Pelajar Malaysia Berhijab Takut Jalan Seorang Diri Di As




INSIDEN kematian lelaki kulit hitam, George Floyd dibimbangi akan menjadikan isu perkauman di Amerika Syarikat (AS) terus menular sehingga menyebabkan rakyat negara itu terjejas.
Lebih membimbangkan, rusuhan dan keganasan di negara itu mungkin akan menyebabkan rakyat negara lain yang berada di negara tersebut terutama yang beragama Islam terancam.
Antara kawasan yang terjejas oleh perusuh ialah State Street di Madison, Wisconsin yang mana terdapat kira-kira 50 pelajar Malaysia tinggal di bandar raya itu.
Alumni Kelab Bunga Raya (KBR) AS, Yassier Mohammed, 23, berkata, tidak dinafikan selain wabak Covid-19, wujud kebimbangan tentang ‘virus perkauman’ ekoran perkembangan terbaharu di situ.
“Pada saya dan rakan-rakan rapat, ada rasa takut perkara ini akan menguatkan lagi konflik perkauman di AS atau di Wisconsin sendiri.
“Rakan-rakan perempuan yang berhijab mula takut untuk jalan seorang diri. Hari ini saya sendiri temankan rakan-rakan perempuan keluar membeli barang dan balik rumah menggunakan kereta kerana bimbang perkara itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Yassier yang merupakan pelajar University of Wisconsin-Madison, AS berkata, mereka kini dalam keadaan berjaga-jaga dengan mengelakkan daripada berada kawasan rusuhan yang berlaku iaitu di State Street.
Katanya, pada awalnya hanya berlangsung protes secara aman di situ pada tengah hari Sabtu lalu namun terdapat sekumpulan kecil individu yang bertindak melakukan keganasan menyebabkan tercetusnya ketegangan.
Yassier “Namun setakat ini tiada sebarang perintah berkurung dikeluarkan oleh pemerintah mahupun pihak universiti. Mengikut portal sosial media pemerintah, mereka tidak melakukan perintah berkurung di Madison tapi mereka menegaskan bahawa kita perlu elak melalui kawasan tersebut.
“Pihak polis juga tidak mengeluarkan sebarang perintah berkurung tetapi mereka terus menasihatkan untuk elakkan State Street bagi mengurangkan ketegangan yang berlaku kerana terdapat banyak video menunjukkan polis dan peserta rusuhan saling bertukar serangan termasuk gas pemedih mata,” katanya.
Tambah Yassier yang sudah tiga tahun menetap di AS, secara amnya kini pelajar dinasihatkan untuk terus duduk di rumah kerana tidak dapat dipastikan apa perkembangan yang akan berlaku selepas protes berkenaan.
Ketika ini, katanya, kawasan State Street masih dikawal oleh pihak polis dan terdapat beberapa kawasan kedai yang mengalami kerosakan yang serius.
“Pintu kaca dipecahkan dan berlaku kebakaran kereta polis yang saya rasa merupakan satu isyarat besar menandakan protes kepada pihak penguasa.
“Terdapat gambar menunjukkan polis telah menutup sedikit sudut laluan masuk ke jalan tersebut dan mereka telah memasang pagar, jadi saya tidak dapat maklumat apa yang akan berlaku esok,” katanya.
Seorang lelaki mengambil iMac melalui tingkap kedai Apple yang pecah di pusat beli-belah Grove di Los Angeles kelmarin
Bagaimanapun, katanya, pihak universiti memberi jaminan atas keselamatan pelajar. Yassier yakin pihak kedutaan Malaysia di AS juga mengambil maklum berhubung perkembangan di situ.
“Saya rasa kesemua pelajar Malaysia di AS telah ambil langkah proaktif bagi menjaga keselamatan masing-masing iaitu mengurangkan risiko untuk keluar rumah kerana bukan setakat ancaman virus Covid-19 tetapi kita juga ada virus perkauman di AS yang sedikit sebanyak akan mengganggu jaminan keselamatan,” katanya.
Pada masa sama, Yassier berkata, keganasan yang berlaku tidak seharusnya dikaitkan dengan protes aman yang telah dilakukan kerana kemungkinan berlaku unsur sabotaj.
“Protes yang diselangi dengan keganasan akan juga menyebabkan masalah lain muncul. Individu-individu yang melakukan keganasan, yang tidak seharusnya mewakili keseluruhan ahli perhimpunan aman tersebut perlu dikutuk di atas perlakuan tersebut,” kata beliau.
SH




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/01/pelajar-malaysia-berhijab-takut-jalan-seorang-diri-di-as/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pelajar-malaysia-berhijab-takut-jalan-seorang-diri-di-as

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seorang Lagi Pelajar Thailand Transit Di Malaysia Positif Covid 19

Seorang Lagi Pelajar Thailand Transit Di Malaysia Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 280 hits
BANGKOK 3 Jun Seorang lagi pelajar Thailand yang pulang dari Arab Saudi dengan melalui sempadan Malaysia disahkan positif COVID 19 Pelajar lelaki berusia 26 tahun itu merupakan kes COVID 19 terbaharu direkodkan di Thailand dalam tempoh 24 j...
Seorang Daripada Lima Orang Dewasa Di Malaysia Hidap Diabetes

