Peladang Kesal Cili Vietnam Dominasi Pasaran Malaysia
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengumumkan tiada lagi pengimportan cili merah dari Vietnam sehingga hujung tahun ini. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Sebuah pertubuhan peladang menyuarakan rasa kesal terhadap sikap sesetengah pihak yang bertindak mengimport cili luar negara secara besar-besaran sehingga menjejaskan pendapatan petani tempatan
Ahli Jemaah Pengarah (Peladang Muda) Pertubuhan Peladang Negeri Selangor, Izzat Lesly berkata situasi ini boleh membunuh peladang cili terutamanya golongan petani muda yang semakin giat membangunkan industri pertanian di negara ini
Katanya, harga cili borong jatuh hampir setiap hari sehingga RM2.50 sekilo disebabkan berlakunya lambakan cili tempatan
“Kejadian seperti ini telah berlaku beberapa kali dan kami khuatir dan risau ia akan merosakkan pasaran cili terutama kepada peladang-peladang,” katanya ketika dihubungi FMT
Julai lalu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin mengumumkan tiada lagi pengimportan cili merah dari Vietnam sehingga hujung tahun ini
Beliau dilaporkan berkata, kementerian itu melalui Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Pemeriksaan Malaysia (Maqis) sentiasa melakukan pemantauan berterusan dan pemeriksaan yang lebih teliti bagi sebarang produk pertanian, khususnya dari Vietnam
Pengusaha kebun sayuran, Aliah Ali Musa berkata hasil tinjauannya bersama pemilik kebun yang lain mendapati masih terdapat beberapa pasar raya menjual cili merah dari Vietnam
“Macam mana boleh lepas cili import Vietnam? Kadar racun masih tinggi
“Kerajaan sudah sekat tapi masih ada yang jual lagi,” katanya sambil menunjukkan beberapa keping gambar jualan cili tersebut di pasaraya tempatan dengan harga yang rendah
Mengakui harga jualan cili keluaran tempatan lebih tinggi berbanding sayuran import, Aliah menegaskan tanaman cili tempatan menggunakan baja organik bagi memastikan kualiti dan jaminan keselamatan pengguna
Aliah juga berkata pemain utama industri pertanian tempatan adalah kecil, bagaimanapun mereka tidak dilindungi kerajaan dan agensi berkaitan
“Pekebun semua tengah resah, tiada sesiapa pun dari kementerian boleh bantu kami
“Dari dulu sampai sekarang, tak habis-habis isu permit import (AP) berleluasa,” katanya
Seorang petugas Maqis yang enggan dinamakan mendakwa lori yang membawa masuk hasil pertanian dari Vietnam berjaya lolos ke dalam negara ini
Katanya, kebanyakan produk pertanian seperti cili dan sayur-sayuran lain yang dibawa masuk itu boleh didapati di pasar borong, terutama Pasar Borong Selayang
“Sejak bila embargo cili Vietnam kena tarik balik
“Ada juga cili-cili ini (dari Vietnam) dapat masuk dari negara jiran, Thailand,” katanya kepada FMT
Apabila ditanya bagaimana lori mengangkut cili tersebut boleh melepasi kawasan pemeriksaan Maqis, katanya dia tidak pasti kerana tidak bertugas di bahagian pemeriksaan dan kawalan
Bagaimanapun, katanya, dia mengetahui tentang perkara itu selepas dimaklumkan kumpulan pekebun dan pemborong di pasar besar yang mengenalinya
“Mereka hubungi saya dan mengadu tentang perkara ini.”FMT sedang mendapatkan maklum balas Kementerian Pertanian dan Asas Tani berhubung perkara ini. - FMT
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2019/12/peladang-kesal-cili-vietnam-dominasi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mus