Pelajar Sekolah Agama Sjkc Dan Sjkt Kini Boleh Mohon Mrsm


 Siti Fatimah
Dasar ambilan pelajar tanpa kira aliran sekolah dikekalkan KUALA NERANG Kerajaan bersetuju mengekalkan dasar pengambilan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tanpa mengambil kira aliran sekolah selari dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, semua pelajar berhak mendapat peluang menyambung pelajaran di MRSM sekali gus cadangan perubahan dasar berkaitan perkara itu yang diumumkan sebelum ini tidak diguna pakai.
“MRSM industri pendidikan yang dah lama, jadi saya nak tegaskan hari ni Kementerian Pembangunan Luar Bandar, setelah berbincang dengan pegawai dan kepimpinan di MARA (Majlis Amanah Rakyat), kita setuju kembali kepada dasar asal.
“Maksudnya pelajar Sekolah Agama (Bantuan Kerajaan), SJKC (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina) dan SJKT (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) juga boleh memohon (kemasukan ke MRSM),” katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan amal Persatuan Wanita Tenaga Nasional Berhad (Pelitawanis TNB) kepada Hospital Kuala Nerang di sini hari ini.
Untuk rekod, beberapa pemimpin pembangkang sebelum ini menyuarakan bantahan terhadap syarat baharu kemasukan ke MRSM yang hanya menerima pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan.
Laman rasmi MRSM bagi kemasukan 2022 antaranya menyatakan kemasukan bagi pelajar tingkatan satu dan empat dihadkan kepada permohonan calon dari Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan sahaja.
Sebelum ini, syarat kemasukan ke MRSM hanya memerlukan pemohon sebagai warganegara Malaysia yang juga terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, kelayakan dan pemilihan pelajar pula dibuat berdasarkan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) yang menguji kecenderungan mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta keperibadian pelajar.
Selain itu, beliau berkata, dasar 10 peratus pengambilan pelajar Bukan Bumiputera juga kekal dan tiada sebarang perubahan selaras dengan konsep Keluarga Malaysia.
“MRSM hanya mampu menampung sejumlah 7,500 pelajar tingkatan satu dan 2,000 pelajar tingkatan empat bagi setiap sesi pengambilan tahunan berbanding permohonan yang diterima tahun ini berjumlah 77,834 bagi tingkatan satu dan 24,495 bagi tingkatan empat untuk sesi kemasukan pada tahun 2022,” katanya.
Mahdzir berkata, dasar MARA juga menyasarkan untuk menyediakan kuota 60 peratus kepada pelajar cemerlang dalam kalangan keluarga B40 bagi mengikuti pengajian di MRSM.
Beliau berkata, sistem pendidikan MRSM bertujuan membuka peluang pendidikan menengah bagi melahirkan pelajar Bumiputera yang holistik serta cemerlang dalam bidang akademik, sains, teknologi dan keusahawanan.
“Sistem Pendidikan MRSM juga sedikit berbeza dengan sistem pendidikan lain dari aspek kemampuan kognitif dan sahsiah pelajar.
“MRSM mengumpulkan pelajar cemerlang dan berpotensi tinggi selari dengan ciri-ciri Saintifik, Independen, Kreatif, Amanah dan Patriotik (SIKAP),” katanya.
Untuk rekod, terdapat 55 MRSM di seluruh negara yang mampu menampung 37,198 pelajar.
– Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/pelajar-sekolah-agama-sjkc-dan-sjkt.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekolah Tak Cukup Hanya 10 Saja Boleh Masuk Mrsm

Sekolah Tak Cukup Hanya 10 Saja Boleh Masuk Mrsm

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 333 hits
Dasar pengambilan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara dikekalkan dan cadangan perubahan yang diumumkan sebelum ini tidak akan digunapakai Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata semua pelajar tanpa mengira aliran b...
Berhijab Hanya Untuk Hantar Anak Ke Sekolah Agama Pada Bulan Ramadhan Ziana Zain