Seorang Daripada Lima Orang Dewasa Di Malaysia Hidap Diabetes

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 156 hits
Seorang daripada lima orang dewasa di Malaysia atau kira kira 3 9 juta orang berumur 18 tahun ke atas menghidap diabetes demikian menurut dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba ke...
Dua Pelajar Malaysia Ini Bakal Melanjutkan Pengajian Sarjana Di Kolej Harvard Tahniah

Dua Pelajar Malaysia Ini Bakal Melanjutkan Pengajian Sarjana Di Kolej Harvard Tahniah

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 498 hits
Aqil dan Zad akan menjadi sebahagian daripada kelas sarjana bagi universiti ternama itu bagi tahun 2024 small Cover image via Twitter lapetitemaligne span span amp Bloomberg span span small Dua orang pelajar Malaysia bakal menuju ke Harvard...
Malaysia Milik Muhyiddin Seorang Ke

Malaysia Milik Muhyiddin Seorang Ke

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 226 hits
via WhatsApp Negara Malaysia ni Negara apa Milik PM seorang ke Tak ada perundangan Tak ada dewan Rakyat Tidak ada Mentri Kewangan PM buat suka hati umum itu ini Pelbagai Bantuan Pelbagai projek dan pembangunan Saya bukan tak setuju tapi bia...
Pelajar Melayu Di Jepun Ni Bagi 25 Sebab Sbb Dia Takmo Blk Malaysia 19 Paling Kelakar

Pelajar Melayu Di Jepun Ni Bagi 25 Sebab Sbb Dia Takmo Blk Malaysia 19 Paling Kelakar

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 1240 hits
Terkadang ada kenalan bertanya nak duk Jepun sampai bila Apa plan lepas grad Nak kerja dekat mana Baliklah cepat bila aku jawab taknak balik Malaysia nak stay Jepun lama sebab sini best ramai yg suka menyindir aku lupa daratan tak rindu kel...
Perkahwinan Dibataikan Angkara 0rang Ke 3 Wanita Tabah Photoshoot Seorang Diri Pakai Baju Pengantin

Perkahwinan Dibataikan Angkara 0rang Ke 3 Wanita Tabah Photoshoot Seorang Diri Pakai Baju Pengantin

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 453 hits
Setiap pasangan yang bercinta sudah pasti mahukan pengakhiran yang terbaik buat mereka Menjadi raja sehari merupakan hari yang dinanti nantikan oleh semua pasangan kekasih Namun kisah wanita ini pasti akan membuat anda s3bak dan sedih Setel...
Kkm Belum Terima Maklumat 10 Pelajar Malaysia Di Sudan Dijangkitii Covid 19

Kkm Belum Terima Maklumat 10 Pelajar Malaysia Di Sudan Dijangkitii Covid 19

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 332 hits
Pihak Kementerian Kesihatan setakat ini belum menerima sebarang maklumat terperinci berkenaan kenyataan 10 pelajar Malaysia di Khartoum Sudan yang didakwa dijangkiti COVID 19 Respon tersebut dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr...
Pelajar Malaysia Yang Mahu Kembali Ke Indonesia Perlu Patuhi Prosedur Kesihatan

Pelajar Malaysia Yang Mahu Kembali Ke Indonesia Perlu Patuhi Prosedur Kesihatan

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 235 hits
Jakarta Pelajar perubatan Malaysia yang pulang ke tanah air dan perlu kembali ke Indonesia untuk menduduki Ujian Kompetensi Mahasiswa Program Profesi Dokter perlu mematuhi prosedur kesihatan ketat yang ditetapkan termasuk memiliki sijil kes...
8 Artis Berstatus Single Mom Ketangguhan Mereka Membesarkan Anak Seorang Diri Bisa Jadi Inspirasi

8 Artis Berstatus Single Mom Ketangguhan Mereka Membesarkan Anak Seorang Diri Bisa Jadi Inspirasi

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 406 hits
Sibuk mencari nafkah sekaligus membesarkan buah hati mereka para ibu ini buktikan kalau mereka adalah perempuan tangguh
Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami

Salah Besar Kalau Kembali Kepada Quran Dan Sunnah Saja Tambah Ulil Amri

Panduan Dan Cara Atasi Sembelit Bagi Dewasa Kanak Kanak Dan Selepas Bersalin

Cheah Liek Hou

Mcmc S Police Report Against Writer Murray Hunter Is High Handed And Has A Chilling Effect On Freedom Of Speech

Keluarga Berang Terima Kiriman Jenazah Individu Lain

Adapting To Consumer Behavior

Kenyataan Wan Rosdy Bakar Semangat Penyokong Pakatan Harapan Di Prk Dun Kuala Kubu Bharu



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


Papagomo Ditahan Aibkan Agong

Tergamak Petik Al Quran Kaki Fitnah Dipanggil Pejuang Rakyat

Normani S Legs And Feet In Tights 5

Jadwal Puasa Sunnah Mei 2024

Wanita Maut Ditikam 30 Kali Di Sepanyol

Tawas Hilangkan Masalah Air Telaga Berbau