Pelajar Sekolah Pun Merasuah Kata Kp Sprm



PUTRAJAYA, 13 Nov — Perlakuan rasuah turut berlaku di sekolah serta melibatkan murid, demikian dedah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Pada Forum Permuafakatan SPRM-Kementerian Pendidikan di sini hari ini, Mohd Shukri  mendedahkan terdapat kes pelajar memberi wang rasuah kepada rakan sekelas bagi membolehkan dilantik sebagai ketua kelas dan ada juga kes untuk mendapat sokongan sebagai ketua pengawas.


Loading...
 ”Kalau kecil-kecil macam ini sudah pandai bermain dengan duit macam mana nak harap mereka jadi pemimpin satu hari nanti,” katanya ketika menjadi panel pada forum itu, sambil menegaskan kepentingan pendidikan awal benci rasuah diterapkan.

Di sekolah juga, dedahnya terdapat kes guru meminta ‘seks’ daripada pelajar untuk lulus peperiksaan.
Mohd Shukri berkata SPRM sudah mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan dan bertemu Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik supaya menjadikan subjek rasuah sebagai subjek wajib peperiksaan di sekolah.

Beliau menegaskan budaya anti rasuah perlu ditanam dalam diri pelajar dari peringkat awal lagi bagi mengelak ia merebak mereka apabila dewasa.

“Biar peringkat awal ditanam benci rasuah kerana kerana keadaan rasuah ketika ini amat membimbangkan,” katanya.

Mohd Shukri pada forum itu berkata pelakuan rasuah yang berlaku di negara ini sangat memalukan dan amat membimbangkan sehingga hari ini negara luar memandang Malaysia sebagai negara kleptokrasi.

“Selalu orang bertanya rasuah di Malaysia meningkat atau turun, penceramah selalu tak berani nak cakap benar, selalu cakap rasuah di Malaysia ini boleh dikawal, lebih kurang macam itu.

  “Tapi saya ini tak suka cakap tak benar, saya cakap terus terang, rasuah di Malaysia membimbangkan, Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada 2014 markah kita 52 sahaja dan menunjukkan trend penurunan sehingga kepada 47 markah tahun lalu.

“Adakah indeks ini makin baik atau makin buruk? Ini adalah fakta, kita terkenal di mata dunia sebagai negara kleptokrasi, bukan negara integriti, memang memalukan,”katanya.

“Adakah indeks ini makin baik atau makin buruk? Ini adalah fakta, kita terkenal di mata dunia sebagai negara kleptokrasi, bukan negara integriti, memang memalukan,”katanya

Laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017 dikeluarkan Transparency International (TI) pada Februari lepas mendapati Malaysia mencatat penurunan daripada kedudukan ke-55 kepada kepada 62 daripada 180 negara.

Malaysia memperoleh markah 47 daripada 100 dalam ditetapkan TI. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/11/pelajar-sekolah-pun-merasuah-kata-kp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
11 Pelajar Maut Dalam Kebakaran Sekolah

11 Pelajar Maut Dalam Kebakaran Sekolah

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 316 hits
12 November 2018 9 41 PM KAMPALA Uganda Seramai 11 budak lelaki terkorban dan 20 yang lain melecur teruk dalam kebakaran yang memusnahkan asrama mereka di Uganda semasa mangsa sedang
Tembok Sekolah Dasar Di Pekanbaru Roboh Sejumlah Pelajar Tertimpa

Tembok Sekolah Dasar Di Pekanbaru Roboh Sejumlah Pelajar Tertimpa

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 259 hits
Tembok yang menjadi pagar sekolah itu runtuh secara tiba tiba saat beberapa wali murid sedang mengantarkan anaknya dan berhenti di sebelah tembok Kabarnya ada yang meninggal juga akibat peristiwa itu
Habuan Seks Guru Pelajar Naib Presiden Gpms Ingatkan Ketua Sprm Agar Berhati Hati Keluarkan Kenyataan

Habuan Seks Guru Pelajar Naib Presiden Gpms Ingatkan Ketua Sprm Agar Berhati Hati Keluarkan Kenyataan

