Pelajar Automotif Belajar Bagaimana Memilih Produk Dengan Betul Melalui Wd 40


Pelajar Automotif belajar bagaimana memilih produk dengan betul melalui WD-40®  |  Tujuh orang pelajar dari School of Skills di Setia Alam baru-baru ini di dedahkan dengan kerja-kerja praktikal dalam kehidupan sebenar. WD-40® telah menganjurkan satu projek yang mencabar pelajar-pelajar untuk melibatkan diri dalam ilmu pengetahuan penyelengaraan dan pengubahsuaian pada kenderaan sebenar. Objektif utama projek ini adalah untuk mendidik para pelajar tentang teknik-teknik penyelengaraan dan pengubahsuaian yang praktikal serta cara memilih produk dengan betul. 

Bermula dari hari pertama, pelajar-pelajar diperkenalkan mengenai pelbagai aspek teknikal yang terlibat dan seterusnya pengenalan kepada produk-produk WD-40® yang boleh digunakan dalam projek ini. Ketujuh-tujuh mereka merupakan penuntut diploma di dalam bidang automotif di SOS. Segala kelengkapan dan keperluan bagi mengasah teknik yang betul telah disediakan oleh WD-40®. Tugasan utama para pelajar adalah untuk memulih dan membaiki van lama yang disediakan pihak penganjur supaya dapat berfungsi semula melalui bahan-bahan dan produk-produk yang telah disediakan. 

Projek sepanjang 3 bulan yang bermula dari Jun telah tamat pada haribulan 30 Ogos. Kini, van yang digunakan dalam projek tersebut telah berjaya dibaikpulih dan kini digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh SOS


Tujuh orang pelajar yang terlibat adalah Manoo a/l K Thiruchelvam, Kugan a/l Dore Raj, Tamilvarman a/ l Vijayan, Poa Wei Jie, Tan Jie Sheng, Chow Wey Liang dan Muhamad Hafizi Hamzah di mana mereka telah bersemangat dalam menimba pengalaman dan peluang yang menarik


"Penglibatan dalam projek ini banyak membantu mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan teknik-teknik pratikal mengenai baik pulih kenderaan. Oleh itu, saya mewakili rakan - rakan kelas yang lain ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada WD-40® dan School of Skills atas peluang yang telah diberikan," kata Manoo

Poa turut menyampaikan penghargaan terhadap pengalaman yang ditimba. "Salah satu perkara yang paling penting sepanjang projek ini berlangsung ialah saya belajar cara penggunaan perkakas dengan betul dan ia memang dapat banyak membantu. Di samping itu juga, penggunaan produk yang betul juga dapat membantu mempercepatkan dan melancarkan lagi proses. Kami belajar cara bekerja dengan bijak," kongsi Poa sambil tersenyum lebar


Bagi ketua eksekutif SOS Mr. Ken Foo, turut gembira dan berbesar hati atas kerja sama dari sektor swasta dalam meningkatkan ilmu pengetahuan golongan muda. "Sebagai wakil untuk pihak School of Skills, ribuan terima kasih diucapkan kepada penaja projek WD-40® atas peluang kepada sekelompok belia yang terpilih dan memastikan projek ini berjaya

Mr. Marcus Chen, pengarah serantau Asia WD-40® berkata syarikatnya amat berbangga dapat terlibat dalam perkongsian jenis dan kegunaan produk WD-40® dan diharap ia bakal digunakan dalam karier mereka pada masa hadapan


"Kami gembira kerana telah menjadi sebahagian dari pelajar yang terlibat di dalam projek yang berlangsung sepanjang 3 bulan ini. Kami berharap pengalaman dan ilmu yang diperolehi dapat membantu dan digunakan pada masa hadapan. Akhir sekali, dunia berputar semakin pantas, semua orang inginkan sesuatu yang dapat disiapkan dengan lebih cepat dan berkesan. Jadi, semua sektor termasuk peniaga, penyedia perkhidmatan dan lain-lain lagi perlu bersaing secara cepat. Dan dalam hal ini, mempunyai peralatan dan produk yang tepat sangat membantu dalam kerja kami. Oleh sebab itu, WD-40® menjadi rakan terbaik dan dipercayai sejak dahulu lagi bagi mereka yang yang terlibat dalam bidang profesional," tambah Chen




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.leaazleeya.com/2019/09/pelajar-automotif-belajar-bagaimana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terengganu Perkasa Produk Iks Negeri Melalui T Mart

Terengganu Perkasa Produk Iks Negeri Melalui T Mart

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 347 hits
Mohd Nurkhuzaini Abd Rahman KUALA TERENGGANU 17 Sept Kerajaan Terengganu menyasarkan pembukaan lima lagi rangkaian baharu pasar mini T Mart dalam tempoh tiga tahun ini bagi melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang peruncitan di negeri i...
Masing Masing Tak Sabar Nak Cuba Tular Video Pelajar Jepun Excited Belajar Tulisan Jawi

Masing Masing Tak Sabar Nak Cuba Tular Video Pelajar Jepun Excited Belajar Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 683 hits
Orang yang menghargai ilmu akan sentiasa bersemangat ketika mempelajari sesuatu perkara baru Bahasa merupakan salah satu medium untuk kita memahami sesuatu ilmu kerana setiap budaya mempunyai keilmuan yang tersendiri Bahasa memainkan perana...
9 Cara Memilih Travel Bag Yang Betul Untuk Bercuti

9 Cara Memilih Travel Bag Yang Betul Untuk Bercuti

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 409 hits
9 Cara Memilih Travel Bag Yang Betul Untuk Bercuti YES Seronoknya bila tiba masa nak pergi bercuti Dah terbayang dalam fikiran betapa happynya masa tu nanti Dapat hilangkan stress dapat happy bersama family dan of course dapat nikmati peman...
Ummah Minta Rakyat Sokong Kempen Beli Produk Muslim

Ummah Minta Rakyat Sokong Kempen Beli Produk Muslim

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 457 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Roadshow fasa pertama bermula 8 September di Pulau Pinang KUALA LUMPUR Istilah memboikot produk bukan muslim hanyalah label yang dikeluarkan oleh pemimpin politik bukannya peniaga mahupun pengusaha Islam tega...
Kempen Beli Produk Bumiputera Bantu Kelemahan Kpdnhep Dan Mof Menteri Jangan Keliru

Kempen Beli Produk Bumiputera Bantu Kelemahan Kpdnhep Dan Mof Menteri Jangan Keliru

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 355 hits
Pengerusi Gerakan TUNTUT Malaysia A zlan Abu Bakar berkata TUNTUT mengingatkan kepada semua pemimpin pemimpin terutamanya Menteri Kerajaan agar tidak mengelirukan rakyat terhadap kempen membeli produk bumiputera Katanya kempen ini sengaja d...
Kempen Beli Produk Muslim Dulu

Kempen Beli Produk Muslim Dulu

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 985 hits
KEMPEN BELI PRODUK MUSLIM DULU1 Kenyataan Setiausaha Agung DAP merangkap Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan kefahaman beliau tentang isu Boikot Barangan Bukan Bumiputera adalah kurang tepat 2 Bagi PAS Kempen Beli Produk Muslim Dulu adalah su...
Utamakan Produk Muslim Untuk Kembalikan Dominasi Kuasa

Utamakan Produk Muslim Untuk Kembalikan Dominasi Kuasa

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 273 hits
Ustaz Hazizi Abdul Rahman Dominasi kafir ke atas ekonomi negara mesti ditamatkan Ustaz HaziziALLAH mewajibkan umat Islam supaya memiliki kuasa kerana hanya dengan kuasa sahaja umat Islam mampu melindungi agama yang suci ini Perkara ini berd...
Syed Saddiq Dijangka Terima Peruntukan Parlimen

Rodziah To Confirm On Monday Which Pkr Post She Seeks

Amanah Urges End To Religious Debates For Harmony

Adventure To Mount Everest Conquering The World S Tallest Peak

Serangan Bom Tembakan Di Golok Polis Sahkan Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

Concerned Malaysians Want Justice For Late Customs Tribunal Officer Lim Ju Vynn Prevent A Teo Beng Hock 2 0

Langkawi Umno Rejects Return To Old Election System

Rasa Kekok Bila Buat Kelainan Dalam Mendekati Al Quran Sepanjang Bulan Ramadan Tahun 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Air Balang Yang Tersakiti Penuh Dengan Kata Kata Jiwang Jadi Tarikan Di Bazar Ramadan

Lirik Lagu Husnul Khotimah Ezyree Fayyad

Semak Keputusan Upkk 2025 Secara Online Dan Sms Upkk Jarak No Mykad Ke 15888

Duit Dalam Mykad Cara Semak Dan Keluarkan Duit

Kemarau Kemenangan Sri Pahang Lebih Empat Bulan Berakhir Berjaya Tewaskan Pdrm 3 1 Malam Tadi

Thalapathy Vijay Tarik Perhatian Umat Islam Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Chennai