Pelabur Asing Jual Rm1 04 Bilion Minggu Lalu Bursa Jatuh Di Bawah Paras 1600 Mata




Jualan asing bagi saham tempatan di Bursa Malaysia meningkat kepada RM1.04 bilion minggu lalu, berbanding RM601.2 juta ­minggu sebelumnya.
MIDF Amanah Investment Bank Bhd. Research mendapati, penjualan itu merupakan aliran keluar bersih dana asing mingguan terbesar dalam tempoh 12 minggu.
Penganalisis MIDF Research, Adam M Rahim berkata, penjualan bersih asing memuncak pada Isnin apabila pelabur menjual sebanyak RM357 juta, jualan harian terbesar sejak awal Mei lalu.
“Sentimen sebahagiannya dijejaskan oleh tindak balas China terhadap ancaman tarif terbaharu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dengan membiarkan yuan jatuh ke paras terendah dalam tempoh lebih daripada sedekad.
“Bagai­manapun, ­aliran keluar bersih asing yang tinggi pada hari itu adalah sejajar dengan bursa serantau lain,” katanya dalam laporan ­aliran dana mingguan di sini hari ini.
Paras penjualan bersih ­asing mengecil kepada RM219.9 juta pada Selasa. Tindakan China mengehadkan penurunan yuan mengembalikan keyakinan pelabur.
Adam berkata, paras aliran keluar bersih asing kembali me­ningkat kepada RM269.5 juta susulan pengumuman mengejutkan pemotongan kadar faedah bank-bank pusat Asia Pasifik termasuk New Zealand, Thailand dan India bagi mengimbangi risiko ekonomi global.
Jelasnya, keyakinan kembali ke pasaran pada Khamis apabila penjualan bersih ­asing susut kepada RM30.7 juta di tengah-tengah ‘lampu hijau’ diberikan oleh Jepun untuk membenarkan eksport bahan pembuatan semikonduktor ke Korea Selatan.
Bagaimanapun, kata­nya nada positif itu berakhir pada hari berikutnya apabila pelabur asing menjual sebanyak RM158.1 juta apabila AS menghentikan sementara keputusan membenarkan syarikat negara itu memulakan semula perniagaan bersama Huawei Technologies Co.
“Aliran keluar bersih ­asing yang besar minggu lalu menjadikan jumlah aliran keluar dari Malaysia setakat ini mencecah RM6.01 bilion.
“Ini adalah kira-kira 51 peratus daripada aliran keluar bersih asing pada tahun lalu,” katanya.

Bursa Malaysia jatuh di bawah 1,600 mata
Indeks FBM KLCI menjunam kembali di bawah tahap sokongan 1,600 mata selepas kali terakhir ditutup pada 1,598.32 mata pada 27 Mei lepas.
Semalam, Bursa Malaysia susut 22.17 mata kepada 1,592.88 mata selepas berlegar antara 1,591.29 hingga 1,615.24 mata.
Pasaran menyaksikan kaun­ter rugi mengatasi untung pada 744 berbanding 173 dengan 276 kaunter tidak berubah.
Penganalisis Kanan di Malacca Securities Sdn. Bhd., Kenneth Leong berkata, pihaknya menjangkakan ketegangan politik yang memuncak di Hong Kong serta perang dagangan yang berpanjangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China akan menyebabkan kelemahan dalam pasaran.
“Kelemahan mata wang domestik turut mendorong dana asing tidak memasuki ekuiti tempatan. Setakat Jumaat lalu, sebanyak RM6.01 bilion dana asing telah keluar dari pasaran ekuiti negara.
“Sekiranya paras ringgit melepasi RM4.20 berbanding dolar AS, maka kami menjangkakan ringgit akan terus merosot sehingga paras RM4.30,” katanya.
Sementara itu, nota kajian CGS-CIMB pada 9 Ogos menyatakan bahawa pelabur tempatan berhati-hati dengan pasaran dan mereka menunggu corak potensi tema perdagangan untuk separuh kedua tahun ini.
“Antara lima tema yang dibentangkan untuk separuh kedua 2019, para pelabur lebih cen­derung kepada pulangan dividen serta penggabungan dan pengambilalihan (M&A),” katanya.
Firma penyelidikan itu juga berkata, tiada dorongan utama daripada para pelabur ke atas sasaran KLCI untuk 1,596 mata menjelang hujung tahun ini meskipun ada antara pelabur bimbang terhadap potensi pendapatan yang terjejas daripada penurunan kadar dasar semalaman (OPR), perang dagangan dan semakan semula dasar.
“Mereka bimbang akan prestasi korporat Malaysia yang lemah, reformasi dasar yang berterusan selain isu peralihan kepemimpinan negara,” katanya.
Utusan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/14/pelabur-asing-jual-rm1-04-bilion-minggu-lalu-bursa-jatuh-di-bawah-paras-1600-mata/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelabur Asing Dijangka Terus Jual Saham Tempatan

Pelabur Asing Dijangka Terus Jual Saham Tempatan

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 235 hits
Jualan asing ekuiti Malaysia dijangka berterusan dalam masa terdekat dengan sentimen lemah didorong oleh pasaran luaran Pada minggu 13 hingga 15 Ogos yang singkat jualan asing ekuiti tempatan dicatatkan sebanyak RM480 1 juta berbanding RM1 ...
Semalam Pinjam Lagi Rm3 Bilion Untuk Cecah Rm1 Trilion Kerajaan Ph Boleh Umum Hari Hutang Negara

Semalam Pinjam Lagi Rm3 Bilion Untuk Cecah Rm1 Trilion Kerajaan Ph Boleh Umum Hari Hutang Negara

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 879 hits
Tidak sampai dua tahun lagi kerajaan Pakatan Harapan boleh mengumumkan cuti umum hari hutang negara kerana hutang negara akan mencecah RM1 trilion dengan rasminya sinis bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak Ini berikut...
Salah Cuci Botol Susu Punca Anak Selalu Jatuh Sakit Bawah 12 Bulan Wajib Steril

Salah Cuci Botol Susu Punca Anak Selalu Jatuh Sakit Bawah 12 Bulan Wajib Steril

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 336 hits
Tidak mencuci mensterilkan peralatan makan minum anak pemerahan susu ibu dengan betul boleh jadi punca bayi selalu jatuh sakit Mama papa tolong jangan skip langkah ini ia sangat mustahak Tata cara mencuci memainkan peranan penting dalam tah...
Puas Hati Beli Kabel Charger Smartphone Harga Bawah Rm1

Puas Hati Beli Kabel Charger Smartphone Harga Bawah Rm1

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 436 hits
Memang syok bershopping online ni Anda boleh dapat harga barang yang anda inginkan pada harga yang memang gila gila murah Malah anda boleh dapat berganda penjimatan walaupun harga telah ditambah dengan kos pengeposan Memang murah betul Baru...
Data Inflasi Uk Menyokong Sterling Pergerakan Harga Membuat Pesanan Jual Pasangan Mata Wang Eur Gbp

Data Inflasi Uk Menyokong Sterling Pergerakan Harga Membuat Pesanan Jual Pasangan Mata Wang Eur Gbp

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 297 hits
Data pasaran buruh Selasa bercampur campur dengan kadar pengangguran yang meningkat kepada 3 9 daripada 3 8 sementara terdapat kenaikan yang lebih besar daripada jangkaan dalam pekerjaan ke rekod tertinggi baru Data pendapatan purata mengat...
Bursa Malaysia Terus Susut Minggu Ke 6 Berturut Turut

Bursa Malaysia Terus Susut Minggu Ke 6 Berturut Turut

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 311 hits
Bursa Malaysia terus mencatatkan penurunan minggu lepas menjadikan tempoh itu sebagai minggu ke 6 berturut turut merekodkan penyusutan yang kali terakhir dilihat pada Mei hingga Jun 2015 menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd Research Ia b...
Guna Otak Sikit Najib Beritahu Syed Saddiq Berhubung Dakwaan Jual Saham Rm2 Bilion

Guna Otak Sikit Najib Beritahu Syed Saddiq Berhubung Dakwaan Jual Saham Rm2 Bilion

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 251 hits
Najib Razak mengingatkan Syed Saddiq bahawa akaun Umno telah dibekukan oleh kerajaan Najib memberitahu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya pakai otak sikit berhubung dakwaan menteri belia dan sukan itu bahawa Umno yang kini berdepan masala...
Wisatawan Asing Mengamuk Dan Tendang Pengendara Motor Hingga Jatuh Hebohkan Bali

Wisatawan Asing Mengamuk Dan Tendang Pengendara Motor Hingga Jatuh Hebohkan Bali

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 195 hits
Seorang pria Warga Negara Asing yang belum diketahui identitasnya mengamuk di Bali Aksi wisatawan asing itu terekam oleh video warga dan menjadi kehebohan di sosial media Dalam video berdurasi pendek itu warga juga mengejar bule yang mengam...
Tiga Terpelanting Jatuh Ke Bawah Jambatan Di Bachok

Tiga Terpelanting Jatuh Ke Bawah Jambatan Di Bachok

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 206 hits
18 Ogos 2019 8 06 PM BACHOK Tiga mangsa cedera parah selepas terpelanting dari atas jambatan dalam kemalangan jalan raya di Kampung Teratak Pulai di sini hari ini Ketua
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game