Pelajar Malaysia Yang Mahu Kembali Ke Indonesia Perlu Patuhi Prosedur Kesihatan


Jakarta: Pelajar perubatan Malaysia yang pulang ke tanah air dan perlu kembali ke Indonesia untuk menduduki Ujian Kompetensi Mahasiswa Program Profesi Dokter (UKMPPD) perlu mematuhi prosedur kesihatan ketat yang ditetapkan termasuk memiliki sijil kesihatan.
UKMPPD, syarat wajib bagi pelajar perubatan tahun akhir yang ditetapkan Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, sebelum ini dijadualkan pada Mei lepas namun ditunda kepada Ogos susulan penularan pandemik COVID-19.
Berdasarkan peraturan terbaharu yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Indonesia pada 26 Mei lalu, hanya warga asing yang memiliki pasport diplomatik atau mempunyai Kartu Izin Tinggal Terbatas (KITAS) dan Kartu Izin Tinggal Tetap (KITAP) dibenar memasuki republik itu.
Namun mereka yang memiliki KITAS atau KITAP, termasuk pelajar Malaysia, kini perlu memiliki sijil kesihatan yang mengesahkan mereka bebas daripada COVID-19 dan sijil itu harus sah selama tujuh hari dari tarikh ketibaan di Indonesia.
Sekalipun mempunyai sijil itu, warga asing yang memasuki Indonesia masih perlu menjalani saringan kesihatan di lapangan terbang di Jakarta dan pihak berkuasa Indonesia akan mengeluarkan dokumen kesihatan bebas penyakit (health clearance dan health alert card) serta surat kebenaran bagi yang perlu ke provinsi atau kota lain.
Semua dokumen itu perlu diserahkan kepada pejabat kesihatan di kota yang dituju mereka.
Dokumen “health clearance dan health alert card” tersebut juga perlu dihantar kepada Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi emel ke [email protected].
Warga asing juga perlu menjalani kuarantin kendiri 14 hari di destinasi masing-masing.
Bagi yang tidak memiliki sijil kesihatan,  mereka perlu menjalani ujian rapid di lapangan terbang dan  sekiranya reaktif atau mempamerkan gejala COVID-19, individu itu akan dirujuk ke hospital, manakala bagi yang tidak reaktif akan menjalani kuarantin kendiri 14 hari di dua buah hotel yang ditetapkan iaitu Hotel Borobudur dan Hotel JS Luwansa di Jakarta dengan pembiayaan sendiri.
Pengarah Education Malaysia di Indonesia (EMI) Prof Madya Dr Mior Harris Mior Harun berkata pihak EMI sentiasa mengadakan perbincangan dengan universiti Indonesia berkaitan kebajikan pelajar dan isu-isu yang berbangkit.
“UKMPPD sebelum ini dijadualkan pada Mei lepas telah ditangguhkan kepada Ogos dan kita berharap pandemik COVID-19 akan semakin membaik kerana kita masih ada banyak masa sebelum Ogos tiba dan kita juga berharap beberapa peraturan berkaitan pembatasan sosial berskala besar (PSBB) di Jakarta yang berkuat kuasa sehingga 4 Jun ini dilonggarkan,” katanya.
Berdasarkan surat rasmi yang dikeluarkan Panitia Nasional UKMPPD bertarikh 26 Mac lepas,  penangguhan ujian berkenaan sehingga Ogos depan itu bergantung kepada perkembangan semasa COVID-19.
UKMPPD adalah prosedur yang wajib diikuti oleh mahasiswa tahun akhir jurusan perubatan di Indonesia sebelum mendapat  surat izin praktik sebagai pengamal perubatan, dan ujian itu juga diwajibkan kepada pelajar luar termasuk dari Malaysia sekalipun ujian itu tidak diiktiraf atau diambil kira oleh sistem pendidikan di negara lain.
Menurut sumber, terdapat 77 pelajar Malaysia yang perlu menduduki ujian itu pada Ogos ini iaitu  33 di Bali, 22 di Medan, 13 di Malang,  empat di Surabaya, tiga di Padang dan dua di Yogjakarta.
Sumber: Mohd Shukri Ishak/Bernama
The post Pelajar Malaysia Yang Mahu Kembali Ke Indonesia Perlu Patuhi Prosedur Kesihatan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/05/29/pelajar-malaysia-yang-mahu-kembali-ke-indonesia-perlu-patuhi-prosedur-kesihatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm Belum Terima Maklumat 10 Pelajar Malaysia Di Sudan Dijangkitii Covid 19

Kkm Belum Terima Maklumat 10 Pelajar Malaysia Di Sudan Dijangkitii Covid 19

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 465 hits
Pihak Kementerian Kesihatan setakat ini belum menerima sebarang maklumat terperinci berkenaan kenyataan 10 pelajar Malaysia di Khartoum Sudan yang didakwa dijangkiti COVID 19 Respon tersebut dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr...
Dua Pelajar Malaysia Ini Bakal Melanjutkan Pengajian Sarjana Di Kolej Harvard Tahniah

Dua Pelajar Malaysia Ini Bakal Melanjutkan Pengajian Sarjana Di Kolej Harvard Tahniah

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 609 hits
Aqil dan Zad akan menjadi sebahagian daripada kelas sarjana bagi universiti ternama itu bagi tahun 2024 small Cover image via Twitter lapetitemaligne span span amp Bloomberg span span small Dua orang pelajar Malaysia bakal menuju ke Harvard...
Covid19 Tiga Strategi Kerajaan Malaysia Dipuji Pakar Indonesia

Covid19 Tiga Strategi Kerajaan Malaysia Dipuji Pakar Indonesia

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 458 hits
Strategi kerajaan Malaysia dalam memastikan usaha menangani wabak COVID 19 berada di landasan yang betul dipuji oleh seorang pakar Indonesia Pakar Komunikasi dan Penggiat Literasi Media Santi Indra Astuti yang sejak awal perlu akur pada ara...
Beda Dengan Indonesia Malaysia Tunggu Arab Saudi Soal Haji

Beda Dengan Indonesia Malaysia Tunggu Arab Saudi Soal Haji

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 420 hits
Pemerintah Malaysia menyatakan akan menunggu Arab Saudi mengumumkan keputusannya mengenai haji sebelum memutuskan apakah Muslim Malaysia akan diizinkan untuk melakukan haji pada tahun ini Menteri Keamanan Malaysia Ismail Sabri Yaakob mengem...
Halmahera Indonesia Digegar Gempa Bumi Kuat 6 4 Skala Richter Tiada Ancaman Tsunami Kepada Malaysia Met Malaysia

Halmahera Indonesia Digegar Gempa Bumi Kuat 6 4 Skala Richter Tiada Ancaman Tsunami Kepada Malaysia Met Malaysia

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 531 hits
Gempa bumi kuat bermagnitud 6 4 skala Richter dilaporkan melanda Halmahera Indonesia pada pukul 4 49 petang pada 4 Jun 2020 Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira kira 232km Tenggara dari Pula...
Kembali Ke Malaysia Setelah 3 Bulan Temani Bcl Ini Pesan Menyentuh Ibu Ashraf Untuk Menantunya

Kembali Ke Malaysia Setelah 3 Bulan Temani Bcl Ini Pesan Menyentuh Ibu Ashraf Untuk Menantunya

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 367 hits
BCL juga menghadiahkan sang ibu mertua sebuah Alquran dan sajadah sebagai pengingat untuk selalu mendoakan Ashraf
Gempa Bumi Sederhana Gegar Indonesia Malaysia Tidak Terkesan

Gempa Bumi Sederhana Gegar Indonesia Malaysia Tidak Terkesan

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 474 hits
KUALA LUMPUR 31 MEI Gempa bumi sederhana kuat berukuran 5 6 pada skala Richter dilapor melanda Kepulauan Talaud Indonesia pada pukul 9 06 malam tadi Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira kira...
Pm Singapura Ucap Selamat Menyambut Aidilfitri Kepada Pemimpin Malaysia Indonesia Brunei

Pm Singapura Ucap Selamat Menyambut Aidilfitri Kepada Pemimpin Malaysia Indonesia Brunei

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 471 hits
SINGAPURA Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari ini mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri kepada pemimpin negara jiran republik itu termasuk Malaysia menurut Pejabat Perdana Menteri Hsien Loong menyampaikan ucapan itu menerusi p...
Pakar Kesihatan Amerika Puji Malaysia Tindakan Pantas Cemerlang

Pakar Kesihatan Amerika Puji Malaysia Tindakan Pantas Cemerlang

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 415 hits
KUALA LUMPUR Tindakan pantas kerajaan dalam mengekang penularan wabak COVID 19 mendapat pujian pakar kesihatan awam Amerika Syarikat Pakar Perubatan dan Kesihatan Awam Yale University Prof Dr Rick Altice berkata langkah pencegahan yang dila...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Jenis Minuman Sihat Untuk Buang Angin Cergaskan Badan

Ppim Perjelas Isu Makanan Kucing Didakwa Berasaskan Babi Malaysia Gazette 11 10 2025

Lirik Lagu Sinaran Rossa Ft Mk K Clique

Syi Ir Tawassul Al Rifa Ie Doa Santri Dan Cahaya Ilmu

5 Game Penghasil Uang Langsung Ke Rekening Terbaik Legit

10 Pekerjaan Online Yang Ideal Untuk Ibu Rumah Tangga Fleksibel Dan Ringan Modal