Senarai Pelepasan Cukai 2024 Untuk E Filing 2025


Senarai Pelepasan Cukai Bagi Tahun Taksiran 2024 LHDN (e-Filing 2025)
Seperti setiap tahun, pengemukaan Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2024 dan Tahun Saraan 2024 melalui e-Filing bagi pembayar cukai individu dan selain individu iaitu Borang BE, B, M, BT, MT, P, TF, TP dan E boleh dilakukan mulai 01 Mac 2025.
LHDN telah menyenaraikan pelepasan cukai individu pemastautin bagi tahun taksiran 2023 untuk makluman semua pembayar cukai.
Berikut adalah senarai Pelepasan yang boleh dituntut dalam pengiraan cukai atau e-filing yang akan dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi e-filing 2024/2025 nanti.
Adakah Anda Layak Dikenakan Cukai? Cukai pendapatan dikenakan terhadap setiap individu bagi pendapatan yang terakru atau terbit di Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar Malaysia bagi setiap tahun taksiran.
Seseorang individu yang mempunyai jumlah pendapatan MELEBIHI nilai ambang yang ditetapkan, yang boleh dikenakan cukai perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Skop pengenaan cukai seseorang individu adalah bergantung kepada taraf mastautinnya.
Individu bermastautin dikenakan cukai mengikut kadar cukai berskala serta layak menuntut potongan menurut seksyen 45A ACP hingga seksyen 49 ACP. Manakala individu bukan pemastautin dikenakan cukai pada kadar tetap 30% dan tidak layak menikmati sebarang potongan.
Sebarang punca pendapatan daripada luar Malaysia yang dibawa masuk ke Malaysia adalah dikecualikan cukai.
Individu yang menerima pendapatan penggajian tahunan melebihi RM 37,333 dan mereka yang mempunyai Potongan Cukai Bulanan layak dikenakan cukai.
Pengiraan ambang jumlah pendapatan individu yang TIDAK DIKENAKAN CUKAI adalah mengambil kira pendapatan kasar tahunan ditolak dengan pelepasan asas individu dan rebat cukai yang layak. Pelepasan asas yang diambil kira adalah pelepasan individu dan saudara tanggungan serta pelepasan suami / isteri dan anak (di bawah umur 18 tahun) bagi individu yang telah berkahwin. Manakala tolakan rebat individu (RM400) serta pasangan (RM400 jika berkenaan) dibenarkan sekiranya pendapatan bercukai individu tersebut tidak melebihi RM35,000.
Berikut merupakan ambang jumlah pendapatan individu TIDAK DIKENAKAN CUKAI mengikut jenis taksiran
I) JUMLAH PENDAPATAN PENGGAJIAN (INDIVIDU) YANG TIDAK DIKENAKAN CUKAI
Individu yang menerima pendapatan penggajian tahunan melebihi RM 34,000 dan mereka yang mempunyai Potongan Cukai Bulanan layak dikenakan cukai.
Pengiraan ambang jumlah pendapatan individu yang TIDAK DIKENAKAN CUKAI adalah mengambil kira pendapatan kasar tahunan ditolak dengan pelepasan asas individu dan rebat cukai yang layak. Pelepasan asas yang diambil kira adalah pelepasan individu dan saudara tanggungan serta pelepasan suami / isteri dan anak (di bawah umur 18 tahun) bagi individu yang telah berkahwin. Manakala tolakan rebat individu (RM400) serta pasangan (RM400 jika berkenaan) dibenarkan sekiranya pendapatan bercukai individu tersebut tidak melebihi RM35,000.
Berikut merupakan ambang jumlah pendapatan individu TIDAK DIKENAKAN CUKAI mengikut jenis taksiran :
JENIS TAKSIRANPENDAPATAN TAHUNAN (RM)PENDAPATAN BULANAN (RM)Diri Sendiri(Bujang / janda / balu / duda / pasangan tiada punca pendapatan)37,3333,111Berasingan1. Berkahwin + 0 Anak37,3333,1112. Berkahwin + 1 Anak  3. Berkahwin + 2 Anak41,3333,444Bersama1. Berkahwin + 0 Anak48,0004,0002. Berkahwin + 1 Anak50,0004,1673. Berkahwin + 2 Anak52,0004,333 Nota:
* Jumlah pelepasan individu dan saudara tanggungan adalah RM9,000 ** Jumlah pelepasan anak di bawah umur 18 tahun adalah RM2,000 bagi seorang anak *** Jumlah kelayakan rebat (diri sendiri dan suami / isteri) terhad kepada pendapatan bercukai individu sehingga RM35,000 Baca juga: ezHASiL: Panduan Isi eFiling Cukai Pendapatan Untuk Kali Pertama
II) JUMLAH PENDAPATAN PENGGAJIAN PERNIAGAAN (INDIVIDU) YANG TIDAK DIKENAKAN CUKAI
Keuntungan yang diperolehi daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion adalah merupakan pendapatan yang layak dikenakan cukai (termasuk sebarang bentuk perniagaan yang tidak berdaftar dengan mana-mana pihak berkuasa (Ekonomi Bayangan).
Perniagaan terdiri daripada:
Milikan Tunggal / Bekerja Sendiri Individu yang menjalankan perniagaan secara perseorangan
Perkongsian Meliputi sebarang bentuk kerjasama antara dua atau lebih pihak bagi menyatukan hak, kuasa, tenaga kerja atau kemahiran dalam menjalankan perniagaan dan mewujudkan perkongsian keuntungan. Perkongsian mungkin wujud di antara :
Individu-individu Dua syarikat Individu dan syarikat Individu dan pemegang amanah bagi sesuatu penyelesaian Contoh Perniagaan :
Perniagaan Runcit Perniagaan Pasar Malam / Gerai Perniagaan Melalui Internet (Ekonomi Digital) Bidang Lakonan / Nyanyian / Duta Produk / Ulasan Produk Komisen / Kelas Tuisyen / Penceramah Perniagaan Jualan Langsung / Stokis Bidang Penulisan / Youtuber / Blogger Pertanian dan Penternakan Klinik, Firma Guaman atau Lain-Lain Pengamal Profesional Pemandu Teksi / e-hailing Senarai Pelepasan Cukai 2024 (Untuk e-Filing 2025) PELEPASAN CUKAI INDIVIDU PEMASTAUTIN TAHUN TAKSIRAN 2024
PELEPASAN CUKAI INDIVIDU Suami/Isteri/Alimoni kepada bekas isteri: RM4,000 Individu dan saudara tanggungan: RM9,000 Yuran pengajian (sendiri): RM7,000
i) Di peringkat tertiari selain Sarjana atau Doktor Falsafah.
ii) Di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah (terhad RM7,000).
iii) Kursus peningkatan kemahiran (terhad RM2,000). Potongan tambahan individu kurang upaya: RM6,000
Suami/isteri kurang upaya: RM5,000 INSURANS & CARUMAN Skim persaraan swasta dan anuiti tertangguh: RM3,000 SSPN (Tabung Bersih): RM8,000 PERKESO / Sistem Insurans Pekerjaan: RM350 Insurans pendidikan dan perubatan (individu, suami, isteri atau anak): RM3,000 Insurans nyawa dan KWSP: RM7,000
i) Premium insurans nyawa / caruman KWSP (sukarela) (terhad RM7,000).
ii) Caruman KWSP (sukarela) / WAJIB / skim yang diluluskan untuk pekerja asing (terhad RM4,000). GAYA HIDUP Gaya hidup (manfaat diri sendiri, pasangan atau anak): RM2,500
i) Pembelian dan langganan bahan bacaan.
ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar / tablet.
iii) Bil langganan internet (nama sendiri).
iv) Yuran kursus peningkatan kemahiran / ujian pemanduan. Gaya hidup – Pelepasan tambahan (manfaat diri sendiri, pasangan atau anak): RM1,000
i) Pembelian peralatan sukan dan bayaran penyertaan sukan.
ii) Pendaftaran program pengajian.
iii) Fi keahlian gimnasium / latihan sukan. Pemasangan / sewaan / pembelian / yuran langganan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik bagi kenderaan sendiri: RM2,500 PERUBATAN & KEPERLUAN KHAS Perbelanjaan perubatan (diri sendiri, pasangan atau anak): RM10,000
i) Penyakit serius.
ii) Rawatan kesuburan.
iii) Penjagaan kehamilan.
iv) Pemeriksaan COVID-19 dan vaksinasi.
v) Kos diagnosis intervensi awal autisme, hiperaktif dan disleksia. Perbelanjaan untuk ibu bapa: RM8,000
i) Perbelanjaan rawatan perubatan, rawatan pergigian, keperluan harian dan penjagaan.
ii) Pemeriksaan kesihatan (terhad RM1,000). Peralatan sokongan asas OKU (diri sendiri, pasangan, anak atau ibu bapa): RM6,000 PELEPASAN CUKAI ANAK Anak di bawah umur 18 tahun belum berkahwin: RM2,000 Anak – 18 tahun dan ke atas: RM2,000
i) Belum berkahwin.
ii) Belajar sepenuh masa. Pelepasan tambahan anak kurang upaya: RM8,000
i) Umur 18 tahun ke atas, belum berkahwin.
ii) Belajar sepenuh masa (Diploma atau setaraf di Malaysia / ijazah dan ke atas di luar Malaysia). Anak kurang upaya belum berkahwin: RM6,000 Yuran taska / tadika berdaftar: RM3,000
i) Umur 6 tahun dan ke bawah.
ii) Dibenarkan tuntutan sama ada suami atau isteri. Pembelian peralatan penyusuan: RM1,000
i) Pembayar cukai wanita sahaja.
ii) Anak berumur kurang 2 tahun.
iii) Boleh dituntut sekali setiap 2 tahun taksiran. Sumber infografik : LHDNM Penafian: Ilustrasi ini hanyalah ringkasan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hasil.gov.my.
Apakah Yang Patut Dilakukan Jika Anda Layak Dikenakan Cukai? Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada HASiL. 
Individu tersebut adalah bertanggungjawab untuk :
 Daftar Nombor Cukai Pendapatan / Kemaskini Maklumat
Lapor Pendapatan Tahunan
Bayar Cukai Pendapatan Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan di cawangan yang berhampiran ATAU secara online melalui Portal MyTax.
NOTA:
Pendaftaran nombor cukai pendapatan boleh dibuat secara :
dalam talian (online) melalui aplikasi e-Daftar dalam sistem MyTax, https://mytax.hasil.gov.my Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut :
Pendaftaran secara e-Daftar :
Pasport bagi bukan warganegara Malaysia Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan) Maklumat Lanjut Tentang Pelepasan Cukai 2024 / 2025 Sila layari laman web http://www.hasil.gov.my/ atau hubungi cawangan LHDNM atau Pusat Khidmat Pelanggan Hasil Care Line untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan Pelepasan Cukai 2024/2025 bagi memudahkan proses e-Filing 2024.
Hasil Care Line
03-8911 1000
603-8911 1100 (Luar Negara) Rujukan Segera
Penggajian (Tiada Pendapatan Perniagaan) 03-8911 1200 Perniagaan (Bekerja Sendiri / Perkongsian) 03-8911 1300 e-Filing 03-8911 1400 Bantuan Khas Kerajaan / Bantuan Keluarga Malaysia 1800-88-2747 Sekiranya tuan/puan mengalami masalah menghubungi Hasil Care Line, tuan/puan juga boleh menghubungi mana-mana Cawangan LHDNM terdekat untuk mendapatkan bantuan.
Untuk sebarang maklumbalas / pertanyaan / permohonan melalui emel, sila gunakan Borang Maklumbalas Pelanggan di portal rasmi LHDNM.
Sila klik di sini untuk ke Borang Maklumbalas Pelanggan
Perhatian: Untuk kategori maklumbalas, sila pilih hanya satu kategori sahaja iaitu samada “Pertanyaan” atau “Permohonan”.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/pelepasan-cukai-2024-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pelepasan-cukai-2024-2025

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Senarai 25 Lokasi Waktu Pengaktifan Smart Lane Di Lebuhraya Plus Dari 20 Dis 2024 2 Jan 2025

Ini Senarai 25 Lokasi Waktu Pengaktifan Smart Lane Di Lebuhraya Plus Dari 20 Dis 2024 2 Jan 2025

papar berkaitan - pada 21/12/2024 - jumlah : 215 hits
Bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selesa dan lancar ketika musim perayaan Krismas dan cuti hujung tahun yang akan datang PLUS Malaysia Berhad memaklumkan akan mengaktifkan penggunaan laluan Smart Lane di 25 lokasi se...
Cuti Panjang 2025 Senarai Long Weekend Di Malaysia

Cuti Panjang 2025 Senarai Long Weekend Di Malaysia

papar berkaitan - pada 22/12/2024 - jumlah : 214 hits
Senarai cuti panjang tahun 2025 Rakyat Malaysia sememangnya beruntung kerana Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai banyak cuti umum setiap tahun termasuklah untuk tahun 2025 Sekiranya anda ingin merancang percutian anda boleh mera...
Senarai Contoh Ucapan Selamat Tahun Baru 2025 Happy New Year

Senarai Contoh Ucapan Selamat Tahun Baru 2025 Happy New Year

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 371 hits
Kini telah tiba hari terakhir tahun 2024 yang juga merupakan hari ke 346 Sebelum menjelang tahun baru pastinya semua bersemangat untuk bagi ucapan Selamat Tahun Baru 2025 sama ada kepada keluarga kawan kawan atau kongsikan di media sosial K...
Jamuan Akhir Tahun Dak Akak 2024 2025

Jamuan Akhir Tahun Dak Akak 2024 2025

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 200 hits
Assalammualaikum Dunia Sesi 2025 2026 ramai yang tukar aliran dan berpindah sekolahSaja lar nak up kat sini semua gambau nak stick kat sini in case telephone ade problem ka gambau hilang ka tak der lar nanti nyesal macam yang berlaku bulan ...
Terima Kasih 2024 Selamat Tahun Baru 2025

Terima Kasih 2024 Selamat Tahun Baru 2025

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 721 hits
Terima kasih buat mereka yang sentiasa sudi mendoakan saya famili dan semua orang serta hal hal yang saya sayang untuk tahun ini dan seterusnya Moga ingatan dan harapan yang baik baik kembali semula buat kalian Alhamdulillah Allah masih izi...
Program Gema Syukur 2025 31 Disember 2024 Hingga 1 Januari 2025

Program Gema Syukur 2025 31 Disember 2024 Hingga 1 Januari 2025

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 423 hits
DETIK BERMAKNA UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA Sempena menyambut Tahun Baharu 2025 14 agensi di bawah YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bersama Rakan Strategik MAPIM MyFundAction Du at Al Falah akan membawakan program khas penuh pengisian r...
Azam Tahun Baru 2025 Senarai Checklist Contoh Tips Inspirasi

Azam Tahun Baru 2025 Senarai Checklist Contoh Tips Inspirasi

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 166 hits
Selamat datang tahun baru Inilah masanya untuk menetapkan azam baru untuk mewujudkan cita cita Setiap langkah kecil membawa kita lebih dekat pada impian Mari berusaha lebih keras bersabar dan tetap fokus Tahun ini saatnya membuat perubahan ...
Majlis Khatam Al Quran Peringkat Sekolah Sesi 2024 2025

Majlis Khatam Al Quran Peringkat Sekolah Sesi 2024 2025

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 142 hits
Assalammualaikum Dunia Al quran karimDalam diam tak diam lagi seminggu jew sesi persekolahan 2024 2025 akan menutup tirai nyer maka di sekolah banyaklah arakian pelbagai program dan sambutan yang telah diatur oleh pihak pentadbir sekolah Al...
Senarai Filem Melayu 2024

Senarai Filem Melayu 2024

papar berkaitan - pada 5/1/2025 - jumlah : 236 hits
Senarai penuh filem keluaran Malaysia di pawagam sepanjang tahun 20244 JANUARI 2024ANAK PERJANJIAN SYAITAN 2 nbsp PRIMEWORKS STUDIO11 JANUARI nbsp 2024PENDEKAR AWANG DARAH INDERA GAJAHSTUDIO KEMBARA SDN BHD18 JANUARI nbsp 2024JIWA 8 BELASSR...
Anwar Has Become Inspector Saab Pas Info Chief Says

Photo Goes Viral Ministers Deputies Missing From Dewan Rakyat

Where Will Our Money Come From If We Don T Tax The Rich Anwar Says Tnb Tariff Hike Won T Affect 85pc Of Malaysians

Isteri Bolot Duit Jual Buah Pinggang Suami Lari Dengan Kekasih

Cybersecurity For Small Businesses

Gluten Pengertian Bahaya Kesihatan Dan Panduan Diet Bebas Gluten

Eco Friendly Housing How Wellcamp S Prefab Homes Reduce Environmental Impact

Padi Farmers Welcome New Padi Floor Price Announcement


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Buasir Otak Tv Mak Apa Paling Susah Be Like

10 Kereta Elektrik Terbaik Tahun 2025

Usia 40an 50an Masa Untuk Berubah Demi Ketenangan Hidup

Teknik Brain Dump Untuk Pengurusan Minda

Avoiding Unnecessary Pressure In Your Life

Resepi Kek Pilih Kasih