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 684 hits
KENYATAAN Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang mendedahkan ada guru meminta habuan seks daripada pelajar untuk lulus peperiksaan boleh menjatuhkan martabat profesion perguruan Nor Halme...
Pelajar Dan Guru Di Sekolah Juga Terlibat Dalam Skandal Rasuah

Pelajar Dan Guru Di Sekolah Juga Terlibat Dalam Skandal Rasuah

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 917 hits
PUTRAJAYA Perlakuan rasuah turut berlaku di sekolah serta melibatkan murid demikian dedah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Mohd Shukri Abdull Mohd Shukri AbdullPada Forum Permuafakatan SPRM Kementerian Pen...
Najib Sindir Maszlee Tak Tahu Kerajaan Beri Sarapan Percuma Untuk Pelajar Sekolah

Najib Sindir Maszlee Tak Tahu Kerajaan Beri Sarapan Percuma Untuk Pelajar Sekolah

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 464 hits
Kerajaan BN memperuntukkan RM2 50 sehari kepada murid Semenanjung Malaysia dan RM3 00 untuk murid di Malaysia Timur Foto Bernama Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas tindakan Menteri Pendidikan Maszlee Malik yang mahu membuat kajian bag...
Mujahid Sahkan Kes Edar Bible Kepada Pelajar Sekolah Di P Pinang

Mujahid Sahkan Kes Edar Bible Kepada Pelajar Sekolah Di P Pinang

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 707 hits
06 November 2018 5 53 PMMujahid Yusof RawaKEPALA BATAS 6 Nov Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof mengakui berlaku kegiatan mengedar kitab Bible kepada pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam di sin...
Tawuran Tiga Sekolah Di Jaksel Satu Pelajar Tewas 36 Ditangkap

Tawuran Tiga Sekolah Di Jaksel Satu Pelajar Tewas 36 Ditangkap

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 320 hits
Tawuran pelajar kembali terjadi di wilayah Jakarta Selatan Satu pelajar atas nama Muhammad Kindy tewas saat dalam perawatan di Rumah Sakit Dr Suyoto Pesanggrahan Jakarta Selatan
Pelajar Bakar Mercun Depan Sekolah Raikan Pembebasan Ketua Gengster 08

Pelajar Bakar Mercun Depan Sekolah Raikan Pembebasan Ketua Gengster 08

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 556 hits
Jahanam jahanam jahanam apa nak jadi masyarakat kita ni pelajar jadi keldai samseng direkrut jadi penjenayah masa depan Haramkan filem2 Tamil yang berunsur gengsterisme merosakkan masyarakatRAWANG Tular satu rakaman video di aplikasi WhatsA...
Bantu Pelajar Tidak Mampu Beli Kasut Sekolah Baru

Bantu Pelajar Tidak Mampu Beli Kasut Sekolah Baru

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 943 hits
Sama ada kasut sekolah putih atau hitam yang penting kasut yang dipakai pelajar beada dalam keadaan baik dan selesa Masih terdapat kes pelajar memakai kasut sekolah koyak yang sepatutnya tidak sesuai lagi dipakai Tentu sekali pelajar itu bu...
Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol

Huawei Pura 80 Series Lands In Malaysia With Next Gen Camera Capabilities And Iconic Style

Himpunan Turun Anwar Sekadar Hiburan

Why Dr M Was Right About Anwar

Realme 14 5g Peranti Permainan Mantap Bawah Rm1300

Pengalaman 2 Tahun Bersama Chatgpt Kenapa Saya Pilih Plus Untuk 2025

Fc Barcelona Sign Marcus Rashford On Loan From Man Utd With Option To Buy

Where Is Pamela Ling Dap Mp Calls For Answers In Dewan Rakyat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

10 Point Daripada Khairul Aming Mesti Tahu Jika Anda Seorang Seller Content Creator

Filem Paraxnormal

Samosa Paratha Inti Berempah Kulit Rangup Rasa Memikat

Bukan Guru Biasa Bila Rasa Kagum Jadi Cemburu

20 Contoh Menu Snek Sihat Sangat Mudah Disediakan