Pelajar Kpsk Mencungkil Kebolehan Seni Orang Kurang Upaya Di Karnival Casaxoku 2025


13 Disember 2024 - Karnival CASAxOKU 2025 memberikan peluang kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) menunjukkan bakat terpendam mereka di dalam sebuah program yang dikendalikan oleh pelajar Pengajian Seni Liberal dari Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK), UiTM Kampus Puncak Perdana, bertempat di Tingkat tiga, Blok Akademik, UiTM Puncak Perdana. Pelajar-pelajar Kolej Pengajian Seni Kreatif yang terlibat dalam penganjuran karnival ini sangat teruja untuk menyambut kedatangan golongan istimewa ke karnival ini dengan tujuan meraikan serta berkongsi pengalaman dan kegembiraan bersama mereka. Mungkin sesetengah daripada mereka belum pernah merasai pengalaman dalam suasana akademik untuk berinteraksi dengan pelajar dan pensyarah. Oleh itu, Inisiatif ini juga dapat merapatkan jurang dan menzahirkan keprihatinan terhadap golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Seramai 438 orang pelajar semester 1 hingga 4, peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda, Pengajian Seni Liberal dari Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Puncak Perdana terlibat menganjurkan Karnival CASAxOKU 2025 yang bermula dari 16 hingga 18 Januari 2025 bertempat di Tingkat Tiga, Blok Akademik, UiTM Puncak Perdana. Produksi Euphoria telah diberikan kepercayaan dalam melaksanakan acara ini dengan objektif utamanya adalah untuk membawa CASA ke arah gaya pemikiran pelajar yang fleksibel menerusi tema CASAxOKU. Selain menjenamakan Pengajian Seni Liberal, Produksi Euphoria berusaha membawa suasana yang berbeza untuk membuka minda para pelajar untuk terus bereksperimentasi dalam menghasilkan impak yang lebih positif.
Antara individu OKU yang akan menyertai program ini ialah seorang yang merupakan OKU penglihatan dan seorang lagi individu dengan autisme. Kedua-dua mereka memiliki bakat luar biasa dalam memainkan alat muzik. Keberanian mereka untuk tampil dan berkongsi bakat di hadapan masyarakat merupakan sesuatu yang amat menginspirasikan. Walaupun berdepan dengan cabaran dan keterbatasan, mereka menunjukkan bahawa kekuatan dalaman mampu mengatasi segala halangan.
CASAxOKU 2025 diadakan sebagai satu aktiviti komuniti bergerak yang menguji minda dan emosi pelajar. Program yang amat bermakna ini mendapat perhatian daripada pihak luar apabila mereka menerima banyak sumbangan dan salah satu penaja utama adalah “Hausboom”. Setiap sub-acara bagi karnival ini telah dipromosikan secara besar-besaran melalui platform media sosial Pengajian Seni Liberal yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang mempraktikkan subjek Promosi dan Publisiti.
Antara program menarik yang disediakan selama tiga hari termasuk:
1.    Simfoni Tanpa Batasan - Menyatukan Bakat, Melangkaui Batas - Sebuah projek persembahan seni yang bertujuan meraikan bakat-bakat unik dan luar biasa dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam bidang muzik, nyanyian, dan tarian.
2.    Tangan Yang Melihat - Kompilasi acara yang akan meningkatkan kesedaran orang awam dengan cabaran harian yang dihadapi oleh individu kurang upaya penglihatan.
a)    BI-CARA Mengimani Takdir - satu wacana yang memaparkan isu-isu seperti aksesibiliti,stigma sosial, dan pengalaman peribadi OKU penglihatan.

b)    Pameran Gema Cahaya - pameran simulasi yang membolehkan pelajar atau tetamu yang hadir untuk mengalami sendiri kaedah berjalan seperti OKU penglihatan.


3.    Talk Show Emansipasi Unik: Insan Magis - Program talk show ini mempunyai beberapa segmen yang memfokuskan topik kekeluargaan, mempromosikan produk OKU, dan mewara-warakan program melalui video (pre-record).
4.    Trade-sure Hunt: Hunt the Treasure - Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran para pelajar terhadap setiap kategori OKU yang ada iaitu Kurang Upaya Pendengaran, Kurang Upaya Penglihatan, Kurang Upaya Fizikal, Masalah Pembelajaran, Kurang Upaya Pertuturan, Kurang Upaya Mental, dan Kurang Upaya Pelbagai.
5.    Cinemove Unisinema Suara Tanpa Batas - Cinemove berfungsi sebagai platform kreatif untuk pelajar mempersembahkan dan mempromosikan filem tempatan dan antarabangsa, sambil mendapatkan pengalaman praktikal dalam pengurusan acara dan industri filem.
6.    Bengkel Lukisan Artesable Arena - Melalui program ini, peserta mengembangkan kreativiti mereka melalui teknik-teknik seni lukisan Chinese Ink Painting yang unik, diajar oleh tenaga pengajar yang mempunyai kelulusan dalam Chinese Ink Landscape Art, di China Academy of Art.
7.    EntrepreNation@Pundana - Acara ini menyediakan ruang gerai jualan yang turut menampilkan produk hasil usaha golongan orang kurang upaya (OKU) serta mempamerkan karya seni kreatif mereka.
a)  Pentas Casacoustic - Acara ini juga menampilkan persembahan langsung seperti mini busking, di mana bakat terselindung dalam kalangan OKU, kumpulan penyanyi popular serta pelajar Pengajian Seni Liberal dalam bidang muzik dan persembahan. Antara barisan penyanyi yang bakal memeriahkan acara ini termasuk Sekumpulan Orang Gila (SOG), Armpunk Syndicate, dan ramai lagi.

