Pelajar Cemerlang Bagi Sijil Pelajaran Malaysia Dan Kini Bersatu Di Jenjang Pelamin
KALAU sudah jodoh tak ke mana!
Begitulah kisah pasangan ini yang dahulunya sama-sama merupakan pelajar cemerlang bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kini bersatu di jenjang pelamin.
Pasangan tersebut menjadi tular selepas gambar kedua-duanya memegang kertas ‘Tahniah SPM 2012 9As’ dimuat naik di laman sosial berserta foto perkahwinan mereka.
Bercakap kepada mStar, pengantin lelaki berkenaan, Afif Nazmi Azmi memberitahu, dia mula mengenali isterinya, Engku Sarah Nur Engku Mohd Hamzah ketika belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mak Lagam di Kemaman, Terengganu.
Afif (kiri) bersama Engku Sarah yang berkunjung ke Jepun sempena cuti musim panas. -foto instagram esnemh
Pemuda berusia 25 tahun itu berkata, hubungan mereka pada awalnya sekadar rakan biasa sehingga sama-sama menyambung pendidikan di Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu.
“Masa sekolah dulu tak ada pun perasaan cinta antara satu sama lain. Malah, kami dulu mula-mula ‘musuh’ sebab bersaing siapa antara kami yang hebat di sekolah dari segi pencapaian akademik.
“Tapi kami bersaing secara sihatlah. Sebab kami masih mengulangkaji pelajaran bersama dan membantu antara satu sama lain menjelang SPM pada 2012,” katanya.
Afif dan Engku Sarah berhubung menerusi Facetime sepanjang hubungan jarak jauh mereka.
Afif yang berasal dari Kuala Berang di Hulu Terengganu berkata, kedua-dua mereka kemudian membawa haluan masing-masing menyambung pengajian di luar negara.
Tambahnya, dia menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan di Takushoku University di Tokyo, Jepun, manakala isterinya yang juga berusia 25 tahun mengikuti jurusan perubatan di Volgograd State Medical University di Volvograd, Rusia.
“Hubungan kami semakin rapat apabila masing-masing belajar di luar negara. Ya, kami menjalinkan hubungan cinta jarak jauh, seorang di Jepun dan seorang lagi Rusia.
“Memang mencabar kerana kami di luar negara menyambung pengajian jadi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran,” ujar anak kedua daripada lima beradik itu.
Afif (kanan) dan Engku Sarah di Universal Studio Jepun. -foto instagram esnemh
Menurut Afif, aplikasi FaceTime selain WhatsApp merupakan pengikat hubungan mereka di antara dua negara empat musim selain perbezaan zon masa.
“Walaupun berjauhan, kami sering berhubung. Saya selalu temankan dia study menerusi FaceTime untuk beri semangat. Beza masa dalam lima hingga ke enam jam pun tetap saya layankan.
Masa sekolah dulu tak ada pun perasaan cinta antara satu sama lain. Hubungan kami semakin rapat apabila masing-masing belajar di luar negara.
AFIF NAZMI AZMI
“Bila dia study, saya akan dengar apa yang dia belajar sambil saya main game atau menonton perlawanan bola sepak di TV. Bayangkan di tempat dia baru 7 malam, di Jepun dah 1 pagi.
“Kadang-kadang pernah terlelap menunggu sebab mengantuk, dia merajuklah. Tapi saya juga pernah setia menemani dia sampai pvkul3 pagi hingga waktu Subuh kerana waktu solat awal ketika musim sejuk,” tambahnya.
Berkenalan sejak di bangku sekolah, dua anak kelahiran Terengganu ini disatukan sebagai suami isteri.
Afif yang kini bergelar jurutera berkata, pasangannya yang berasal dari Marang, Terengganu itu juga sanggup terbang ke Jepun ketika musim panas untuk bercuti dan bertemu dengannya.
“Masing-masing ada pengorbanan sehinggalah kami bergelar suami isteri pada 10 Oktober lalu. Syukur Alhamdulillah atas kesabaran kami menempuh dugaan bercinta jarak jauh.
“Minat kami berdua adalah travel dan percutian bulan madu ke Singapura terpaksa ditangguhkan sehingga keadaan pandemik Covid-19 kembali pulih.
“Ada lagi satu destinasi yang kami ingin pergi nanti iaitu Rusia. Kalau dulu saya bawa isteri jalan-jalan di Jepun ketika kami bercinta, kali ini dia kena jadi tour guide untuk saya di Rusia pula,” katanya sambil menambah isterinya bakal menjalani latihan ‘housemanship’ di h0spital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang, Selangor pada November ini.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini
Sumber: Mstar
via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kotakkopek.blogspot.com/2020/10/pelajar-cemerlang-bagi-sijil-pelajaran.html