Pelajar Ditikam 120 Kali Selepas Tersilap Naik Uber
Pelajar dibunuh setelah masuk ke dalam kereta yang salah kerana menganggapnya ia adalah Uber miliknya
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt) Pelajar dibunuh setelah masuk ke dalam kereta yang salah kerana menganggapnya ia adalah Uber miliknya
Washington: Dia sepatutnya sudah tamat belajar untuk mengejar cita-citanya sebagai pengamal undang-undang.
Namun, takdir menentukan apabila Samantha Josephson maut akibat ditikam lebih 120 kali selepas tersilap menaiki kereta yang disangka kenderaan perkhidmatan Uber.
Kereta yang digunakan oleh penculik yang membawa masuk Samantha Josephson
Daily Star melaporkan, Samantha, 21, yang berasal dari New Jersey adalah pelajar jurusan Sains Politik di Universiti Carolina Selatan.
Pada kejadian 28 Mac 2019 itu, dia keluar pada waktu malam bersama rakan dan teman lelakinya.
Rakaman menunjukkan Samantha menunggu perjalanannya
Beberapa jam kemudian iaitu pada awal pagi 29 Mac, dia memesan perkhidmatan Uber untuk pulang ke rumahnya, sebelum dirakam menaiki sebuah kenderaan.
Tidak lama kemudian, kenderaan perkhidmatan Uber yang sebenarnya ditempah tiba dan selepas melihat Samantha tiada di situ, pemandu itu membatalkan pesanan.
Samantha Josephson bersama ibu bapanya Seymour dan Marci (Imej: Seymour Josephson)
Menyedari Samantha tidak pulang, rakan membuat laporan kehilangannya dan kurang 24 jam kemudian, gadis itu ditemukan dalam keadaan tragis, kira-kira 104 kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat.
Pemeriksaan mendapati dia ditikam lebih 120 kali.
Tikaman yang kuat menembusi tengkorak dan otaknya beberapa kali selain cedera di leher dan muka hingga ke kakinya.
Ia menyebabkan dia kehilangan banyak darah.
Penyiasat merumuskan Samantha secara tidak sengaja masuk ke dalam kereta pembunuhnya yang wanita itu sangkakan perkhidmatan Uber.
Kenderaan sama dilihat di sekitar kawasan itu dan polis mengenal pasti lelaki berkenaan sebagai Nathaniel Rowland.
Pegawai kemudian menjumpai peluntur dan produk pembersih lain di dalam kereta itu serta mendapati terdapat kesan darah di tempat duduk dan but.
Penggeledahan di rumah suspek menemukan lebih banyak alat pembersih dan pisau dengan darah Samantha.
Nathaniel Rowland menyerang Samantha Josephson dengan pisau berkembar
DNA gadis itu juga ditemukan di bawah kuku jarinya dan siasatan polis mendapati Rowland mempunyai rekod jenayah culik sebelum ini.
Kematian Samantha membawa beberapa perubahan undang-undang di Carolina Selatan apabila semua kenderaan perlu mempunyai tanda nama syarikat.
SOURCE: Harian Metro
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://beritaup2date.blogspot.com/2021/09/pelajar-ditikam-120-kali-selepas.html