b)  Pameran Karya Seni (Pameran: Karya Bakat Terselindung) - Pameran karya seni merupakan komponen utama program ini, mempamerkan hasil seni seperti lukisan, fotografi, seni digital, dan kraf kreatif. Hasil karya ini adalah sumbangan usahawan daripada Persatuan OKU Sentral, yang disediakan untuk tatapan umum. 
Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) akan terus berusaha dalam memastikan penghasilan graduan seimbang yang kompetitif di peringkat nasional dan global serta memperkasa jaringan strategik dengan alumni dan industri, seterusnya dapat menyerlahkan potensi pelajar, tenaga kerja dan mampu bersaing di masa hadapan. Kemahiran insaniah seumpama ini adalah satu esensi bagi pelajar Pengajian Seni Liberal agar bakat mereka diasah dengan sebaiknya dalam memastikan kelestarian kualiti graduan KPSK, sejajar dengan Pelan Strategik UiTM 2025 ke arah Globally Renowned University 2025. Melalui Karnival CASAxOKU 2025, KPSK yakin dapat meningkatkan kesedaran dan empati masyarakat terhadap golongan istimewa ini. Semoga usaha murni ini dapat membentuk jati diri yang sentiasa bersyukur.




 
Maklumat lanjut hubungi:
Nur Amelia binti Mohd Zailani

+06016-2002 658



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.raydahalhabsyi.com/2025/01/pelajar-kpsk-mencungkil-kebolehan-seni.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
9 Tarikh Islam 2025 Peluang Maksimumkan Ibadah

9 Tarikh Islam 2025 Peluang Maksimumkan Ibadah

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 277 hits
Dalam setiap detik kehidupan terdapat peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT Tahun 2025 membawa pelbagai peristiwa penting dalam kalendar Islam yang penuh hikmah Daripada permulaan bulan Rejab hingga ke Aidiladha setiap tarikh ini ...
Ini Antara Model Model Kereta Yang Dijangka Tiba Pada 2025

Ini Antara Model Model Kereta Yang Dijangka Tiba Pada 2025

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 112 hits
Tahun 2024 sudah melabuhkan tirainya meninggalkan pelbagai kenangan termasuk deretan model automotif baharu yang memperkayakan pasaran Namun 2025 dijangka lebih gemilang membawa bersama pelbagai model baharu dan facelift Tapi yang pasti men...
Selamat Datang 2025 Menanti Yang Baik Baik Saja

Selamat Datang 2025 Menanti Yang Baik Baik Saja

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 227 hits
Selamat Datang 2025 Menanti Yang Baik Baik Saja Itulah impian dan harapan kita setiap kali menjelangnya tahun baru Tahun baru 2025 sudah bermula Kita mulakan dengan apa Senyuman atau kedukaan Harapan atau kekesalan Positif atau negatif Semu...
28 Kawasan Larangan Merokok 2025 Berkuat Kuasa 1 Januari 2025

28 Kawasan Larangan Merokok 2025 Berkuat Kuasa 1 Januari 2025

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 258 hits
TERKINI Berkuat kuasa 1 Januari 2025 sebanyak 28 kawasan larangan merokok 2025 telah diwartakan sebagai zon larangan merokok Antaranya termasuk premis dobi dan bangunan tempat kerja yang kini dimasukkan dalam senarai kawasan larangan berkai...
Perubahan Cuti Hujung Minggu Johor Pakaian Penjawat Awam Cuti Ganti Johor 2025

Perubahan Cuti Hujung Minggu Johor Pakaian Penjawat Awam Cuti Ganti Johor 2025

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 156 hits
Perubahan cuti hujung minggu Johor telah ditukar semula kepada hari Sabtu dan Ahad Perkara ini telah diumumkan sendiri oleh Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail setelah mendapat perkenan dan restu Sultan Ibrahim serta pandangan daripa...
January 1st 2025 Great Expectations

January 1st 2025 Great Expectations

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 181 hits
Happy New Year 2025 folks First of all January 1st for the new year does make plenty of sense because it is based on a scientific calendar It is based on the fixed and highly predictable movement of the earth around the sun January 1st is t...
Drama Melayu 2025

Drama Melayu 2025

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 538 hits
Berikut senarai drama Melayu terbaharu yang disiarkan di televisyen dan platform penstriman sepanjang tahun 2025 Tekan atau klik pada tajuk untuk info lanjut DRAMA MELAYU 2025 TV3 AKASIACalon Isteri Buat SuamiAku Bukan Ustazah 2SAMARINDARin...
Senarai Tarikh Cuti Umum Kelantan 2025

Senarai Tarikh Cuti Umum Kelantan 2025

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 295 hits
senarai tarikh cuti umum Kelantan 2025 Cuti umum merupakan salah satu aspek penting dalam kehidupan masyarakat Di Kelantan penetapan tarikh cuti umum Kelantan 2025 sangat dinantikan kerana ia memberi peluang kepada rakyat untuk merancang be...
Senarai Pelepasan Cukai 2024 Untuk E Filing 2025

Senarai Pelepasan Cukai 2024 Untuk E Filing 2025

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 433 hits
Senarai Pelepasan Cukai Bagi Tahun Taksiran 2024 LHDN Seperti setiap tahun pengemukaan Borang Nyata Tahun Taksiran 2024 dan Tahun Saraan 2024 melalui e Filing bagi pembayar cukai individu dan selain individu iaitu Borang BE B M BT MT P TF T...
Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan

The Role Of Jewelry Showcases In Attracting Customers And Boosting Sales

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Inilah Alasan Mengapa Sesetengah Tingkap Hotel Tidak Boleh Dia Buka

Buasir Otak Tv Bayangkan Dalam Sampan Dikelilingi Buaya Be Like

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fuel Prices Remain Unchanged

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis