Plan Percutian Selepas Pkp Nak Staycation Di Kuala Lumpur Bersama Family


Plan Percutian Selepas PKP Nak Staycation Di Kuala Lumpur Bersama Family  |  Baru-baru ini, Pulau Langkawi mula dibuka kepada pelancong dari seluruh negara kecuali mereka yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bermula 16 September 2021 dan mestilah memenuhi kriteria SOP yang ditetapkan.. Ramai juga aku lihat mengambil peluang ni pergi bercuti ke sana.. Aku pun ada la jugak menyimpan hasrat untuk pergi bercuti ke sana nanti.. Cuma buat masa ni aku lebih prefer untuk bercuti tempat yang dekat-dekat je dulu sebab tak suka bersesak-sesak.. Hehe.. Bila dah reda keadaan, barulah plan bercuti ke Langkawi pula.


Staycation Di Kuala Lumpur Untuk Percutian Bersama Keluarga
Serius rindu sangat nak pergi bercuti bersama family.. Last aku bercuti dengan family time tu anak aku yang bongsu tu masih kecil.. Lepas tu, negara pula dilanda wabak Covid-19.. Terus tak dapat nak ke mana-mana hanya terperuk dalam rumah sahaja sehinggakan anak-anak pun dah merungut kebosanan sebabnya nak pergi pantai pun dah tak boleh.. Hehe.. Tetapi terpaksalah akur dengan keadaan untuk keselamatan bersama juga kan.. 
Now, bila diumumkan sektor pelancongan dah dibuka kembali, rasa bersemangat pula.. Bolehlah on balik plan percutian yang dah terkubur sebelum ni.. But, aku akan cari staycation yang dekat-dekat je dulu.. Biar keadaan reda dulu barulah plan percutian yang jauh sikit.. hehe.. 

Lama juga tak menjejakkan kaki di Kuala Lumpur.. Rindu nak pusing-pusing Kuala Lumpur macam dulu-dulu.. So, kali ni aku plan nak cuba KL Staycation sahaja dulu nanti di hotel-hotel yang menarik dalam bandaraya Kuala Lumpur.. Aku yakin kalau diberi pilihan kepada korang, pasti bukan Kuala Lumpur yang jadi pilihan korang untuk bercuti kan.. Tapi bagi aku, Kuala Lumpur juga merupakan salah satu destinasi yang menarik untuk dikunjungi dan dijadikan tempat percutian kerana dekat sana banyak juga tempat-tempat menarik yang boleh dilawati seperti Taman Botani Negara, Taman Orkid, Taman Eco Rimba KL, Dataran Merdeka, Muzium Diraja Polis, Muzium Negara dan banyak lagi.. 
Sebenarnya kalau diikutkan aku dah pernah pergi tempat-tempat ni dulu tapi masa tu aku masih bujang.. Berbeza kalau pergi dengan family kan.. So, kali ni bolehlah aku kenalkan kepada anak-anak aku pula tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur.. Mesti mereka teruja dan seronok.


Paling best di Kuala Lumpur ni banyak tempat untuk bergambar kerana lanskapnya cantik dan menarik.. Kadang tu, tepi jalan pun sempat lagi ambil gambar.. haha.. Satu lagi, bila sebut sahaja Kuala Lumpur, dalam kepala ni dah terbayang tempat-tempat shopping.. Sila sedia duit lebih ye untuk shopping kalau ke Kuala Lumpur.. Haha.. Kalau dulu tu, memang aku akan ke Kuala Lumpur untuk shopping kerana banyak sangat pilihan.. Kalau kena dengan tempat shopping tu, harga pun murah.. 
3 Staycation di Kuala Lumpur Menjadi Pilihan
Dah bercerita pasal tempat menarik, nak jugalah bercerita staycation yang jadi pilihan aku dekat Kuala Lumpur tu.. Ada 3 staycation yang aku dah masukkan siap-siap dalam wishlist aku untuk percutian di Kuala Lumpur nanti.. Wahh harapan tu setinggi gunung tu.. Harap terlaksanalah nanti kan percutian aku ni.. Berangan tak kena bayar oiii.. Haha!! Jom tengok 3 staycation pilihan aku di Kuala Lumpur.

1.  Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur

Kenapa aku pilih staycation ni? Haaa sebabnya Berjaya Times Square Hotel ni dekat dengan tempat shopping.. Haha.. Yelah siap boleh akses terus ke shopping mall Berjaya Times Square.. So, mudah la nak jalan-jalan cuci mata.. Hehe.. Dalam Times Square ni juga taman tema mini tau.. So, bolehlah bawak anak-anak bermain dalam tu.

Bukan setakat tu je tau, dekat sini senang nak dapatkan pengangkutan awal... Kalau rasa tak nak naik kereta, boleh je guna pengangkutan awam.. Monorel pun ada.. Kalau tanya tentang bilik pula, rata-rata aku baca review yang pernah menginap di sini berpuashati kerana di sini viewnya cantik, bilik pun selesa dan besar siap ada bathtub lagi, staf pun friendly, ada swimming pool dan banyak lagi la feedback positif tentang hotel ni.. That's why la aku nak menginap di hotel ini.. Hiks.

2.  Signature Hotel & Residences, Kuala Lumpur

Hotel ni pula berdiri megah di Mid Valley.. Tahukah anda, Mid Valley tu apa? Mid Valley itu adalah tempat membeli belah.. Haha... Dah kenapa aku pilih hotel yang dekat dengan pusat membeli belah? Kan aku dah cakap, salah satu tujuan aku bercuti di Kuala Lumpur adalah untuk shopping.. Haha.. Jangan marah haaaaa..

Bilik dekat sini pun katanya best.. Besar, bersih dan selesa... Pemandangan pada waktu malam juga menakjubkan.. Bila menginap di sesuatu tempat tu, pastinya nakkan yang terbaik.. Bukan saja kemudihan disekelilingnya tetapi nak juga fasilitinya adalah yang terbaik.. Satu lagi paling menyeronokkan bila dapat layanan dari staf yang friendly, rasa sangat dialu-alukan bila ke situ.. Betul tak? Katanya, layanan di hotel ini juga bagus dan stafnya sangat friendly.

3.  Dorsett Kuala Lumpur

Dorsett Kuala Lumpur juga berhampiran dengan pusat membeli belah.. Terletak di sepanjang Bintang Walk dan hanya 5 minit berjalan kaki untuk ke Pavilion Kuala Lumpur serta 10 minit berjalan kaki untuk ke Berjaya Times Square dan Plaza Sungei Wang.. Nampak semua dekat-dekat belaka.. Yang suka shopping, bolehlah menginap dekat sini.. Tempat shopping ada disekelilingnya.. Haha.

Hotel ini juga mempunyai bilik yang bersih dan selesa.. Fasiliti memang tiptop la.. Menginap dekat sini memang memberi kepuasan.. Kemudahan awam pun banyak dekat sini.. Owh ya, nak pergi KLCC pun dekat je.

Ok, cukuplah aku senaraikan 3 sahaja KL Staycation aku walaupun yang sebenarnya banyak lagi yang menarik.. Tapi cukuplah yang ini sahaja.. Nanti aku berangan lebih-lebih kalau tak dapat pergi, mau kemurungan aku sebulan.. Haha.. Apa-apa pun yang penting kita rancang dahulu.. Jadi tak jadi tu kita fikir kemudian.. Kalau ikutkan hati memang tak sabar nak ke Kuala Lumpur untuk bercuti.. Bukan apa, dekat sana senang banyak kemudahan walaupun agak padat.


Dapat ke Kuala Lumpur pun dah seronok sangat walaupun dalam hati ni teringin sangat nak bercuti di Grand Lexis Port Dickson. Takpe la, lain kali kita plan pula percutian ke Negeri Sembilan ye.. Buat masa ni, biarlah tempat dekat-dekat je dulu.. Bukan apa, tak mahu ramai-ramai bersesak di tempat-tempat percutian yang menjadi tumpuan ramai.. Biarlah berlaku secara berperingkat dan keadaan reda, barulah senang hati nak bercuti ke sana.. Lagi pun, sempatlah nak simpan duit kan.. 
Korang teringin nak bercuti ke mana? Pasti ada tempat yang korang teringin nak pergi kan.. Yelah, setiap orang ada cara masing-maing untuk self reward.. Mungkin ada yang suka dengan barangan, macam aku, ini juga salah satu self reward untuk aku.. Kalau korang ada lagi tempat menarik, jom la share dengan aku.. Mana tau, boleh masukkan dalam wishlist aku akan datang.. Hehe.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.leaazleeya.com/2021/09/percutian-selepas-pkp-nak-staycation-di-kuala-lumpur-bersama-family.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembukaan Semula Kedai Bob Rock Lovelily Selepas Pkp Dengan Rekaan Design T Shirt Bercorak

Pembukaan Semula Kedai Bob Rock Lovelily Selepas Pkp Dengan Rekaan Design T Shirt Bercorak

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 515 hits
Butik pakaian saiz besar lelaki dan wanita paling ohsem di Malaysia Sekarang korang tentu happy kita dah boleh shopping kat shopping mall kan Hilang sikit stress sebab dah lama terperap di rumah dan asyik shopping online jer sejak PKP ni ka...
Lake Garden Kuala Lumpur Port Terbaik Riadah Bersama Keluarga

Lake Garden Kuala Lumpur Port Terbaik Riadah Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 392 hits
Salam to all readers Lake Garden Kuala Lumpur Port Terbaik Riadah Bersama Keluarga Alhamdulillah sekarang KL Selangor dah masuk fasa 2 rasa bersyukur sesangat Pasti ramai yang tak sabar nak capai 90 dimana orang yang bekerja di kota raya na...
Tempat Pelancongan Menarik Percuma Di Kuala Lumpur Selangor Putrajaya

Tempat Pelancongan Menarik Percuma Di Kuala Lumpur Selangor Putrajaya

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 394 hits
Amboi berlagak noh kawan kita di Pahang nun Bukan main banyak lagi pusat pelancongan yang mereka boleh lawati tanpa meLangkawi negeri lain Terengganu Perak pun tak mahu kalah Orang Negeri Sembilan terpaksa senyap je lah kahkah Sebenarnya Ku...
Allah Nak Didik Alisha Dari Kecil Lebih Kuat Dari Ayahnya Andika Kongsi Foto Anak Selepas 44 Hari

Allah Nak Didik Alisha Dari Kecil Lebih Kuat Dari Ayahnya Andika Kongsi Foto Anak Selepas 44 Hari

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 374 hits
Anak adalah anugerah terindah yang Allah SWT kurniakan kepada kita Setiap mama papa pasti tidak sabar menantikan kelahiran permata hati ini setiap persediaan untuk menyambut orang baharu akan dilakukan dengan penuh semangat Maklumlah nak da...
5 Tips For Planning A Family Staycation

5 Tips For Planning A Family Staycation

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 349 hits
The current global pandemic of the Covid 19 outbreak has surely taken a big toll on most of our mental health Staying at home for such a long period can affect people s emotions thus making it harder to maintain our mental health well being...
Bob Rock Lovelily Buka Semula Selepas Pkp Dengan Pematuhan Sop

Bob Rock Lovelily Buka Semula Selepas Pkp Dengan Pematuhan Sop

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 424 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Alhamdulillah lihat semua peniaga sekarang dapat menarik nafas lega setelah kerajaan mula beransur ansur membenarkan banyak pe...
G4dis Ini Tak Nak Kalah Selepas Terpegun Tengok Kucingnya Pandai Berenang Dalam Laut Saya Mandi Pantai Bawa Pelampung

G4dis Ini Tak Nak Kalah Selepas Terpegun Tengok Kucingnya Pandai Berenang Dalam Laut Saya Mandi Pantai Bawa Pelampung

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 369 hits
Bukan mudah untuk memandikan kucing di rumah kerana kebanyakan haiwan kesayangan ramai itu t4kut pada air Berbeza pula dengan seorang g4dis apabila kucing peliharaannya dibawa mandi di laut Video yang meraih lebih dua juta tontonan di akaun...
Kuala Krai Lokasi Sabung Ayam Kembali Dibuka Selepas 6 Bulan Diserbu Polis

Kuala Krai Lokasi Sabung Ayam Kembali Dibuka Selepas 6 Bulan Diserbu Polis

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 476 hits
Lokasi sabung ayam kembali aktif di Kuala Krai Seramai tujuh orang lelaki dicekup sewaktu mereka sedang leka menyabung ayam di kawasan ladang kelapa sawit yang sudah diserbu polis enam bulan lalu di Kampung Pok Jelak Bedal di sini Jumaat la...
Dine In Pertama Selepas Pkp 3 0 Layan Nasi Briyani Kambing Restoran Al Diafah Bangi

Dine In Pertama Selepas Pkp 3 0 Layan Nasi Briyani Kambing Restoran Al Diafah Bangi

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 352 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah bila keadaan di Selangor semakin pulih setelah berPKP hampir setahun dah nie Tak boleh merentas daerah apa lagi negeri Dan sekarang ini dah boleh rentas daerah memang rasa lega sedikit Dapatlah bawa anak anak k...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities