Pekebun Haram Durian Dakwa Disekat Masuk Kebun
Siti Hafidah 		 			ADUN Tras DAP dakwa pihak berkuasa tak patuh perintah mahkamah

		  			 			RAUB – Pekebun durian di Raub semalam membuat laporan polis mendakwa pihak  berkuasa mencegah mereka memasuki kebun – didakwa melanggar perintah  mahkamah.
Pekebun berkata, sekatan jalan raya telah  dibuat pada Sabtu walaupun ada perintah daripada Mahkamah Rayuan yang  menyatakan bahawa mereka tidak boleh dihalang memasuki kebun yang  terlibat sehingga kes itu diselesaikan.
Save Musang King Alliance (Samka) dalam  satu kenyataan mempersoalkan tindakan kerajaan Pahang secara  terang-terangan melanggar perintah mahkamah dan menyekat pekebun durian  memasuki kebun mereka.
“Ketika pekebun-pekebun tiba di pintu  masuk kira-kira jam 9 pagi (semalam), sekatan jalan telah ada dan  terdapat beberapa kenderaan milik Jabatan Perhutanan Negeri bersama  pasukan Light Strike Force (LSF) polis.
“Ketika ADUN Tras (Chow Yu Hui) dan  Presiden Samka (Wilson Chang) meminta penjelasan, pihak polis  memaklumkan mereka mengikut arahan. Polis memberitahu mereka merujuk  perkara itu kepada seorang wakil kerajaan negeri yang hadir di tempat  tersebut,” katanya.
Memetik laporan NST, Samka berkata, wakil  itu berpendapat bahawa kawasan penguatkuasaan undang-undang (operasi  semalam) tidak berada di dalam kawasan larangan seperti yang dinyatakan  dalam perintah mahkamah.
“Individu itu mendakwa mereka ingin  memasuki kebun dan menahan penceroboh. Pegawai yang bertugas berkata,  dia tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan operasi penguatkuasaan dan  kerana tidak ada keputusan, pekebun memutuskan untuk membuat laporan  polis di ibu pejabat polis Raub,” katanya.
Sementara itu, Chow mendakwa bahawa pihak  berkuasa tidak mematuhi perintah mahkamah dan dia akan meminta nasihat  pasukan undang-undang untuk langkah selanjutnya.
“Operasi dilakukan pada musim buah durian  di mana pihak berkuasa terus mengeksploitasi pekebun. Penguatkuasaan  itu didorong oleh kepentingan konsortium yang disokong negeri (Royal  Pahang Durian Resources-PKPP Sdn Bhd),” katanya.
Presiden Samka mengatakan, sebelum ini  operasi penguatkuasaan dilakukan di kebun durian di Sungai Klau dan kini  telah berkembang ke Tras yang mana terdapat enam kebun durian utama.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/pekebun-haram-durian-dakwa-disekat.html