Pekerja Pembersihan Sekolah Rayu Jangan Potong Gaji


Yasmin Ramlan
Sebagai pekerja kebersihan bangunan dan kawasan (KBK), pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Syed Haizal berkata kekurangan gaji RM50 pun membuatkannya rasa terganggu, apatah lagi menanggung kehidupan sekeluarganya dengan pemotongan gaji 40 peratus.
Bapa kepada tiga orang anak yang masih bersekolah itu berkata pemotongan gaji pekerja pembersihan di sekolah akan memberikan kesan yang teruk kepada mereka kerana rata-rata mereka tidak mempunyai mata pencarian lain.
“Sebab pekerja KBK ni bekerja sebagai tukang kebun, cleaner di sekolah, di mana-mana institusi kerajaan ni merupakan pilihan terakhir sebab dia tak boleh bergerak.
“Macam saya ni tinggal di kawasan kampung, ini adalah satu-satunya mata pencarian untuk penduduk kampung di sekitar ataupun cleaner di sekolah,” katanya dalam satu sidang media Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) secara dalam talian hari ini.

Ia berikutan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menyatakan dalam garis panduan perintah kawalan pergerakannya (PKP) bahawa pengoperasian kerja pembersihan di sekolah harus dikurangkan kapasiti 60 peratus dan semua kontraktor hanya dibayar untuk pelaksanaan tugas untuk 60 peratus sahaja.
Ini memberi ruang kepada kontraktor memotong gaji pekerja sebanyak 40 peratus.
Untuk rekod, pelaksanaan ini bakal menjejaskan pendapatan sekitar 50,000 pekerja pembersihan sekolah yang rata-ratanya berpendapatan gaji pokok sebanyak RM1,100 atau RM1,200.
Syed Haizal yang bekerja di sebuah sekolah di Kelantan berkata, sebagai pencari nafkah tunggal untuk keluarganya dia perlu mencatu sebahagian besar daripada perbelanjaan bulanannya berikutan pemotongan tersebut.
“Sekarang ni keadaan pandemik semua berada di rumah… paling penting sekali adalah makanan. Kebanyakan gaji habis untuk makanan. Kalau hilang pula 40 peratus, macam mana pulak nak survive untuk anak-anak, isteri dalam masa sebulan ini?” katanya yang telah bekerja kontrak pembersihan selama 10 tahun.
“Untuk gaji 40 peratus yang akan dipotong ni kerajaan perlu turun ke bawah untuk lihat siapa, darjat mana pekerja KBK ni.
“Sebab mereka tak tahu, mungkin ada orang baru di KPM ini dia ingat pekerja KBK ni kemungkinan warga asing. Kalau warga asing pun kita tak boleh layan macam ini. Gaji adalah untuk makanan, tanpa gaji maka berlakulah masalah-masalah sosial,” katanya.
Nak beli makanan keperluan pun tak cukup
Salah seorang pekerja pembersihan sekolah, Wardah Ibrahim dari Perlis turut mengeluh dengan pemotongan tersebut yang menurutnya membebankan dan dianggap sebagai penindasan terhadap pekerja kontrak sepertinya.
“Kami yang pekerja kontrak ni memang itu saja kami harapkan pendapatan kami. Kami memang rasa terbeban, memang tak setuju sangat.
“Kalau boleh kami minta pihak-pihak kerajaan dan pihak berkenaan memandang isu ni dengan serius sebab nasib pekerja-pekerja macam kami ni gaji kecil.
“Dahlah dengan potongan caruman KWSP lagi. Saya ini kerja seorang, suami pun kerja-kerja kampung saja,” katanya yang turut serta dalam sidang media yang sama.
Wardah IbrahimDia turut merayu supaya kerajaan meneliti semula keputusan tersebut kerana ia tidak mencukupi untuk menyara dirinya sekeluarga.
“Setakat nak makan biasa pun memang tak lepas. Nak bayar sewa, motor, cukai jalan (yang tamat tarikh) mati,” kata wanita berusia 36 tahun itu.
Situasi yang sama turut dirasai oleh Ponmalar Mathukaryan, 49, dari Melaka yang mendapati gajinya dipotong daripada gaji pokok RM1,200.
“Saya tak faham (kenapa dipotong). KWSP pun bila dah dipotong (daripada gaji) lagilah kurang (gaji). Saya dapat RM500 saja sebulan (lepas ditolak dan dipotong).
Tambahnya, ketika tidak sihat baru-baru ini, sijil cuti sakit yang diperolehnya juga tidak diterima. Sebaliknya penyelianya berkata ia perlu ditolak dengan cuti tahunan, jika tidak ia akan ditolak daripada gaji.
Namun dia tidak bersetuju kerana cuti tahunannya itu hanya akan digunakan sewaktu kecemasan.
Polisi bercanggah
Sementara itu, Penyelaras JPKK Sivaranjani Manickam dalam sidang media sama berkata potongan gaji pekerja pembersihan kontrak kerajaan di sekolah dilaksanakan sejak Jun.
Katanya terdapat pekerja yang menerima potongan tersebut dan ada yang masih belum dipotong gajinya.
Menurut Sivaranjani, JPKK sejak dua minggu lalu telah menerima banyak aduan mengenai pengumuman pemotongan gaji itu dan kemudian pihaknya telah melaporkan isu tersebut kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK).
Bagaimanapun, katanya JTK meminta pekerja untuk memfailkan kes tuntutan di jabatan tersebut.
Dia berkata, menurut garis panduan PKP Kementerian Sumber Manusia (KSM), kementerian itu menyatakan bahawa majikan tidak dibenarkan memotong gaji pekerja semasa PKP.
“Tetapi KPM pula telah melanggar polisi KSM. Kedua-duanya kementerian kerajaan bercanggah satu sama lain. Tetapi yang akhirnya menjadi mangsa adalah pekerja yang miskin,” katanya.
Tambahnya, pihaknya telah menghantar surat kepada KSM, KPM dan Kementerian Kewangan berhubung isu tersebut sejak bulan lalu tetapi masih belum menerima sebarang maklum balas.
Dia berkata JPKK menuntut supaya gaji pekerja B40 dipulihkan 100 peratus dan meningkatkan gaji minima mereka.
Pada masa sama, menggesa supaya pekerja kontrak pembersihan dan pengawal sekolah di premis kerajaan tidak dianaktirikan dan turut mendapat vaksin sepertimana guru sekolah dan petugas lain memandangkan mereka adalah petugas barisan hadapan.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi pihak terbabit berkaitan keluhan pekerja di atas.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/pekerja-pembersihan-sekolah-rayu-jangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Potong Gaji Ceo Bank Bukan Buang Pekerja

Potong Gaji Ceo Bank Bukan Buang Pekerja

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 170 hits
Potong gaji CEO bank bukan buang pekerja Firma Perunding Roland Berger dalam laporan terkininya menyatakan terdapat anggaran sebanyak 567 cawangan bank di Malaysia telah ditutup sepanjang dekad ini Salah sebuah bank tempatan terbesar turut ...
Hiburan Sedar Pekerja Juga Ada Komitmen Mila Jirin Buat Pinjaman Bank Bayar Gaji

Hiburan Sedar Pekerja Juga Ada Komitmen Mila Jirin Buat Pinjaman Bank Bayar Gaji

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 283 hits
Banyak perniaga yang terjejas atas akibat pandemik COVID 19 yang melanda di negara kita sekarang ini Tidak terkecuali penyanyi dan usahawan terkenal Mila Jirin juga sedang mengalami detik sukar ketika ini namun dia hanya mampu berserah sega...
Mgnews Tak Adil Gaji Kami Dah Kecil Kalau Potong Lagi Apa Yang Tingga

Mgnews Tak Adil Gaji Kami Dah Kecil Kalau Potong Lagi Apa Yang Tingga

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 94 hits
Bagaikan jatuh ditimpa tangga begitulah nasib yang menimpa kira kira 50 000 pekerja pembersihan sekolah di seluruh negara berdepan kehilangan pendapatan apabila gaji mereka bakal dipotong sehingga 40 peratus sepanjang tempoh Perintah Kawala...
Armada Gesa Moratorium Automatik Jangan Harap La Dah Berbuih Orang Minta Tetapi Kerajaan Ini Tidak Membantu Rakyat

Armada Gesa Moratorium Automatik Jangan Harap La Dah Berbuih Orang Minta Tetapi Kerajaan Ini Tidak Membantu Rakyat

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 224 hits
By KUALA LUMPUR Armada Bersatu Malaysia menggesa kerajaan memberi moratorium pinjaman automatik tanpa faedah dalam penambaikan pakej bantuan yang akan dilakukan kelak Penolong Bendahari Armada Nasional Syafiq Mohd Zin berkata pihaknya mengu...
Tuduh Kerajaan Gagal Jangan Jadi Ayam Jantan Ekor Bergelumang Najis

Tuduh Kerajaan Gagal Jangan Jadi Ayam Jantan Ekor Bergelumang Najis

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 245 hits
Setiausaha PAS Negeri Selangor Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir mempersoalkan apa lagi dimahukan oleh pihak yang mendakwa kerajaan gagal sedangkan banyak yang telah dilakukan khususnya dalam memerangi pandemik Covid 19 Mengakui ramai yang te...
Najib Pesan Pn Jangan Dengar Influencer Sahaja

Najib Pesan Pn Jangan Dengar Influencer Sahaja

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 245 hits
Najib pesan PN jangan dengar influencer sahaja Kesan pelaburan pulangan KWSP boleh dikawal jika laksana i Lestari i Sinar 2 0 kata Najib Najib Razak berkata langkah membenarkan pengeluaran simpanan menerusi skim i Lestari dan i Sinar terbuk...
Kalau Ya Pun Kena Tipu Jangan Lah Bagi Tahu Satu Dunia

Kalau Ya Pun Kena Tipu Jangan Lah Bagi Tahu Satu Dunia

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 164 hits
Nazri Aziz kata dia ditipu oleh Zahid apabila dia umum secara terbuka tarik sokongan kpd kerajaan tebuk atap PN Punya la lama dlm politik tapi mudah kena tipu Itu bukti bahawa kebodohan itu tidak kira kamu orang lama atau baru dalam politik...
Rasa Burnout Anak Asyik Anak Berkepit Sampai Ke Tandas Pun Dia Ikut Jangan Stress Kan Diri

Rasa Burnout Anak Asyik Anak Berkepit Sampai Ke Tandas Pun Dia Ikut Jangan Stress Kan Diri

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 374 hits
Ada masanya anak akan melalui fasa yang mana nak berkepit dengan mama je lebih lebih lagi kalau dia banyak dijaga oleh mama berbanding dijaga orang lain Fasa ini dinamakan fasa separation anxiety Dalam fasa ini mama akan mula rasa stress se...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi