Bersatu Parti Yang Paling Tidak Disukai Rakyat Malaysia


 
Kalau dibuat kajian atau undian tentang parti politik yang paling tak disukai rakyat sekarang ini, barangkali jawapannya tidaklah sukar ditemui.
Tidak lain jawapannya ialah Bersatu.
Walaupun Bersatu menjadi kerajaan dan Presidennya, Muhyiddin Yassin adalah Perdana Menteri, keadaan itu nampaknya tidak membantu untuk menaikkan nama parti itu di mata rakyat.
Isu pertama yang menyebabkan ia tidak disukai adalah kerana pengkhianatannya terhadap PH dan kemudian diikuti dengan tindakan mengenepikan Tun Mahathir Mohamad, pengasas Bersatu secara tidak wajar dan tidak demokratik demi untuk memenuhi kerakusan nafsu Muhyiddin menguasai sepenuhnya parti tersebut.
Tindakan itu menyebabkan ramai yang keluar meninggalkan Bersatu, termasuk di Pagoh, kawasan Parlimen Muhyiddin sendiri.
Pendeknya, berbanding sebelum PRU14 di mana Bersatu amat disukai rakyat dan diletakkan harapan tinggi bagi menyelamatkan negara, keadaan itu sudah terbalik sekarang ini.
Sejak berlaku khianat, rata-rata rakyat juga tidak berminat lagi terhadap Bersatu dan ramai yang meramalkan hayatnya hanya sehingga PRU15 saja.
Lebih daripada itu, Bersatu Johor yang diketuai Muhyiddin juga terus terumbang-ambing, tidak stabil dan menjadikan kerajaan negeri itu turut sama dalam keadaan tidak menentu.
Meski Bersatu membentuk kerajaan PN di peringkat pusat yang disokong oleh UMNO, tetapi majoriti ahli dan pemimpin UMNO tidak suka kepada Bersatu.
Antara faktornya ialah disebabkan keegoan Bersatu yang merasakan mereka “big brother” dan ingin UMNO tunduk di bawahnya.
Dalam PRN Sabah misalnya, sudah terbukti Bersatu mahu menunjukkan kekuasaannya terhadap UMNO dengan Muhyiddin, tanpa sebarang perundingan dengan UMNO terlebih dahulu, telah menamakan Hajiji Noor, Pengerusi Bersatu Sabah sebagai calon Ketua Menteri sebelum hari penamaan calon lagi.
Kemudian, setelah menang dan walaupun Bersatu hanya menang 11 kerusi berbanding 14 yang dimenangi UMNO, usaha menobatkan Hajiji sebagai Ketua Menteri telah diperhebatkan lagi sehingga melalui pelbagai kuasa yang ada di sekitar Muhyiddin, perkara itu akhirnya berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Jadinya Hajiji sebagai Ketua Menteri bermakna UMNO yang telah bertapak hampir 30 tahun di Sabah terpaksa tunduk kepada Bersatu, sebuah parti kecil serpihan UMNO yang hanya wujud di negeri itu sejak 2019 lalu.
Tidakkah ini keadaan yang memalukan UMNO?
Selain itu, Bersatu juga sentiasa menuntut jumlah kerusi yang lebih banyak daripada UMNO untuk ditandingi pada PRU15 akan datang semata-mata kerana kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Ini adalah situasi yang sukar diterima oleh UMNO kerana Bersatu hanya menang 13 kerusi Parlimen saja pada PRU14 yang lalu.
Lebih parah lagi, kerusi-kerusi pelompat katak daripada UMNO kepada Bersatu atau yang dikenali Geng Hamzah Zainuddin juga mahu dijadikan sebagai hak mutlak Bersatu dalam PRU akan datang nanti.
Sehingga ini UMNO tidak setuju dengan perkara itu dan mereka tidak berganjak agar semua kerusi tersebut dikembalikan semula kepada UMNO, sesuai dengan pelompat katak itu pun menang dalam PRU14 dulu atas tiket UMNO dan BN.
Perbalahan mengenai kerusi ini terus menjadikan UMNO dan Bersatu sentiasa dalam keadaan dingin dan hubungan keduanya sekarang tidak lebih ibarat isteri pertama dengan isteri kedua.
Dengan keegoan Bersatu mahu bertanding banyak kerusi, sedangkan ahlinya tak seramai mana dan cawangan di setiap bahagian pun ada yang tidak lebih daripada jumlah jari tangan, kebencian UMNO terhadap Bersatu dengan sendirinya tambah membuak-buak.
Bahkan, ini menjadikan 3.5 juta ahli UMNO rata-ratanya semakin menolak dan membenci Bersatu.
Tidak cukup dengan keberadaan Hamzah Zainuddin dalam Bersatu yang merupakan antara faktor parti itu tidak disukai oleh UMNO, masuknya lagi Geng Azmin Ali ke dalam Bersatu telah menambahkan lagi berkembangnya perasaan tersebut, bukan saja di kalangan ahli UMNO, tetapi juga rakyat biasa.
Tambahan lagi dengan kedudukan Azmin sebagai menteri kanan dan dilihat sebagai salah seorang penasihat penting Perdana Menteri bersama Hamzah Zainuddin, Muhyiddin dianggap sentiasa cuba untuk mengenepikan UMNO dalam mengurus perjalanan kerajaan.
Isu “video Haziq” yang dikatakan melibatkan Azmin tidak kurang menjadi penyumbang mengapa UMNO semakin mahu menjauhi Bersatu.
Bagi UMNO, dengan adanya Azmin di dalam Bersatu dan jika bersama dalam PRU akan datang, ia bermakna UMNO terpaksa berkempen dan mempertahan moral pemimpin itu daripada serangan pihak lawan dan ini akan menyukarkannya mendapat sokongan rakyat.
Di dalam UMNO, ramai yang tidak sanggup bersekongkol dengan kemungkaran seperti itu.
Berdasarkan semua keadaan di atas, jalan ke depan bagi Bersatu bukan saja kelam, tetapi juga penuh berliku.
Nyawa politiknya banyak bergantung kepada UMNO dan UMNO pula semakin mahu menjauhinya.(Shahbudindotcom 10/10/2020)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/bersatuparti-yang-paling-tidak-disukai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Siapa Yang Rakyat Sayang Dan Rakyat Paling Menyampah

Covid 19 Siapa Yang Rakyat Sayang Dan Rakyat Paling Menyampah

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 790 hits
Frontliner sibuk hendak selamatkan rakyat manakala politikus sibuk rebut kuasa Penjilat politikus cukup marah bila aku terus menerus bantai politikus kesayangan mereka Satu sahaja aku hendak pesan kepada penjilat politikus kalau kalian dija...
12 Rakyat Malaysia Pulang Dari Himpunan Tabligh Di Sulawesi Indonesia Ditahan Dan Dikuarantin

12 Rakyat Malaysia Pulang Dari Himpunan Tabligh Di Sulawesi Indonesia Ditahan Dan Dikuarantin

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 342 hits
SERAMAI dua belas orang rakyat Malaysia yang menghadiri himpunan tabligh di Sulawesi Indonesia telah menjalani ujian Covid 19 dan dihantar untuk proses pengasingan sebaik sahaja pulang ke tanah air Kesemua 12 orang lelaki itu dipercayai tib...
Pas Bersatu Lebih Awal Bersama Dap Biar Mahathir Tahu Tanpa Beliau Malaysia Boleh Maju

Pas Bersatu Lebih Awal Bersama Dap Biar Mahathir Tahu Tanpa Beliau Malaysia Boleh Maju

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 328 hits
HAMDAN TAHASebagai orang islam kata kata yang kita tidak boleh terima dan membangkitkan kemarahan paling marah sehingga tidak terhingga apa dia sahabat Bila ada orang kata pada orang Islam kamu tu kafir menuju jalan masuk neraka parti Umno ...
Muda Malaysia Senaraikan 13 Pengasas Parti

Muda Malaysia Senaraikan 13 Pengasas Parti

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 245 hits
SHAH ALAM Parti baharu Ikatan Demokratik Malaysia mengumumkan parti itu mempunyai 13 pengasas bersama termasuk Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Muda Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata pengasas itu dibarisi Afiqah...
Calon Parti Grs Paling Banyak Menang Dun Jadi Km Sabah Zahid

Calon Parti Grs Paling Banyak Menang Dun Jadi Km Sabah Zahid

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 512 hits
suaramerdeka com PRESIDEN UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan adalah munasabah calon parti Gabungan Rakyat Sabah yang menang paling banyak kerusi dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu Ahmad Zahid berkata calon Ketua Men...
Malaysia Negara Islam Paling Damai Di Dunia

Malaysia Negara Islam Paling Damai Di Dunia

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 312 hits
JAKARTA Malaysia menjadi negara Islam paling damai di dunia mengatasi beberapa negara lain termasuk Indonesia dan Arab Saudi Republika melaporkan Indeks Kedamaian Global 2020 yang dikeluarkan oleh Institut Ekonomi dan Kedamaian menunjukkan ...
Hiburan Datuk Seri Siti Nurhaliza Dan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Terpilih Sebagai Individu Paling Dikagumi Di Malaysia

Hiburan Datuk Seri Siti Nurhaliza Dan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Terpilih Sebagai Individu Paling Dikagumi Di Malaysia

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 848 hits
Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza serta angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah dipilih sebagai individu yang paling dikagumi di Malaysia Kedua dua personaliti ini dipilih melalui senarai yang dikeluarkan o...
Al A La Ayat 1 19 Surah Yang Paling Disukai Nabi Muhammad

Al A La Ayat 1 19 Surah Yang Paling Disukai Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 405 hits
Surat Al A la adalah surat ke 87 dalam Al Quran Ulama berpendapat Surat ini terdiri atas 19 ayat Kata Al A la berarti Yang paling tinggi diambil dari ayat pertama Dilansir buku Tafsir Al Mishbah jilid 15 karya Prof Dr M Quraish Shihab sebag...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba