Ahli Ekonomi Perjelas Kenapa Pelabur Lebih Suka Negara Asean Lain


 
Ahli ekonomi perjelas kenapa pelabur lebih suka negara ASEAN lainJason Thomas -December 19, 2020 Seorang ahli ekonomi berkata, pelabur terpengaruh dengan dasar anti-rasuah Indonesia dan pasaran domestik yang sangat besar. (Gambar Reuters)PETALING JAYA: Prospek pertumbuhan jangka panjang yang lebih baik, iklim pelaburan yang menarik, dan dasar konsisten antara sebab yang mendorong pelabur antarabangsa memilih negara ASEAN lain berbanding Malaysia, kata seorang ahli ekonomi.
Bercakap kepada FMT, profesor ekonomi di Universiti Sunway, Yeah Kim Leng, turut berkata kestabilan politik, tadbir urus yang baik, rasuah yang rendah, dan “usaha promosi terselaras dari peringkat tertinggi” sebagai beberapa faktor mengapa Singapura, Indonesia, dan Vietnam berjaya menarik pelaburan berprofil tinggi mutakhir ini.
Ketiga-tiga negara itu menerima lebih 80% daripada pelaburan langsung asing (FDI) AS$156 bilion ke negara-negara ASEAN tahun lalu, menurut agensi perdagangan PBB, UNCTAD. Hanya 5%, atau sekitar RM31.7 bilion (AS$7.8 bilion), ke Malaysia.
“Malaysia perlu meningkatkan prestasinya dalam semua ini yang menarik pelbagai jenis pelabur yang mencari kecekapan, mencari pasaran, dan mencari sumber,” kata Yeah kepada FMT.
Menyatakan usaha Indonesia dalam membasmi rasuah menghasilkan peningkatan mendadak pada ranking dunianya, Yeah juga berkata pemilihan semula Presiden Indonesia, Joko Widodo, tahun lalu “mencetuskan minat pelabur antarabangsa” terhadap pelan prasarana dan perindustriannya.
Yeah, bekas ketua kumpulan ahli ekonomi di agensi penarafan kredit RAM Holdings, juga berkata strategi promosi pelaburan yang terselaras di Indonesia membolehkan kerajaan republik itu “menguja syarikat global terkemuka” dengan pasaran yang besar dan berkembang sekitar 270 juta penduduk.
Tambahan pula, Yeah berkata potensi Indonesia untuk membangunkan sumber alam yang luas diperhatikan syarikat global yang mencari peluang pelaburan berasaskan sumber.
Yeah mengulas catatan bekas perdana menteri Najib Razak di Facebook baru-baru ini yang mengatakan terdapat kekurangan usaha untuk menarik pelabur asing dalam 2 tahun lalu.
Najib berkata syarikat gergasi teknologi AS seperti Tesla, Amazon, dan Google melihat Indonesia sebagai pilihan pelaburan dan mempersoalkan apa yang dibuat agensi pelaburan Malaysia untuk menarik FDI.
Walaupun FDI ke Malaysia meningkat 3.1% dari RM30.7 bilion pada 2018 kepada RM31.7 bilion pada 2019, ini penurunan yang ketara dari dua tahun sebelumnya. Malaysia melaporkan RM41 bilion pada 2017 dan RM47.2 bilion pada 2016.
Menyatakan negara mempunyai pejabat perdagangan, misi pelaburan, dan pelbagai kakitangan yang mempromosikan negara di luar negara, ahli ekonomi kanan di Malaysian Rating Corporation, Firdaos Rosli, tidak setuju agensi pelaburan Malaysia “tidak berbuat sehabis baik” untuk menarik pelaburan.
Jelas beliau, agensi pelaburan negara hanya menjalankan tugas dalam ruang peraturan sekarang.
“Apa kelebihan kita?” soal beliau. “Itu persoalannya”.
“Peraturan kita bagus untuk menarik pelaburan bernilai rendah. Tetapi apabila negara-negara lain juga menawarkan insentif yang sama, kita mengehadkan diri kepada bersaing di ruang yang kita akan kalah.”
Senada dengan Yeah mengenai betapa besarnya pasaran domestik Indonesia, Nazari Ismail dari Jabatan Strategi Perniagaan dan Dasar di Universiti Malaya menyifatkannya sebagai “sebab utama” pelabur antarabangsa masuk ke Indonesia – dengan kos operasi yang lebih rendah juga menjadi faktor utama.
“Indonesia mempunyai 267 juta penduduk, jadi tentunya sukar untuk menyaingi mereka dari segi potensi pasaran dan juga kos operasi,” katanya.
“Itulah sebabnya syarikat (Tesla, Amazon, dan Google) juga mengabaikan Singapura, yang jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan Indonesia.
“Oleh itu, saya tidak akan menyalahkan kerajaan dalam isu ini kecuali jika anda juga mahu meningkatkan jumlah penduduk kita sebanyak Indonesia dan menurunkan gaji agar setanding mereka, di mana kedua-duanya bukan pilihan yang realistik.”






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2020/12/ahli-ekonomi-perjelas-kenapa-pelabur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aku Tumpang Suka Atau Lebih Tepat Tumpang Senyum

Aku Tumpang Suka Atau Lebih Tepat Tumpang Senyum

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 278 hits
Boleh dikatakan apa sahaja yg berlaku dan bakal berlaku tidak ada satu kerugian pun padanya Anwar bermula dengan 0 untuk menjadi seorang PM tetapi harapannya 100 Sebaik dibebaskan peluangnya meningkat 49 dan kekal hingga sekarang kalau naik...
Yang Suka Langgar Lampu Merah Siaplah Korang Pdrm Lancar Ops Lampu Merah Di Seluruh Negara

Yang Suka Langgar Lampu Merah Siaplah Korang Pdrm Lancar Ops Lampu Merah Di Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 335 hits
The ReporterBagi pengguna jalan raya yang suka mengabaikan peraturan dan tidak sayangkan nyawa anda mungkin akan dikenakan tindakan undang undang selepas ini kerana Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Di Raja Malaysia telah mel...
Tidak Suka Anwar Jangan Sampai Hina Logo Parti Tu Dah Lebih

Tidak Suka Anwar Jangan Sampai Hina Logo Parti Tu Dah Lebih

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 236 hits
Aku nasihatkan ustaz miqdad Jangan hina logo parti orang Nanti logo parti kamu orang perkatakan Kamu tuduh Anwar penipu bawa lah fakta kukuh Kalau Anwar menipu Agong itu satu kesalahan besar dan kamu boleh buat laporan polis Kalau sekadar a...
Agenda Awani 2021 Fasa Pemulihan Ekonomi Negara

Agenda Awani 2021 Fasa Pemulihan Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 243 hits
Adakah 2021 bakal menyaksikan KDNK negara berkembang sehingga 6 7 peratus dipacu kejayaan menangani COVID19 serta pengedaran vaksin yang efektif Temu bual NajibAroff bersama Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff Pensyarah Kanan Putra Busi...
Hiburan Tokoh Ekonomi Pendidikan Negara Profesor Diraja Ungku Aziz Kini Disahkan Meninggal Dunia

Hiburan Tokoh Ekonomi Pendidikan Negara Profesor Diraja Ungku Aziz Kini Disahkan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 528 hits
Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid yang juga merupakan Tokoh ekonomi dan pendidikan negara kini telah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Prince Court di sini hari ini Menurut laporan BH Online kemat...
Tak Perlu Risau Jika Panggilanmu Bukan Sebagai Abdi Negara Toh Ada Kesempatan Lain Di Luar Sana

Tak Perlu Risau Jika Panggilanmu Bukan Sebagai Abdi Negara Toh Ada Kesempatan Lain Di Luar Sana

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 244 hits
Tahun depan pendaftaran CPNS akan dibuka lagi Tak apa jika ingin kembali mencoba tapi tak ada salahnya jika kamu coba kesempatan lain di luar sana
Dakwaan Adun Pas Tidak Akan Dilantik Exco Berniat Nakal Pada Saya Kata Ahli Dewan Negara Perak

Dakwaan Adun Pas Tidak Akan Dilantik Exco Berniat Nakal Pada Saya Kata Ahli Dewan Negara Perak

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 336 hits
Ahli Dewan Negara Perak Mohd Annuar Zaini membuat laporan di Balai Polis Kampung Rapat susulan hantaran fitnah di Facebook mengaitkannya dengan dakwaan tiada ADUN PAS dilantik EXCO IPOH Ahli Dewan Negara Perak Mohd Annuar Zaini membuat lapo...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator