saksi KOTA KINABALU 18 Sept Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa seorang daripada lima pelajar yang didakwa berhubung kes buli Allahyarham Zara Qairina Mahathir telah berpin...
Nahas Lima Penuntut Ikm Di Tuaran Siasatan Awal Polis Dapati Mpv Dipandu Laju

Nahas Lima Penuntut Ikm Di Tuaran Siasatan Awal Polis Dapati Mpv Dipandu Laju

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 2467 hits
Nahas Lima Penuntut IKM Di Tuaran Siasatan Awal Polis Dapati MPV Dipandu Laju TUARAN 6 Sept Siasatan awal polis mendapati kenderaan pelbagai guna yang terbabit dalam kemalangan maut lima penuntut Institut Kemahiran MARA di Jalan Gayang sema...
Tanda Awal Alahan Pada Anak Yang Ramai Ibu Ayah Terlepas Pandang

Tanda Awal Alahan Pada Anak Yang Ramai Ibu Ayah Terlepas Pandang

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 7415 hits
Sebagai ibu bapa kita sering bimbang bila anak tiba tiba demam batuk atau naik ruam Namun adakalanya masalah kesihatan si manja bukanlah kerana jangkitan kuman tetapi sebenarnya disebabkan oleh alahan Malangnya ramai ibu ayah kurang sedar t...
Stretch Mark Makin Jelas Bila Perut Besar Ibu Boleh Ambil Langkah Awal Untuk Bersedia

Stretch Mark Makin Jelas Bila Perut Besar Ibu Boleh Ambil Langkah Awal Untuk Bersedia

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 3624 hits
Pelbagai perubahan fizikal akan berlaku pada tubuh seorang ibu sepanjang tempoh kehamilan Antara yang sering menjadi igauan ngeri buat bakal ibu ialah kemunculan kesan regangan kulit atau lebih dikenali sebagai stretch mark Hampir semua ibu...
Tanda Anak Kena Buli Ibu Bapa Perlu Peka Dari Awal

Tanda Anak Kena Buli Ibu Bapa Perlu Peka Dari Awal

papar berkaitan - pada 4/9/2025 - jumlah : 2342 hits
Buli di sekolah atau mana mana tempat bukan perkara kecil Ia boleh tinggalkan kesan mendalam pada emosi keyakinan diri dan juga masa depan anak Ramai anak sebenarnya dibuli tapi mereka diam sebab takut atau malu Sebab itu ibu bapa perlu pek...
Anak Anda Mungkin Rabun Tapi Tak Tahu Nak Beritahu Ini Tanda Tanda Awal

Anak Anda Mungkin Rabun Tapi Tak Tahu Nak Beritahu Ini Tanda Tanda Awal

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 3065 hits
Rabun pada kanak kanak bukan sekadar tak nampak papan hitam semasa sekolah Ia melibatkan gangguan pembentukan penglihatan ketika mata masih berkembang dan jika tidak dikesan awal boleh menjejaskan pembelajaran perkembangan koordinasi dan ku...
Baby Tak Sabar Nak Keluar Awal Ibu Bersalin Mengejut Doktor Jelaskan Apa Perlu Buat Paling Penting Jangan Panik

Baby Tak Sabar Nak Keluar Awal Ibu Bersalin Mengejut Doktor Jelaskan Apa Perlu Buat Paling Penting Jangan Panik

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 2501 hits
Ada kes ibu bersalin tiba tiba Belum sampai waktu tetapi tanda kontraksi sudah datang dan ibu perlu melahirkan bayi Situasi ini dikenali sebagai kelahiran kecemasan atau Born Before Arrival Bagaimana si ibu dan ahli keluarga terdekat harus ...
Ryt Bank Malaysia Bank Digital Dengan Dividen Harian Permohonan Mudah

Jom Tempah Baju Korporat Cantik Berkualiti Terus Dari Kilang

Pengalaman Menaiki Classic Train Day 6 1

Probe Into Bloomberg Report On Pm S Alleged Interference In Macc Classified As Nfa

Showcase Jiwa Malaysia 2025 Irama Bersatu Di Bawah Satu Semangat Jiwa Malaysia

Ppim Gesa Siasat Mfw Isu Istilah Muslim Choice Harian Metro 03 11 2025

Investasi Pertama Gen Z Mulai Kecil Hasil Besar

Tempah Baju Korporat Kualiti Terbaik Harga Direct Kilang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bunga Halia

Senarai Universiti Terbaik Malaysia 2026

Beli Hadiah Persaraan Rakan Sekerja

Banduan Adaptasi Kaithi Dengan Aksi Mantap Nilai Kasih Seorang Ayah

Top 87 By Eileen Punpro777 Ceo 28 November 2025

Hengjing168 Plus Top 76 By Moses 28 168 2568