Berhijab Hanya Untuk Hantar Anak Ke Sekolah Agama Pada Bulan Ramadhan Ziana Zain

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 212 hits
X BERHIJAB HANYA UNTUK HANTAR ANAK KE SEKOLAH AGAMA PADA BULAN RAMADHAN ZIANA ZAINBERHIJAB HANYA UNTUK HANTAR ANAK KE SEKOLAH AGAMA PADA BULAN RAMADHAN ZIANA ZAIN KUALA LUMPUR 8 JULAI 2014 Sejak tersiarnya gambar Ziana Zain berhijab seperti...
Tibai Pelajar Oku Guna Penyapu Guru Agama Didakwa

Tibai Pelajar Oku Guna Penyapu Guru Agama Didakwa

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 212 hits
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5 000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi sepanjang tempoh perbicaraan PETALING JAYA Seorang guru agama di sebuah madrasah di Telok Mas mengaku t...
Sekolah Di Jabar Boleh Tatap Muka Asal Prokes Ketat Dan Guru Sudah Divaksinasi

Sekolah Di Jabar Boleh Tatap Muka Asal Prokes Ketat Dan Guru Sudah Divaksinasi

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 368 hits
Sejumlah daerah di Jabar yang masuk kategori PPKM level 2 dan 3 kedaruratan Covid 19 boleh melangsungkan kegiatan pembelajaran tatap muka Namun Gubernur Jawa Barat Ridwan Kamil ingin vaksinasi guru dan infrastruktur protokol kesehatan diper...
Sesi Sekolah Bermula 3 Oktober Ibu Bapa Boleh Pilih Tidak Hantar Anak Ke Sekolah Kpm

Sesi Sekolah Bermula 3 Oktober Ibu Bapa Boleh Pilih Tidak Hantar Anak Ke Sekolah Kpm

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 234 hits
Ibu bapa boleh pilih tidak hantar anak ke sekolah KUALA LUMPUR Meskipun sesi bersemuka sekolah bermula pada 3 Oktober ini ibu bapa atau penjaga diberi pilihan untuk tidak menghantar anak ke sekolah Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin...
Bekas Timbalan Menteri Dap Mahu Mrsm Dibuka Kepada Sekolah Pelbagai Aliran

Bekas Timbalan Menteri Dap Mahu Mrsm Dibuka Kepada Sekolah Pelbagai Aliran

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 215 hits
Bekas Timbalan Menteri DAP mahu MRSM dibuka kepada sekolah pelbagai aliran Dua bekas timbalan menteri Pakatan Harapan menggesa Menteri Pembangunan Luar Bandar Mahdzir Khalid membuka ruang kepada pelajar daripada pelbagai aliran seperti Seko...
Bila Lebai Jadi Mrnteri Agama Berlonggok Sekolah Agama Dan Pondok Bakal Gulung Tikar

Bila Lebai Jadi Mrnteri Agama Berlonggok Sekolah Agama Dan Pondok Bakal Gulung Tikar

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 373 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Madrasah Tahfiz Al Quran Malaysia mendapati sebanyak 64 7 peratus maahad tahfiz di Malaysia perlu menutup operasi atas arahan kerajaan Presiden Permata Al Quran Manolito Mohd Dahlan berkata ia berdasarkan kajian pihak...
Rezeki Pdpr Sekolah Agama Permata Hati

Rezeki Pdpr Sekolah Agama Permata Hati

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 278 hits
Semalam dapat wasap group sekolah minta ibu bapa datang sekolah amik kertas peperiksaan anak anak Sempat bawak Mandian Bidara ni sebab nak kene siyodi kat customer Lagipun sekali jalan je Alhamdulillah Rezeki kan Sebelum nak gerak hujan pla...
Keputusan Buka Sekolah Berperingkat Tepat Elak Pelajar Burn Out

Keputusan Buka Sekolah Berperingkat Tepat Elak Pelajar Burn Out

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 207 hits
Sudah ambil kira pandangan pakar penting untuk kelangsungan pendidikan BANGI Polemik isu pembukaan semula sesi persekolahan secara bersemuka hangat diperbincangkan kebelakangan ini Ada ibu bapa yang bersetuju tidak kurang juga ada yang memb...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention

Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran