Pelabur Lebih Suka Ke Indon Vietnam Berbanding Malaysia





Pelabur lebih suka ke Indon, Vietnam berbanding MalaysiaOleh: Redzuan RF8 MediaDecember 30, 2020ShareProspek pertumbuhan jangka panjang yang lebih baik, iklim pelaburan yang menarik, dan dasar konsisten antara sebab yang mendorong pelabur antarabangsa memilih negara ASEAN lain berbanding Malaysia, kata seorang ahli ekonomi.
Bercakap kepada FMT, profesor ekonomi di Universiti Sunway, Yeah Kim Leng, turut berkata kestabilan politik, tadbir urus yang baik, rasuah yang rendah, dan “usaha promosi terselaras dari peringkat tertinggi” sebagai beberapa faktor mengapa Singapura, Indonesia, dan Vietnam berjaya menarik pelaburan berprofil tinggi mutakhir ini.
Ketiga-tiga negara itu menerima lebih 80% daripada pelaburan langsung asing (FDI) AS$156 bilion ke negara-negara ASEAN tahun lalu, menurut agensi perdagangan PBB, UNCTAD. Hanya 5%, atau sekitar RM31.7 bilion (AS$7.8 bilion), ke Malaysia.
“Malaysia perlu meningkatkan prestasinya dalam semua ini yang menarik pelbagai jenis pelabur yang mencari kecekapan, mencari pasaran, dan mencari sumber,” kata Yeah kepada FMT.
Menyatakan usaha Indonesia dalam membasmi rasuah menghasilkan peningkatan mendadak pada ranking dunianya, Yeah juga berkata pemilihan semula Presiden Indonesia, Joko Widodo, tahun lalu “mencetuskan minat pelabur antarabangsa” terhadap pelan prasarana dan perindustriannya.
Yeah, bekas ketua kumpulan ahli ekonomi di agensi penarafan kredit RAM Holdings, juga berkata strategi promosi pelaburan yang terselaras di Indonesia membolehkan kerajaan republik itu “menguja syarikat global terkemuka” dengan pasaran yang besar dan berkembang sekitar 270 juta penduduk.
Tambahan pula, Yeah berkata potensi Indonesia untuk membangunkan sumber alam yang luas diperhatikan syarikat global yang mencari peluang pelaburan berasaskan sumber.
Yeah mengulas catatan bekas perdana menteri Najib Razak di Facebook baru-baru ini yang mengatakan terdapat kekurangan usaha untuk menarik pelabur asing dalam 2 tahun lalu.
Najib berkata syarikat gergasi teknologi AS seperti Tesla, Amazon, dan Google melihat Indonesia sebagai pilihan pelaburan dan mempersoalkan apa yang dibuat agensi pelaburan Malaysia untuk menarik FDI.
Walaupun FDI ke Malaysia meningkat 3.1% dari RM30.7 bilion pada 2018 kepada RM31.7 bilion pada 2019, ini penurunan yang ketara dari dua tahun sebelumnya. Malaysia melaporkan RM41 bilion pada 2017 dan RM47.2 bilion pada 2016.
Menyatakan negara mempunyai pejabat perdagangan, misi pelaburan, dan pelbagai kakitangan yang mempromosikan negara di luar negara, ahli ekonomi kanan di Malaysian Rating Corporation, Firdaos Rosli, tidak setuju agensi pelaburan Malaysia “tidak berbuat sehabis baik” untuk menarik pelaburan.
Jelas beliau, agensi pelaburan negara hanya menjalankan tugas dalam ruang peraturan sekarang.
“Apa kelebihan kita?” soal beliau. “Itu persoalannya”.
“Peraturan kita bagus untuk menarik pelaburan bernilai rendah. Tetapi apabila negara-negara lain juga menawarkan insentif yang sama, kita mengehadkan diri kepada bersaing di ruang yang kita akan kalah.”
Senada dengan Yeah mengenai betapa besarnya pasaran domestik Indonesia, Nazari Ismail dari Jabatan Strategi Perniagaan dan Dasar di Universiti Malaya menyifatkannya sebagai “sebab utama” pelabur antarabangsa masuk ke Indonesia – dengan kos operasi yang lebih rendah juga menjadi faktor utama.
“Indonesia mempunyai 267 juta penduduk, jadi tentunya sukar untuk menyaingi mereka dari segi potensi pasaran dan juga kos operasi,” katanya.
“Itulah sebabnya syarikat (Tesla, Amazon, dan Google) juga mengabaikan Singapura, yang jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan Indonesia.
“Oleh itu, saya tidak akan menyalahkan kerajaan dalam isu ini kecuali jika anda juga mahu meningkatkan jumlah penduduk kita sebanyak Indonesia dan menurunkan gaji agar setanding mereka, di mana kedua-duanya bukan pilihan yang realistik.”








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2020/12/pelabur-lebih-suka-ke-indon-vietnam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Singapura Dapat Vaksin Lebih Awal Berbanding Malaysia

Kenapa Singapura Dapat Vaksin Lebih Awal Berbanding Malaysia

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 195 hits
Gambar FB SINGAPORE TOURISM BOARD TERDAPAT dua perkara dikatakan ketinggalan bagi Malaysia dalam menguruskan penularan wabak Koronavirus iaitu mendapatkan bekalan vaksin dan status halalnya Kerajaan Malaysia didakwa tidak mampu menyaingi Si...
Ahli Ekonomi Perjelas Kenapa Pelabur Lebih Suka Negara Asean Lain

Ahli Ekonomi Perjelas Kenapa Pelabur Lebih Suka Negara Asean Lain

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 206 hits
Ahli ekonomi perjelas kenapa pelabur lebih suka negara ASEAN lain December 19 2020 Seorang ahli ekonomi berkata pelabur terpengaruh dengan dasar anti rasuah Indonesia dan pasaran domestik yang sangat besar PETALING JAYA Prospek pertumbuhan ...
Dalil Kenapa Struktur Kepimpinan Dap Adalah Lebih Baik Berbanding Umno

Dalil Kenapa Struktur Kepimpinan Dap Adalah Lebih Baik Berbanding Umno

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 197 hits
Pada 4 Januari 2021Oleh Liew Chin TongBukan sahaja ahli dan sekutu DAP perlu mempunyai kefahaman tentang parti DAP Pengaruh DAP yang signifikan selain kekuatannya di Parlimen hari ini bermakna para pengamal media dan juga orang ramai perlu ...
Sesuatu Lebih Lanjut Mengenai Minuman Paling Disukai Di Malaysia Teh Tarik

Sesuatu Lebih Lanjut Mengenai Minuman Paling Disukai Di Malaysia Teh Tarik

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 430 hits
Minuman Paling Disukai di Malaysia Teh Tarik Kalau tanya rakyat Malaysia mengenai Teh Tarik dari budak kecil sehinggalah ke
Botol Kaca Di Malaysia Lebih Berhantu Dari Dybbuk Box

Botol Kaca Di Malaysia Lebih Berhantu Dari Dybbuk Box

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 286 hits
Botol kaca di Malaysia lebih berhantu dari Dybbuk box Assalamualaikum dan salam sejahtera Sekarang ini memang tengah kecoh pasal Dybbuk Box ni kan Aku sebenarnya pun tak pasti apakah benda itu Mula macam malas nak ambil tahu Tetapi di sebab...
Kerajaan Nafi Kos Vaksin Covid 19 Malaysia Lebih Tinggi Daripada Belgium

Kerajaan Nafi Kos Vaksin Covid 19 Malaysia Lebih Tinggi Daripada Belgium

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 262 hits
Kerajaan membayar RM2 05 bilion bagi perolehan 26 5 juta vaksin COVID 19 untuk diberikan kepada 26 5 juta rakyat KUALA LUMPUR Kerajaan hari ini menafikan bahawa kos vaksin COVID 19 untuk seorang rakyat Malaysia lebih mahal daripada yang dit...
Kenapa Lebih Perlu Dengar Nasihat Isteri Berbanding Kawan Kawan

Kenapa Lebih Perlu Dengar Nasihat Isteri Berbanding Kawan Kawan

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 271 hits
KENAPA SUAMI PERLU DENGAR NASIHAT ISTERI LEBIH DARI ORANG LAIN Ini kerana nasihat dari seorang isteri adalah satu satunya nasihat yang sememangnya tepat betul dan sesuai dengan kita Tiada yang lebih mengenali suami melainkan isterinya sendi...
Jadikan Rakyat Malaysia Sendiri Dulu Sebagai Pelabur Baru Yang Berpotensi Sebelum Nak Utamakan Pelabur Luar

Jadikan Rakyat Malaysia Sendiri Dulu Sebagai Pelabur Baru Yang Berpotensi Sebelum Nak Utamakan Pelabur Luar

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 294 hits
UNTUK JAYAKAN SEBUAH EKONOMI BUKAN HANYA PERLUKAN MODAL TAPI JUGA PERLUKAN KEPADA IDEA DAN AKAL YANG BIJAK Bajet 2021 adalah rancangan kewangan khususnya dari aspek pendapatan dan perbelanjaan yg bakal dilaksana oleh kjaan sepanjang tahun 2...
Pelabur Luar Tidak Berani Labur Di Malaysia Kerana Kerajaan Malaysia

Pelabur Luar Tidak Berani Labur Di Malaysia Kerana Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 248 hits
1 Samsung and Apple factories going to Vietnam 2 Tesla building a factory in Indonesia and even contemplating of SpaceX launchpad too 3 Amazon invested building data center in Indonesia 4 GRAB moved to Singapore 5 Alibaba Bytedance and Tenc...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda

Orang Bunian Mystiska V Senden I Den Malaysianska Urskogen

Usd Cad Ulasan Dan Analisis

Dakwaan Projek Rumah Pahang Gagal Dan Terbengkalai Fitnah Kdmi Buat Laporan Polis Terhadap Adun Kuala Sentul