Pelabur Asing Dijangka Terus Jual Saham Tempatan




Jualan asing ekuiti Malaysia dijangka berterusan dalam masa terdekat, dengan sentimen lemah didorong oleh pasaran luaran.
Pada minggu 13 hingga 15 Ogos yang singkat, jualan asing ekuiti tempatan dicatatkan sebanyak RM480.1 juta berbanding RM1.04 bilion dilaporkan dari 5 hingga 9 Ogos.
Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata selama lima minggu berturut-turut, dana asing mencatatkan jualan bersih berikutan persekitaran luaran yang tidak stabil, terutama didorong oleh konflik perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
Selain itu, katanya dasar perdagangan perlindungan yang meningkat antara Jepun dan Korea Selatan seolah-olah turut mencadangkan pertumbuhan global yang mungkin tidak menggalakkan pada masa depan.
Beliau berkata, penangguhan untuk mengenakan tarif sebanyak 10 peratus ke atas import China yang bernilai AS$300 bilion seperti diumumkan oleh Wakil Perdagangan AS memberi kelegaan dan harapan bahawa kedua-dua negara masih terbuka kepada penyelesaian yang baik.
“Bagaimanapun, keluk hasil di AS dan United Kingdom yang tidak menentu telah menarik perhatian pasaran, menyebabkan pengelakan risiko menjadi lebih jelas,” katanya kepada Bernama.
Pada Selasa, AS mengumumkan negara itu akan menangguhkan untuk mengenakan tarif import sebanyak 10 peratus ke atas komputer riba, telefon bimbit, konsol permainan video dan produk lain yang dibuat di China yang pada mulanya dijadualkan bermula bulan depan.
Di peringkat tempatan, Mohd Afzanizam berkata sokongan daripada dana institusi dan pada tahap tertentu, daripada pelabur runcit, akan membantu mengurangkan penurunan dalam FBM KLCI.
Bagi asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI merosot 15.83 mata kepada 1,599.22 daripada 1,615.05 minggu sebelumnya.
“Oleh itu, ekuiti akan terus tidak menentu berikutan konflik perdagangan antara AS dan China yang masih wujud. Ia boleh memberi kesan kepada sentimen pasaran.
“Dalam tempoh tidak menentu, pasaran pendapatan tetap boleh menawarkan perlindungan yang lebih baik dan justeru, peruntukan aset akan tertumpu kepada pasaran bon. Menjangka dagangan yang amat berhati-hati dalam kalangan pelabur,” kata Mohd Afzanizam.
Semasa mengumumkan prestasi pertumbuhan ekonomi negara bagi suku kedua pada Jumaat, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata pertikaian perdagangan AS-China yang berlanjutan dijangka memberi kesan terhadap asas pertumbuhan eksport kasar Malaysia 2019 sebanyak -0.5 hingga -0.8 mata peratusan.
Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh daripada jangkaan sebanyak 4.9 peratus pada suku kedua 2019, disokong oleh perbelanjaan isi rumah dan pelaburan swasta yang lebih tinggi.
Sebagai perbandingan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 4.5 peratus pada suku pertama tahun ini.
Bagi 2019, bank pusat menjangka pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam julat antara 4.3 peratus dan 4.8 peratus, disokong oleh aktiviti sektor swasta.
Mohd Afzanizam berkata pada tahap tertentu, pertumbuhan ekonomi suku kedua 2019 yang lebih kukuh itu akan mengurangkan kebimbangan mengenai ekonomi perlahan dan menyediakan pemangkin kepada pasaran ekuiti.
“Bagaimanapun, pecahan KDNK menunjukkan pelaburan perniagaan kurang menggalakkan berikutan kerajaan amat berhati-hati dalam perbelanjaan mereka. Pertumbuhan eksport bersih lebih tinggi tetapi ini berikutan import yang rendah.
“Oleh itu, sektor luaran tidak begitu membantu. Oleh yang demikian, kes untuk Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang lebih rendah masih sah tetapi BNM boleh tunggu,” katanya.
Pada Mei, bank pusat menurunkan OPR kepada 3.0 peratus, penurunan kadar pertamanya sejak Julai 2016.
Sementara itu, bank pusat turut mengumumkan langkah-langkah liberalisasi selanjutnya dalam dasar pentadbiran pertukaran asing (FEA) berkuat kuasa 30 Ogos untuk memberikan fleksibiliti yang lebih besar dan meningkatkan tahap kecekapan sektor perniagaan dalam menguruskan risiko pertukaran asing dan menjalankan operasi harian mereka dengan lebih baik.
Dengan liberalisasi, pemastautin kini boleh melindung nilai obligasi akaun semasa mata wang asing mereka sehingga tempoh asas, dengan mendapat kelulusan daripada BNM.
-BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/18/pelabur-asing-dijangka-terus-jual-saham-tempatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelabur Asing Jual Rm1 04 Bilion Minggu Lalu Bursa Jatuh Di Bawah Paras 1600 Mata

Pelabur Asing Jual Rm1 04 Bilion Minggu Lalu Bursa Jatuh Di Bawah Paras 1600 Mata

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 395 hits
Jualan asing bagi saham tempatan di Bursa Malaysia meningkat kepada RM1 04 bilion minggu lalu berbanding RM601 2 juta minggu sebelumnya MIDF Amanah Investment Bank Bhd Research mendapati penjualan itu merupakan aliran keluar bersih dana asi...
Demi Perusahaan Luar Angkasa Jeff Bezos Jual Saham Amazon Rp25 5 Triliun

Demi Perusahaan Luar Angkasa Jeff Bezos Jual Saham Amazon Rp25 5 Triliun

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 321 hits
Sebagai orang terkaya di dunia alasan Bezos menjual saham Amazon guna mendanai perusahaan luar angkasanya CEO berusia 55 tahun ini melepas sekitar 960 000 lembar saham Masing masing saham tersebut bernilai USD 1 900
Guna Otak Sikit Najib Beritahu Syed Saddiq Berhubung Dakwaan Jual Saham Rm2 Bilion

Guna Otak Sikit Najib Beritahu Syed Saddiq Berhubung Dakwaan Jual Saham Rm2 Bilion

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 403 hits
Najib Razak mengingatkan Syed Saddiq bahawa akaun Umno telah dibekukan oleh kerajaan Najib memberitahu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya pakai otak sikit berhubung dakwaan menteri belia dan sukan itu bahawa Umno yang kini berdepan masala...
Bi Proyeksi Rupiah Bakal Terus Menguat Ditopang Aliran Masuk Modal Asing

Bi Proyeksi Rupiah Bakal Terus Menguat Ditopang Aliran Masuk Modal Asing

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 323 hits
Bank Indonesia memproyeksikan nilai tukar Rupiah ke depan akan terus menguat Hal ini seiring dengan tetap terjaganya aliran modal asing yang masuk ke dalam negeri Gubernur Bank Indonesia Perry Warjiyo mengatakan Rupiah pada Agustus ini tela...
Pelabur Asing Mulai Tinggalkan Malaysia Dengan Jualan Terbaru Hampir Rm300 Juta

Pelabur Asing Mulai Tinggalkan Malaysia Dengan Jualan Terbaru Hampir Rm300 Juta

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 857 hits
Inilah realiti yang sedang berlaku apabila Malaysia dipimpin oleh mereka yang berniat jahat dan mempunyai dendam kesumat Pelaburan asing tak dibawa masuk tapi asyik bercerita kegagalan kerajaan terdahulu Padahal diri sendiri yang gagal tapi...
Tak Boleh Halau Lynas Nanti Pelabur Asing Lari Kata Dr Mahathir

Tak Boleh Halau Lynas Nanti Pelabur Asing Lari Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 405 hits
Malaysia tidak boleh menghalau Lynas setelah menjemput syarikat perlombongan nadir bumi itu melabur di negara ini hanya kerana terdapat pihak yang tidak mahu menerima kajian pakar kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Beliau berkata ...
Tukar Ph Sebelum Dimangsakan Kerana Pelabur Asing Mulai

Tukar Ph Sebelum Dimangsakan Kerana Pelabur Asing Mulai

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 304 hits
Pelabur Asing Mulai Tinggalkan Malaysia Dengan Jualan Terbaru Hampir RM300 JutaINILAH realiti yang sedang berlaku apabila Malaysia dipimpin oleh mereka yang berniat jahat dan mempunyai dendam kesumat Pelaburan asing tak dibawa masuk tapi as...
Butuh Uang Persalinan Suami Di Madiun Jual Istri Yang Hamil 6 Bulan Untuk Threesome

Butuh Uang Persalinan Suami Di Madiun Jual Istri Yang Hamil 6 Bulan Untuk Threesome

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 305 hits
Ia menambahkan dari pengakuan sementara tersangka dalam kasus ini mereka baru melakukan praktik dua kali Namun untuk menelusuri pengakuan tersangka ini polisi masih akan melakukan pengembangan penyidikan
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Asam Pedas Melaka Ikan Pari Dan Tanda Kiamat

Japan Part Iii Tempat Solat Beli Beras

Himpunan 50 Zikir Harian Sahih Amalan Rasulullah

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna