Kebun Durian Musang King Yb Jangan Buat Keliru Apek Cina


PETALING JAYA: Isu penguatkuasaan memusnahkan kebun haram durian Musang King dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di Raub, Pahang menjadi perdebatan hangat dalam kalangan netizen selain pelbagai pihak mengeluarkan pandangan.

Tidak ketinggalan melontarkan pandangan adalah personaliti media sosial yang juga pemilik akaun Facebook Ulasan Apek Cina atau nama sebenarnya, Zee How Tai yang ‘naik marah’ dengan tindakan segelintir wakil rakyat ‘membela’ pekebun-pekebun tersebut.

Dalam hantaran video terbaharunya, How Tai yang juga seorang pengamal undang-undang mengulas mengenai dakwaan Kerajaan Negeri Pahang tidak menghiraukan perintah mahkamah untuk menggantung tindakan mengusir atau mencegah perayu memasuki kebun.

Setakat pukul 6.30 pagi ini, video itu mendapat 98,000 tontonan, 3,600 perkongsian dan 936 komen.

How Tai yang membacakan perintah mahkamah tersebut berkata, HSK Batu Talam tidak termasuk dalam senarai kawasan yang ditulis dalam perintah berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, sebelum membuat dakwaan Kerajaan Negeri Pahang mengingkari dan tidak menghiraukan perintah mahkamah, wakil rakyat terlibat diminta meneliti perintah mahkamah itu terlebih dahulu.

“Jangan cuba mengelirukan sesiapa di sini. Dalam perintah ini tak tulis Hutan Simpan Kekal Batu Talam,” katanya.

Dalam video tersebut, How Tai turut menyatakan pandanganya berhubung kesalahan dilakukan pekebun-pekebun durian itu mengikut Akta Perhutanan Negara 1984, Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Enakmen Negeri Pahang berhubung pembayaran levi kegunaan tanah.

Terdahulu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berharap operasi penguatkuasaan memusnahkan kebun haram durian Musang King dalam HSK Batu Talam tidak dijadikan isu perkauman.

Beliau berkata, sebelum ini, kerja-kerja penguatkuasaan turut dilakukan di Sungai Ichat (terdapat pekebun India) dan Lembah Bertam (pekebun Cina) di Cameron Highlands serta di Kechau, Lipis (pelombong emas Melayu).

Katanya, ia adalah operasi penguatkuasaan biasa tetapi mendapat tentangan serta provokasi dengan kata-kata kesat dikeluarkan ke arah pegawai dan kakitangan penguat kuasa.

“Atas dakwaan kononnya operasi penguatkuasaan ini melanggar perintah Mahkamah Rayuan, ia sebenarnya tidak kerana dilakukan di luar kawasan kebun durian yang dimaksudkan yang dimiliki oleh Royal Pahang Durian Resoruces PKPP Sdn. Bhd.

“Operasi penguatkuasaan ini serta kawasan dijalankan penguatkuasaan ialah setelah mendapat pandangan perundangan daripada Pejabat Penasihat Undang-undang (LA) Negeri yang sebelum itu telah merujuk kembali perkara ini ke Mahkamah Rayuan,” katanya.

Sebelum itu, kumpulan 18 individu termasuk seorang wanita disyaki pekebun haram yang ditahan kerana memasuki kawasan HSK Batu Talam tanpa kebenaran pada Ahad lalu direman dua hari bagi membantu siasatan. – UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/07/kebun-durian-musang-king-yb-jangan-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Apek Cina Mengulas Isu Kebun Haram Musang King

Bila Apek Cina Mengulas Isu Kebun Haram Musang King

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 487 hits
PETALING JAYA Isu penguatkuasaan memusnahkan kebun haram durian Musang King dalam Hutan Simpan Kekal Batu Talam di Raub Pahang menjadi perdebatan hangat dalam kalangan netizen selain pelbagai pihak mengeluarkan pandangan Tidak ketinggalan m...
Operasi Musnah Kebun Haram Musang King Dimulakan

Operasi Musnah Kebun Haram Musang King Dimulakan

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 346 hits
Laporan polis dibuat susulan pencerobohan kawasan hutan simpan kekal Tangkap layar video di mana ADUN Tras Chow Yu Hui mendakwa pekebun ada kebenaran mahkamah untuk masuk ke kebun RAUB Jabatan Perhutanan Negeri Pahang memulakan operasi memu...
Lelaki Ceroboh Hutan Simpan Ditahan Bersama 22 Durian Musang King

Lelaki Ceroboh Hutan Simpan Ditahan Bersama 22 Durian Musang King

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 335 hits
Dakwa tidak sengaja masuk kawasan larangan RAUB Seorang lelaki ditahan bersama 22 biji durian Musang King kerana menceroboh Hutan Simpan Batu Talam Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan anggota Unit Penguat kuasa Jabatan Perhutanan Negeri Pah...
Jambatan Diroboh Halang Operasi Kebun Musang King

Jambatan Diroboh Halang Operasi Kebun Musang King

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 258 hits
Jambatan diroboh halang operasi kebun Musang King Empat jambatan simen yang dirobohkan adalah antara dua halangan yang dihadapi pasukan penguat kuasa sehingga menyebabkan operasi memusnahkan kebun haram durian Musang King di Hutan Simpan Ke...
Provokasi Melampau 18 Pekebun Durian Musang King Ditahan

Provokasi Melampau 18 Pekebun Durian Musang King Ditahan

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 226 hits
Oleh UTUSAN ONLINE TANGKAP layar video memaparkan individu didakwa pekebun durian menengking dan mencaci petugas operasi di Hutan Simpan Kerajaan Negeri Pahang di Raub Pahang PETALING JAYA Jabatan Perhutanan Negeri Pahang menahan 18 orang d...
Keputusan Tebang Pokok Durian Musang King Ialah Kerana Status Hutan Simpan Kekal

Keputusan Tebang Pokok Durian Musang King Ialah Kerana Status Hutan Simpan Kekal

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 320 hits
KUANTAN Keputusan kerajaan negeri Pahang menebang pokok durian musang king yang ditanam secara haram dalam kawasan Hutan Simpan Kekal Batu Talam Raub kerana mengambil kira status kawasan itu sebagai HSK Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan R...
Operasi Tebang 11 000 Pokok Durian Musang King 101 Hektar Di Jangka Siap Minggu Depan

Operasi Tebang 11 000 Pokok Durian Musang King 101 Hektar Di Jangka Siap Minggu Depan

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 620 hits
RAUB Operasi menebang pokok durian Musang King yang dianggarkan berjumlah kira kira 11 000 pokok di tanah seluas 101 hektar di Hutan Simpan Kekal Batu Talam di sini dijangka siap sepenuhnya minggu depan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Perhu...
1 Kilogram Isi Durian Musang King Rm 130 Okay Kan

1 Kilogram Isi Durian Musang King Rm 130 Okay Kan

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 452 hits
1 Kilogram Isi Durian Musang King RM 130 Okay Kan Assalammualaikum semua Akhirnya Ruby berkesempatan membeli Durian Musang King Dah lama terliur tengok di facebook dan muat naik video serta gambar oleh rakan rakan Ruby siap sediakan dana un...
Ada Unsur Rasuah Durian Musang King Raub Siasatan Sprm Sudah Lengkapkan 80 Peratus

Ada Unsur Rasuah Durian Musang King Raub Siasatan Sprm Sudah Lengkapkan 80 Peratus

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 627 hits
SHAH ALAM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam proses melengkapkan siasatan berhubung isu pencerobohan tanah kerajaan negeri Pahang yang dijadikan ladang durian secara haram di Raub Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkat...
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Sambal Sotong

7 Kerja Sampingan Guna Alat Ai Paling Menguntungkan Di Tahun 2025

Raya Aidiladha Di Bukit Tinggi

Raya Kedua Tapi Masih On Duty

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Maiwp Mohon Maaf Atas Kesilapan Pemberian Pampers Tape Ppim Mohon Hentikan Kecaman