Pekebun Peneroka Pula Jadi Mangsa Ph Terus Bawa Kerosakan




Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin jika India memboikot minyak sawit negara, rakyat akan terkesan dengan teruk sekali terutamanya lebih 600,000 pekebun kecil sawit dan 100,000 peneroka FELDA yang kini berpendapatan sangat rendah.
Ismail menimbulkan persoalan apa yang akan berlaku kepada pendapatan golongan terbabit, adakah menyusut teruk kepada RM100 atau RM50 sebulan yang mana ia jelas merupakan satu penganiayaan kepada rakyat jika tsunami sekatan sawit India itu benar-benar belaku.
“Ancaman dari India adalah realiti. Walaupun kerajaan mereka masih belum buat keputusan, ancaman itu cukup untuk membuatkan pembeli CPO (Minyak Sawit Mentah) India akan beralih kepada Indonesia.
“Tiada apa lagi yang rakyat boleh harapkan pada kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana PH terus menerus membawa kerosakan kepada Malaysia.
“Elok benarlah dibubarkan sahaja parlimen,” tegasnya dalam satu kenyataan.
Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar itu juga merasa terkesan dengan nasib yang menimpa 762,635 pekebun kecil dan peneroka sawit yang jelas makin terancam sejak PH memerintah di mana segalanya menjadi semakin memburuk dari hari ke hari.
“Pada penghujung 2018, sawit mengalami penurunan drastik hingga ratusan ribu pekebun kecil terjejas. Dahulu pendapatan purata peneroka sawit cecah RM1500 – RM2000. Kini jatuh mendadak! Cuma tinggal hanya RM300 sahaja sebulan.
“Terbaru, industri sawit Malaysia menerima episod lebih malang apabila pelbagai laporan media dalam dan luar negara menyentuh mengenai ancaman Kerajaan India untuk memboikot kelapa sawit negara,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Naib Presiden UMNO itu menimbulkan persoalan mengapa perkara tersebut boleh berlaku dan apa sudah jadi pada Malaysia hari ini di bawah pentadbiran PH.
“Saya simpulkan ia adalah kerana salah PH itu sendiri, dengan lemahnya dan tidak mahir dalam mengurus serta gelojoh untuk mencipta nama politik peribadi hingga mengorbankan rakyat.
“Perdana Menteri dengan jelas cuai, tidak cermat dan langsung tidak teliti apabila mencampuri konflik pembebasan Kashmir antara India dan Pakistan di Perhimpunan Agung PBB di New York, Amerika Syarikat.
“Sebagai Perdana Menteri, beliau mesti ada sikap tanggungjawab kepada rakyat terlebih dahulu sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan sesuatu konflik antara negara lain yang akhirnya melibatkan periuk nasi rakyat negara sendiri,” bidasnya lagi.
Ismail yang juga Ahli Parlimen Bera menjelaskan kerajaan terdahulu, Barisan Nasional (BN) telah meletakkan Malaysia antara negara pengeksport minyak sawit terbesar dunia dengan menguasai lebih 30 peratus pasaran eksport dunia tetapi tidak lagi kini di bawah PH.
“Ia adalah pencapaian selari dengan falsafah kerja BN untuk membantu pekebun kecil dan peneroka sawit.
“Kini bukan sahaja harga sawit jatuh teruk, tetapi industri sawit Malaysia ‘berada di ambang maut’ kerana pengimport sawit terbesar dunia iaitu India sudah tidak berminat untuk membeli komoditi sawit kita lagi,” ujarnya.
Tambahnya juga, kini tidak kelihatan Menteri Industri Utama, Teresa Kok atau Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil langkah ‘genius’ dan efektif, sejak harga minyak sawit mula jatuh mendadak pada Mei 2018.
“Yang ada hanya kempen Sayangi Sawitku yang tidak masuk akal dengan membazirkan wang rakyat untuk mencetak ‘banner’, ‘bunting’, ‘pamplet’ dan sebagainya.
“Itu tidak termasuk Teresa Kok menghabiskan banyak wang rakyat melancong ke negara yang tidak perlu, seperti melawat safari di Afrika sedangkan Malaysia menghadapi kekangan besar industri sawit di India dan Eropah,” katanya.
Hasil semakannya juga, Ismail mendapati kejatuhan harga CPO sebanyak 17 peratus dan harga Buah Tandan Segar (BTS) sebanyak 24 peratus sejak PH memerintah.
“Ini satu rekod yang menyedihkan buat pekebun kecil dan negara amnya kerana kerajaan gagal melonjakkan statistik eksport yang positif, tidak selari dengan kata-kata mereka kononnya PH itu lebih baik dari BN,” jelasnya lagi. – UMNO ONLINE




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/10/23/pekebun-peneroka-pula-jadi-mangsa-ph-terus-bawa-kerosakan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasib 762 635 Pekebun Kecil Dan Peneroka Sawit Terancam Kerana Dasar Pakatan Harapan

Nasib 762 635 Pekebun Kecil Dan Peneroka Sawit Terancam Kerana Dasar Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 338 hits
1 Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius pelbagai laporan media dalam dan luar negara berkenaan ancaman Kerajaan India untuk memboikot dengan menghadkan import produk Kelapa Sawit negara 2 Pendirian India berpunca daripada tindak ...
Terus Lari Ke Tu Kepala Penunggang Motosikal Nyaris Digilis Axia

Terus Lari Ke Tu Kepala Penunggang Motosikal Nyaris Digilis Axia

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 228 hits
Kepala seorang penunggang motosikal nyaris digilis tayar kereta Perodua Axia selepas berlaku kemalangan di antara dua belah pihak Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 40 Selasa 8 Oktober 2019 di Shah Alam motosikal dan kereta itu bergesel...
Sprm Lebih Wajar Terus Sahaja Dakwa Shahrir Di Bawah Akta Amla Dari Memberinya Pilihan

Sprm Lebih Wajar Terus Sahaja Dakwa Shahrir Di Bawah Akta Amla Dari Memberinya Pilihan

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 270 hits
Shahrir tak perlu pulangkan duit jika dia mahu tahu apa tindakan SPRM ke atas nya Apakah sudah terbukti duit diberikan Najib Razak memang dari 1MDB kata Shahrir Samad
Banyakkan Susu Ibu Lepas Bersalin Terus Biar Anak Mengempeng Meriah Terus

Banyakkan Susu Ibu Lepas Bersalin Terus Biar Anak Mengempeng Meriah Terus

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 457 hits
Setiap ibu pasti menyimpan hasrat untuk menyusukan anak sendiri selepas melahirkan Ia bergantung kepada rezeki masing masing tetapi tidak salah berusaha untuk memperbanyakkan susu badan selagi tidak membahayakan kesihatan si ibu atau bayi U...
Jangan Ingat Diri Tu Kuat Terus Lasak Lepas Bersalin Czer Ke Normal Luka Boleh Terbuka

Jangan Ingat Diri Tu Kuat Terus Lasak Lepas Bersalin Czer Ke Normal Luka Boleh Terbuka

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 485 hits
Kadang kala yang baru pertama kali bergelar ibu tidak tahu yang anda mengalami jahitan terbuka Dalam hal ini episiotomi dan caesarean merupakan dua jenis luka bersalin yang perlu sentiasa dipantau Kebanyakan kes jahitan terbuka boleh berlak...
Ahli Dap Dan Ltte Polis Akan Terus Siasat

Ahli Dap Dan Ltte Polis Akan Terus Siasat

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 553 hits
Diterbitkan Hari ini 12 34 tengahariPolis Diraja Malaysia akan terus menjalankan siasatan dan melakukan tangkapan susulan jika terdapat sebarang bukti mengaitkan pemimpin DAP dengan kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Eelan Ketua Penolong Pen...
Digelar Di Kaki Gunung Festival Lembah Ijen Banyuwangi Terus Pikat Wisatawan

Digelar Di Kaki Gunung Festival Lembah Ijen Banyuwangi Terus Pikat Wisatawan

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 139 hits
Atraksi ini digelar di sebuah amfiteater terbuka yang berada di Taman Gandrung Terakota di kawasan Jiwa Jawa Resort Kawasan ini berada di ketinggian dataran Banyuwangi tepatnya di Desa Tamansari Kecamatan Licin Banyuwangi yang berada di kak...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad