Selepas Ditolak Undi Ragu Azmin Atau Rafizi Yang Akan Menang




Sebagaimana dilaporkan media, Azmin Ali ketika ini sedang mendahului Rafizi Ramli dengan kelebihan 3,965 undi bagi perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR.


Azmin memperolehi jumlah keseluruhan sebanyak 70, 550 undi manakala Rafizi memperolehi 66,594 undi.


Tetapi, jumlah tersebut tidak termasuk undi di Cabang Julau yang sebelum itu ditangguhkan keputusannya berikutan dakwaan berlakunya serangan terhadap tablet-tablet yang digunakan untuk mengundi pada Sabtu lalu.


Bagaimanapun, Jawatankuasa Pemilihan Pusat atau JPP PKR semalam memperakui tiada kehilangan undi di Julau dan oleh itu tidak perlu diadakan pengundian semula. 


Keputusan itu kemudian disahkan oleh Biro Politik PKR malam tadi.


Tiadanya pengundian semula di Julau adalah bertentangan dengan bantahan Rafizi yang menyatakan perlunya undian semula dilakukan bagi menzahirkan keputusan yang lebih adil.


Namun demikian, Rafizi sebelumnya mendakwa beliau mempunyai kelebihan kira-kira 3,000 undi di Julau sebelum pengundian ditangguhkan akibat serangan yang dikesan itu.


Berikutan keputusan JPP menolak undian semula itu dan memperakui pengundian pada Sabtu lalu, keputusan di Julau dijangka akan diumumkan sebelum bermulanya Kongres PKR pada 16-18 November ini.


Bersekali dengan keputusan memperakui pengundian di Cabang Julau, Biro Politik PKR malam tadi juga membuat keputusan menolak kira-kira 90 peratus daripada 7,500 undi ragu yang dikesan berlaku di tujuh negeri.


Ini bermakna daripada 7,500 undi ragu yang dikesan, hanya 10 peratus saja merupakan undi yang sah, sementara 6,750 lagi akan ditolak.


Proses mengesahkan undi ragu itu dijangka akan selesai pada Khamis ini.


Dengan penolakan undi ragu sebanyak 90 peratus daripada 7,500 undi yang sudah buang oleh pengundi, bermakna akan ada perubahan dalam keputusan akhir pemilihan PKR, kata Timbalan Pengerusi JPP, Adzman Hedra.


Dengan yang demikian, meskipun Azmin sedang mendahului Rafizi dengan kelebihan 3,956 undi, tetapi jika kiraannya dicampur dengan jumlah undi di Julau dan ditolak pula dengan undi ragu sebanyak 6,750, apakah keputusan akhirnya nanti?


Siapakah yang banyak hilang undi daripada penolakan sebanyak 6,750 undi ragu itu?


Azmin atau Rafizi yang akan menang untuk jawatan Timbalan Presiden PKR bagi bergandingan dengan Anwar Ibrahim yang sudah sah menang tanpa bertanding sebagai Presiden PKR? (ShahbudinHusin 14/11/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/11/selepas-ditolak-undi-ragu-azmin-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Undian Sabah Azmin Selesa Dahului Rafizi 3 295 Undi

Selepas Undian Sabah Azmin Selesa Dahului Rafizi 3 295 Undi

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 520 hits
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului pesaingnya Rafizi Ramli dengan majoriti 3 295 undi selepas proses pengundian di Sabah bagi jawatan timbalan presiden PKR Loading Keputusan tidak rasmi menunjukkan Azmin memperoleh 10 467 undi berbandi...
Timbalan Presiden Pkr Azmin Umum Menang Tewaskan Rafizi

Timbalan Presiden Pkr Azmin Umum Menang Tewaskan Rafizi

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 666 hits
KUALA LUMPUR Calon Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali telah mengumumkan kemenangannya dalam pemilihan parti kali ini walaupun berhadapan cabaran sengit pesaingnya Rafizi Ramli Dalam suatu kenyataan yang ditandatangani beliau sebagai Ti...
Azmin Belum Menang Tapi Dahului Rafizi Pengerusi Jpp

Azmin Belum Menang Tapi Dahului Rafizi Pengerusi Jpp

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 501 hits
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Rafizi Ramli di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya 21 September 2018 Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR Belum menang tetapi mendahului itu respons Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti PKR Datuk Rashid Din m...
Azmin Umum Menang Timb Presiden Rafizi Masih Berharap

Azmin Umum Menang Timb Presiden Rafizi Masih Berharap

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 523 hits
Diterbitkan 11 Nov 2018 10 16 malamPEMILIHAN PKR Calon timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali telah mengumumkan kemenangannya dalam pemilihan parti kali ini walaupun berhadapan cabaran sengit pesaingnya Rafizi Ramli Dalam suatu kenyataan y...
Azmin Dahului Rafizi Dengan Majoriti 2 136 Undi Di Sarawak

Azmin Dahului Rafizi Dengan Majoriti 2 136 Undi Di Sarawak

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 433 hits
Bernama Mohamed Azmin memperolehi 4 020 undi manakala Rafizi mendapat 1 884 undi Gambar fail KUCHING Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului pencabar tunggalnya Rafizi Ramli dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemil...
Ketinggalan 2 600 Undi Rafizi Masih Yakin Mampu Menang Bergaya

Ketinggalan 2 600 Undi Rafizi Masih Yakin Mampu Menang Bergaya

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 431 hits
Keputusan pemilihan di Sabah hujung minggu lalu tidak termasuk keputusan di cabang cabang Pensiangan Keningau dan Tawau yang ditangguhkan Pemilihan di Keningau tergendala apabila calon Kartel memilih satu dewan kecil di sebelah rumah beliau...
Azmin Mengaku Menang Seterusnya Apa

Azmin Mengaku Menang Seterusnya Apa

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 384 hits
PEMILIHAN PKR Calon timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali telah mengumumkan kemenangannya dalam pemilihan parti kali ini walaupun berhadapan cabaran sengit pesaingnya Rafizi Ramli Dalam suatu kenyataan yang ditandatangani beliau sebagai t...
Azmin Sweeps Sarawak Keeps Lead Over Rafizi In Pkr No 2 Race

Azmin Sweeps Sarawak Keeps Lead Over Rafizi In Pkr No 2 Race

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 483 hits
Incumbent Datuk Seri Mohamed Azmin Ali maintained his lead over challenger Rafizi Ramli in the contest for the PKR deputy president post today after nearly two months long of party elections came to what is considered a partial close Accord...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Japan Part Iii Tempat Solat Beli Beras

Himpunan 50 Zikir Harian Sahih Amalan Rasulullah

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia