Pekerja Bumiputera Ditindas Dan Didiskriminasi Hakikat Atau Sentimen


Adalah amat malang sekali pekerja Bumiputera tertindas di buminya sendiri..

Jika mahu bekerja, yang berbahasa mandarin diutamakan.. 

ini China atau Malaysia? kembalikanlah semangat Dasar Ekonomi Baru..
bela anak bangsamu..



KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) melahirkan tekad untuk memberi pembelaan menyeluruh kepada kaum pekerja Malaysia, majoritinya Bumiputera, yang berdekad lamanya dipercayai ditindas oleh segolongan majikan sektor swasta.
Ini diumumkan menerusi Ucapan Belanjawan 2019 yang menyatakan kerajaan “akan mengkaji semula undang-undang buruh bagi memperkasakan kebajikan pekeja dan melarang sama sekali amalan diskriminasi oleh majikan”.
Ucapan tersebut turut mengandungi cita-cita Kerajaan PH untuk “mempercepatkan penyelasaian terhadap pertikian di antara majikan dan pekerja dengan munubahkan Mahkamah Rayuan Perusahaan”.Majlis Perundingan Melayu (MPM) menerima baik perancangan ini kerana reformasi kepada undang-undang dan amalan perburuhan Malaysia diharap merapatkan jurang ketidaksamaan dalam pembahagian kekayaan negara; dan boleh menghapuskan penindasan ke atas pekerja, khususnya Bumiputera, yang berleluasa di syarikat swasta milik bukan Bumiputera.
Namun MPM mendesak Kerajaan PH untuk melaksanakan rancangan ini dengan segera, menyeluruh, secara telus dan bebas daripada tindakan sabotaj.
Desakan ini adalah berdasarkan data dan fakta bahawa penindasan terhadap pekerja Bumiputera yang bermula di era penjajah Inggeris, dan diteruskan oleh sektor sasta Malaysia pada masa ini, adalah agenda pejuangan yang sangat penting.  
Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua, mempelopori perjuangan ini menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada tahun 1970.
Keprihatinan beliau mengenainya terkandung dalam dokumen Rancangan Malaysia Kelima (RMK5) selaku asas DEB untuk memperbetulkan ketidakseimbangan dalam pengagihan pendapatan, peluang pekerjaan dan penguasaan kekayaan negara.
Ini menunjukkan bahawa soal diskriminasi dalam pasaran tenaga kerja tempatan, khususnya ke atas Bumiputera, sudah dikategorikan sebagai agenda strategik dalam rancangan pembangunan Malaysia.
Penindasan ke atas pekerja Bumiputera oleh syarikat milik bukan Bumiputera, wujud kerana 85 peratus pekerjaan di Malaysia dikuasai oleh sektor swasta, hanya 5 peratus disediakan oleh syarikat milik Kerajaan (GLC), dan sekadar 1/10 daripada seluruh sumber manusia di negara ini berkhidmat dengan sektor awam.
Pelbagai pengkaji telah merungkai fenomena di atas. Tetapi, tiada pembelaan menyeluruh dan berkesan dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sebelum ini.
Contohnya, Dr Mohammed Abdul Khalid, Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri, menghuraikan dalam buku The Colour of Inequality: Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia (2014) seperti berikut:
Amalan dan layanan berat sebelah yang memihak kepada tenaga kerja bukan Melayu, wujud secara jelas dalam sektor swasta bukan milik Bumiputera.  Ini dicerminkan oleh gaji rendah pekerja Bumiputera, kenaikan gajinya yang dilambat-lambatkan, dan peluang latihan yang terhad.
Katanya, hakikat ini mungkin menjadi punca kewujudan jurang kekayaan antara keturunan Cina dan bukan keturunan Cina, terutama sekali Bumiputera, yang sukar dikenalpasti oleh pemerintah.
Namun kebanyakan sektor swasta berkenaan memberikan macam-macam alasan kenapa mereka enggan membuka peluang pekerjaan kepada Bumiputera. Antaranya, masalah graduan Bumiputera yang tidak mahir berbahasa Inggeris dan kurang keyakinan diri; mempunyai kecekapan, produktiviti dan daya saing yang rendah; serta tidak boleh menulis dan bertutur dalam bahasa Mandarin.
Syarikat swasta ini juga mendakwa kononya Bumiputera adalah pemalas.  Alasan ini, sama seperti alasan digunakan oleh penjajah Inggeris, dilaksanakan untuk memenafikan Bumiputera daripada pekerjaan dalam sektor ekonomi berdaya maju, supaya mereka terus miskin, lemah ekonominya, dan sekaligus rapoh politiknya.
Amalan diskriminasi ini turut memburukkan tahap tidak saksama (inequality) dalam penyediaan peluang pekerjaan, pembahagian pendapatan, dan pengagihan kekayaan nasional yang melibatkan Bumiputera.
Just Faaland, selaku akitek DEB, pula menegaskan bahawa diskriminasi dalam syarikat dikuasai oleh bukan Bumiputera di Malaysia dijelmakan dalam pelbagai bentuk.
Antaranya, bank milik British dan keturunan Cina enggan memberi peluang pekerjaan kepada Bumiputera kerana mereka dianggap tidak mempunyai pengalaman yang sesuai, tidak diterima oleh dewan perniagaan bukan Bumiputera, dan disebabkan masalah bahasa dan budaya.  Lantas, Bumiputera hanya diberikan jawatan seperti pemandu dan jaga.  
Kajian Christian Michalson Institute di Norway bagi pihak Unit Perancang Ekonomi (UPEN) pula mendapati, gaji pekerja Bumiputera adalah 32 peratus lebih rendah, berbanding keturunan Cina, kerana pekerja Bumiputera didiskriminasikan menerusi perbezaan pendidikan dan pengalaman dalam industri tertentu.
Selain di atas, Kajian Khazanah Mengenai Ketidaksaksamaan; Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK 11); dan penemuan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB); mengesahkan hakikat pelebaran jurang ketidaksaksamaan dialami Bumiputera mutakhir ini.  
Kerajaan PH, oleh yang demikian, perlu memastikan rancangan memperbetulkan diskriminasi keatas pekerja, khususnya Bumiputera, mesti dilaksanakan secara telus, tegas dan saksama.
Dr Rais Saniman, Datuk Dr Ruhanie Ahmad, Panel Pemikir MPM.


Sumber : Sinar Harian



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.krissmerah.com/2018/11/pekerja-bumiputera-ditindas-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Ke Arah Arang Atau Abu

Pkr Ke Arah Arang Atau Abu

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 161 hits
Sejauh mana Anwar tidak akan masuk campur ketika Azmin di ambang kemenangan Strategi Azmin mengistiharkan diri menang sebelum keputusan rasmi menjadikan ianya lebih sulit di pihak Rafizi dan pahit bagi sesetengah pihak untuk ditelan tiada s...
Dukung Jokowi Ma Ruf Ketua Dpd Pan Riau Diminta Bertaubat Atau Mundur

Dukung Jokowi Ma Ruf Ketua Dpd Pan Riau Diminta Bertaubat Atau Mundur

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 229 hits
Irwan ikut hadir di acara deklarasi Jokowi Ma ruf Amin beberapa waktu lalu Keputusan Irwan bertentangan dengan arah politik DPP PAN yang memutuskan mengusung pasangan nomor urut 02 Prabowo Sandiaga
Pks Pastikan Cawagub Dki Antara Ahmad Syaikhu Atau Agung Yulianto

Pks Pastikan Cawagub Dki Antara Ahmad Syaikhu Atau Agung Yulianto

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 283 hits
Dia menuturkan akan membahas kriteria wagub yang diusulkan ke DPRD dengan panitia fit and proper test dari Gerindra yang juga akan terdiri atas dua orang
6 Idea Hadiah Si Comel Manja Dari Lovingly Signed Untuk Baby Atau Newborn

6 Idea Hadiah Si Comel Manja Dari Lovingly Signed Untuk Baby Atau Newborn

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 543 hits
6 IDEA HADIAH DARI LOVINGLY SIGNED UNTUK BABY ATAU NEWBORN Alamak my bff baru sahaja lahirkan anak pertama Nak bagi hadiah apa untuk si comel manja baby newborn ni Ada masa mummy boleh datang buntu bila fikir bab hadiah nak bagi apa untuk b...
Tak Kira Lelaki Atau Perempuan Siapa Yang Salah Perlu Minta Maaf

Tak Kira Lelaki Atau Perempuan Siapa Yang Salah Perlu Minta Maaf

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 3597 hits
Orang perempuan memang terkenal dengan sikap suka merajuk Sikit sikit nak merajuk Tapi bukan semua la Kan Ada juga yang kata dia tak suka merajuk Tak tahu la betul atau sekadar nak up diri sendiri Tapi saya memang akan merajuk untuk perkara...
Ikut Musim Atau Ikut Mood

Ikut Musim Atau Ikut Mood

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 529 hits
IKUT MUSIM ATAU IKUT MOOD Assalammualaikum wbtIKUT MUSIM ATAU IKUT MOOD Alhamdulillah hujan turun setiap hari kadang 24 jam kadang 12 jam kadang 30 minit Namun cantiknya aturan Allah SWT panasnya juga tetap ada Syukur Hujan atau panas kedua...
Selepas Ditolak Undi Ragu Azmin Atau Rafizi Yang Akan Menang

Selepas Ditolak Undi Ragu Azmin Atau Rafizi Yang Akan Menang

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 383 hits
Sebagaimana dilaporkan media Azmin Ali ketika ini sedang mendahului Rafizi Ramli dengan kelebihan 3 965 undi bagi perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR Azmin memperolehi jumlah keseluruhan sebanyak 70 550 undi manakala Rafizi memperolehi ...
Anda Ada Trypophobia Atau Ketakutan Pada Lubang

Anda Ada Trypophobia Atau Ketakutan Pada Lubang

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 925 hits
Pernah tak anda tengok apa apa objek atau gambar yang ada banyak lubang lubang sampai rasa takut geli loya jijik runsing terganggu dan meremang sampai nak muntah Kalau ya mungkin anda mempunyai Trypophobia Apa dia Trypophobia
Tuam Ais Atau Tuam Haba Lebih Baik Untuk Surutkan Bengkak Selepas Kecederaan Sukan

Tuam Ais Atau Tuam Haba Lebih Baik Untuk Surutkan Bengkak Selepas Kecederaan Sukan

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 622 hits
Tuam ais ke tuam haba lebih baik untuk surutkan bengkak selepas kecederaan sukan Cedera selepas bersukan adalah perkara biasa berlaku kepada sesiapa sahaja Anggota badan bengkak dan mula timbul rasa kurang selesa Macam apa yang Diah alami b...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner